Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Viral. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Viral. Papar semua catatan

Rabu, 30 Jun 2021

Kenduri Durian - Pembohongan Timbalan Speaker Dikantoikan Netizens.

VIRAL | Alangkah malunya Ahli Parlimen Batu Pahat, Rashid Hasnon yang dikantoikan netizens selepas menafikan video tular kenduri durian adalah video lama.

Ketika ditanya wakil media, ini respon Rashid;

"Tak adalah, itu (video) lama kot.

“Saya ingat (video) tahun lepas punya, sebelum PKP," jawabnya.

Jawapan itu membuka ruang kepada para netizens melakukan siasatan selanjutnya yang lebih teliti dan hasilnya, ya, Rashid kantoi berbohong. Ia adalah rakaman baru, yang berlaku tahun ini dan selepas PKP dilaksanakan. Ia bukanlah kejadian yang berlaku pada Mac 2020 dan sebelum PKP.

Lihat sahaja bukti-bukti dibawah;



1. Pada 27 Jun 2021, Menteri KPKT, Zuraidah mengemaskini Twitter dan melaporkan lawatan ke MPBP, Batu Pahat, Johor, yakni di tempat Rashid Hasnon menjadi Ahli Parlimen.

2. Lelaki berbaju biru, lelaki berbaju kotak, lelaki berbaju merah berada di lokasi-lokasi yang sama yang turut dihadiri Rashid Hasnon pada hari yang sama dengan baju yang sama warna.

3. Lelaki berbaju jersi merah memakai keluaran (edisi) terbaru yang dikeluarkan pada tahun 2021 (musim 20/21).


4. Wanita bertudung Fareha memakai keluaran terbaru edisi 2021, yang dikeluarkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.


Rashid Hasnon tak layak jadi Timbalan Speaker. Selain mengkhianati amanah pengundi di kawasannya, beliau terang-terangan melanggar SOP dan bercanggahan dengan apa yang kerajaan tekankan ke atas rakyat iaitu MEMATUHI SOP.

Sementara rakyat dikurung dirumah berbulan-bulan lamanya, mereka sesuka hati membuat kenduri durian. Durian adalah makanan bermusim dan mahal. Seenak-enaknya makan dikala rakyat menderita dan kesusahan angkara kehilangan pendapatan dan dibebani dengan hutang menimbun.

Apa yang kita risaukan ialah siasatan kes ini mungkin memakan masa yang panjang dan hukuman yang dikenakan pula, ringan. 

Selain itu Rashid juga enggan mengaku kesalahan dan kecuaiannya sebaliknya memilih untuk berbohong. Apakah itu kriteria seorang pemimpin, wakil rakyat dan Timbalan Speaker? Jika beliau berintergriti, beliau akan membuat permohonan maaf terbuka dan meletakkan jawatan. Itupun jika beliau benar-benar berintergriti. - 30 Jun 2021.

Isnin, 11 Januari 2021

Timbalan Menteri KBS Dikritik Tak Patuh SOP.

VIRAL | Nampaknya tindakan Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal yang melawat perniagaan goreng pisang menerima kecaman bertubi-tubi dari netizens.

Ini gara-gara Timbalan Menteri itu dilihat gagal mematuhi SOP ketika membuat sesi lawatan (dipercayai). 

Kebanyakan netizens mempersoalkan kenapa Timbalan Menteri tidak memakai mask, malah beberapa gambarnya yang lain juga sedangkan jika rakyat yang berjalan ke sana ke mari tanpa mask sudah tentulah akan disaman dan dikecam kerana engkar arahan tetapi aksi tersebut bukan sahaja dilakukan oleh menteri sewenang-wenangnya malah dipaparkan pula di laman sosial. Kenapa wujudnya amalan double standard itu soal netizens.

Terdahulu, gambarnya sedang melawat peniaga pisang goreng menjadi tular di sosial media. Gambar itu menjadi tular berikutan peniaga tersebut mengkritik Fayshal sebagai seseorang yang kurang sopan kerana memegang pisang jualannya menggunakan tangan sedangkan pengepit disediakan.

Selain itu, peniaga itu juga mengakui beliau pada awalnya langsung tidak mengenali siapakah individu yang dianggapnya kurang sopan itu sehinggalah diberitahu netizens bahawa beliau merupakan seorang Timbalan Menteri Belia Dan Sukan.


Sebagai rekod, Wan Ahmad Fayshal juga dikenali sebagai Mat Jargon kerana sering menulis panjang lebar tetapi menggunakan ayat yang berbunga-bunga dan sukar difahami.

Beliau asalnya adalah pegawai yang dilantik oleh Syed Saddiq bagaimanapun berubah sokongan sejurus bertemu dengan Muhyiddin Yasin. Selain dianggap mengkhianati rakan seperjuangan sendiri demi jawatan, Wan Ahmad Fayshal juga dilihat tidak begitu disenangi oleh penyokong PH dan BN. - 11 Januari 2020.

Isnin, 7 September 2020

ISMA Ajak Tolak MCA Kerana Pertahankan Peneroka Haram Raub Musang King.

VIRAL |  Sepanjang minggu lepas beberapa pimpinan ISMA dan individu yang pro ISMA/BERJASA dilhat mengajak orang Islam khususnya melayu untuk menilai sendiri wajah sebenar pemimpin MCA apabila berhadapan dengan isu-isu yang membabitkan kepentingan kaum cina.

Bermula dengan isu UEC kemudiannya vernakular kini ISMA mengecam MCA kerana dianggap mempertahankan peneroka haram di Raub, Pahang.

"Lihatlah bagaimana MCA begitu komited membela penceroboh-penceroboh tanah kerajaan di Raub, Pahang sampaikan Naib Presidennya yang bertaraf timbalan menteri sendiri turun 'buat kerja'.

Portfolio kementerian beliau tidak ada kena mengena pun dengan isu tanah tetapi ini menunjukkan betapa pentingnya isu ini buat partinya. Ini merupakan sesuatu yang luar biasa.

Apa yang membimbangkan, perjumpaan pimpinan MCA ini ialah dengan exco negeri Pahang (UMNO) untuk berbincang mengenai penyelesaian 'win-win' dalam isu pencerobohan tanah di Raub, Pahang tetapi tidak pasti apakah yang dilobi dan dituntutnya.

Rakyat mahu tahu apa sebenarnya yang dirundingkan oleh MCA ini. Exco kerajaan negeri manakah lagi akan berjumpa dengan mereka ini selepas ini? Apakah sebenarnya tawaran yang dipersembahkan kepada kerajaan negeri, apabila beliau menyebut 'win-win' sebegini?,"
soal Aminudin Yahaya yang juga Presiden ISMA.

ISMA juga beranggapan MCA tidak akan disebut oleh pemimpin politik melayu yang lantang sekalipun kerana MCA adalah kawan mereka bahkan akan terus diberikan laluan di kerusi majoriti melayu.

"Ramai yang tidak sedar atau terlepas pandang akan apa yang sedang diusahakan oleh MCA dalam isu pencerobohan tanah Pahang ini kerana para pemimpin politik Melayu yang lantang dalam isu ini tidak akan menyebut mengenai MCA pun, kerana itu kawan mereka. Apa yang penting hanyalah mileage dan publisiti parti tanpa menyedari ada musuh dalam selimut. Jujurlah kepada rakyat.

Saya pasti MCA akan terus diberikan laluan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu tetapi hakikatnya MCA mesti ditolak dalam PRU-15 sebagaimana rakyat perlu tolak DAP.

