Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 11 Februari 2021

Harakah Perlu Betulkan Laporan, Tak Benar Harga Barang Terkawal.

NURUL ASYIKIN | Kenapa dengan Harakah Daily ini? Kenapa tergamaknya buat laporan berita yang memperbodohkan minda masyarakat yang bebas lagi merdeka?

Laporan itu menyebut;

Tinjauan Harakahdaily ke beberapa pasar raya di Pasir Mas dan Kota Bharu mendapati tiada kenaikan harga secara mendadak.

Sedangkan sebelum ini setiap kali menjelang sambutan Tahun Baru dan Hari Raya Aidilfitri harga barangan keperluan akan melambung di pasaran kerana permintaannya tinggi.

Malah, harga barangan dilihat masih kekal dan stabil serta mempunyai banyak pilihan menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Dimanakah tinjauan dilakukan?

1. Pasir Mas

2. Kota Bharu 

Apakah tajuk yang digunakan editor?

Kerajaan Berjaya Kawal Harga Barang Keperluan.

Apa ni?

Malaysia cuma ada Pasir Mas dan Kota Bharu je ke? Bagaimana di bandar lain? Adakah sudah turun padang dan membuat tinjauan? Kenapa menyebarkan berita bersifat propaganda dan memanipulasi pembaca?

Nik Abduh berkata perjuangan PAS mengikuti Nabi SAW. Tapi apakah menyebarkan berita propaganda itu cara Nabi SAW? Apakah Islam yang PAS bawa, adalah ini? 

Tak betul yer kerajaan berjaya kawal harga barang. Harga barang basah sekarang mahal. Ikan hancur, tak segar pun RM8 sekilo. Bayangkanlah yang segar.

Nak beli sotong? Takut.

Nak beli udang? Takut.

Beli ayam dapatlah RM9 sekilo nak buat macam mana walaupun harga naik tetap itu jugalah paling mampu dari dibanding ikan, sotong, udang, ketam dan lain-lain. Kerang pun mahal. 

Sayur pun mahal. Cili naik harga. Buah jangan cakaplah. Kat mana yang kata kerajaan berjaya kawal harga barang tu?

Sepatutnya tajuk kamu, Harga Barang Di Pasir Mas Dan Kota Bharu Terkawal. 

Kita boleh terima tajuk ini kerana disitu wartawan melakukan tinjauan. Jika penduduk disana yang membeli, mereka rasa berita tu merapu, mereka boleh nafi melalui penulisan/penjelasan masing-masing.

Yang peliknya bila portal Malaysiakini buat berita merapu, propaganda ataupun tak jelas, laju pula melakukan serangan. Tapi bila portal parti sendiri, krik krik krik.

Lepas tu claim kat orang, perjuangan kita perjuangan Islam. Kita ikut Nabi SAW.

Ulang sejuta kali macam tape recoder. Tapi hakikatnya, manusia neh ada otak dan akal. Pemimpin dan penyokong PAS boleh cakap apa sahaja. Tetapi nak percaya atau tidak, itu keputusan individu. Kita tahu nak menafsir dan menilai. Apa-apa pun, hentikanlah propaganda. Buang masa dok bela Perikatan Nasional wahai PAS. - 11 Februari 2021.

Dulu PAS Kecam Bantu Sekolah Persendirian Cina, Kini Beri Sumbangan.

NURUL ASYIKIN | "Tiga buah sekolah menengah persendirian Cina menerima sumbangan RM100,000 daripada Kerajaan Negeri Kedah.

Tiga buah sekolah itu ialah Sekolah Menengah Sin Min (Persendirian) Alor Setar, Sekolah Menengah Sin Min (Persendirian) Sungai Petani, dan Sekolah Menengah Keat Hwa (Persendirian) Alor Setar.

Majlis penyerahan replika cek oleh Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, diadakan selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, semalam"

Laporan oleh portal Harakah Daily

Rujukan : https://harakahdaily.net/index.php/2021/02/11/kedah-bantu-sekolah-persendirian-cina-srjkt

Inilah jadinya bila melakukan serangan semata-mata mahukan millage politik. Menunggang sentimen orang melayu. Orang melayu bukan benci vernakular dan sekolah persendirian cina. Orang melayu tak faham kenapa kita dalam satu negara perlu ada sekolah yang berasaskan pendidikan kecinaan.

