Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 24 Februari 2019

Muhyidin Sahkan PH Agih Hamper & Surat Tawaran Di PRK Semenyih, Aiman Dulunya Nafi Dan Kata Buat Laporan Polis..

PRK Semenyih | Pakatan Harapan akhirnya mengakui pemberian hamper dan surat tawaran membaiki rumah PPR di Semenyih ada kaitan dengan parti itu seperti yang didedahkan oleh Ketua Pemuda UMNO sebelum ini.

Terdahulu, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa berlakunya agihan hamper dan surat tawaran membaiki rumah PPR untuk pengundi Semenyih dan menyifatkan kempen itu tidak adil kepada calon pembangkang.

Laporan polis mengenainya juga telah dibuat oleh jentera Barisan Nasional.


Ketika ditanyakan mengenainya kepada calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali menafikan Pakatan Harapan terlibat dalam agihan hamper dan surat tawaran membaiki rumah PPR di Semenyih.

"Hamper dan surat tawaran itu bukan dari pihak kami (PPBM/PH), saya tak pasti ia datang dari mana. Saya fikir kami dah buat laporan polis mengenai hal itu," Aiman dipetik sebagai berkata kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun apa yang menjadi persoalan ialah bila mana Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengakui pemberian hamper dan surat tawaran PPR itu memang ada kaitan dengan kerajaan.

"Ini (pemberian surat tawaran) tidak babit pilihan raya, maknanya apa yang mereka dah setuju dan diputuskan sebelum pilihan raya," katanya pada sidang media di Masjid Kampung Batu 3.

Muhyiddin berkata, maklumat berkenaan diperoleh daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Rina Harun.

"Bagi saya tiada pelanggaran. Kalau mereka (BN) mahu buat laporan, buatlah," jelasnya lagi.


Ini menimbulkan satu tanda-tanya apakah benar Aiman dan pasukan kempennya telah membuat laporan polis mengenai hal itu. Apakah beliau tergamak membuat laporan polis akan hal yang dilakukan oleh partinya sendiri? Dan apakah beliau bercakap tidak benar di hadapan media? Fikirkan. - 24 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...