Sedarlah, bukalah mata kita,"
katanya, memetik kenyataan di Facebooknya pada Ahad. - 7 September 2020.

Khamis, 20 Ogos 2020

Menteri Didakwa Sedang Mencari Penjawat Awam Yang Membocorkan Maklumat Langgar Kuarantin.

VIRAL | Ini apa yang tular di sosial media. Terdapat dakwaan kononnya pihak yang mendedahkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Khairuddin Aman Razali yang tidak menjalani kuarantin 14 hari sedang dicari.

Dakwaan yang tular ini bagaimanapun tidak dapat disahkan. Meskipun begitu ramai pihak menyebarkan mesej di atas dan beranggapan ia adalah intimidasi ke atas penjawat awam.

Sebagai rekod, ada sebab kenapa KKM mewajibkan arahan kuarantin 14 hari tanpa mengira samada anda positif atau negatif ujian pengesanan covid19.

Dan jika arahan itu tidak dipatuhi, tak sepatutnya timbul isu berbangkit penjawat awam bocorkan rahsia atau apa. 

Ini kerana mereka komited untuk menjaga kesihatan dan keselamatan masyarakat khas khususnya. Diharapkan mesej yang tular itu tidak benar dan jika benar sekalipun semoga penjawat awam yang mendedahkan perkara tersebut dilepaskan dari sebarang tindakan tata tertib. 

Jangan diugut dan mengenakan tindakan ke atas penjawat awam disebabkan kecuaian yang dilakukan oleh menteri dengan sengaja. - 20 Ogos 2020.

Khamis, 6 Ogos 2020

Bendera Terbalik Di Sekolah, Timbalan Menteri Edit Post Dipersoalkan.

VIRAL | Tindakan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mah Hang Soon yang dilihat mempertahankan perbuatan terbalikkan bendera Malaysia yang berlaku di sebuah sekolah vernakular nampaknya mengundang kemarahan netizens dan Presiden ISMA.

Pada awalnya, Datuk Mah memperjelaskan isu bendera terbalik itu berlaku kerana tidak sengaja.

Namun kebanyakan netizens yang memberikan reaksi balas di ruangan komen nampaknya tidak dapat menerima penjelasan itu dan menuntut siasatan.

Menurut mereka, mana mungkin rakyat Malaysia secara tidak sengaja boleh memasang bendera secara terbalik. Sepatutnya selepas dipasang lakukan semakan supaya tiada kesilapan, tulis netizens lagi.

Bagaimanapun, Datuk Mah kemudiannya mengubah post itu dan menambahkan ayat seperti ini : "mengaitkan dengan kaum tertentu," tindakan itu seterusnya mengundang reaksi negatif netizens.

Hal itu juga mendapat perhatian Presiden ISMA sehingga beliau mempertikaikan tindakan Datuk Mah dalam satu kenyataan pada Rabu.

Peristiwa bendera terbalik berulang kembali dan berikut merupakan reaksi Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mah Hang Soon (MCA) yang saya kira sangat tidak profesional, tidak matang dan mencurigakan.

Alasan 'tidak sengaja' ini merupakan alasan lapok yang sama sahaja digunakan pada peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum ini, termasuk ketika zaman PH memerintah sekalipun. Memang sudah terang lagi bersuluh insiden yang berulang setiap tahun ini, ketika bulan kemerdekaan ini bukan satu kebetulan apatahlagi sesuatu yang tidak disengajakan. 

Lebih parah lagi ialah, apabila netizen marah kerana peristiwa ini berlaku di sekolah vernakular cina, YB Timbalan Menteri bersungguh-sungguh pula mempertahankan seolah-olah itu adalah satu 'serangan' terhadap kaum tertentu. Siapa 'kaum tertentu' yang dimaksudkan itu? Apa yang beliau risaukan sebenarnya? Kemarahan rakyat terhadap 'kaum tertentu' atau ke atas 'institusi' sekolah vernakular itu sendiri? Apakah ada sesuatu yang disorokkan? 

Kita semakin curiga lagi apabila Datuk Mah Hang Soon sendiri membalas komen netizen, dan menyatakan pekerja sekolah yang memasang bendera secara terbalik itu adalah seorang Melayu. Apa yang beliau cuba buktikan sebenarnya? Tidak kira apa kaumnya pun, yang salah tetap salah. 

Anda nilaikanlah sendiri. 

Saya sudah banyak kali dilabel rasis apabila mengkritik politikus-politikus MCA, DAP dan GERAKAN tetapi tidak mengapalah. Jika menyatakan kebenaran bagi menyedarkan anak watan, saya terima sahaja tohmahan ini. 

Untuk makluman anda, Datuk Mah Hang Soon adalah calon MCA di kerusi majoriti Melayu iaitu di Tanjung Malim. Kerusi ini diberikan oleh BN untuk ditandingi oleh MCA sejak 1958 lagi, iaitu selama 14 kali pilihanraya.

Fikir-fikirkan.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) - 6 Ogos 2020.

Ahad, 2 Ogos 2020

Latar Belakang Yang Arif Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Mohamed Hadi AH | Ada sesuatu yang mungkin ramai tak tahu mengenai Yang Arif Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Bukan, bukan, ini bukan pasal dia cucu sedara Tun. Itu mengarut.
 


Beliau sebenarnya seorang peguam korporat yang kemudiannya menyertai Maybank sebagai Group General Counsel and Company Secretary of Maybank cum Group Head of Corporate and Legal Services of Maybank. 


Senang cerita beliau bertanggungjawab menjaga bahagian undang-undang dan menjadi setiausaha syarikat Maybank selama 10 tahun dari 2005 hingga 2015. Sebelum jadi partner di Zico, beliau juga pernah bekerja di Suruhanjaya Sekuriti di pelbagai jabatan termasuklah bahagian penguatkuasaan yang melibatkan jenayah kolar putih.

Suruhanjaya Sekuriti
Firma guaman korporat
Maybank


Tiga latar belakang ini membentuk profil kerjaya Nazlan yang semuanya berlegar dalam dunia korporat, khusus dalam tadbir urus dan undang-undang syarikat. Kes salahguna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dalam syarikat GLC seperti dalam kes Najib ialah makanan asasi Nazlan selama puluhan tahun. Bukan Super Ring.

Dalam circle terdekat aku, lama aku sudah sebut yang kalau tengokkan latar belakang Nazlan itu sahaja, Najib is finished. Sebab itu selama ini hampir tidak ada sesiapa yang membangkitkan mengenai kelayakan latar belakang Nazlan melainkan cerita dongeng cucu saudara Tun.

Tidak keterlaluan jika aku katakan pengetahuan Nazlan yang amat mendalam dalam bidang tadbir urus korporat mungkin mempengaruhi keputusannya semalam, terutama dari segi hukuman. 


Jika hakim lain yang mungkin latar belakangnya bukanlah dari dunia korporat, boleh jadi hukuman yang diberikan tidaklah seberat yang Nazlan berikan. Sampaikan seorang peguam kanan bidang jenayah berpangkat Dato' pernah sebut kepada aku minggu lepas, "If it's Nazlan, he (Najib) will be convicted. But at the appellate courts, I think Najib may still have his chance".

Dari segi sahsiah juga, Nazlan seorang yang tidak banyak bercakap. Aku ingat perbualan aku dengan seorang setiausaha syarikat di bawah kumpulan kepala rimau yang mengulas mengenai pelantikan Nazlan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada tahun 2015 - "Dia sesuai sangatlah jadi hakim, jenis tak banyak cakap".