Kita ialah satu Malaysia. Kenapa bukan sekolah satu sistem. Kenapa bukan anak cina, india, iban, melayu, dusun dan semuanya berada dalam satu sekolah, satu sistem, main bersama, belajar bersama, gaduh bersama, cinta bersama.

Kenapa perlu memecahkan kita dalam sekolah vernakular, sekolah persendirian dan sebagainya?

Memecahkan itu satu hal, disebabkan perpecahan itu cara menguruskan sekolah juga mengelirukan dan berada di takuk lama, kuno.

Sistem pendidikan kita dah rosak. Ia perlu diperbaiki bermula dari akar dan kita perlu melawan orang-orang lama, kuno, senior yang mendominasi pasaran pendidikan negara. Tak lupa juga para penyokong mereka.

Ia bukan kerja mudah. 

Sebab tu kita perlukan orang politik. Untuk bahas idea dan dapatkan sokongan. Malangnya orang politik bukan nak peduli pun pada keperluan kita. Tapi mereka akan berlakon seolahnya peduli bila time nak undi.

Bukan susah sangat pun nak laksanakan idea sekolah satu sistem.

Pertama. Semua sekolah jenis vernakular dikebangsaankan. Bukannya suruh roboh.

Kedua. Untuk kebangsaankan sekolah vernakular, perlu diubahsuai silibus sedia ada supaya masyarakat cina dan india terbuka kepada pembaharuan. Ia perlu bebas dari elemen kepolitikan. Ia perlu telus dan sudah tentu ia perlu mengutamakan kepentingan anak bangsa Malaysia; belajar dalam suasana sistem yang tidak menindas sesiapa.

Ketiga. Apa yang masyarakat cina dan india nak sangat neh? Oh belajar tamil dan mandarin? Hah, masukkan dalam sistem sekolah kebangsaan.

Keempat. Mereka taknak sekolah kebangsaan yang dilihat berbaur keagamaan. Ok, asingkan. Kelas aliran perdana tanpa subjek agama. Kelas aliran agama di satu sekolah yang sama supaya budak2 neh tak perlu spent duit atas baju sekolah, travel dan memudahkan ibu bapa. Buat dua sesi. Aliran perdana dan agama. Pagi dan petang.

Kelima. Selepas buat perancangan menyeluruh, bentangkan pelan, dapatkan sokongan public, tunjukkan kesungguhan yang mampu menyakinkan masyarakat - haters yang anti sekolah perpaduan akan berikan dalil mereka, ini kerana sekolah perpaduan akan menghilangkan hak dan penguasaan mereka dalam sekolah-sekolah jenis aliran vernakular dan persendirian, pastinya mereka lawan. Kau nak rampas kuasa, pengaruh dan kedudukan dorang kot. Tak akan nak duduk diam-diam. Masa inilah kuasa patut digunakan. Sementara pelan peralihan sistem sekolah perlu dipastikan berjalan dengan lancar kot ye pun tak mampu dapat score 100% tapi pastikan score 95%, tak mahu ada masalah yang menganggu kelancaran.

Mudah. Kalau kita ada usaha dan merancang dengan betul, kita boleh lakukannya dan menyatukan anak bangsa Malaysia.

Tapi apa yang berlaku setiap tahun, sentimen orang melayu ditunggang. Orang politik bila nak undi melayu, dia akan bercakap pasal penghapusan vernakular. Hapuskan sekolah persendirian cina. Jangan bagi dana. Itu semua rasis.

Bila dia nak undi cina, dia beri dana kepada sekolah persendirian cina dan vernakular.

Setiap kali macam inilah situasi kita.

Dan penyokong-penyokong parti politik ini pula akan menyerang kita. Mereka ada beberapa kategori.

Kategori pertama : Semua parti yang aku musuhi, dia bersalah dalam semua perkara. Tak ada benda baiklah depa buat. Semua jahat je.

Kategori kedua : Aku buat takpe, kau buat, maka ia salah, haram.

Kategori ketiga : Membanding-bandingkan kebodohan, dan beranggapan kebodohan parti yang dia sokong lebih bagus dan boleh diterima.

Disebabkan kita berhadapan dengan masyarakat sebegini, hasrat sebilangan rakyat Malaysia yang nak menyatukan anak bangsa Malaysia dibawah satu bumbung menjadi sukar.

Halangan kita bukan sekadar sistem. Usaha dan pelan. Malah pemimpin dan penyokong-penyokong parti politik ini juga. Maka, kekallah, bodoh. - 11 Februari 2021.

