Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 28 Februari 2019

Dipaksa Dan Diancam Undi PH, Peminjam AIM Buat Laporan Polis Kerana Bimbang Keselamatan.

PRK Semenyih | Ketua Wanita Bahagian Hulu Langat, Ruhani Kasim membuat satu laporan polis hari ini di Balai Polis Kajang ekoran pengakuan seorang peminjam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang dipaksa untuk mengundi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berlangsung 2 Mac ini.

Menurut Ketua Wanita Bahagian Hulu Langat, Ruhani Kasim, tindakan yang dilakukan ini adalah satu tindakan yang tidak rasional.

“Saya hari ini menemani pengadu yang merupakan pengundi di sini. Menurut pengadu, dia telah menerima satu panggilan telefon daripada ketuanya dalam AIM untuk mencari sebuah rumah dengan tujuan mengumpulkan semua peminjam dan ahli keluarga untuk dipaksa mengundi PH.

“Setiap pengundi mempunyai hak untuk mengundi siapa sahaja yang mereka suka. Tidak perlu mereka ini dikurung dan dipaksa,”
ujar beliau kepada media.

 
Tambah beliau, maklumat pengadu terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan.

“Kita juga akan terus membuat laporan polis bila kita dapat mengumpulkan peminjam lain yang turut dipaksa.

“Ini adalah satu tindakan terdesak PH yang tidak sepatutnya berlaku,”
katanya lagi.


Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis mengesahkan telah menerima laporan itu dan akan membuka kertas siasatan.

Timbalan ketua polis Daerah Kajang Mohd Sabri Abdullah berkata, pengadu merasakan keselamatan diri dan keluarga terancam kerana didakwa terdapat unsur paksaan mengundi dalam PRK yang bakal berlangsung Sabtu ini.

“Bagi kes ini kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pengaruh tidak wajar),” katanya, pada sidang media di sini hari ini. - 28 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...