Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 24 Februari 2019

Debat Maszlee Dapat 1B Untuk Baiki Sarawak - Fdaus Ahmad + Mutalib Vs Khairul Azri. Part 5.

Debat Online | Ada yang bertanya bagaimana menentukan pemenang dalam debat online diantara dua pihak berbeza ini? 

Pada jumlah LIKE? SHARE? Ataupun VIRALITY? 

Debat Online Keras Melawan VS Najib Bossku Part 1
Debat Online Keras Melawan VS Najib Bossku Part 2
Debat Online Keras Melawan VS Najib Bossku Part 3
Debat Online Keras Melawan VS Najib Bossku Part 4 

Kemenangan dalam debat online ini akan ditentukan dengan tindakan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee itu sendiri. Jika beliau berjaya menggunakan RMN1b itu untuk membaiki sekolah di Sarawak sehingga terhapusnya sekolah daif sebelum PRU15 menjelang, maka pujian melambung dari team Fdaus Ahmad dan Mutalib Uthman adalah fakta.

Jika sebaliknya adalah berlaku maka kemenangan adalah milik Khairul Azri.

Berikut adalah jawapan balas dari Khairul Azri untuk hujah kedua Mutalib Uthman; 



Salam sabtu (ketika ditulis) kepada saudara Mutalib Uthman yang saya hormati.

Pertamanya, saya ucapkan alhamdulillah dan terima kasih kerana saudara sanggup luangkan masa untuk respon kepada tulisan saya semalam.

Cumanya ada beberapa perkara yang saya ingin tambah dan komen untuk 'memperkemaskan' kefahaman umum mengenai respon saudara kepada saya.

1. Mengenai kefahaman kerajaan pusat masih belum menurunkan RM1 Billion daripada bajet 2018, dan RM419 juta adalah daripada RMK-11(2016-2020).

Ketahuilah saudara, yang faham bahawa dana dari RMK-11 adalah berbeza dengan dana khas Bajet 2018 bukanlah saya seorang, tetapi mereka juga terdiri daripada:

i. Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin

"Beliau berkata 205 daripada 415 sekolah usang telah diluluskan untuk dibina semula atau dinaik taraf di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Manakala baki 210 sekolah usang kritikal akan dibina semula di bawah dana khas RM1 bilion dalam tempoh dua tahun, yang diluluskan pada Bajet 2018, iaitu RM500 juta untuk 2018 dan RM500 juta lagi bagi 2019 " [1]

ii. Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapa’ee

"Peruntukan RM419 juta telah digunakan untuk menaik taraf 116 sekolah daif di Sarawak adalah di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

“Apa yang kita mahu adalah lebih daripada jumlah itu. Oleh itu, senarai 116 sekolah tidak boleh dimasukkan di bawah peruntukan RM1 bilion yang diluluskan tahun lepas.

“Dalam erti kata lain, kita masih mempunyai RM1 bilion. Kita mahukan kerajaan PH menunaikan janji peruntukan RM1 bilion walaupun dijanjikan kerajaan sebelumnya di bawah bajet persekutuan,” ujarnya. [2]

iii. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, KM Sarawak

“We cannot wait for too long and if they cannot afford, I am willing to give them loan of RM1 billion to develop these dilapidated schools. This is not politics, this is about the needs of our children,” he stressed. [3]

iv. Datuk Seri Ahmad zahid hamidi, mantan TPM

Bahkan jika kita soroti kebelakang sikit, kita boleh semak kenyataan mantan TPM kerajaan BN pada tahun 2017 sebelum pembentangan belanjawan 2018 yang memperuntukkan RM1 bilion untuk sekolah di sarawak.l, kita boleh faham bahawa ia 2 dana yang berbeza.

"Kerajaan persekutuan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 juga telah meluluskan 300 projek pembangunan semula sekolah untuk dilaksanakan di Sarawak dalam usaha menangani isu sekolah daif ini.

Pada masa yang sama 183 sekolah telah diluluskan dalam rolling plan kedua di bawah RMK-11 untuk dilaksanakan melalui kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dengan peruntukan RM366 juta."[4]

Nota Kaki: Rolling plan pertama = 116 sekolah.

v. Kabinet PH

Kenapa saya kata kabinet PH pun faham begini?

