Kejadian dikatakan berlaku di medan selera, Semenyih ketika Tee Seng Sein sedang menyampaikan ceramah.
Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong dalam satu kenyataan.
"Malam tadi saya difahamkan penceramah MCA cuba diserang oleh penyokong Pakatan Harapan semasa berceramah di sekitar medan selera di Semenyih.
Penyokong PH dikatakan tidak berpuas hati dengan penceramah MCA yang hanya mencabar Setiausaha Antarabangsa DAP merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.
Mereka menghampiri tempat ceramah BN ketika penceramah MCA Tee Seng Sein sedang berucap.
Amboi... Mentang-mentanglah sudah berkuasa, sudah mahu tunjuk samseng?
Sebelum dapat kuasa, bukan main lagi perjuangkan kebebasan bersuara kononnya.
Bila kena cabar sikit sudah panas telinga. Bukan cabar bergaduh pun! Bukan lempar fitnah pun! Hanya cabar beri penjelasan mengenai janji manifesto PH saja.
Salah ke rakyat tuntut janji?
Malaysia Barulah sangat!
Terima kasih kepada pihak PDRM yang berjaya mengawal keadaan," katanya.
Polis yang turut berada di lokasi kejadian berjaya mengawal keadaan.
Berdasarkan rakaman yang tersebar dan analisis awal sememangnya penyokong Pakatan Harapan dilihat memulakan serangan dan menganggu kelancaran program ceramah BN itu. - 26 Februari 2019