Profilnya sebagai alumni MCKK dan Oxford seqodar memperteguhkan lagi kemahiran dan kepakaran yang beliau miliki dalam undang-undang korporat. 


Selaku anak butir bank kepala rimau, kekuatan profil Nazlan merupakan sesuatu yang aku hormati dan kalau boleh, ingin aku contohi.  

#doneclaim

Ahad, 19 Julai 2020

Tiada Kerjasama Dengan Anwar Jika Tun Buat Parti Baru Dakwa Pensyarah.

Kamarul Yusoff | TUN DR MAHATHIR TAK AKAN BEKERJASAMA LAGI DENGAN DATUK SERI ANWAR DAN AKAN USIR TAN SRI MUHYIDDIN KELUAR DARI BERSATU?


Berikut disiarkan sesi soal jawab antara hadirin dan Tun Dr Mahathir di TH Hotel malam tadi seperti dicatatkan oleh seorang rakan yang hadir.

Soalan hadirin 1: Apakah Tun Dr Mahathir akan menubuhkan parti baru?

Jawapan Tun Dr Mahathir: Bergantung kepada keputusan mahkamah pada 7 Ogos 2020. Jika saya kalah kes, saya akan menubuhkan parti baru tetapi jika saya menang kes, saya akan ambil-alih BERSATU dan usir Tan Sri Muhyiddin keluar dari BERSATU.

Soalan hadirin 2: Datuk Seri Faizal Azumu mengaku dia anak angkat Tun Dr Mahathir, apakah betul Datuk Seri Faizal Azumu adalah anak angkat Tun Dr Mahathir?

Jawapan Tun Dr Mahathir: Saya hanya ada 7 orang anak dan Datuk Seri Faizal Azumu bukanlah anak angkat saya.

Soalan hadirin 3: Apakah ahli BERSATU BLACKOUT perlu menghadiri persidangan BERSATU Bahagian?

Jawapan Tun Dr Mahathir: Ahli BERSATU BLACKOUT perlu menghadiri persidangan BERSATU Bahagian dengan memakai baju hitam dan bersemuka secara terbuka.

Soalan hadirin 4: Apakah benar semua ahli BERSATU BLACKOUT yang bertanding dalam pemilihan BERSATU adalah terkeluar secara automatik?

Jawapan Tun Dr Mahathir: Jika saya menang kes mahkamah pada 7 Ogos 2020, saya akan usir Tan Sri Muhyiddin keluar dari BERSATU.

Soalan hadirin 5: Apa persediaan BERSATU BLACKOUT untuk menghadapi PRU 15? 

Jawapan Tun Dr Mahathir: Bergantung kepada ahli-ahli yang ada.

Soalan hadirin 6: Jika Tun Dr Mahathir menubuhkan parti baru apakah parti baru ini akan bekerjasama balik dengan PH?

Jawapan Tun Dr Mahathir: Parti baru ini tidak akan bekerjasama balik dengan PH kerana PH masih mahukan Datuk Seri Anwar sebagai PM. Saya memang tidak boleh bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar.  

Soalan hadirin 7: Apakah matlamat kita sekarang, mahu mengambil-alih BERSATU atau mahu mengambil-alih tampuk pemerintahan negara dan bila deadlinenya?

Jawapan Tun Dr Mahathir: Pada mulanya kita mahu mengambil-alih tampuk pemerintahan negara tetapi gagal, sekarang kita terpaksa tunggu PRU 15 di mana BERSATU BLACKOUT bebas untuk tentukan mahu bekerjasama dengan parti mana.

Soalan hadirin 8: Apakah Tun Dr Mahathir akan mempertahankan kerusi Langkawi dalam PRU 15?

Jawapan Tun Dr Mahathir: Bergantung kepada keadaan.

(Mohon sesiapa yang mempunyai rakaman sesi ini dapat mengongsikannya bagi memastikan keseluruhan catatan ini adalah tepat)

Nota: Catatan disahkan benar oleh Muhammad Afifi Abdul Razak.

Rabu, 8 Julai 2020

Syed Saddiq Luah Perasaan, Tarik Balik Saman Sivil & Tidak Kisah Dibuang PPBM.

Viral | Cerita saya dalam BERSATU dan ARMADA ini panjang. Saya rasa saya akan ingat sampai bila-bila setiap satu perjuangan ARMADA sebelum dan selepas PRU14.

Waktu itu, kami tidak punya apa-apa. Jelajah dari negeri ke negeri dan singgah program rumah ke rumah.


Tidur bermalam pun dalam kereta. Percaya atau tidak, keluarga ARMADA hanya berbekalkan semangat untuk ubah negara dan harapan untuk masa hadapan yang lebih baik.

Bagi saya, ARMADA ini bukan sekadar sebuah instrumen politik, tetapi ia adalah keluarga saya.

Walaupun ada perselisihan, saya tidak pernah sesekali membawa ia keluar dari bilik mesyuarat. Semuanya untuk menjaga dan melindungi ARMADA yang kami bina bersama.

Hari ini, BERSATU telah melantik ketua ARMADA yang baru selepas saya dipecat.

Kalau tanya saya, saya merasa rendah diri. Pengalaman dan pengetahuan yang saya raih dalam ARMADA besar nilainya.

Hubungan yang kami bina dalam ARMADA juga tidak akan putus.

Apabila khidmat saya di dalam BERSATU dan ARMADA tidak diperlukan lagi, sudah tibanya masa untuk saya pergi.

Saya faham bahawa jalan yang saya ambil ini bukan senang. Jauh sekali ingin menjamin masa hadapan yang baik untuk diri. Mereka yang sama haluan juga akan terima nasib yang sama. Diugut kiri kanan, disingkirkan jawatan dan dibuang jauh-jauh.

Paling penting, kita harus faham bahawa parti politik adalah kenderaan untuk membela rakyat dan menjaga negara. Ia bukan alat untuk kepentingan individu, jalan mudah meraih kemewahan dan jaminan masa depan.

I’ll march forward.

Saya juga akan menarik semula saman sivil terhadap kes pemecatan keahlian saya dalam BERSATU.

Kalau nak ambil parti, ambillah. Kalau nak buang nombor keahlian saya, buanglah. Saya tidak akan melengah-lengahkan usaha tuan-tuan sekalian.

Saya akan sentiasa mencipta ruang untuk membina negara. Bagi saya, rakyat dan negara itu paling utama.

Banyak juga pendapat dikongsi tentang langkah terbaik untuk masa hadapan negara. Walau apa pun, jika ianya berpaksikan negara dan anak muda, saya tahu itulah langkah yang akan saya ambil dan pilih. What say you?

Syed Saddiq
Ahli 000006
Pengasas ARMADA

Selasa, 12 Mei 2020

Dendam Ini Belum Langsai Lagi - Yana Najib.

VIRAL | Anak perempuan Najib Razak, Yana Najib mengimbau apa yang dikatakannya kenangan pahit yang berlaku dua tahun lalu, ketika rumah bapanya diserbu oleh polis bagi menjalankan siasatan kes 1MDB.

Diperdayakan supaya dapat serbu kediaman..

"Sudah lebih 2 tahun sejak pihak polis mengepung kediaman keluarga kami dan memperdaya kami untuk masuk. Mereka mengetuk pintu rumah kami dan meminta berjumpa Daddy. Mereka mendakwa hendak bertanyakan beberapa soalan kepada Daddy berkenaan 1MDB.

