POLITIK | Selepas berhari-hari berlalu, akhirnya Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Rahim memberikan maklum balas mengenai jemputan debat bersama Mujahid Rawa, soal kerugian Tabung Haji.
Walaubagaimanapun, pihak pengurusan saya akan menetapkan satu tarikh yang sesuai untuk program tersebut kerana saya difahamkan terlalu ramai yang berminat untuk menyaksikan perbahasan kami berdua.
Entah apa lah yang YB Parit Buntar seronok sangat ni, saya dulu bukan Menteri Agama pun, bukan juga Timbalan Menteri, hanyalah seorang bekas Pengerusi Bukan Eksekutif.
Insyaallah kita jumpa nanti," jelasnya dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi Facebook rasminya.
Sebagai rekod, debat ini dicadangkan oleh Mujahid Rawa atas tujuan mempertahankan dirinya yang dituduh telah merosakkan Tabung Haji.
Mujahid juga mahu mengambil kesempatan atas debat ini bagi membetulkan beberapa salah faham yang tersebar di laman sosial sehingga menyebabkan dirinya difitnah.
Oleh kerana Azeez Rahim antara yang terlibat secara dekat dalam pengurusan Tabung Haji, maka Mujahid mencabarnya (atau sesiapa yang menuduhnya) agar berdebat secara bersemuka dalam isu Tabung Haji.
Sinar Harian juga telah menyatakan bersedia menjadi platform supaya debat Mujahid dan Azeez dapat disaksikan secara LIVE oleh semua pihak yang berminat mengikuti debat tersebut. Namun, setakat ini tiada lagi mana-mana stesen TV yang mahu menawarkan diri untuk menyiarkan debat antara dua Ahli Parlimen itu. - 6 Ogos 2020.