Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 24 Februari 2019

Mansuh 4 Tol, Pencarum KWSP Seluruh Malaysia Tak Patut Didenda Untuk Subsidikan Pengguna Lebuhraya KL Kata Najib.

NAJIB RAZAK | i) Oh. PH nak tipu lagi pasal tol.


Bagi sesiapa yang gunakan tol seperti sedia kala, tetap bayar harga sama ya - tapi dijenamakan semula sebagai caj kesesakan.

Tol dicadangkan untuk dihapuskan hanya dari 11 pm hingga 5 pagi.

Ini bermakna kalau tak nak bayar tol, sila bangun pukul 4 pagi dan pergi kerja 5 pagi.

Lepas kerja jangan balik dulu, tunggu 11 malam baru balik.

Lim Guan Eng bukan suka kaji berapa ramai yang guna UTC?

Kenapa tak kaji berapa ramai pergi kerja 5 pagi dan balik 11 malam?

Kata nak bantu kurangkan kos sara hidup.

Saya juga nak tegaskan bahawa Gamuda Bhd dimiliki oleh rakyat melalui KWSP, Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Amanah Saham Bumiputera, KWAP dan sebagainya.

Ini bermakna dia nak guna duit pelaburan rakyat untuk membeli konsesi tol.

Konsesi tol ini terletak di Kuala Lumpur sahaja.

Sudah tentu ini tidak akan memberi apa-apa pulangan kepada pelaburan rakyat Malaysia.

Sudah tentu juga ia tidak adil kepada pencarum dari luar Kuala Lumpur.

Para pekerja konsesi-konsesi tol ini juga perlu mula risau.

Kestabilan pekerjaan mereka kini tergugat.

Saya yakin akan ada sebilangan besar yang akan kehilangan nafkah hidup dengan langkah ini.

Siapa yang ajar teori hapus tol ini? Maszlee ke?

ii) Kerajaan BN ketika saya PM telah mansuhkan dua tol di Lebuhraya Cheras-Kajang yang banyak memberi manfaat kepada penduduk Semenyih.

Pada akhir 2017, BN mansuhkan empat tol lagi - iaitu tol Batu Tiga di Shah Alam, Sungai Rasau di Selangor, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan EDL di Johor.


Ini pun pemansuhan penuh walaupun BN tidak pernah berjanji atau diumumkan AKAN buat sebagai gula-gula semasa PRK.

Kita buat sahaja. BN mansuh sepenuh-penuhnya sehingga Plaza-plaza tol dirobohkan.

Itulah maksud sebenar "mansuh tol". Menteri PH sijil palsu pun faham ini.

Bukan sekadar jenamakan semula caj tol ataupun menghadkadkan masa bebas tol.

Bagaimanapun, saya masih ingat kerajaan BN dikecam teruk pada akhir tahun 2017 apabila kita mansuhkan empat tol yang saya sebut tadi.

Masa itu, PH kecam kita dan tanya mengapa perlu bayar gantirugi.

Mereka tuduh kita terlebih bayar.

Mereka tuduh BN kayakan kroni walaupun pemilik untuk 3 dari 4 tol yang saya hapuskan tahun itu ialah PLUS yang dimiliki 51% oleh kerajaan dan 49% oleh KWSP.

Tol yang satu lagi milik syarikat MRCB di mana KWSP juga pemegang saham terbesar.

Hari ini pula, kerajaan PH umumkan mereka mahu mengambil alih empat lebuhraya tol di Kuala Lumpur dari syarikat Gamuda.

Syarikat Gamuda dimiliki oleh rakyat melalui KWSP, Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Amanah Saham Bumiputera, KWAP dan sebagainya,

Oleh itu, gantirugi yang dibayar oleh kerajaan PH kepada Gamuda mestilah adil.

Pencarum-pencarum KWSP, TH, ASB dan KWAP dari luar Kuala Lumpur dan di Sabah dan Sarawak tidak mendapat sebarang manfaat dari cadangan kerajaan PH mengambil alih 4 lebuhraya tol di Kuala Lumpur ini.

Pencarum-pencarum tidak patut didenda dan dipaksa untuk memberi subsidi kepada penduduk Kuala Lumpur. - 24 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...