Daddy sebagai seorang yang sentiasa memberikan kerjasama, tidak merasakan perlu untuk menyembunyikan apa-apa lantas menjemput mereka masuk. Seorang pegawai polis masuk diikuti oleh ramai yang lain selepas itu.

Rupa-rupanya mereka tidak datang untuk bertanya beberapa soalan kepada Daddy. Mereka datang untuk menyerbu rumah kami dan menjadikannya bahan tontonan media pada malam Ramadan yang pertama.

Saya terjumpa gambar-gambar ini semula. 




Gambar pertama adalah gambar segerombolan polis yang memasuki bilik Daddy.

Gambar kedua pula adalah gambar Mummy saya yang kepenatan berehat di pangkuan Daddy. Walaupun berhadapan kejutan dan kepenatan, Daddy masih mampu memberi sedikit senyuman pada jam 3 pagi. 🤦‍♀️," katanya dalam satu kenyataan di Instagram.

Daddy hilang

"Namun gambar ke 3 yang menyebabkan saya menggigil...

Sehari selepas serbuan, Ashman mencari Daddy di rumah namun tidak menemui Daddy di tempat kebiasaan Daddy duduk- di bilik Daddy, di Bilik Study dan di ruang tamu.

Rupa-rupanya Daddy sedang tidur di bilik lama saya semasa kanak-kanak yang kedudukannya paling hujung di tingkat atas rumah.

Tidak ada sesiapa yang tidur di bilik itu sejak lebih 10 tahun yang lepas. Dan saya rasa Daddy tidak pernah menjejakan kaki ke bilik itu sejak saya berusia 16 tahun!

Bilik itu penuh dengan buku-buku lama saya yang berdebu, album-album boyband lama, poster Michael Owen, alat permainan kanak-kanak perempuan dan kotak-kotak yang dipenuhi dengan memori zaman kanak-kanak saya.

Entah macam mana, Daddy telah melangkaui semua kotak ini dan melelapkan diri di atas cadar merah jambu saya.

Jelas kepenatan dari peristiwa-peristiwa pasca 9 Mei, Daddy sangat memerlukan sedikit masa untuk lena seketika.

Namun Daddy tak boleh tidur di biliknya sendiri. Saya rasa apabila anda telah menyaksikan segerombolan polis memperlakukan ruangan peribadi anda seperti tempat kejadian jenayah, bilik lama anak perempuan anda terasa lebih selamat dan aman untuk berehat," tulisnya lanjut.

Dendam ini belum langsai lagi.
Ini semua ujian Allah tetapi Alhamdulillah Bossku tetap sabar, tabah dan tidak berputus asa.

Satu hari nanti, gambar-gambar ini akan menjadi memori silam bagi saya....

Namun ia akan sentiasa menjadi satu peringatan bahawa walau seteruk mana pun anda jatuh, jangan memandang rendah kekuatan diri anda untuk bangkit dan mara ke hadapan. 🤲🏼🙌

Saya masih ingat peristiwa hari itu seolah-olah ia baru terjadi semalam. Saya masih ingat melakukan panggilan telefon kepada rakan saya, sambil menangis tersedu-sedu memberitahu kepadanya bahawa mereka yang melakukan kezaliman ini kepada Daddy akan membayar dengan harga yang mahal. Dan saya masih berikrar sebegitu. Dendam ini belum langsai lagi! 😠," tambahnya lagi, mengakhiri kenyataan tersebut. - 12 Mei 2020.

Sumber : Instagram Yana Najib

Terjemahan oleh : Nabeel Naqie

Ahad, 10 Mei 2020

BPN Gagal, GKP Tak Cukup Syarat, Netizen Rasa Kena Game, Tolong Benarkan Pemohon BerSSM Buat Rayuan Semula.

VIRAL | Satu lagi kisah pemohon yang gagal BPN. Kali ini ia datang dari individu yang menggunakan nama Umat Imara Iman, di Facebooknya.

Cerita yang beliau kongsikan ini perlu diberikan perhatian sewajarnya dari pihak kerajaan.

Tak perlu menghina dan mengejek dia. Kita semua sedang susah sekarang. Jika kita boleh desak kerajaan untuk tambahbaik mekanisme kelulusan BPN, pastinya ramai yang gagal sebelum ini akan lulus dan berasa sedikit lega. Bukankah itu lebih baik daripada bergaduh dan mengutuk pemohon yang gagal?

Bagi yang dah lulus, perasaannya tak sama seperti yang gagal.

Bayangkan jika yang lulus tu gagal? Pastinya mereka marah juga.

Ini bukan isu mengharapkan wang percuma. Tetapi oleh kerana semua susah sekarang, maka biarlah semua merasa. Sudah tentu kita bercakap mengenai M40 & B40. Bukannya refer T20 ya.

Jika mengikut penulis pula, andaikata kerajaan dapat melonggarkan syarat ke atas M40 lebih baik. Ambilkira sekali bilangan anak mereka. Jika B40 ada 2 anak, M40 ada 5 anak, sama-samalah dapat RM1,600. Barang makan bukan murah juga. Apatah lagi anak-anak membesar. Jimat punya jimat, nak tanggung 7 orang dalam satu rumah dalam keadaan pendapatan terjejas, berpeluh juga tu.

Itu tak kira lagi jika anak itu mengambil peperiksaan penting seperti SPM, STPM, STAM. Atau anak OKU.

Sebab tu mekanisme dalam menentukan kelayakan perlu ditambahbaik. Ambilkira sekali jumlah tanggungan. M40 paling tersepit sebenarnya.

Nak kata kaya, tak kaya.
Nak kata miskin merempat pun, tak juga. 

Masalah kan. 

Begitu juga yang ada SSM. Benarkan mereka buat rayuan. Dan dari situ, bantu mereka untuk edaftar dan efiling. Ramai yang tak tahu sebenarnya. Bukan nak tipu kerajaan ataupun lari cukai.

Mereka tak faham. Hanya meniaga tepi jalan je. Atau online. Untung bukan begitu banyak. Sesetengahnya meniaga pasar malam dan tani. SSM tu wajib dah. Ia proses nak meniaga secara sah. Sebab tu mohon. Alih-alih jadi begini.

Caranya, bantu mereka isytiharkan pendapatan. Ramai yang salah faham. Mereka fikir, isytiharkan pendapatan bermakna kena bayar cukai. Tidak. Bukan begitu. Ada syarat dari segi jumlah pendapatan tahunan. Sebab tu kerajaan melalui LHDN kena jadi pemudahcara.

Dan MoF kena beri ruang pada rakyat buat rayuan.

Setelah dikurung, setelah hilang kerja dan pendapatan, setelah dijanjikan begitu begini, janganlah ambil semula ditengah jalan. Fikirkan, berapa banyak senario yang kerajaan tak terjangkau. Ada 30 juta rakyat dengan 30 juta senario. Tolonglah faham.

Baca neh, luahan dari Umat Umara Iman;

BPN atau GKP? Kena Game dengan LHDN & PN!!

Hari ni aku nak luah kekecewaan & kebengangan yang amat sangat pada LHDN lahanat. Untuk makluman, aku ni dah setahun tak bekerja, kena retrenchment ramai-ramai tahun lepas. Masa 1st time buat permohonan BPN, permohonan ditolak sebab katanya pendapatan keluarga melebihi 8k. 

