Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 28 Februari 2019

Satu Persatu PRK Berlaku Tanda Amaran Dari Allah Kata Ketua UMNO Puchong.

MALAYSIAKINI | Satu demi satu Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlaku di Selangor adalah amaran daripada Allah supaya rakyat Malaysia memilih parti yang tepat.

Demikian pendapat Ketua Umno Bahagian Puchong merangkap bekas ketua pembangkang Selangor Mohamed Satim Diman.


Katanya, semua PRK di Selangor iaitu di Sungai kandis, Seri Setia, Balakong dan kini di Semenyih- semuanya melibatkan kematian wakil rayat daripada Pakatan Harapan (PH).

“[...] Yang hairannya, yang meninggal tu siapa? Wakil rakyat mana? Wakil rakyat PH. Bukan wakil rakyat BN,” katanya .

Beliau berkata demikian dalam Ceramah Umum BN di pusat daerah mengundi (PDM) Bandar Tasik Kesuma malam tadi.

Tambahnya, Allah telah memberikan amaran sejak Sungai Kandis lagi agar rakyat memilih parti pemerintah yang tepat, namun rakyat tidak memahami isyarat Tuhan itu.

“Jadi di situ sebenarnya Dia (Allah) memberikan amaran yang pertama, BN kalah di Sungai Kandir. Tak apalah, pasal belum nampak. Lepas tu ke Seri Setia pun kalah juga, tak apa.

“Allah kata agak-agaknya orang Islam di Malaysia ni tak faham lagi ke? Dia meninggalkan (mematikan) dekat Balakong. Pun tak faham lagi.

“Kau tak faham tak apa, aku bagi dekat Semenyih. [...] Kalau itu tak faham (lagi), tak tahulah apa nak kata. Agaknya dunia dah nak kiamat kot,”
tambahnya lagi.

Setakat ini, enam PRK diadakan dan empat daripadanya akibat kematian wakil rakyat di kawasan tersebut- kecuali Port Dickson dan Cameron Highlands.

Kesemua yang meninggal dunia ialah wakil rakyat PH.

PRK Semenyih yang akan diadakan pada 2 Mac ini juga diadakan kerana kematian Adun Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor.

Untuk rekod, semua PRK setakat ini dimenangi oleh parti penyandang.

Sementara itu, Satim turut membandingkan umur calon PH Muhammad Aiman Zainali dengan calon BN Zakaria Hanafi dengan umur Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi nabi.

“Allah ambil Nabi Muhammad jadi nabi umur berapa tahun? 40 tahun. Umur yang matang.

“PRU yang lepas, kalau tak diambil yang umur 93 tahun, yang Melayu mudah lupa tu, tak menang pun. (Mereka) cari orang berpengalaman, maksudnya orang yang matang,”
katanya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...