Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 11 Februari 2021

Dulu PAS Kecam Bantu Sekolah Persendirian Cina, Kini Beri Sumbangan.

NURUL ASYIKIN | "Tiga buah sekolah menengah persendirian Cina menerima sumbangan RM100,000 daripada Kerajaan Negeri Kedah.

Tiga buah sekolah itu ialah Sekolah Menengah Sin Min (Persendirian) Alor Setar, Sekolah Menengah Sin Min (Persendirian) Sungai Petani, dan Sekolah Menengah Keat Hwa (Persendirian) Alor Setar.

Majlis penyerahan replika cek oleh Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, diadakan selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, semalam"

Laporan oleh portal Harakah Daily

Rujukan : https://harakahdaily.net/index.php/2021/02/11/kedah-bantu-sekolah-persendirian-cina-srjkt

Inilah jadinya bila melakukan serangan semata-mata mahukan millage politik. Menunggang sentimen orang melayu. Orang melayu bukan benci vernakular dan sekolah persendirian cina. Orang melayu tak faham kenapa kita dalam satu negara perlu ada sekolah yang berasaskan pendidikan kecinaan.

Kita ialah satu Malaysia. Kenapa bukan sekolah satu sistem. Kenapa bukan anak cina, india, iban, melayu, dusun dan semuanya berada dalam satu sekolah, satu sistem, main bersama, belajar bersama, gaduh bersama, cinta bersama.

Kenapa perlu memecahkan kita dalam sekolah vernakular, sekolah persendirian dan sebagainya?

Memecahkan itu satu hal, disebabkan perpecahan itu cara menguruskan sekolah juga mengelirukan dan berada di takuk lama, kuno.

Sistem pendidikan kita dah rosak. Ia perlu diperbaiki bermula dari akar dan kita perlu melawan orang-orang lama, kuno, senior yang mendominasi pasaran pendidikan negara. Tak lupa juga para penyokong mereka.

Ia bukan kerja mudah. 

Sebab tu kita perlukan orang politik. Untuk bahas idea dan dapatkan sokongan. Malangnya orang politik bukan nak peduli pun pada keperluan kita. Tapi mereka akan berlakon seolahnya peduli bila time nak undi.

Bukan susah sangat pun nak laksanakan idea sekolah satu sistem.

Pertama. Semua sekolah jenis vernakular dikebangsaankan. Bukannya suruh roboh.

Kedua. Untuk kebangsaankan sekolah vernakular, perlu diubahsuai silibus sedia ada supaya masyarakat cina dan india terbuka kepada pembaharuan. Ia perlu bebas dari elemen kepolitikan. Ia perlu telus dan sudah tentu ia perlu mengutamakan kepentingan anak bangsa Malaysia; belajar dalam suasana sistem yang tidak menindas sesiapa.

Ketiga. Apa yang masyarakat cina dan india nak sangat neh? Oh belajar tamil dan mandarin? Hah, masukkan dalam sistem sekolah kebangsaan.

Keempat. Mereka taknak sekolah kebangsaan yang dilihat berbaur keagamaan. Ok, asingkan. Kelas aliran perdana tanpa subjek agama. Kelas aliran agama di satu sekolah yang sama supaya budak2 neh tak perlu spent duit atas baju sekolah, travel dan memudahkan ibu bapa. Buat dua sesi. Aliran perdana dan agama. Pagi dan petang.

Kelima. Selepas buat perancangan menyeluruh, bentangkan pelan, dapatkan sokongan public, tunjukkan kesungguhan yang mampu menyakinkan masyarakat - haters yang anti sekolah perpaduan akan berikan dalil mereka, ini kerana sekolah perpaduan akan menghilangkan hak dan penguasaan mereka dalam sekolah-sekolah jenis aliran vernakular dan persendirian, pastinya mereka lawan. Kau nak rampas kuasa, pengaruh dan kedudukan dorang kot. Tak akan nak duduk diam-diam. Masa inilah kuasa patut digunakan. Sementara pelan peralihan sistem sekolah perlu dipastikan berjalan dengan lancar kot ye pun tak mampu dapat score 100% tapi pastikan score 95%, tak mahu ada masalah yang menganggu kelancaran.

Mudah. Kalau kita ada usaha dan merancang dengan betul, kita boleh lakukannya dan menyatukan anak bangsa Malaysia.

Tapi apa yang berlaku setiap tahun, sentimen orang melayu ditunggang. Orang politik bila nak undi melayu, dia akan bercakap pasal penghapusan vernakular. Hapuskan sekolah persendirian cina. Jangan bagi dana. Itu semua rasis.

Bila dia nak undi cina, dia beri dana kepada sekolah persendirian cina dan vernakular.

Setiap kali macam inilah situasi kita.

Dan penyokong-penyokong parti politik ini pula akan menyerang kita. Mereka ada beberapa kategori.

Kategori pertama : Semua parti yang aku musuhi, dia bersalah dalam semua perkara. Tak ada benda baiklah depa buat. Semua jahat je.

Kategori kedua : Aku buat takpe, kau buat, maka ia salah, haram.

Kategori ketiga : Membanding-bandingkan kebodohan, dan beranggapan kebodohan parti yang dia sokong lebih bagus dan boleh diterima.

Disebabkan kita berhadapan dengan masyarakat sebegini, hasrat sebilangan rakyat Malaysia yang nak menyatukan anak bangsa Malaysia dibawah satu bumbung menjadi sukar.

Halangan kita bukan sekadar sistem. Usaha dan pelan. Malah pemimpin dan penyokong-penyokong parti politik ini juga. Maka, kekallah, bodoh. - 11 Februari 2021.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...