Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 Februari 2019

Najib Padamkan Gambar Fitnah Selepas Tersalah Troll Maszlee Malik.

SOSMED | Galak sangat nak menyindir sehingga tersindir diri sendiri. Itulah Najib Razak apabila terkantoi menyebarkan gambar edit yang bertujuan menfitnah Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, semalam.



Pihak yang kononnya menyokong Pakatan Harapan pun terjebak, eh betul betul ke menyokong ataupun menyamar sebagai menyokong?




Dalam masa 13 minit menyebarkan, sudah ada 156 yang berkongsikan dan 4,300 menyukai content Najib itu.


Komen pula 667 dengan pelbagai reaksi, sudah tentulah reaksi majoriti adalah mengherdik Dr. Maszlee yang dianggap bersikap tamak dan gila kuasa.

Bagaimanapun selepas menyedari dirinya telah terpedaya dengan gambar fitnah, admin (ops) Najib Razak telah bertindak memadamkan gambar itu dari halaman Facebooknya.

Ghaib tanpa khabar berita seolahnya tidak berlaku apa-apa. Inilah yang betul-betul dinamakan malu apa bossku. 😆😆😆.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak kami ingin memaklumkan kepada penyokong mana-mana parti tak kisahlah samada menyokong Pakatan Harapan, Barisan Nasional mahupun PAS, jangan beranggapan page yang menyokong tegar parti kamu adalah benar-benar menyokong parti pujaan kamu. Sesetengahnya boleh sahaja menyamar untuk membayangkan dia menyokong kamu tetapi sebenarnya mempunyai peranan yang berbeza.

Pemimpin tak semestinya rosak dengan kritikan, tetapi mereka pasti akan rosak dengan pujaan dan bodekan. Sekian. - 25 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...