Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 6 Ogos 2020

Bendera Terbalik Di Sekolah, Timbalan Menteri Edit Post Dipersoalkan.

VIRAL | Tindakan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mah Hang Soon yang dilihat mempertahankan perbuatan terbalikkan bendera Malaysia yang berlaku di sebuah sekolah vernakular nampaknya mengundang kemarahan netizens dan Presiden ISMA.

Pada awalnya, Datuk Mah memperjelaskan isu bendera terbalik itu berlaku kerana tidak sengaja.

Namun kebanyakan netizens yang memberikan reaksi balas di ruangan komen nampaknya tidak dapat menerima penjelasan itu dan menuntut siasatan.

Menurut mereka, mana mungkin rakyat Malaysia secara tidak sengaja boleh memasang bendera secara terbalik. Sepatutnya selepas dipasang lakukan semakan supaya tiada kesilapan, tulis netizens lagi.

Bagaimanapun, Datuk Mah kemudiannya mengubah post itu dan menambahkan ayat seperti ini : "mengaitkan dengan kaum tertentu," tindakan itu seterusnya mengundang reaksi negatif netizens.

Hal itu juga mendapat perhatian Presiden ISMA sehingga beliau mempertikaikan tindakan Datuk Mah dalam satu kenyataan pada Rabu.

Peristiwa bendera terbalik berulang kembali dan berikut merupakan reaksi Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mah Hang Soon (MCA) yang saya kira sangat tidak profesional, tidak matang dan mencurigakan.

Alasan 'tidak sengaja' ini merupakan alasan lapok yang sama sahaja digunakan pada peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum ini, termasuk ketika zaman PH memerintah sekalipun. Memang sudah terang lagi bersuluh insiden yang berulang setiap tahun ini, ketika bulan kemerdekaan ini bukan satu kebetulan apatahlagi sesuatu yang tidak disengajakan. 

Lebih parah lagi ialah, apabila netizen marah kerana peristiwa ini berlaku di sekolah vernakular cina, YB Timbalan Menteri bersungguh-sungguh pula mempertahankan seolah-olah itu adalah satu 'serangan' terhadap kaum tertentu. Siapa 'kaum tertentu' yang dimaksudkan itu? Apa yang beliau risaukan sebenarnya? Kemarahan rakyat terhadap 'kaum tertentu' atau ke atas 'institusi' sekolah vernakular itu sendiri? Apakah ada sesuatu yang disorokkan? 

Kita semakin curiga lagi apabila Datuk Mah Hang Soon sendiri membalas komen netizen, dan menyatakan pekerja sekolah yang memasang bendera secara terbalik itu adalah seorang Melayu. Apa yang beliau cuba buktikan sebenarnya? Tidak kira apa kaumnya pun, yang salah tetap salah. 

Anda nilaikanlah sendiri. 

Saya sudah banyak kali dilabel rasis apabila mengkritik politikus-politikus MCA, DAP dan GERAKAN tetapi tidak mengapalah. Jika menyatakan kebenaran bagi menyedarkan anak watan, saya terima sahaja tohmahan ini. 

Untuk makluman anda, Datuk Mah Hang Soon adalah calon MCA di kerusi majoriti Melayu iaitu di Tanjung Malim. Kerusi ini diberikan oleh BN untuk ditandingi oleh MCA sejak 1958 lagi, iaitu selama 14 kali pilihanraya.

Fikir-fikirkan.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) - 6 Ogos 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...