Selasa, 9 Februari 2021

Silterra Milik Khazanah Dijual Sepenuhnya Kepada Syarikat JV Milik Tempatan - China.

Najib Razak | Akhirnya, syarikat semikonduktor terbesar negara telah dijual sepenuhnya oleh Khazanah kepada syarikat JV milik 60% syarikat tempatan dan 40% milik China, Beijing CGP Investment Co Ltd.

Perkara ini dimaklumkan dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia semalam:
https://www.bursamalaysia.com/.../announcement_details... 

Harga penjualan dikhabarkan sekitar RM336 juta.

"RM336mil price tag for Silterra?"
https://www.thestar.com.my/.../rm336mil-price-tag-for... 

Ini adalah amat sayang sebab industrik semikonduktor dan elektronik seluruh dunia sedang menaik akibat Covid merancakkan pembelian komputer untuk keperluan work at home. 

Sejak ditubuhkan pada tahun 1995 masa PM ke-4, Silterra sering rugi besar setiap tahun.

Jumlah kerugian yang dicatat untuk tempoh 16 tahun pertama Silterra sehingga tahun 2011 mencecah RM10 bilion – kesemuanya ditanggung kerajaan.

Tetapi ianya boleh dipulihkan tanpa dijual kepada orang asing.
Dalam tempoh 5 tahun pertama saya jadi PM, kerugian tahunan Silterra dapat dikurangkan tetapi ianya masih rugi.

Akhirnya kita berjaya apabila SilTerra dipulihkan dan mencatat keuntungan terkumpul sebanyak RM699.5 juta bagi 4 tahun dari 2014 hingga akhir tahun 2017 sebelum PRU14.

Keuntungan SilTerra sejak beberapa tahun lalu juga disahkan PM7 dalam parlimen tahun lepas apabila dia menjawab kenapa SilTerra terlibat dalam projek kereta nasional ketiga.
Sebab diberi PM7 ialah Silterra adalah syarikat yang sedang untung.

"Mahathir memberitahu Chai bahawa SilTerra mencatatkan pendapatan tahunan purata sebanyak RM600 juta dan untung RM60 juta bagi 3 tahun berturut-turut."  

https://www.freemalaysiatoday.com/.../kereta-nasional-ke.../ 

Tapi akhirnya Silterra yang sebelum ini milik 100% Khazanah dijual sepenuhnya kerajaan PN dengan harga sekitar RM336 juta kepada syarikat 60% milik tempatan dan 40% milik China. 

#penjualanbelumselesai

Admin Page FB Muhyiddin Yassin Akan Block Anda Jika Sebarkan Gambar Ini.

Sosmed | Nampaknya admin kepada halaman rasmi Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia sedang sedaya upaya memadamkan bukti bahawa admin page itu terkantoi menggunakan akaun rasmi untuk memuji Perdana Menteri itu di ruangan komen.

Awal petang tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memuatkan satu kenyataan media mengenai barisan anggota yang akan mewakili Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

Di dalam post yang sama, adminnya telah memberikan komen seperti berikut;

Malangnya, tanpa disedari, komen itu menggunakan akaun rasmi TSMY.

Perkara ini tak mustahil jika berhadapan dengan masalah internet. Selalunya, yang terkantoi beginilah. Admin fikir, dia dah tukar akaun, tetapi disebabkan masalah internet, komen yang terpapar, memaparkan akaun yang memuji diri sendiri. Akaun fake yang digunakan untuk memuji tak terpapar pula.

Disebabkan perkara tersebut, kelam kabutlah adminnya memadamkan bukti, tetapi oleh kerana netizens lebih laju dari para admin, maka ia telah pun ditangkaplayar dan disebarkan ke serata ceruk internet.

Selepas hal tersebut mendapat perhatian ramai, maka netizens pun melawatlah post tersebut dan memberikan bukti bergambar. Tetapi nampaknya, admin page TSMY seolah-olah mahu menyorokkan bukti kecuaian mereka, maka mana-mana netizens yang menyebarkan bukti bergambar itu akan diblock serta merta. Komen-komen negatif yang lain tidak diganggu kecuali komen yang memaparkan bukti TSMY puji TSMY.

Pendek kata jika anda tepek je gambar tersebut di ruangan komen, bersiap sedialah diban. 

