Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 10 Julai 2019

Ini Penjelasan Kenapa lantik LGBT Di CCM.

Public Health Malaysia | "Country Coordinating Mechanism!”

Adakah ini agenda golongan LGBT untuk mengangkat hak mereka? 




 
Sabar dahulu Tuan/ Puan 🙏🏼

Terlebih dahulu, CCM bukanlah satu program untuk merancang koordinasi negara, sebaliknya ia merupakan satu program khusus yang dilakukan untuk mencegah penularan penyakit HIV.

Program unik ini menerima dana dari The Global Funds iaitu pertubuhan antarabangsa yang menyalurkan dana lebih USD4billion kepada lebih 100 buah negara di seluruh dunia untuk aktiviti pencegahan penyakit.

Malaysia merupakan salah sebuah negara penerima dana ini sejak sekian lama. Antara syarat utama penerima grant ini adalah perlu memastikan kerjasama antara agensi kerajaan seperti KKM dan NGO seperti Malaysian Aids Council.



 
Selain itu, organisasi CCM ini perlu dianggotai oleh pelbagai kumpulan yang terdiri dari NGO dan golongan berisiko HIV.

Perlantikan wakil dari golongan transeksual diperlukan kerana mereka merupakan golongan yang berisiko untuk mendapat jangkitan. Ini penting supaya kita dapat mendekati golongan ini dan membantu untuk menjalankan aktiviti pencegahan.

Kerjasama ini bukan suatu yang baru, sebelum perlantikan Rania Zara Medina (amboi glamer nama kau Nyah), Vee Izhar merupakan wakil untuk CCM.

Malaysia baru, Malaysia lama... sememangnya CCM telah lama dilakukan. 👌🏻👌🏻 tak ada isu lah. - 10 Julai 2019.

PAS Tolak Lantikan LGBT Di CCM.

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA | “PELANTIKAN RATU TRANS WOMEN 2017 DI DALAM CCM : KERAJAAN TIDAK SENSITIF”

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyifatkan tindakan Kementerian Kesihatan melantik Ratu Trans Women 2017, Rania Zara Medina sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) dalam Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM) Malaysia sebagai satu tindakan menghina undang-undang negara serta tidak sensitif dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

 

 
2. Kementerian Kesihatan tidak boleh berdolak-dalik kononnya tindakan tersebut sebagai memastikan golongan transgender turut diwakili kerana transgender itu sendiri pun sudah bertentangan dengan Seksyen 377A Kanun Keseksaan serta Enakmen Jenayah Syariah Seksen 25,26 dan 28 Akta Kesalahan Jenayah Wilayah-wilayah Persekutuan. Mengamalkan gaya hidup transgender ini sekaligus meletakkan pelakunya sebagai penjenayah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. DPPM mempesoalkan adakah langkah kerajaan ini merupakan satu percubaan untuk mengiktiraf golongan transgender sekaligus membenarkan mereka mengamalkan gaya hidup songsang selepas ini? Adakah dengan alasan kononnya transgender perlu diwakili maka selepas daripada ini setiap pelaku jenayah yang lain pula berhak untuk diwakili dalam jawatankuasa yang berkaitan dengan mereka?

4. Begitu juga dengan alasan bahawa ini bukan kali pertama golongan transgender dilantik sebagai ahli jawatankuasa di dalam CCM, DPPM berpandangan ini hanyalah merupakan alasan yang sangat rapuh. Adakah sekiranya perkara tersebut jelas melanggar undang-undang negara dan juga syariah Islam, ia wajib diteruskan semata-mata kerana ia sudah dilaksanakan sebelum ini?

5. DPPM sekali lagi berpandangan bahawa golongan transgender seperti juga komuniti lesbian, gay dan homoseksual perlu didekati dan disantuni agar mereka tidak tersisih daripada masyarakat dan dapat meninggalkan gaya hidup mereka yang songsang. Namun dalam masa yang sama, tidak boleh sama sekali bertolak ansur dengan memberikan mereka pengiktirafan dan juga kebenaran untuk mengamalkan gaya hidup yang bertentangan dengan undang-undang negara dan juga sekaligus undang-undang syariah Islam.

