Kenyataan Media | 𝗦𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗹 𝗟𝗖𝗦 - 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁
Ramai yang terpengaruh dengan naratif mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa projek LCS terbengkalai kerana kerajaan Pakatan Harapan menangguhkan projek tersebut pada September 2019.
Najib juga mengatakan bahawa projek LCS hanya dapat diteruskan semula pada April 2022 kerana berlakunya pandemik Covid-19 pada tahun 2020 dan 2021.
Kedua-dua kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali dan hanya bertujuan untuk mengelirukan rakyat.
𝗚𝗮𝗿𝗶𝘀 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗟𝗖𝗦
Garis masa (timeline) di bawah akan membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan bukan punca projek LCS lambat.
Status kemajuan projek LCS sepatutnya mencapai:
49.12% pada 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟭𝟲 tetapi hanya siap 39.67%;
59.35% pada 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟭𝟳 tetapi hanya siap 46.99%;
70.53% pada 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟭𝟴 tetapi hanya siap 50.15%;
82.41% pada 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟬 tetapi hanya siap 56.39% dengan variance sebanyak -26.02%
𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶 (𝟮𝟬𝟮𝟮), 𝗱𝗲𝘁𝗮𝗶𝗹𝗲𝗱 𝗱𝗲𝘀𝗶𝗴𝗻 (𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗰𝗶) 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝘀𝗶𝗮𝗽
Pembinaan kapal tempur pesisir LCS melibatkan fasa concept design, diikuti basic design, dan akhirnya detailed design. Menurut persetujuan di antara Naval Group Perancis dan kontraktor Boustead Naval Group (BNS), detailed design perlu diluluskan oleh Naval Group selaku design authority sebelum pembinaan kapal.
Fasa concept design bermula pada 4 Jun 2012 dan sepatutnya dimuktamadkan pada 28 Januari 2013. Namun, ia hanya dimuktamadkan pada 24 September 2013 (kelewatan 238 hari atau 8 bulan).
Basic design mula pada 3 Oktober 2013 dan sepatutnya dimuktamadkan pada 31 Januari 2015 tetapi hanya disiapkan sepenuhnya pada 20 Januari 2016 (kelewatan 17 bulan 20 hari).
Menurut kontrak asal, fasa detailed design sepatutnya dilaksanakan dari 6 Ogos 2014 hingga 29 November 2016. Namun, fasa ini berterusan sehingga hari ini dan masih belum selesai.
𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗡𝗮𝘃𝗮𝗹 𝗚𝗿𝗼𝘂𝗽 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗿𝗲𝗮𝘂 𝗩𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮𝘀
Bagi tujuan kawalan mutu, reka bentuk LCS yang dihasilkan oleh syarikat BNS tertakluk kepada kelulusan oleh Naval Group sebagai design authority, diikuti pemeriksaan dan pengesahan oleh Bureau Veritas, sebuah badan bebas antarabangsa yang memastikan reka bentuk kapal perang menepati syarat, seperti yang ditetapkan dalam kontrak.
Dalam prosiding pada 1 Disember 2020, Tan Sri Ambrin Buang telah memaklumkan Jawatankuasa Kira-kira Raya (PAC) bahawa:
“...what is glaring is pada keadaan biasa, sepatutnya kita sudah finalized the design before you sign the contract. You cannot sign the contract when you do not know what is the design. Itu menjadi masalah sehinggakan berpusing-pusing isu ini.” (Laporan PAC, mukasurat 15)
Wakil JKSTUPKK, Guna Arulalan David juga memaklumkan PAC bahawa BNS gagal membayar hutang sebanyak RM198 juta kepada Naval Group.
Pada 27 September 2021, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Dato’ Sri Muez Abdul Aziz memaklumkan PAC bahawa detailed design pada masa itu siap lebih kurang 80%. Beliau juga berkata bahawa selepas BNS menyiapkan detailed design ini, Naval Group memerlukan minima 12 bulan daripada tarikh pembayaran dibuat untuk menyiapkan pengesahan sebagai design authority (Laporan PAC, mukasurat 153-4).
