Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 14 Februari 2015

Doktor Lapor Polis Selepas Dikecam Penyokong PAS Kerana Sindir Kematian TGNA.

Abdul Rahman Abdul Kadir ialah seorang doktor yang juga seseorang yang berkecenderungan dan beridelogikan UMNO sebagai kiblat politiknya. Baru-baru ini, TGNA telah meninggalkan dunia ini pada tepat jam 9.40 malam jumaat, 12 februari yang lepas.

Dan berikut adalah respon doktor berkenaan ke atas perkara tersebut.


Respon berkenaan kemudiannya menimbulkan polemik di posting berkenaan. Baca sedikit sedutan komen yang dipaparkan ;



Ada sesuatu yang celaru berkenaan doktor ini. Dia mahu satu-padukan umat Islam. Tapi dalam waktu yang sama dia cucuk pula sentimen kemarahan orang Islam. Lalu macam mana nak mencapai persefahaman kalau kita sendiri gunakan cara provokasi? Kalau dia doakan saja kematian TGNA mungkin orang akan jadi sejuk ahti. Orang sejuk ahti, orang akan sangka baik pada kita, bila orang sangka baik pada kita maka pujukan kita untuk satu padukan ummah, orang akan lebih mudah terima sebab perasaan sangka baik tadinya tue.

Itu contoh la.

Personally, aku memang takde minat nak satukan umat Islam. 

Bagi aku umat Islam dan umat bukan Islam mereka akan sentiasa berpecah. Ada orang mahu jadi jahat dan ada orang mahu jadi baik dan kerana ini mereka akan berpecah. 

Tapi contradiks niat dengan tindakan, bagi aku sikap doktor ini memang pelik.

Menggunakan hujah link blog tertentu bagi memberikan gambaran atau persepsi bahawa TGNA ialah tokoh kesesatan. Itu, ikut pandangan siapa dan bagaimana ia dinilaikan?

Kenapa bukan semasa dia hidup, gunakan apa sahaja ruang undang-undang yang diperuntukan oleh kerajaan Malaysia, bagi membuktikan bahawa individu itu ialah tokoh kesesatan?

Dia ialah penyokong Barisan Nasional.
Sudah tentu dia tahu apa cara yang sesuai bagi membuktikan TGNA ialah tokoh kesesatan.

Kalau sekadar bercakap, menuduh, melabel dan sebagainya, itu bukan pembuktian. Belajar lama untuk jadi doktor, tapi setakat ini ke cara kita berhujah?

Sekurang2nya buktikan kita berbeza dari rakyat marhaen. Rakyat marhaen macam aku neh memang la sekadar berhujah pongpangpongpang sembang kencang huhahuha sebab takde apa. Aku bukan anak orang kaya or orang kaya itu itself. Aku bukan anak menteri jauh sekali anak raja. Jadi keyboard warriorr pun orang tak heran. P mampos la lue.

Tapi diri kita neh doktor. Kita ada link dengan UMNO yang 'bukan sikit', yang 'bukan ringan'.

Lakukanla sesuatu untuk membuktikan TGNA itu tokoh kesesatan melalui pembuktian dan hujah yang kukuh sehingga dakwaan dan pertuduhan itu tidak boleh dan tidak layak disangkal-sangkal lagi.

Itu satu. Yang kedua, sedangkan dirinya pun gagal satu-padukan manusia yang berkomen di wall dia sendiri. Lain orang lain cara mereka berfikir. Sedangkan dirinya sendiri pun mendorong kepada perpecahan dengan mengupdate status yang menyebabkan muslim bercakaran dan kita bercakap tentang satu padukan ummah?

Itu yang aku sebut contradiks. 

Dan bila dikecam oleh penyokong2 PAS, doktor ini membuat laporan polis.


KAH KAH KAH

Dan, kita bercakap tentang satu padukan umat Islam? Laporan polis tersebut sebenarnya membuatkan kita semakin membina blok-blok pemisahan dan dendam antara satu sama lain kerana saling sakit menyakiti antara satu sama lain.

Kan, lebih senang jadi jujur dan sedar diri macam aku?

Tak pernah nak jadi pejuang Islam dan jauh sekali nak satu padukan umat Islam.

Kereta Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Hatta Ramli Pula Dibakar..

Sebelum neh kes Hanifa kena tepuk belakang. Tapi katanya fitnah. Insiden tak berlaku. Kali neh isu kereta nak kena bakar pula. Nasib baik dapat diselamatkan. Dapat bakar kat depan je. Perkara ini dah pun menjadi kes polis. Kita tunggu apa kata hasil siasatan.

