Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 28 Februari 2019

Anwar Perlu Dapatkan Rawatan - MP Pasir Mas.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI | ANWAR PERLU DAPATKAN RAWATAN

Di dalam pengajian psikologi, ada sejenis kategori sakit mental dinamakan Obsessive Ambition (keinginan keterlauan). Pesakit yang mengidap sindrom ini kadang kala tidak menyedari mereka sedang menghidapinya namun ia dapat dilihat melalui tingkah laku yang kadang-kadang tidak menentu dan hilang arah. Misalnya, terlalu berkeinginan untuk menjadi Perdana Menteri boleh menyebabkan seseorang itu bertindak hilang arah dan merapu tidak tentu hala.




Gambar troll

Saya terbaca kenyataan Ahli Parlimen Port Dickson hari ini yang menyatakan bahawa PAS sebenarnya tidak menerima dana 1MDB, tetapi menerima dana terus dari UMNO. Ia boleh dibaca di pautan berikut : (https://www.malaysiakini.com/news/465935)

Setelah SPRM mengesahkan bahawa akaun PAS bersih dari dana 1MDB, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan merubah nada serangan kepada PAS dengan menyatakan bahawa dana yang diterima bukan daripada 1MDB tetapi terus daripada UMNO. Barangkali beliau lupa atau beliau tiada maklumat kerana berada di dalam penjara, pimpinan Pakatan Harapan sejak dari sebelum PRU14 seringkali mengaitkan bahawa dana yang dikatakan diterima oleh PAS ialah ‘wang haram 1MDB’. Saya sertakan ringkasannya seperti berikut :

1. Pada 12 April 2017, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menyatakan bahawa beliau akan mendedahkan identiti bekas pemimpin PAS yang menerima dana 1MDB melalui akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak. Lihat rujukan : https://www.freemalaysiatoday.com/…/rafizi-dedah-bekas-pem…/

Atau boleh dirujuk videonya di pautan berikut :
https://www.youtube.com/watch?v=wc9M8tPJ6jQ

2. Pada 7 April 2017, Naib Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji mendesak PAS agar segera menjawab dakwaan bahawa terdapat sejumlah wang yang berasal dari 1MDB mengalir ke akaun seorang tokoh yang rapat dengan pemimpin utamanya. Lihat rujukan : https://www.roketkini.com/…/dakwaan-pas-terima-rm90-juta-d…/

3. Bahkan beberapa hari lepas iaitu 22 Februari 2019, Ahli Majlis Pemimpin Pusat PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menerusi Twitternya berkata, - Presiden PAS - Abdul Hadi tidak tahu tentang dakwaan parti itu pernah menerima wang daripada 1MDB. Lihat pautan : https://malaysiagazette.com/…/undi-tak-percaya-pas-tahu-du…/

Apa yang disenaraikan di atas hanyalah ringkasan sahaja daripada siri dakwaan-dakwaan pimpinan Pakatan Harapan bahawa PAS menerima dana 1MDB. Cuma barangkali rentak dan nada sedikit berlainan setelah pengesahan SPRM baru-baru ini yang menyatakan tiada kemasukan RM90 juta ke akaun rasmi PAS. Peluru-peluru baru adalah seperti berikut :

1. PAS terima dana 1MDB tetapi bukan melalui akaun rasmi


2. PAS terima dana UMNO tetapi bukan melalui akaun rasmi


3. PAS terima dana UMNO dan bukannya wang 1MDB 


4. PAS sogok Sarawak Report RM1.4 juta untuk tutup kes saman


Peluru-peluru ini sedang berterabur di alam maya dan nyata menunggu untuk dijawab satu persatu oleh PAS. Satu jawapan daripada PAS akan diikuti dengan peluru fitnah yang berikutnya. Berbanding kes liwat yang disabitkan dua kali di mahkamah sekalipun rakyat diminta untuk tidak percaya, kes duit UMNO kepada PAS ini diminta bermati-matian untuk rakyat percaya sekalipun SPRM sudah berada di bawah kendalian kerajaan Pakatan Harapan untuk membuat siasatan yang adil dan telus.

Dan apabila Datuk Seri Anwar menunjukkan satu dokumen hitam di ceramahnya malam tadi, ia lebih melucukan. Tiada lagi kehebatan seorang bakal Perdana Menteri. Jika dokumen hitam yang tidak menunjukkan apa-apa bukti itupun rakyat perlu mempercayainya, bagaimana pula video hitam putih insiden di Thailand yang lebih terang dan jelas, adakah rakyat juga perlu percaya? Kami di pihak PAS berpendirian jelas, sebarang rakaman seperti itu dianggap sebagai fitnah selagi tidak dibuktikan dengan pengadilan secara Islam.

Nampaknya, perjalanan seorang bakal Perdana Menteri sudah sampai ke penghujung. Saya nasihatkan, berbanding membuat tuduhan merata-rata, lebih baik beliau dapatkan rawatan. Obsessive Ambition jika tidak dikawal boleh menjadi semakin teruk dan mengakibatkan tragedi yang tidak diigini.

Sekadar mencadangkan sahaja. - 28 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...