“Demi Islam”
“Islam Memimpin Perpaduan”

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Isytihar Harta Idea Sosialis, Menjawab Kritikan Ke Atas Presiden PAS.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya | ISYTIHAR HARTA IDEA SOSIALIS?

Saya senyum membaca berita Astro Awani apabila TGHH mengatakan pengisytiharan harta ini datang dari Sosialis [1]. Maka ramailah termasuk Ahli Parlimen PH membuat lelucon berkenaan batang tubuh TGHH.

 

 
Soalnya benarkah begitu?

Begini, pengisytiharan harta memang ada dalam Islam. Pada zaman Saidina Umar, baginda pernah mengarahkan agar gabenor2 lantikan mengisytiharkan harta sebelum dan selepas memegang jawatan. Contohnya apabila Abu Hurairah dilantik menjadi Gabenor Bahrain, beliau disuruh mengisytiharkan harta walaupun semua orang tahu Sahabat Nabi s.a.w ini tidak berharta.

Apabila gabenor ini menamatkan perkhidmatan, harta yang dikumpulkan oleh beliau akan dikira dan sekiranya terdapat lebihan harta yang tidak dapat dijelaskan, ia akan dipulangkan ke Baitul Mal.

Jadi TGHH berbohong ke?

Tak. TGHH mengatakan bahawa pengisytiharan harta secara terbuka ini dimulakan oleh kelompok Sosialis. Terbuka. Zaman Saidina Umar, pengisytiharan harta dibuat secara tertutup. Kena tahu beza.

Benarkah sosialis yang memulakan idea ini?

Ya. Negara pertama yang memulakan pengisytiharan harta secara terbuka adalah United Kingdom. Tahun 1974. PM UK ketika itu adalah James Harold Wilson daripada Parti Buruh.

James Harold Wilson ini ideologinya Sosialis Demokrat. Malah kabinetnya ketika itu majoritinya berideologi seperti ini. Dalam satu peristiwa, Wilson pernah menyamakan dirinya dengan fraksi Bolshevik pada zaman Tsar Russia.

Bolshevik ni apabenda? Parti la. Parti Bolshevik. Komunis Russia. Vladimir Lenin, Kamenev, Kalinin semua antara penggerak utama Bolshevik.

Dah apa yang salahnya kata TGHH tu? Dia bukan tak setuju isytihar harta secara terbuka. Malah dia kata isytihar harta secara terbuka ini menjadi wajib dalam keadaan tertentu.

Ahli-ahli parlimen PH memang buta sejarah ke? Sembang banyak benda basic pun tak tahu.


Rujukan:

[1] http://www.astroawani.com/…/idea-isytihar-harta-merupakan-t…

EXCO DAP Melaka Nafi Merogol Pembantu Rumah Indonesia.

YB Paul Yong Choo Kiong | Kenyataan Media
Merujuk kepada tuduhan kes merogol oleh bekas pembantu rumah warga negara Indonesia terhadap saya. 



 
Saya amat terkejut dan keliru dengan tuduhan palsu tersebut yang dilemparkan kepada saya. Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya atas tudahan yang tidak berasas tersebut. Saya ingin menekankan bahawa saya langsung tidak pernah merogolnya, mencabul kehormatannya atau melakukan apa-apa gangguan terhadap dia.

Bagi membersihkan diri saya daripada pertuduhan bersifat fitnah tersebut, saya telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan membawa saksi-saksi untuk membantu siasatan polis bagi menunjukkan bahawa ianya merupakan pertuduhan fitnah semata-mata.

Dalam masa yang sama, saya akan menghormati proses undang-undang yang sewajarnya dan mempercayai pihak polis akan menjalankan siasatan secara profesional dan telus. Saya percaya bahawa kebenaran akan mengatasi kebatilan. - 10 Julai 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...