Bila check balik, rupanya LHDN ambil data 10 tahun lepas. Jadi, buatlah rayuan semula sebab kami bukan T20 atau M40, kami dah jatuh B40 sekarang. Keadaan hidup korang fikir sendirilah... wife sorang keje, aku kadang-kadang buat consulting job yang kawan-kawan bagi... tu pun jarang-jarang.



Hari ni check sekali lagi BPN, masih tak lulus gak & rayuan ditolak. Hanya kerana wife aku ada SSM, ROB jer pun. Dia buat online bisnes untuk support family income. Tahun lepas bisnes drop teruk sampai rugi banyak sangat, tahun ni plak disebabkan Covid, bisnes dah tak run, tiada hasil langsung. Account company dia pun 0 jek kat 10 bulan lebih dah. Saya plak dah kat setahun tak bekerja kerana dibuang kerja oleh regim PH tahun lepas. Tapi BPN kami tetap tak dapat hanya kerana isteri ada SSM. LHDN advice suruh apply GKP... tetapi GKP tu hanya pada entiti yang ada premis & buat declaration cukai tahun lepas. ROB wife aku sangat-sangat small, perolehan terlalu kecik & modal pun tak boleh cover sampai sekarang.

Jadi, dimana keadilan untuk family macam kami ni? Saya hilang pekerjaan tiada income tetap, wife plak ada SSM yang bisnes pun dah tak jalan lama dan diketahui pula kami tak layak dapat bantuan apa pun camni. Hari ni dimaklumkan oleh member LHDN bahawa sebarang rayuan semula tidak akan dilayan & keputusan adalah muktamad. 

Totally bullshit LHDN & Kerajaan PN nie... terang-terang nampak macam kena game, tidak adil untuk family seperti kami yang hidup pun perit sekarang. PM8 kata bantuan untuk semua, akhirnya selective gak macam Kerajaan PH dulu. Phhuuiii 💦😤. - 9 Mei 2020.

Selasa, 3 Mac 2020

Aktivis Jawab Pendedahan ZF Zamir.

Wan Zamzahidi Wan Zahid | Hari ini beberapa orang sahabat tag aku pada satu status oleh ZF Zamir yang merupakan salah seorang pegawai khas kepada Dr Maszlee Malek sewaktu beliau menjadi Menteri Pendidikan. 


Aku sebenarnya dah tahu tentang perkara ini lama dahulu, kerana bersama beberapa orang sahabat di PSM, kami yang mengendalikan kes pekerja kebersihan sekolah yang kehilangan sumber pendapatan dalam sekelip mata apabila kontrak baru dilaksanakan pada Jun 2019.

Ya, kami yang membawa mereka ke Jabatan Perhubungan Perusahaan. Ya, kami parti nyamuk yang dihina kalah hilang deposit ini lah yang bersusah payah membawa mereka ke hulu ke hilir dari JPP, bawa ke Socso, bawa ke Mahkamah Perusahaan di Putrajaya. Kami yang dikutuk sebagai sesat dan tidak beragama ini lah.

Aku ingat lagi masa kali kedua aku bawa sebahagian mereka ke JPP di Wisma Persekutuan di Kuantan ni, aku terpaksa naik bas kerana duit dalam poket aku hanya ada sekitar RM20. Minyak kereta dari rumah aku di Pekan nak ke Kuantan, pergi balik mungkin lebih dari RM20.

Aku yang kemudiannya terpaksa belanja duit Grab dari baki tolak tambang bas tu untuk ke Socso pulak sebab ada seorang pekerja kebersihan 'sangkut' tak boleh nak buat aduan ke Socso. Aku rasa sendiri ni. Bukan tulis atas dengar cakap dari orang lain.

Kenapa aku cerita semua ni hari ni? Sebab hari ni baru ZF Zamir nak bercerita tentang masalah sebenar yang berlaku bila MOF potong peruntukan untuk kontrak kebersihan dan kawalan keselamatan sekolah. Butohlah kau ZF Zamir!!!

Kenapa hari ni baru kau nak cerita semua benda ni? Kenapa tidak sewaktu aku mesej kau tiap-tiap hari bertanya benda ni dulu? Kenapa? Kenapa kau bagi 'bluetick' saj apada pertanyaan aku? Apa faedahnya kau cerita sekarang sewaktu apa yang kau luahkan tu sudah tidak bermakna satu sen pun pada golongan yang hilang mata pencarian ni?

Dari bulan Mac 2019 kami ke Putrajaya, jumpa sendiri Dr Maszlee, masa tu kau buat apa? Garu telor dalam pejabat berhawa dingin?

Dari bulan Jun 2019 kami mengusung kelompok demi kelompok pekerja yang kehilangan mata pencarian untuk ke JPP, ke SOCSO dan ke mana lagi bagi menuntut hak, masa tu kau buat apa wahai ZF Zamir?

Kenapa waktu kau ada dalam pejabat kau tak cakap perkara ni? Syok sangat garu telor dalam pejabat berhawa dingin sampai lupa semuanya?

Kau jangan nak salahkan DAP semata-mata, sedangkan orang macam kau yang jadi kaduk naik junjung juga menyumbang kepada semua kesusahan ini. Aku tak sentuh lah tentang kejatuhan kerajaan PH sebab lantaklah, semua sama saja, tapi aku salahkan kau sebab kau adalah orang yang tahu tentang benda ni tapi kau tak buat apa-apa. Tak buat apa-apa. Kau tahu bahawa lebih kurang 50 ribu pekerja kehilangan mata pencarian tapi sebab kau sayangkan jawatan kau dalam pejabat berhawa dingin tu, kau diamkan semuanya.

Aku tak nak babikan kau ZF Zamir sebab manusia macam aku tahu bahawa babi pun tak seteruk manusia macam kau ni ZF Zamir. Mungkin manusia macam kau tak pernah tahu sebab manusia macam kau sebenarnya lebih hina dari babi.

Salam jari tengah untuk manusia macam kau ni ZF Zamir. - 3 Mac 2020.

Ahad, 1 Mac 2020

Cerita Sebenar Di Malam Mesyuarat Majlis Presiden PH Hinggalah Tertumbangnya Kerajaan.

Adam Mukriz Mohd Muhayeddin | Bila dah bukan habis kemelut ni, boleh la saya cerita apa yang berlaku sebenarnya. Sebab banyak versi sangat dah, teori konspirasi semua keluar. Maka boleh lah saya cerita apa yang berlaku sebenarnya.

Ingat tak Jumaat minggu lepas masa Mesyuarat Majlis Presiden? 


Dalam mesyuarat tu walaupun ada tegang sikit apa semua, akhirnya bersetuju untuk bagi Tun M pilih bila dia nak jadi PM. Ini jelas dalam PC tadi. Tak ada krisis langsung yang berlaku sperti yang mereka expect.

Kemudian tenang. Tak ada apa.

Pagi Ahad tu bermula segalanya. Azmin punya team kartel meeting kat Sheraton. BERSATU pulak ada meeting Majlis Pimpinan Tertinggi. Dalam mesyuarat tu, Tun M tak setuju kalau nak ambik UMNO (satu blok) sebagai sebuah parti. Tun M tak nak Zahid, Azeez semua masuk. Kau gila. Penat penat kita berjuang lawan dorang. Ada yang masuk jel apa semua akhirnya nak terima dorang balik dan ambik jadi kerajaan? Atas dasar prinsip. Tun tolak. Nak terima Ahli Parlimen sikit sikit boleh. Bukan satu parti sekaligus macam tu.