Imej dan reputasi TSMY semakin merundum nampak gayanya disebabkan kecuaian para admin. Terdahulu, beberapa media di Indonesia telah melaporkan serangan netizens Malaysia terhadap PM mereka sendiri di halaman Facebook Jokowi. Berita itu sebenarnya memalukan dan mengaibkan Perdana Menteri.

Namun ia tak berakhir disitu. Bergaduh pula cytro dan ahli UMNO sesama sendiri apabila Papa Gomo mempertikaikan serangan netizens terhadap TSMY. 

Situasi di sosial media ketika ini ialah, penyokong UMNO telah berpecah dua namun sebahagian besar bersama-sama dengan team anti PPBM; team pro PPBM dalam UMNO dianggap pengkhianat dan telah menjual prinsip.

Manakala cytro dan penyokong PAS masih kekal mempertahankan imej TSMY dan PN di sosial media. - 9 Februari 2021.

Menteri Tukar SOP Suka Hati, Bila Kes Melambung Rakyat Yang Dikeji.

Nurul Asyikin | Apa dah jadi dengan SOP menanggani covid19 di Malaysia ini? Kenapa sudah tidak ada perasaan malu dikalangan menteri-menteri Malaysia ketika menukar SOP sesuka hati?

Rakyat perlu patuh SOP.

Ada yang engkar SOP, hukuman perlu tegas.

Ikutlah SOP tu.

Semua tu SOP, rakyat perlu akur.

Kes naik kerana rakyat gagal patuh SOP.

Blablablabla rakyat salah blablablablablablabla rakyat degil blablablablablabla rakyat tak ikut SOP blablablablablabla mana boleh tolenrasi blablablablablabla puncanya rakyat.. 

Eh sudahlah. Kami dah bosan disalahkan setiap hari, setiap masa dalam setiap keadaan.

Kes PRN Sabah begitu juga. Yang langgar dan tukar SOP, terdesak nak berkuasa, mereka. Yang salah, rakyat jelata.

Yang buat SOP tu kerajaan. Yang ubah SOP sesuka hati pun kerajaan. Bila rakyat langgar on the spot kena denda tetapi bila VVIP politik langgar langsung tak ada bunyi jauh sekali hukuman lepas tu bila buat PC dengan bangganya berkata, SOP tak kira pangkat, kita tak membezakan orang awam dan pemimpin, eh kepala B la..

Dalam masa 2 hari, dua SOP telah ditukar kerajaan kerana VVIP politik.

SOP yang pertama ialah isu makan besar. Pada awalnya tidak dibenarkan sambutan Tahun Baru Cina - makan besar, tetapi selepas MCA dan beberapa elit politician membuat teguran dan bantahan, kerajaan uturn. Ya, uturn. Jika bantahan yang sama dilakukan orang awam, jangan harap kerajaan nak peduli. Sepatutnya jika kerajaan peduli pada bantahan rakyat, dan uturn dengan rakyat dulu, kita boleh je terima jika kerajaan uturn dalam SOP di atas. Tapi mereka tidak. Jika ada SOP yang mereka uturn dan flip flop last minute pun sebab duit. Contoh, pasar malam ditutup dua minggu. Bila lanjutkan PKP tiba-tiba pasar malam dibenarkan beroperasi. Nak tahu kenapa? Sebab kerajaan tak ada duit nak bantu rakyat. Patutnya bila kita plan nak tutup bisnes orang kita dah get ready dengan plan bantuan sebagai backup mereka-mereka yang terjejas, ini tidak. Suka hati je buat SOP yang membodohkan dan menyusahkan rakyat jelata. Orang nak bayar bil-bil petik duit dari langit gamaknya.

SOP yang kedua ialah arahan kuarantin selepas balik dari luar negara. Semua tahu baru-baru ini PM Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin ke Indonesia. Ia bukan kerana dilaporkan secara berleluasa sangat, lebih kerana rakyat Malaysia menyerang PM sendiri di page Jokowi. Disebabkan itu orang yang tak follow perkembangan politik pun jadi tahu. Tahu apa yang berlaku?

Ini;

- Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba telah mengeluarkan perintah "Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021".

- Perintah itu merujuk kepada peraturan kuarantin yang dilonggarkan kepada anggota kabinet yang melakukan perjalanan rasmi ke luar negara.

- Tempoh kuarantin menteri dari 10 menjadi tiga hari sahaja.

- Anggota kabinet tidak perlu menjalani prosedur operasi standard (SOP) tempoh kuarantin 10 hari yang ditetapkan kerajaan untuk mereka yang masuk dari luar negara.

