Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 24 Februari 2019

Debat Maszlee Dapat 1B Untuk Baiki Sarawak - Fdaus Ahmad + Mutalib Vs Khairul Azri. Part 3.

DEBAT ONLINE | Mutalib Uthman memasuki pusingan ketiga bagi membantu sahabatnya Fdaus Ahmad dalam usaha mempertahankan tindakan Kementerian Pendidikan Dr. Maszlee Malik. 

BACA : Debat pro Maszlee vs anti Maszlee part 1
BACA : Debat pro Maszlee vs anti Maszlee part 2

Berikut adalah hujahnya yang pertama dan kedua;

Hujah pertama;



Ramai dok tag aku kat berita ini. Katanya ini berita 2017. Maszlee take credit dari usaha Najib.

Nak cakap, bangang, memang dah sah bangang.

Yang itu duit RM1 billion lain. Najib bagi masa Bajet 2018. Duit tu turun tapi ntah buat apa, sekolah daif tak settle, duit abis.

Yang Maszlee minta kontra tu pula, duit RM 1 billion yang lain. Kontra hutang Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan. Baca la Utusan Borneo punya berita tu. Bukan duit berita tahun 2017 yang kau petik ni mangkok oi.

Aduh. Sekarang ini kau kena faham, ada dua RM1 billion yang kita tengah borakkan. Dua, bukan macam 2.6 billion tu. Satu dah turun, Najib bagi ikut Bajet 2018 (ini yang Khairul Azri kabor RM500 juta tu). Satu lagi, baru dapat. Baru. Duit lain.

Faham ke tak ni? Yang aku tak faham, duit orang nak hapuskan sekolah daif pun kau beria nak pertikai macam duit tu nak buat beli kapal layar.

Benda baik pun kau mati-mati tak nak sokong. Bangang.


Hujah kedua;

Kehadapan Khairul Azri yang dirahmati Allah walau siapa pun anda.

Hang faham, duit RM419 juta tu (yang aku tulis RM500 juta) tak termasuk dalam janji / Bajet RM1billion Najib berdasarkan artikel tarikh 6/8/2018:

"Mengenai perkara itu, Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, peruntukan RM419 juta telah digunakan untuk menaik taraf 116 sekolah daif di Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

“Apa yang kita mahu adalah lebih daripada jumlah itu. Oleh itu, senarai 116 sekolah tidak boleh dimasukkan di bawah peruntukan RM1 bilion yang diluluskan tahun lepas.

“Dalam erti kata lain, kita masih mempunyai RM1 bilion. Kita mahukan kerajaan PH menunaikan janji peruntukan RM1 bilion walaupun dijanjikan kerajaan sebelumnya di bawah bajet persekutuan,” ujarnya." [1]

Aku pula faham, duit RM419 juta tu, depa dah anggap sebahagian dari RM1Billlion yang Najib janjikan, berdasarkan artikel bulan Disember di portal yang sama bertarikh 5/12/2018:

"Pada 2018 (sebelum PRU14) kerajaan sebelumnya telah menyediakan peruntukan RM419.05 juta untuk membina dan membaik pulih sekolah daif di Sarawak.

Sebanyak 50 sekolah yang dibina Jabatan Kerja Raya (JKR) telah siap dengan kos RM138.45 juta.

Manakala daripada 66 sekolah dibina Kementerian Pendidikan dengan kos RM280.6 juta, 17 lagi belum siap.

Ada baki RM581 juta per-untukan untuk Sarawak sepatutnya dibawa ke tahun 2019, namun kini kerajaan Pakatan Harapan hanya memperuntukkan RM100 juta untuk seluruh negara." [2]

Nampaknya rujukan kita berbeza tarikh dan pemahamannya.

Tak apalah, janji wang tersebut harapnya tak hilang (macam aku tulis juga, Kes Panel Solar contohnya) dan memberi manfaaf kepada rakyat Sarawak.

Ayuhlah kita rujuk kembali ke post yang terkini, bertarikh 22/02/2019:

“Tetapi pemenang lebih penting sudah pasti murid-murid di seluruh negeri ini seramai 436,000 orang,” ujarnya.

Sehubungan itu, Dr Annuar mengesa semua pihak berhenti bertelagah mengenai isu sekolah daif dan mula bekerja serta memastikan peruntukan itu digunakan untuk para murid sekolah.[3]

Rujukan:

[1] https://www.utusanborneo.com.my/…/hormati-peruntukan-rm1b-u…

[2]
https://www.utusanborneo.com.my/…/maszlee-naif-apabila-meny…

[3]
https://www.utusanborneo.com.my/…/bayaran-secara-kontra-for…

Fuh. Sedap juga menulis status pakai rujukan ini rupanya. Nampak intelek. Patutlah ramai yang bangang senang impress.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...