Mohd Sayuti Omar | BARU TAHU SETELAH TERDEDAH
Apabila saya diberitahu Rameli Musa merupakan Pengerusi KTMB saya terkejut dan tidak percaya. Macam mana Rameli boleh dilantik ke jawatan itu. Setahu saya pelantikan itu mesti melalui Menteri Pengangkutan. Apakah menterinya Anthony Loke kenal dengan Rameli Musa?
Tidak kisah kalau pemimpin DAP itu melantik orang Melayu sebagai pegawainya atau pun menganggotai apa-apa agensi dibawah kementeriannya. Kawan saya saudara Dahlan Maamur pun dilantik sebagai Setiausaha Politik, walhal kalau hendak diikutkan, tidak mungkin sebab Dahlan adalah bekas pemimpin Pemuda Umno.
Namun situasi itu tidak diambil kira oleh Anthony Loke. Inilah keterbukaan dan rasional Anthony Loke.
Bagaimana pun bila seorang korporat seperti Rameli Musa dilantik sebagai pengerusi KTMB timbul musykilah sedikit kepada saya. Dari celah mana menteri memperolehi nama itu.
Selepas saya selidik baharu berasa munasabah dan tidak pelik kalau Rameli yang didakwa tolong bayar RM1.422 juta kepada Clare itu diambil oleh Anthony Loke, kerana dia adalah rakan baik kepada orang bernama Kamaruddin Jaaffar (KJ).
Siapa dia KJ ini, dia adalah timbalan menteri pengangkutan dan merupakan kawan baik dengan Rameli sejak lama dahulu.
Mereka dahulu satu geng dengan Anwar Ibrahim juga dan kini kedua-duanya telah mufarakah dengan Anwar Ibrahim. KJ menyokong Azmin Ali. Maka sebab itulah juga barang kali mengapa Anwar sedia mendedahkan isu RM1.422 juta sebab ia membabitkan orang bernama Rameli Musa. Majibul somad. Trims.