- Perintah itu berkuatkuasa pada 9 Februari, iaitu hari ini dan KEBETULANNYA pada hari ini juga TSMY akan habis kuarantin tiga hari, dengan penguatkuasa arahan baru tersebut.

Nampak? Mereka boleh tukar SOP supaya selaras dengan keperluan mereka.

Jika ia babitkan orang miskin yang dikompaun, atau rakyat yang COP, tak boleh tolerate. Nanti apa? Nanti semua orang akan naik lemak. Menteri naik lemak tak apa. Mereka dapat gaji, elaun, kelebihan, manfaat, kenderaan, pegawai, istimewa, memang untuk kita naikkan lemak menteri. Tak percaya tanyalah kawan-kawan JKOM tu. - 9 Februari 2021.

Komputer Pinjam Tak Sama Macam Buku Teks, Kerajaan Perlu Beri Penjelasan.

POLITIK | Kerajaan telah mengumumkan inisiatif baharu bagi membantu pelajar di sekolah-sekolah awam. Inisiatif itu diberikan nama CERDIK. Sekolah-sekolah terpilih akan diberikan mandat untuk melaksanakan inisiatif tersebut.

CERDIK ini berupa pengagihan komputer riba kepada pelajar--pelajar yang kurang berkemampuan, tetapi bukannya diberikan terus, sebaliknya dipinjamkan kepada pelajar-pelajar ini. 

Ia menyamai skim pinjaman buku teks. Namun nampak gayanya inisiatif tersebut dikritik ramai kerana kerajaan nampaknya begitu bodoh dalam memahami perbezaan buku teks dan komputer riba.

Buku teks ialah buku yang bila terjatuh, tidak akan pecah. Bila hilang, koyak dan rosak, ia dalam julat mampu milik, yakni pelajar-pelajar B40 ini mampu membayarnya semula.

Tapi bagaimana dengan komputer? Yang terdedah kepada risiko kerosakan software dan hardware? Yang bila terjatuh, akan pecah dan rosak? Yang mana jika rosak, hilang, adakah pelajar-pelajar ini hanya perlu membayar sebanyak RM10 sahaja?

Di dalam website tidak menulis terma perjanjian pinjaman dengan terperinci. Apa risiko yang pelajar-pelajar ini perlu hadap jika diberikan pinjam komputer riba.

Bagaimana jika mengalami kerosakan software? Adakah perlu ditanggung oleh pelajar-pelajar ini? Jika hardware failure, bagaimana? Kerajaan sepatutnya menjelaskan semua syarat dengan terperinci supaya pelajar-pelajar ini mengetahui kesemua risiko sebelum memohon untuk meminjam walaupun inisiatif seperti ini tak sepatutnya ada.

Belum lagi dewasa, kerajaan sudah pandai mengajar budak-budak ini meminjam dan berhutang jika berlaku kerosakan, apakah didikan yang kita ingin sampaikan kepada generasi muda ini?

Lagi pula yang meminjam ini bukannya dari keluarga senang. Jika nak jadikan ia seperti skim pinjaman, caranya patut begini;

- Di setiap kelas, diletakkan komputer atas meja yang diskru atas meja masing-masing.

- Bila masuk kelas, belajar guna komputer, jika rosak, technician datang baiki.

Cara itu lebih baik. Tapi macam biasalah, bukan kerajaan nak kisah dengan prasarana sekolah awam. Sekolah awam kat Malaysia ini antara paling teruk kat dunia. Kita masih ada tingkap pecah, pejabat guru yang uzur, lantai papan di sekolah luar bandar. 

Kita nak bercakap pasal lantai mozek atau bilik berhawa dingin? 30 tahun pun tak maju. Tapi boleh tengok betapa bezanya pejabat menteri yang melalui proses renovasi berkali-kali berbanding sekolah awam yang tandasnya pun dah teruk. 

Tapi yang paling teruk sebenarnya sesetengah mentaliti orang awam. Ada orang awam yang bukan sahaja tidak kisah dengan apa yang dilakukan menteri terhadap sekolah kerajaan malah dia menyerang pula mana-mana pihak yang mempersoalkan kedaifan sekolah awam. 

Aku dulu belajar tengah panas, elok pun jadi orang. Aku dulu belajar meja pecah, elok pun jadi orang. Dia kata.