Kerana keputusan kerajaan PH bersetuju untuk menerima tawaran kontra RM1 Bilion dengan hutang kerajaan negeri tersebut telah mengabsahkan bahawanya sememangnya peruntukan RM1 Bilion dari dana khas Bajet 2018 itu sememangnya valid.[5]

Mana taknya di dalam 'kekusutan' kantung negara yang dibebani dengan hutang kerajaan yang makin bertambah, tambahan sebanyak RM1 Bilion ni banyak tu. 🙂

2. Salah faham berdasarkan rujukan artikel 5/12/2018

Saya quote semula apa yang saudara Mutalib nukilkan,

"Aku pula faham, duit RM419 juta tu, depa dah anggap sebahagian dari RM1Billlion yang Najib janjikan, berdasarkan artikel bulan Disember di portal yang sama bertarikh 5/12/2018:


"Pada 2018 (sebelum PRU14) kerajaan sebelumnya telah menyediakan peruntukan RM419.05 juta untuk membina dan membaik pulih sekolah daif di Sarawak.

Sebanyak 50 sekolah yang dibina Jabatan Kerja Raya (JKR) telah siap dengan kos RM138.45 juta.

Manakala daripada 66 sekolah dibina Kementerian Pendidikan dengan kos RM280.6 juta, 17 lagi belum siap.

Ada baki RM581 juta per-untukan untuk Sarawak sepatutnya dibawa ke tahun 2019, namun kini kerajaan Pakatan Harapan hanya memperuntukkan RM100 juta untuk seluruh negara."
- end quote

Berdasarkan 5 poin saya di no (1), saya rasa adalah sewajarnya saudara Mutalib dan saya untuk bersetuju bahawa artikel ini adalah kurang tepat.

Jika artikel [6] ini betul, kenapa kerajaan persekutuan tak kontra RM581 juta sahaja, kenapa kontra RM1 Bilion? 🙂

Malah jika kita baca dan semak artikel tersebut, kenyataan baki hutang RM581 juta tersebut bukan dikeluarkan oleh kementerian Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Sarawak akan sebaliknya ianya datang dari mulut Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Maka saya percaya kenyataan akhbar daripada Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS) ini telah di tulis tanpa merujuk Kementerian Pendidikan dan penyelidikan teknologi sarawak. Sebaliknya adalah angka tolak tambah sendiri GPS dari jumlah peruntukan yang sepatutnya Sarawak dapat.

Cumanya apa yang saya dapati menarik daripada poin salah faham yang dibangkitkan oleh saudara Mutalib tesebut adalah, jika semalam saudara dengan yakin berkata 'duit telah turun tapi telah habis tapi tak jadi apa-apa', saya quote,

"Yang itu duit RM1 billion lain. Najib bagi masa Bajet 2018. Duit tu turun tapi ntah buat apa, sekolah daif tak settle, duit abis" - end quote

Macamana hari ini saudara boleh quote penulisan yang menyebutkan tentang 50 sekolah yang dibina Jabatan Kerja Raya (JKR) telah siap dengan kos RM138.45 juta dan hanya 17/66 sekolah dibina Kementerian Pendidikan dengan kos RM280.6 juta belum siap?

Aneh sungguh.

Saya bersangka baik saudara hanya baca bahagian baki RM581 juta dan telah ter'skip' bahagian 'progress' projek RMK-11(2016-2020) tersebut. 🤭

3. Selain Dr.Maszlee, kredit harus juga diberikan kepada kerajaan Sarawak.

Saya setuju bila saudara quote artikel [7]

“Tetapi pemenang lebih penting sudah pasti murid-murid di seluruh negeri ini seramai 436,000 orang,” ujarnya.

Sehubungan itu, Dr Annuar mengesa semua pihak berhenti bertelagah mengenai isu sekolah daif dan mula bekerja serta memastikan peruntukan itu digunakan untuk para murid sekolah."

Benar yang paling penting adalah para pelajar di Sarawak, maka sebab itu dalam dua artikel sebelum ini saya ucapan tahniah dan memuji kedua pihak iaitu Dr.Maszlee dan Ketua Menteri Sarawak Abg Jo.