Antara yang sokong Tun M hanya lah beberapa orang dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) je. Syed Saddiq, Dr Maszlee, Akhramshah, Mukhriz, Kadir Jasin dan ABY. Tun M siap menahan sebak "Jangan paksa saya langgar prinsip saya". Dalam mesyuarat ni paling kurang ajar, Setiausaha Politik dia sendiri, Zahid Mat Arip. Tun M nyatakan sekarang tolonglah fikir pasal masalah negara yang banyak. Dengan coronavirusnya dan ekonomi apa semua.

Keputusan tergantung dan beri masa untuk Tun M decide. Azmin waktu tu pun sama nak berharap Tun ubah fikiran. Tun pun balik rumah. Dekat rumah, Haji Hadi, Azmin, Fadilah GPS, Zahid Hamidi, Abang Johari, Tan Sri Muhyiddin semua datang bincang kat rumah pulak next plan. Masa ni la Zahid keluar kan syarat syarat dia antara jawatan kanan kabinet, kena ambik semua sekali atau tak nak terus, dan mintak buat keputusan sekarang jugak.

Kenapa mereka paksa buat keputusan sekarang? Sebab Najib punya kes, Zahid punya kes akan ada keputusan tak lama lagi. Maka mereka perlu keputuaan segera!

Tun kata kerja bodo. Belum apa apa dah ugut.

Okay lah. Malam tu berlaku la Langkah Sheraton. Berpeluk gila sakan. Ku nan datang macam Menteri orang tolong bukak laluan, semua yang ada malam tu dah berangan pilih nak kementerian itu ini.

Gila! No way!

Pagi Isnin, Tun M tak masuk office. Wan Azizah, Anwar, Mat Sabu, Guan Eng semua datang jumpa Tun. Tun tak ada kat office then tahu Tun kat rumah, mereka pergi kat rumah. Ingat tak yang mereka tunggu kat luar? Tun tak sihat. Yelah stress fikir.

Lepas dari tu baru lah sorang demi sorang jumpa Tun M dalam rumah. Sebelum jumpa ni, mereka ni anggap Tun M la orang paling jahat. Bagi mereka Tun M lah orang yang merencanakan semua ni. Kerajaan Pintu Belakang atau Langkah Sheraton ke apa.

Selepas jumpa seorang demi seorang jumpa Tun, mereka dah diexplain apa semua. Mereka sedar yang Tun M adalah orang yang ikhlas dan berprinsip sebab Tun M boleh jadi PM kepada coalition kepada semua parti tapi waktu tu dah terlambat. Tun M telah pun letak jawatan.

Orang tanya saya habis tu kalau nak jadi PM balik, buat apa dia letak jawatan? Actually Tun M tak nak jadi PM di bawah coalition ni. Sebab BERSATU dah keluar dari Pakatan Harapan. Actually kerajaan PH dah tumbang. Jadi Tun M tak nak jadi PM dalam kerajaan UMNO ni tadi. Tun jugak letak jawatan Pengerusi Bersatu sebab tak setuju dengan pendirian bersatu yang dibuat Tan Sri Muhydidin.

So Tun M pergi lah jumpa Agong dan jadi PM Interim. And Agong kata nak jumpa sorang sorang. Malam tu PH buat Majlis Presiden tanpa Tun M. Sebab Tun M bukan lagi Pengerusi Bersatu dia tak boleh hadir. Bagi PH pulak mungkin ingat Tun M tak ikhlas sebab tak datang. Maka mereka calonkan Anwar sebagai PM.

Bila habis jumpa semua MP. Agong pun panggil Tun M cakap takde sape ada majoriti. Sebab apa? Sebab ada nama lain selain Tun M dan Anwar. So, suggest bawak sidang parlimen yang kemudiannya kata speaker kata tak boleh.

Habis bab tu. So sebelum ketua ketua parti jumpa Agong, PH datang jumpa Tun, dan Tun setuju untuk jadi PM balik dengan beberapa syarat yang mana mereka pun bersetuju. Sebelum tu, BERSATU buat ketetapan untuk namakan TS Muhyiddin sebagai PM dan bersetuju dnegan UMNO dan PAS secara blok. Which is Tun M tak nak.

Jadi bila pergi ke Istana pagi tu, semua dah bawak nama. BERSATU, PAS, UMNO sokong TSMY dan PH sokong Tun M. Warisan datang kemudian.

Paling menyedihkan Tun M hilang ramai orang kepercayaan dia termasuk bebrapa ahli Parlimen yang dia ingat kawan. Itu yang Tun M kata dia dikhianati. Ya. Pengkhianatan yang terbesar. Tun M nyatakan TSMY adalah pengkhianat beliau.

Banyak pengajaran kita dapat dari cerita ni.

Tamak dan gelojoh. Bila ada pemimpin yang mahu itu ini tapi tak reti sabar gini la jadinya. Hati hati dengan orang kita percaya. Kita tak tahu bila dia akan tikam kita bila ada peluang depan kita. Saya sendiri pun tak tahu siapa lah nak percaya sekarang ni.

Itulah cerita sedikit sebanyak yang sudah pun diringkaskan. Namun kemelut ini mengajar aku banyak perkara. Tun M pun akan terus berjuang dengan prinsipnya dengam beberapa orang lagi.

Saya tidak sedih dia letak jawatan. Cuma saya rasa ini bukan pengakhiran yang baik untuk insan bernama Dr Mahathir bin Mohamad. Itu juga kata Tun Siti Hasmah, isterinya.

Kita bina parti BERSATU sama sama. Agak sedih bila jadi macam ni sebab kuasa. I lost a lot of my friends too. Yang tetiba boleh maki hamun Tun. So entahlah. Dunia ini bulat, bagi saya, saya kan kekal berprinsip. Lagipun rezeki Allah tentukan. Itu je selalu percaya. - 1 Mac 2019.

Isnin, 10 Februari 2020

Isu 6 Kotak Ezam, Bekas Pemuda PKR Cerita Kisah Belakang Tabir.

Viral | Bekas Reformis, Tuan Hamdan Taha mahu menjawab isu kotak Ezam kepada semua pihak yang membangkitkan perkara itu sejak muktahir ini. 

Hamdan Taha |
Isu kotak saudara Ezam Mohd Noor dan pemuda keadilan tahun 99 -2001

Saya tolong jawap lah ye walaupun sudah berkali kali dijawab perkara ini, saya terpanggil tolong jawap kerana saya antara orang yang terlibat perkara ini. 


Isunya apa 6 kotak itu... isunya adalah bahan bukti rasuah menteri menteri dan anak anak perdana menteri yang telah di siasat oleh BPR ketika itu di tahun 1998.

Antara yang di dedahkan didalam kotak tersebut ialah kes rasuah yang melibatkan Rafidah Aziz menteri kerajaan umno ketika itu.

Kes Rahim Tamby Chik dan kes Mirzan yang terlibat di dalam menyelamatkan syarikat beliau di jual ke Petronas dan kes Perwaja. Kes Perwaja ini juga saya bangkitkan dalam perhimpunan agung pemuda tahun 98.

Setelah saudara Ezam dan pemuda keadilan ketika itu membuat kenyataan dan tunjuk bukti dokumen rasuah yang ada laporan BPR apa yang terjadi, Ezam dan 6 lagi kami di pemuda keadilan di tahan oleh pihak polis di bawah umno dan Dr. Mahathir. Termasuklah saya, rumah kami di geledah untuk mencari bahan bukti lain.