Mana ada elok. Pasal dia belajar tengah panas, meja pecah la dia ada pemikiran macam tu. Kalau betul elok, dia tahu, sebagaimana sektor-sektor lain bergerak seiring dengan perkembangan zaman dan teknologi, seperti itu juga sektor pendidikan perlu dilayan. 

Tapi malangnya masyarakat ini masih ada di Malaysia. Percaya atau tidak, korang tengok dalam inisiatif CERDIK. Mesti ada si bodoh yang membela. Benda yang patut diberikan percuma, dia suruh pinjam pula. - 9 Februari 2021.

PAS, Tegurlah PPBM Tu Kata Aktivis..

POLITIK | Aktivis PAS tegar nampaknya mula bersuara secara terbuka bagi menegur beberapa sikap pemimpin mereka yang dilihat lunak terhadap apa yang dilakukan PPBM.

Sebenarnya, sejak PN didaftarkan, PAS dilihat seolah-olah mencuci apa sahaja imej buruk yang terpalit ke atas PPBM. Tindakan-tindakan yang tak pro kepada rakyat juga tidak ditegur oleh PAS. Kerana itu ramai yang beranggapan PAS tidak menegur PPBM.

Dr Tanaka Mustafa | PAS, TEGURLAH BERSATU 
 
1) Sejak dulu, saya tidak gemar dengan title Abah, Pak Long dan Pak Ngah ni - ketika PKP 1.0. Walaupun ketika itu mood rakyat yang bukan tahik politik sangat teruja dengan gaya dan ketegasan mereka mengendali PKP, SOP dan Belanjawan Mak Cik Kiah.

2) Rata-rata rakyat memberikan title demikian, mungkin disebabkan gaya TS Muhyiddin yang dilihat fokus kepada rakyat tanpa menghiraukan kritikan para musuh politiknya. Tapi saya rasa title begitu macam over-claim, ataupun ia sengaja diviralkan oleh team saraf di belakang TS Muhyiddin.

3) Sekarang, dah tak berapa nak bunyi dah gelaran-gelaran manja tersebut. Mungkin disebabkan team saraf sudah kehabisan idea, atau kemungkinan besar rakyat sudah hilang selera atau sudah mula meluat untuk memuji mereka disebabkan banyak insiden yang dianggap flip-flop, u-turn, berkasta dll dalam pengawalan pandemik dan ekonomi rakyat.

4) Sidang-sidang pengumuman PM pun dah jadi hambar dan tak ada apa yang dapat mengujakan rakyat. Tajuk pengumuman memang gempak, tapi rakyat dah buat tak tahu dah. Kalau ditanya pembangkang, mereka akan kata ini lah balasan kepada pengkhianat.

5) Bilamana kita tegur dan kritik akan kelesuan kerajaan PN, maka beramai-ramai penyokong PN akan mengasak dengan soalan "kamu nak PH dan DAP memerintah balik ke?". Soalan begini adalah soalan untuk mengelak daripada menjawab isu sebenar kelesuan atau kehilangan rentak dalam mentadbir negara.

6) Sekarang ini PH dan DAP sedang jadi pembangkang. PN sedang jadi kerajaan, maka seluruh kerja buat PN akan dinilai oleh rakyat, dan para pengundi. Dan pola pengundi untuk PRU15 tidak akan sama dengan PRU14. Kali ini mungkin akan ada kluster pengundi termuda berumur 18-21 tahun - budak-budak WeChat, Twitter, Instagram dan TikTok akan mewarnai setiap peti undi.

7) Dengan imej yang PN cuba bawa ini, PN akan hadapi masalah besar yang title Abah, Pak Long dan Pak Ngah takkan dapat hadap. Sebenarnya UMNO nampak situasi ini, sebab itu UMNO cuba memisahkan diri daripada sentimen yang PN sedang hadapi, walaupun UMNO juga ada dalam kerajaan PN.

8 ) Manakala PAS pula seakan tidak nampak atau buat-buat tak nampak. Kebanyakannya berselindung di sebalik "No DAP, no Anwar", sehingga kecelaruan yang dibikin BERSATU tidak diambil kisah. Yes, kita mau UMNO dan BERSATU berdamai dan bersepakat untuk PRU15. Tapi tak bermakna BERSATU itu tak boleh ditegur. Tegurlah BERSATU kerana mustahil BERSATU itu maksum. 

