Portal itu mendakwa Tok Batin Kampung Orang Asli Kampung Sungai Lalang Baru, Aleh Abdullah ,53, telah dipaksa membaca teks ucapan yang mengandungi seruan agar Orang Asli menyokong PH pada 2 Mac ini.
Teks ucapan itu bukan ditulis oleh dirinya dan diberikan ketika beliau dijemput untuk menyampaikan ucapan dalam satu program PH yang diadakan di kampung itu.
"Bukan saya sebenarnya. Dia tulis (bekas pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli JAKOA) dan saya ikut (baca).
Kalau tak sokong nanti susah kami semua. Dulu pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sokong BN, PRU14 sokong PH.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih kami sokong dan undi PH,” katanya, memetik laporan Sinar Online.
Netizens yang membaca laporan itu kemudiannya mengkritik Pakatan Harapan, tak kurang mentertawakan kerajaan kerana dengan mudahnya dikantoikan Tok Batin.
Bagaimanapun dalam kenyataan balas kepada dakwaan itu, Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin menafikan telah memaksa Tok Batin untuk membacakan teks ucapan yang disediakan kepadanya.
“Tak ada paksaan. Itu terserah kepada dia nak baca teks. Terserah kepada dia. Itu hak dia,” katanya ketika ditanya media.
Ketika ditanya rancangan PH yang akan menganjurkan program pemberian hamper dan hadiah kepada Orang Asli pada Selasa ini, Muhyiddin berkata,itu hanya satu andaian.
“Ia 'akan'. Belum berlaku lagi. Itu andaian. Saya tak tahu,” ujarnya.
Ketika ditanya rancangan PH yang akan menganjurkan program pemberian hamper dan hadiah kepada Orang Asli pada Selasa ini, Muhyiddin berkata,itu hanya satu andaian.
“Ia 'akan'. Belum berlaku lagi. Itu andaian. Saya tak tahu,” ujarnya.
Untuk rekod, semalam SPR telah mengesahkan pemberian hamper dan surat tawaran membaiki rumah PPR merupakan satu kesalahan. Dan mungkin program pemberian hamper dan hadiah kepada Orang Asli akan dibatalkan kerana dibimbangi akan dianggap melanggar peraturan pilihanraya. - 27 Februari 2019.