Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 Mac 2019

Kini Menteri Kata Pelabur Bosnia Nak Bina Hospital Di Semenyih Pula..

PKR Semenyih | Hasrat rakyat Semenyih yang mahu sebuah hospital dibina di sini demi keselesaan dan kemudahan perubatan mereka mungkin bakal terlaksana.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, beliau telah berunding dengan sekumpulan pelabur dari Bosnia yang berminat untuk melabur dalam bidang kesihatan di negara ini.

Walaupun nama syarikat berkenaan tidak didedahkan namun dikatakan syarikat itu telah melabur dalam bidang kesihatan di serata dunia dan memiliki rangkaian hospital dengan lebih 150,000 katil.

Sumber : Khairul Azri
Menurut Mohd Redzuan, pihak pelabur berkenaan berminat untuk membina sebuah hospital yang memiliki 150 katil di pinggir Kuala Lumpur dan Semenyih adalah lokasi terbaik memandangkan belum ada hospital di sana.

Selain berminat melabur dalam bidang kesihatan, Mohd Redzuan juga mendedahkan pelabur dari Bosnia itu juga mempelawa usahawan Malaysia untuk melabur dalam projek halal hub di Sarajevo.

Ujar beliau pelaburan dalam projek halal hub itu penting sebagai pintu masuk ke negara-negara di Eropah serta Rusia.Calon Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri,Muhammad Aiman Zainali.

Selain itu projek halal hub itu juga boleh menjadi pemangkin kepada keperluan memenuhi kehendak pasaran halal penduduk beragama Islam di sana.

Mohd Redzuan mengulas tentang perkara ini dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu pihak pelabur berkenaan turut menyatakan minat untuk bekerjasama dengan pelabur Malaysia yang berminat untuk berkolaborasi dalam penghasilan gelatin halal yang boleh digunakan sebagai bahan asas untuk produk halal. - 1 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...