Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 24 Februari 2019

Debat Maszlee Dapat 1B Untuk Baiki Sarawak - Fdaus Ahmad + Mutalib Vs Khairul Azri. Part 4.

Debat Online | Khairul Azri telah membalas hujah pertama dan kedua yang dikemukakan oleh Mutalib Uthman sebelum ini. 

Bahagian satu
Bahagian dua
Bahagian tiga

Berikut adalah respon kepada hujah pertama Mutalib Uthman;


Salam saudara Mutalib Uthman yang saya hormati.

Kat bahagian mana yang saya tulis duit Bajet 2018 sudah diturunkan sebanyak RM500 juta kepada negeri Sarawak?

Sia-sialah saya sediakan rujukan untuk saudara Muthalib buat rujuk silang untuk baca dan faham apa yang sedang berlaku di Sarawak.

Begini saudara,

Duit 500 juta(keseluruhan RM1 Billion) janji kerajaan persekutuan daripada bajet 2018 zaman Najib untuk tahun 2018 tidak diturunkan langsung kepada kerajaan negeri Sarawak, apatah lagi baki RM500 Juta pada tahun 2019 ini nanti.

Boleh rujuk di kesemua pautan-pautan di bawah.

1. Isu sekolah perlu diselesaikan serentak, menyeluruh
https://www.utusanborneo.com.my/…/isu-sekolah-perlu-diseles…

2. S’wak tetap tunggu kerajaan Persekutuan PH hulur RM1 bil bina sekolah usang – Dr Annuar
https://sarawakvoice.com/…/swak-tetap-tunggu-kerajaan-pers…/

3. Hormati peruntukan RM1b untuk sekolah daif
https://www.utusanborneo.com.my/…/hormati-peruntukan-rm1b-u…

Kalau dah dapat tak lah kerajaan negeri Sarawak macam pemintak sedekah merayu haknya yang telah dijanjikan oleh kerajaan pusat sebelum ini.

Maka sebab itu lah kerajaan negeri cuba nak expedite untuk peruntukan tersebut dengan offer mendahulukan duit kerajaan negeri dan convert peruntukan RM1 Billion tersebut kepada 'loan' kepada kerajaan pusat.

Rujuk pautan ini : Sarawak offers RM1 bln loan to PH government http://www.theborneopost.com/…/sarawak-offers-rm1-bln-loan…/

S’wak tetap tunggu kerajaan Persekutuan PH hulur RM1 bil bina sekolah usang – Dr Annuar https://sarawakvoice.com/…/swak-tetap-tunggu-kerajaan-pers…/

Malah tahukah saudara Muthalib bahawa, idea kontra hutang negeri dengan peruntukan ini juga sebenarnya adalah datangnya daripada Ketua menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Tak percaya?

Rujuk pautan ini : Bayaran secara kontra formula sangat menarik https://www.utusanborneo.com.my/…/bayaran-secara-kontra-for…
 

Ada pun jika saudara Muthalib nak kata bahawa saudara merujuk RM500 juta adalah merujuk kepada wang RMK-11(2016-2020) yang berjumlah RM419 juta yang telah diturunkan kepada negeri Sarawak, yang mana saudara kata telah habis dan disalahgunakan, sekolah masih daif...

Maka ada baiknya saudara tanya Dr. Maszlee sendiri sebab beliau sendiri cakap projek ini in progress menerusi ringkasan jawapan beliau di sidang Parlimen pada 31 Julai 2018 bahawa projek sekolah daif Sarawak setakat Julai 2018 yang melibatkan 116 sekolah, Maszlee berkata, 41 projek telah siap dan tujuh projek telah mencapai kemajuan lebih 80 peratus.

Kontrak projek pula dianugerahkan 50 dibawah JKR dan 66 dibawah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Rujukan : Hormati peruntukan RM1b untuk sekolah daif
https://www.utusanborneo.com.my/…/hormati-peruntukan-rm1b-u…

Takkan Dr.Maszlee nak menipu kot? dia kan orang alim kan. 🤭.


Sebagai kesimpulannya, kita tahu benda yang Dr Maszlee dan Abang Jo buat ni benda baik, sebab itu saya mulakan tulisan saya yang sebelum ini dengan ucapan tahniah kepada keduanya kerana melihat sisi pendidikan lebih tinggi daripada kaca mata politik.

Dan di dalam kita memuji Dr.Maszlee, the real credit must be given as due lah jugak kepada Abang Jo yang telah terbuka dan secara matang untuk offer loan kepada kerajaan pusat, malah juga tebuka untuk kontra hutang negeri, win-win situation, walaupun dari satu sudut ianya adalah sebuah kerugian yang lebih sedikit kepada kerajaan negeri.

Jadinya saya harap saudara Muthalib boleh lah baca betul-betul apa yang saya tulis tadi, lagipun saya dengar saudara Muthalib ini penjual buku terkenal, mesti dari golongan rajin membaca jugak.

Kan. 🙂 - 23 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...