9) Jika sentimen ini berterusan, mungkin prediction saya dulu-dulu akan jadi betul. Selepas dapat PM Atuk, kita dapat PM Abah. Selepas PM Abah, mungkin kita dapat PM Abang. Abang Non.

Sekian. - 9 Februari 2021.

Isnin, 8 Februari 2021

Menteri Jaga Harga Barang Sudah Muncul Kembali.

Nurul Asyikin | Adakah kita masih mempunyai Menteri KPDNHEP? Jika ada, dimanakah beliau berada? Apakah beliau sedang lakukan? Dan kenapa beliau tidak menjawab keluhan-keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barang?

Sebelum itu pasti ada yang bertanya. Siapakah Menteri KPDNHEP kita? 

Namanya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Ahli Parlimen Kapit. Dari Sarawak.

Ahhh baru aku tahu. Mesti ada yang cakap macam tu dalam hati kan. Yer. Memang tak ramai yang tahu siapa Menteri KPDNHEP kita. Kadang-kadang aku pun terlupa.

Sebenarnya, sejak akhir bulan Disember 2020, ada trend yang harga barang-barang basah naik. Kita bukan nak salahkan peniaga. Ataupun pemborong. Kerana sekarang ni musim pandemik. Juga musim tengkujuh pada ketika itu di beberapa kawasan. Mungkin ada faktor-faktor yang kita sebagai pengguna tak tahu, yang mana akhirnya ia menyebabkan harga barang basah dan sayur-sayuran naik.

Dan pada awal bulan Februari 2021, harganya naik sampai kita telan air liur. Walaupun kita tahu tak mungkin harga ini akan naik tanpa ada sebab-sebab tertentu tetapi poket kita tak boleh berfikir macam akal kita. Poket kita bukannya unlimited. Dia limited. Dan disebabkan PKP fasa 2, ada pekerja gaji harian dan sektor tertentu tak dibenarkan bekerja.

Bila tak bekerja, duit tak ada.

Nak makan, kita kena beli.

Nak beli, harga barang mahal.

Bantuan pula, kerajaan tak bagi.

Sebab tu Menteri KPDNHEP kena turun padang, siasat dan pantau. Kita tak minta dia hukum peniaga secara melulu. Hukum peniaga tamak kita setuju. Tetapi kita pun tahu. Seperti kita, peniaga-peniaga kecil ini pun tersepit dengan pertambahan kos modal.

Berbalik kepada soalan, apakah kita masih ada Menteri KPDNHEP? Jawapannya ada. Beliau telah muncul kembali dan berkicauan mengenai harga barang di Twitternya pada satu jam lepas.

Setakat ini kat kicauan menteri tersebut ada seorang like dan ada seorang retweet. Siapa tu? Tak payah tahu la wey. Haha.

Apa yang Menteri sembang?

Dia cakap ada 2,300 pegawai KPDNHEP akan turun padang dan memantau. Yelah tu.

Dia juga cakap bermula hari ini kerajaan lancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan. Lherr harga barang dah naik sebelum 8 Februari lagi kot.

Dia juga cakap kebanyakan barang-barang dijual dibawah paras harga maksimum. 

Ok, 1,2,3 action. Macam tu je beliau bekerja. Kita pun boleh jadi Menteri rupanya. Bye-bye. - 8 Februari 2021.

Jika Kerajaan Boleh Tolak Ansur SOP Sambutan CNY, Demikian Juga SOP Terhadap Orang Miskin.

NURUL ASYIKIN | Kita melihat kerajaan ini boleh dibawa berbincang jika membabitkan hak orang-orang berkuasa dan elit. SOP Sambutan Tahun Baru Cina telah banyak ditegur dan dikritik oleh VVIP politician berbangsa cina. 

Malah Timbalan Menteri Perpaduan juga melakukan kritikan terbuka. Katanya SOP tersebut perlu diteliti semula.

Pimpinan MCA juga menegur SOP Tahun Baru Cina yang menurut anggapan mereka perlu diperbaiki dan diperbetulkan dan minta diberikan sedikit kelonggaran.

Kita faham.

Kerana kita dapati SOP Sambutan Tahun Baru Cina sememangnya bercelaru. Ziarah sesama ahli keluarga tinggal serumah, tak boleh keluar dan ziarah ahli keluarga yang tinggal di rumah lain tetapi pasar malam dibenarkan buka. Maka mereka akan berjumpa di Pasar Malam.