Kes yang kami dedahkan tidak di siasat langsung, sebaliknya kami di siasat. Ada di antara kami ditahan di dalam lokap dan di bawa ke mahkamah selepas beberapa hari.

Ezam pula selepas dibebaskan beliau jelajah dan terus dedahkan penyelewengan menteri menteri dan anak perdana menteri Dr. M bersama saya juga terlibat.

Akhirnya beliau dan 10 orang dari kami ditahan di bawah ISA atas isu pendedahan rasuah tersebut atau isu 6 kotak tersebut.

Rumah digeledah untuk kali kedua dan mereka mengambil semua bahan bukti tersebut. Ezam di bicarakan di atas OSA kerana mendedahkan bahan rahsia kerajaan walaupun bahan rahsia itu ialah dokumen rasuah para menteri.

Beliau di penjarakan dua tahun di penjara kajang, beliau adalah orang pertama di malaysia yang di dakwa dan dipenjara dalam kes OSA atau pendedahan 6 kotak tersebut, selepas beliau belum ada lagi di penjara dalam kes OSA kerana Rafizi telah di bebaskan jika tidak Rafizi orang kedua.

Jadi jika ada yang masih bertanya dan bermain dengan isu itu adalah hanya sekadar menghina dan tidak betul-betul ambil kira isu tersebut. Kerana 6 kotak itu telah pun diambil pihak polis dan sebahagiannya telah pun di dedahkan. Tapi kerajaan ketika itu PM ialah Dr. Mahathir tidak membenarkan perkara itu berlaku dan penjarakan siapa sahaja yang mendedahkannya.

Isunya di sini orang yang bertanya tetang isu 6 kotak itu benar benar faham ke isu itu. Apa jasa orang orang yang bertanya itu dalam memperjuangkan isu rasuah di dalam negara malaysia ni. Apakah sumbangan pihak yang bertanya itu dalam menegur pemimpin mereka dalam isu rasuah. Kami yang terlibat sekurang kurangnya berani berlawan ketika di dalam umno dan di luar umno.

Saya sendiri berani mempersoalkan isu Perwaja dan isu Mas di dalam perhimpunan agung umno sehingga membawa pemecatan saya. Jadi kadang kadang orang yang banyak mempersoalkan isu kotak itu berkata kata hanya sifat hati yang mahu menghina sahaja bukan kerana memahami isu.

Yang menariknya mereka yang banyak fail rasuah itu sekarang berada di dalam bersatu. Dan mereka yang ada fail baru pula semua ada di dalam umno. Apa yang nak saya sampaikan ialah 6 kota itu seperti isu 1MDB lah juga. Masa itu bila orang PH dedahkan maka umno gunakan akta yang sama OSA sehingga najib mendakwa Rafizi Ramli dalam kes yang sama sahaja seperti isu 6 kotak.

Latifah koya ketua pengarah sprm sekarang mendedahkan semua yang ada dalam kotak sprm kepada masyarakat termasuk audio Najib dan rosmah. Kerana dia kerajaan dan najib sudah tidak berkuasa maka tidaklah Lathefa itu di dakwa. 

Cuba Najib PM dan Lathefa dedahkan secara terbuka audio Najib.... apa akan jadi pada Lathefa agaknya masa itu.... sudah tentu di tangkap...

Itu sebab saya benci polis dan SPRM yang berpangkat di malaysia ini. Mereka bukan mencari kebenaran tapi hanya lalat dan najis kepada siapa PM. 

Bolehkah kita bayangkan jika penganti Tun Mahathir nanti ambil tindakan kepada Tun Mahathir dan keluarga. Sudah pasti masa itu sprm dan polis akan buat kenyataan kami ada bukti tun m dan keluarga mempunyai kekayaan melampau batas dan ada terlibat salah laku. Jika itu berlaku bukan lagi 6 kotak tapi ada ribuan kotak.

Terima kasih. - 10 Februari 2020.

Ahad, 2 Februari 2020

Waytha Didakwa Fitnah Malaysia Lagi, 10 Hari Dah Berlalu Tapi Tiada Jawapan Kenapa Agaknya?

VIRAL | Selepas 10 hari berlalu, sehingga ke hari ini pun, Menteri Perpaduan enggan menjawab kritikan yang dilemparkan ke atasnya dari Tuan Nabir Othman.



Pada 24 Januari 2020 yang lalu, P. Waytha Moorthy telah dikritik kerana membayangkan wujudnya paksaan terhadap orang bukan Islam untuk menganuti Islam di Malaysia oleh Tuan Nabir Othman di penulisan Facebooknya.


Nabir Othman mendakwa, dalam potfolio yang diedarkan oleh Menteri Perpaduan ketika menghadiri
dialog anjuran Northern Ireland Council for Racial Equality(NICRE), UK, secara jelasnya membayangkan negara ini mengamalkan undang-undang rimba. 

Kritikan Nabir itu telah mendapat reaksi seperti berikut;

1. 908 komen
2. 7.3k reshare

Ia menjadi kecoh di laman sosial. Tetapi anehnya, Menteri Perpaduan tidak menjawab langsung kepada kritikan itu.

Kita taknak hurai apa yang berlaku disebalik tabir, tetapi kita akan tulis apakah implikasinya jika isu-isu seperti ini dibiarkan berlegar tanpa jawapan dan tindakan tegas dari kerajaan hari ini;

📌 Orang melayu akan serapkan dalam pemikiran mereka, kerajaan hari ini kerajaan tak boleh pakai, tergamak mereka biarkan menteri mewujudkan sangkaan negatif ke atas umat Islam.

📌 Bila wujudnya sangkaan negatif, mereka akan mula berfikir kenapa kerajaan biarkan perlakuan Waytha. Mereka akan mengisi persoalan mereka dengan persoalan-persoalan seperti berikut;

kenapa agaknya kerajaan diam? Adakah takut? Siapakah paling berkuasa dalam PH? DAP kah? Adakah DAP yang menekan kerajaan ini agar berlemah lembut terhadap P.Waythamoorthy?

📌 Akhirnya kumpulan melayu telah membentuk satu puak, blocking, persepsi terhadap kerajaan PH yang ada DAP di dalamnya.

📌 Pada masa itu, idea dan gerakan (INSIDEN) ke arah AGENDA KERAJAAN PINTU BELAKANG akan mula direlis satu demi satu, sehingga berjaya meracun dan memujuk minda orang melayu, ianya ok jika kita bekerjasama dengan parti-parti dari PH untuk singkirkan PKR, DAP dan Amanah, manakala disana boleh buang Najib dan Muafakat Nasional.

📌 Ianya ok jika H dan kartel berubah arah.

📌 Ianya ok jika kita tubuh kerajaan baru secara PINTU BELAKANG bersama beberapa pihak dari PH tanpa melalui PINTU pilihanraya.

📌 PERSEPSI sedang membentuk; hasil permainan pihak atasan.

Bukankah begini? Waytha yang HINDRAF tu tak mungkin pula akan bersetuju dengan kerajaan all melayu akan tetapi kerana dia BODOH, maka dia boleh menjadi CATUR MERACUN.

Kerana itu isu-isu sebegini terus dibiarkan tanpa penjelasan dan pembelaan supaya rakyat Malaysia terus berpecah. 

