Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 Mac 2019

PKR Semenyih : BN Mampu Menang Tipis - Yusri Ibrahim.

Mohd Yusri Ibrahim | PRK SEMENYIH, PERAMALAN YANG MEMERITKAN
Minggu ini, ramai kawan-kawan media hubungi untuk dapatkan ulasan terkini PRK Semenyih, khususnya untuk meramal keputusan.

Saya menolak untuk mengulas awal, kerana kami belum habis mengutip dan menganalisis data.


Janji kepada media, insya Allah Khamis malam akan keluarkan siaran media tentang itu.

Rupanya tak siap juga, terlalu banyak data yang perlu diinterpretasi untuk mewajarkan peramalan.

Petang ini baru kami berjaya siapkan rumusan, BN MAMPU MENANG TIPIS DI SEMENYIH.

Bagi firma, agensi dan badan-badan penyelidikan, PRK inilah yang paling perit untuk membuat peramalan.

Paling awal mengeluarkan ramalan adalah institut penyelidikan sebuah negeri, meramalkan PH akan menang.

Menuju minggu terakhir, institut yang sama dapati BN pula yang akan menang, dapatan ini tidak dihebahkan kepada umum.

Saya dimaklumkan institut ini turun kembali ke lapangan saat-saat terakhir untuk mengemaskan tinjauan mereka kerana tidak berpuas hati dengan data sebelumnya, rasanya belum ada sebarang hebahan setakat ini.

Pasukan penyelidikan UM juga turun ke Semenyih kali ini. Mereka keluar dengan peramalan PH akan menang, tetapi...

Tetapi yang disebut dalam harakat panjang dalam peramalan keputusan pilihanraya bermaksud tidak begitu yakin dengan keputusan yang dibuat.

Ada sebuah agensi risikan yang agak berkaliber pula meramalkan PH akan menang dengan majoriti kecil.

Terbaru, ada sebuah lagi agensi risikan yang meramalkan BN akan menang.

Senario-senario ini menunjukkan betapa sukarnya menjangka keputusan PRK Semenyih ini, terlalu banyak pemboleh ubah yang perlu diberi perhatian.

Bukan mudah untuk buat jangkaan keputusan pilihanraya, kerana reputasi firma dan reputasi penyelidik dipertaruhkan.

Orang tidak pernah kisah jika kita meramal dengan tepat 5 siri PRK, tetapi orang akan cepat perasan dan membelasah semahunya apabila ralat dan tersilap sekali.

Sebab itu tak ramai penyelidik dan akademia berani membuat jangkaan keputusan pilihanraya, mereka hanya berani jadi tetamu jemputan di TV untuk mengulas keputusan yang telah keluar.

Dengan kot yang bergaya dan muka disolek, mereka begitu hebat membuat analisis keputusan, dengan gaya dan mimik muka yang sangat ilmiah.

Untuk PRK Semenyih ini, agensi-agensi penyelidikan yang berbeza membuat keputusan berbelah bagi untuk meramalkan pemenang.

Dalam team penyelidikan yang sama pun, keputusan juga dicapai secara belah bagi, semua penyelidik sukar mencapai konsesus.

Begitulah Semenyih 2019 ini, betul2 mencabar minda. - 1 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...