Perkataan ziarah digunakan untuk berjumpa sesama ahli keluarga satu rumah. Teruknya penggunaan Bahasa Malaysia, agensi yang bertindak merangka dan mengeluarkan SOP ialah mewakili wajah kerajaan dan masih ada muka ke nak tegur kegagalan dan kelemahan kita dalam Bahasa Malaysia, agaknya?

Jadi kerajaan sesama VVIP ELIT AHLI POLITIK boleh berbincang-bincang, berbahas-bahas dan bersetuju SOP boleh diubahsuai sesuai dengan keperluan semasa (VVIP ELIT).

Ia bukanlah muktamad. Demikian rakyat melihat.

Jadi kenapa kelonggaran yang serupa tidak diberikan kepada rakyat jelata? Itu aneh.

8 orang miskin di Sabah tetap sahaja disaman walaupun mereka sudah jelaskan bukan mahu melanggar SOP dengan sengaja tetapi perlu keluar mencari ubat dan barang keperluan.

Wang tak ada. Masyarakat prihatin bersetuju membuat collection. Namun wakil rakyat sudah membayar. Wang derma itu kemudiannya dibelikan barang-barang keperluan dan diagihkan kepada mereka yang disaman itu.

Dalam situasi di atas, kita tak boleh berbincang-bincang, berbahas-bahas dan mengubahsuai SOP?

Sepatutnya boleh juga. Bukannya menyerang mereka yang mempertikaikan SOP itu sebagai mahu melawan kerajaan.

Tapi mereka kan orang miskin yang tersepit. Tak akan tak boleh diberikan kelonggaran yang sedikit bukannya kita seru semua orang langgar SOP dan menyusahkan KKM.

Kita minta tengok situasi. Mengadili case by case. Ada case, kita patut bertolak ansur, kerana mereka terdesak dan perlu survive. Ada kes yang dilihat sengaja mahu mengacah-acah SOP seperti berpesta, hisap dadah beramai-ramai, provokasi penguatkuasa, itu jika dikompaun kita pun taklah bodoh-bodoh minta simpati awam.

Tapi orang pergi pekan beli ubat dikompaun. Keluar kereta bukan di kawasan awam, dikompaun. Ini situasi apa? Inikan namanya sengaja mencari salah rakyat.

Benda boleh ditegur dengan amaran pertama, cakap mulut, buatlah macam tu dulu. Jika pesalah melawan, provok, ,mengacam, ganas, kita fahamlah.

Belum lagi kita selesai bab minta kerajaan faham dan berikan kelonggaran ikut kes by kes, dah pula berniat nak menaikkan jumlah kompaun dan mengenakan tindakan lebih keras.

Sasarannya? Rakyat.

Orang dah tak ada duit. Ramai hilang kerja. Ada fikir tak adik beradik tanggung adik beradik lain? Ahli keluarga tanggung ahli keluarga lain? Setengah orang kita tengok eh M40, T20 berdasarkan jenis pekerjaan dia tapi rupa-rupanya dia menyara adik beradik lain yang kehilangan kerja. Kita tahu ke?

Kalau yang B40? Dah tentu lebih tersepit lagi. Ini nak menaikkan pula kadar kompaun.

Logiknya, kita tak buat salah. Kenapa kita nak takut dengan kenaikan kadar kompaun. Kenapa kita nak kisah kerajaan nak penjarakan semua pesalah yang melanggar SOP.

Memang kita patuh. Tapi masalahnya, bila kita berada dalam situasi eh benda neh tak salah pun kita buat, tak wajar pun kena kompaun tapi kita kena kompaun juga. Inilah pertikaian yang membuatkan orang ramai tak terima dengan tindakan menaikkan had kompaun. 

Wey, RM1000 bagi rakyat bukan macam RM1000 bagi menteri lah. Duit tu dapat dari hasil bekerja. Bukannya macam Ahli Politik tak bekerja pun gaji masuk. Parlimen tutup. Tiap-tiap bulan masyuk juga. Kita datang lambat pun kena potong gaji belum ponteng lagi.

Jadi pak-pak menteri, fikir semula cadangan nak menaikkan kadar kompaun. Tak perlu dilakukan sedemikian. Sudahlah ahli-ahli politik bebas melanggar dan tak dikenakan tindakan. Jangan ingat bila orang tak protes, orang diam itu tanda orang setuju.

Dorang malas layan je. Tunggu pilihanraya. Korang tahu la nasib masing-masing nanti. - 8 Februari 2020.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...