Sementara rakyat terus bergelut dengan masalah ekonomi, dan beberapa dari PH yang komited melaksanakan janji, disana terdapat pihak yang sedang membuat wayang.
 
Oleh : Nabir Othman


YB Moorthy, anda adalah seorang menteri yang membawa nama Malaysia.

1. Semalam saya telah menghadiri satu dialog anjuran Northern Ireland Council for Racial Equality(NICRE) bertempat di bangunan parlimen Northern Ireland, UK. Agak menarik ialah YB Moorthy selaku seorang menteri dari Malaysia yang memegang potfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial diberi penghormatan untuk memberi ucapan pembukaan.

2. YB Moorthy menyampaikan ucapan aluan secara ringkas dan beliau sendiri seolah-olah agak terkejut dan tidak tahu dengan penghormatan yang diberikan ini. Tidak banyak yang disentuh dalam ucapan beliau yang hanya berlangsung selama lebih kurang lima minit. Apatah lagi beliau menegaskan bahawa beliau terpaksa meninggalkan majlis pada pukul 3.30pm dan mempunyai masa kurang dari sejam. Sedangkan majlis sepenuhnya patut berlangsung sehingga pukul 4.30pm.

3. Setiap hadirin dibekalkan dengan dua lampiran kertas. Satu mengenai tentatif majlis dan satu lagi ialah profil YB Moorthy. Oleh kerana ucapannya terlalu pendek maka kebanyakan hadirin hanya menggarab maklumat melalui lampiran yang disertakan.

4. Kebiasaan soal jawab majlis dialog adalah berdasarkan ucapan tetamu yang bercakap. Malangnya kandungan ucapan beliau seolah-olah tiada. Maka rujukan untuk bertanya hanyalah melalui maklumat profil yang dilampirkan.

5. Amat mengejutkan dengan maklumat yang tertera dalam profil seorang menteri dari kerajaan yang memerintah Malaysia hari ini. Pada perenggan pertama lagi Malaysia digambarkan sebagai negara dengan undang-undang rimba yang tidak bertamadun. Selebihnya silalah baca sendiri. Saya merasakan ia tetap tidak relevan dengan kedudukan beliau sebagai seorang menteri yang memegang portfolio berkaitan.

6. Malaysia telah merdeka hampir 63 tahun dan satu pertiga darinya telah dipimpin oleh individu yang sama menjadi PM hari ini. YB Moorthy seorang menteri dari JPM dengan latarbelakang seorang peguam sepatutnya tahu implikasi profil beliau mengenai pandangan luar terhadap Malaysia. Pada pandangan saya beliau tidak membawa risalah Jabatan Perdana Menteri yang sepatutnya. Apatah lagi Malaysia.

7. Saya merasakan kerosakan imej telah berlaku terhadap negara Malaysia melalui profil ini. Pertanyaan lanjut berdasarkan maklumat tersebut hanya akan membawa kepada kerosakan yang lebih parah. Saya hadir mewakili komuniti Muslim di sini. Dalam masa yang sama saya juga adalah seorang anak Malaysia. Serba salah samada untuk bertanya penjelasan lanjut atau mengawal kerosakan imej negara Malaysia di mata luar dengan tidak bertanya. Saya memilih yang kedua.

8. Telah menjadi adat dalam sesi dialog bahawa kenyataan rujukan selalunya kembali kepada tetamu yang bercakap. Apatah lagi beliau adalah seorang menteri dari kerajaan yang memerintah hari ini. Sedangkan saya sudah berada di sini hampir 20 tahun dan lebih 30 tahun berada di luar Malaysia.

9. Sahabat saya yang turut hadir sebagai penyampai ucapan bagi mewakili komuniti Muslim di sini bertanya kepada saya secara peribadi untuk kepastian. Betulkah non Muslim di Malaysia dipaksa untuk memeluk agama Islam? Ajaran Islam apakah yang Malaysia amalkan dengan memaksa orang untuk memeluk agama Islam?

10. Kenyataan dalam profil tersebut bukan hanya sekadar membabitkan Malaysia bahkan ia melibatkan dakwaan palsu mengenai ajaran Islam yang merentasi sempadan. Ia membabitkan dakwaan palsu mengenai ajaran Islam yang mempunyai pengikut sekitar 1.8 billion seluruh dunia. Juga dalam konteks kami sebagai minoriti di sini. Tiada dalam ajaran Islam untuk memaksa orang memeluk agama Islam. Laksana Islamophobia dari seorang yang memegang jawatan menteri yang sepatutnya menangani kes seumpama ini.

11. YB Moorthy… Anda sepatutnya membawa mesej perdamaian, perpaduan dan kesejahteraan sosial untuk dikongsi oleh dunia luar. Ia lebih patut dengan amanah dan jawatan yang anda pegang. Sesuai dengan Malaysia yang terkenal sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang hidup harmoni sejak sekian lama.

12. Bangsa-bangsa selain Melayu telah sedia diberikan hak malah dibiayai kerajaan untuk meneruskan pendidikan dalam bahasa ibunda masing-masing. Bandingkan jumlah kuil yang ada mengikut ratio penganut Hindu di Malaysia dengan negara-negara sebelah sini. Kebebasan mengamalkan agama masing-masing. Pelepasan cuti umum bersempena hari kebesaran berbanding sini. Bagaimana sambutan CNY di Malaysia berbanding UK sebagai contoh lain? Dan senarai yang seterusnya….

13. Majlis dialog ini adalah berkaitan ‘hate crime’. Kes Adib adalah natijah dari ‘hate crime’. Melalui bekalan perkongsian maklumat dari sini harapnya YB Moorthy boleh membela kematian Adib untuk membawa penjenayah yang terlibat kemuka pengadilan. Demi keluarga beliau yang memerlukan pembelaan, demi penjawat awam yang terkorban semasa menjalankan tugas, demi kedaulatan undang-undang dan demi kesusilaan hubungan antara kaum di Malaysia.



Sahul HM : Dikhabarkan bahawa Menteri Waythamoorthy menghadiri satu persidangan berkaitan "Racial Equality" di Ireland Utara dua hari yang lepas.

Dalam pamplet profil beliau terkandung maklumat asas tentang dirinya dan juga perjuangannya berkaitan hak asasi masyarakat India Malaysia. Itu biarlah, memang bidangnya.

Tetapi turut tertera adalah ayat yang mengejutkan. "Forced conversion of ethnic Indians to Islam" serta "unlawful demolition of Hindu temples and places of worship". Apa maksudnya? Maksudnya etnik India di Malaysia dipaksa untuk menganut Islam dan kuil Hindu diruntuhkan di luar kuatkuasa undang-undang.

Ini tuduhan gila dan jahat! Siapa yang dipaksa itu? Datangkan bukti. Atau di mana yang kuil atau rumah ibadat diruntuhkan sewenang-wenangnya? Tunjukkan!

Mana suara para pemimpin kerajaan menyanggah tuduhan secelaka ini?! Tuduhan yang mendatangkan kegelisahan dan menimbulkan prejudis antara kaum dan agama.

Waythamoorthy tidak layak sama sekali untuk menjawat peranan Menteri Perpaduan dan Integrasi Nasional. Lebih layak untuknya adalah gelaran Menteri Pemecahbelah dan Syak Wasangka.

Mana suara para pendesak Maszlee Malik yang kononnya terlalu Islamik? Dan mana si Liberal jahanam dan mana para kiasu??? - 2 Februari 2020.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...