Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 Mac 2019

Presiden PAS Tidak Jawab Isu SPRM & Cek RM1.4j Tapi Ajak Solat Hajat Jauhi Fitnah..

POLITIK | Ketika diasak dari segenap penjuru oleh lawannya, Presiden PAS mengajak ahli dan penyokong PAS untuk bermunajat bagi melindungi diri dari serangan fitnah.

Kenyataan itu dibuat oleh Tuan Guru Hadi Awang menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya. 



"SERUAN UNTUK BERMUNAJAT KEPADA ALLAH

Melihat kepada serangan yang ditujukan kepada PAS dari segenap penjuru dan silih berganti, dengan ini saya menyeru kepada pimpinan, ahli dan penyokong PAS untuk berMUNAJAT dan mengadu kepada Allah Yang Maha Kuasa dengan menunaikan solat hajat, berpuasa, membaca Al-Quran dan melakukan amal kebajikan kepada semua pihak serta bertawassul memohon kepada Allah supaya memberi balasan sewajarnya di dunia dan akhirat.

Kita beriman dan percaya kepada Sabda Nabi Muhammad S.A.W. bahawa doa orang-orang yang dizalimi tidak ada hijab dan dimaqbulkan oleh Allah S.W.T.

Kita memohon pertolongan kepada Allah Yang Maha Kuasa Lagi Maha Tinggi mengatasi segala kerajaan di dunia ini.

Yakinlah perjuangan Islam itu benar dan ikhlaskan niat kerana Allah,"
katanya.


Semakan mendapati penyokong PAS di ruangan komen masih tetap setia bersama parti itu dan mempertahankan presiden manakala pengkritik berterusan mengasak agar PAS segera memberikan respon terhadap dua isu utama yang membabitkan pimpinan tertinggi PAS ketika ini. - 1 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...