Apabila Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein membuat pengumuman pada April 2022 bahawa projek LCS telah dihidupkan semula, apa yang sebenarnya berlaku adalah BNS diberi tempoh 6 bulan untuk mencari dana mobilisasi (mobilisation funds) untuk memulihkan projek. Dana ini akan digunakan untuk bayar Naval Group dan original equipment manufacturers (OEM) yang lain.
Memandangkan detailed design yang sepatutnya dimuktamadkan pada November 2016 hanya siap lebih kurang 80% dan Naval Group belum lagi dibayar, maka pengumuman Hishammuddin di Dewan Negara semalam bahawa LCS kapal pertama “akan siap dalam satu atau dua tahun” langsung tidak realistik.
𝙋𝙧𝙤𝙨𝙚𝙨 𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙗𝙚𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙥𝙧𝙤𝙨𝙚𝙨 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙥𝙚𝙣𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙥𝙚𝙢𝙗𝙞𝙣𝙖𝙖𝙣 𝙇𝘾𝙎. 𝙏𝙖𝙣𝙥𝙖 𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙗𝙚𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙡𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙡𝙪𝙡𝙪𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙠𝙚𝙙𝙪𝙖-𝙙𝙪𝙖 𝙉𝙖𝙫𝙖𝙡 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥 𝙙𝙖𝙣 𝘽𝙪𝙧𝙚𝙖𝙪 𝙑𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖𝙨, 𝙥𝙧𝙤𝙟𝙚𝙠 𝙇𝘾𝙎 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙙𝙞𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙩𝙖𝙩𝙪𝙨 𝙨𝙞𝙖𝙥 𝙠𝙚𝙧𝙟𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙖𝙞𝙣 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙢𝙖𝙠𝙣𝙖.
𝗨𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻
Menteri Pertahanan kerajaan Pakatan Harapan, Mohamad Sabu mengangkat sumpah pada 21 Mei 2018.
Dalam tempoh kurang dari dua minggu, iaitu pada 30 Mei 2018, Mohamad Sabu mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama beliau sertai.
Kerajaan Pakatan Harapan telah cuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan projek LCS. Tan Sri Ambrin Buang, Pengerusi JKSTUPPK, membentangkan laporan siasatan LCS kepada Kementerian Pertahanan pada 20 Ogos 2019. Pegawai Kementerian, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia, dan pihak kontraktor juga berusaha mencari jalan penyelesaian.
Tan Sri Ambrin Buang, mantan Menteri Mohamad Sabu, timbalan beliau Liew Chin Tong, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Ariffin Buang, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Reza Sany, dan pegawai-pegawai kanan Kementerian memberi taklimat kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 11 Februari 2020. Sesi ini dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, yang juga merupakan mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
Dalam mesyuarat tersebut, mantan Perdana Menteri memutuskan bahawa
Mereka yang membuat salah laku mesti dibawa ke muka pengadilan;
Pasukan pengurusan BNS dirombak;
Projek LCS dianggap sebagai projek sakit dan akan menerima suntikan dana untuk ganti balik dana yang disonglap.
Kementerian Pertahanan diarahkan untuk membentang kertas Jemaah Menteri dalam masa terdekat. Malangnya, apa yang dirancang tidak berlaku berikutan Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.
𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻
Projek LCS telah mengalami kelewatan sejak 2016. Reka bentuk terperinci (detailed design) yang sepatutnya siap pada November 2016 belum lagi dimuktamadkan sehingga hari ini. Kerajaan Pakatan Harapan telah membuat keputusan mengenai hala tuju projek ini pada Februari 2020 berpandukan cadangan JKSTUPKK namun kerajaan jatuh pada bulan tersebut juga.
Jelasnya, Najib sedang cuba mengelirukan rakyat dan salahkan kerajaan Pakatan Harapan padahal beliau dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bertanggungjawab atas kegagalan projek LCS kerana meluluskan projek ini tanpa rundingan teliti dengan pakar terdahulu.
Mohamad Sabu
Mantan Menteri Pertahanan
Liew Chin Tong
Mantan Timbalan Menteri Pertahanan