Malahan pada mulanya, motif utama saya membalas tulisan sahabat saudara Mutalib yang juga sahabat FB saya, iaitu saudara Fdaus Ahmad yang bertajuk, "Cerita The RM1 Bilion Dollar Man" [8] adalah sekadar untuk mengingatkan umum bahawa RM1 Bilion ini bukanlah tiba-tiba muncul dalam 'sehari'.

Dan paling penting untuk tidak juga melupakan kredit kepada kerajaan negeri Sarawak dan Abg Jo secara khasnya.

Bahkan, kalau saudara Mutalib baca artikel [7] yang saudara kongsikan tersebut, ianya dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada abang Jo, saya quote,

“Kita mesti mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana mencadangkan formula ini untuk menyelesaikan isu sekolah daif di Sarawak.

“Kita ada kira-kira RM2.5 bilion hutang dengan kerajaan persekutuan dan kita gunakan kaedah kontra ke atas pinjaman yang perlu kita bayar kepada kerajaan persekutuan.

“Ini merupakan formula Ketua Menteri yang sangat berjaya dan kita berterima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana menerima formula ini,” katanya ketika dihubungi semalam. " - end quote.

Maka saya harapkan saudara Mutalib tak 'skip'lah bahagian ini ya :)

Malah masih ada banyak lagi artikel seperti di rujukan [3],[9],[10] dan [11] yang boleh saudara Mutalib rujuk silang untuk membenarkan dakwaan ini.

Akhir kata, walaupun kita mungkin berbeza pendapat dalam beberapa perkara akan tetapi yang paling penting adalah titik pertemuan kita adalah sama, iaitu manfaat kepada rakyat Sarawak.Lagi-lagi apabila ianya melibatkan pendidikan.

Kerana pendidikan itu bukanlah sebuah keistimewaan tetapi ianya adalah 'hak' bagi seluruh rakyat termasuklah 436,000 orang pelajar yang berada di Sarawak.

Apa pun, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada saudara Mutalib kerana ambil masa untuk respon tulisan saya dengan komprehensif.

Saya hargai tulisan balas saudara Mutalib kepada saya yang saya kira lain 'sifatnya' daripada tulisan-tulisan saudara sebelum ini.

Maka saya akhiri tulisan saya dengan bidalan lama orang tua-tua,

"Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati,
Usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa."

:)

Sekian.

Rujukan :
[1]Isu sekolah perlu diselesaikan serentak, menyeluruh
https://www.utusanborneo.com.my/…/isu-sekolah-perlu-diseles…

[2]Hormati peruntukan RM1b untuk sekolah daif
https://www.utusanborneo.com.my/…/hormati-peruntukan-rm1b-u…

[3] Sarawak offers RM1 bln loan to PH government
http://www.theborneopost.com/…/sarawak-offers-rm1-bln-loan…/

[4]Sekolah daif di Sarawak akan dibantu, kata Zahid
https://mediapermata.com.bn/sekolah-daif-di-sarawak-akan-d…/

[5]KABINET BERSETUJU BAYARAN HUTANG RM 1 BILION DARI KERAJAAN NEGERI SARAWAK UNTUK MENYELESAIKAN ISU SEKOLAH DAIF
https://www.facebook.com/151709604900321/posts/2610399145698009/

[6]Maszlee naif apabila menyalahkan Kerajaan Sarawak kerana masih wujud sekolah daif
https://www.utusanborneo.com.my/…/maszlee-naif-apabila-meny…

[7]Bayaran secara kontra formula sangat menarik
https://www.utusanborneo.com.my/…/bayaran-secara-kontra-for…

[8]Cerita The RM1 Bilion Dollar Man
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216859181805527&id=1043785278

[9]Putrajaya, Sarawak agree to RM1 billion funding to improve schools
https://www.themalaysianinsight.com/s/134846

[10]Sarawak winner in loan contra formula
http://www.theborneopost.com/…/sarawak-winner-in-loan-contr…

[11] Abang Johari open letter to Guan Eng offering a loan of RM1 billion to the federal government.
https://www.nst.com.my/…/2019-budget-not-very-detailed-–-ab…

p/s : 'Sedapkan'. Pelan-pelan, "belakang parang kalau diasah nescaya tajam hendaknya". :) - 24 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...