Baca ;


Kereta Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dibakar di luar rumahnya dekat Hulu Klang, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, sebuah kereta lalu dan individu tidak dikenali cuba membakar kereta itu, namun ia disedari pengawal bertugas yang membunyikan hon motosikalnya.

Anak Dr Hatta yang bernama Khalil dikatakan berjaya memadamkan api itu.

Pihak bomba dan polis tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian, bagaimanapun, Dr Hatta tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu. Sahabat rapat Dr Hatta, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan kejadian itu.

"Dr Hatta memaklumkan kepada kami kejadian ini pagi tadi," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau bagaimanapun yakin kejadian tersebut angkara orang luar dan berniat jahat bagi menimbulkan konflik dalaman PAS ekoran tuduhan yang dibuat ke atas Dr Hatta dalam satu demonstrasi di ibu pejabat parti PAS Ahad lepas.

"Saya yakin bukan ahli PAS terlibat, dan ia dibuat oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan dari apa yang berlaku," kata Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat itu.

Ahad lepas, sekumpulan ahli PAS yang dipimpin Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim dan disertai Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik mengadakan demonstrasi di perkarangan pejabat itu.

Mereka mendakwa Dr Hatta mendalangi satu konspirasi menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menafikan kewujudan konspirasi itu, namun berjanji akan membuat siasatan mengenainya.

Jumaat, 13 Februari 2015

Selepas Dikritik, TV3 Akhirnya Insaf 30 Minit..

Sejak pagi tadi, tv3 telah dikritik oleh pelbagai pihak di laman sosial. Dan antara kritikan yang tersebar luas ialah satu penulisan atau luahan nasihat dari Warga Prihatin.

Baca : TV3, tolong la hormati kesedihan rakyat Malaysia.

Selain itu, tv3 turut disindir menerusi satu gambar.



Kritikan tersebut dibuat bagi mengulas tindakan TV3 yang tidak peka dengan kesedihan rakyat Malaysia yang rata-ratanya bersimpati dan bersedih atas pemergian tokoh agamawan terkenal, tidak hanya di Kelantan dan Malaysia bahkan seluruh dunia, tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berusia 84 akibat derita sakit yang berpanjangan.

Mereka mengkritik bagaimana station tv swasta tempatan itu sanggup menyiarkan rancangan hiburan MENTOR pada pagi jumaat sedangkan tv kerajaan dan ASTRO pula memainkan bacaan Alquran dan siarkan acara langsung pengembumian tuan guru Nik Aziz.

Namun, tv3 tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab kritikan secara terbuka itu. Tanpa kenyataan rasmi (setakat ini), apa yang TV3 buat ialah menerima kritikan tersebut. Dengan cara positif. Tindakan tv3 ialah pada jam 4.30 hingga ke 5 petang mereka sepatutnya siarkan rancangan 'Edisi Khas' iaitu satu rancangan lawak, namun rancangan tersebut dibatalkan dan digantikan dengan bacaan suci ayat-ayat Alquran. Aku tiada gambar bagi menunjukkan tv3 menyiarkan rancangan tersebut tetapi saksi memaklumkan yang tv3 memang ada menyiarkan bacaan suci Alquran pada tempoh tersebut dan dibawa ke siaran azan asar dan memainkan lagu nasyid.

Tak la aku nak cakap apa.
Aku faham tuntutan iklan bagi menjana pendapatan.
Penting juga siarkan rancangan berimpak tinggi untuk collection iklan dan penaja.
Kalau tidak mana nak bayar gaji kakitangan.

Aku percaya jika tv3 terlibat dalam menyiarkan acara langsung upacara pengembumian tersebut pun rating akan lebih tinggi dari rancangan Mentor.

Apa yang dah lepas tu lepas la.
Walaupun terlambat tapi tv3 respon positif juga pada kritikan.
Yang neh semangat yang bagus.
Cuma aku harap usaha neh berterusan kepada topik yang lain.

Moga tv3 ;

- Berhenti siarkan slot drama pada waktu maghrib
- Berhenti siarkan fitnah ke atas mana-mana pihak
- Berhenti lapor berita berat sebelah

Mari kita semua menjadi pemberita, wartawan arus perdana, blogger, portal berita ataupun wartawan maya yang lebih beretika dengan sama-sama menolak fitnah ke atas mana-mana pihak sekalipun.

Thanks. 

Ibrahim Ali Dikecam Selepas Kritik TGNA Gagal Laksana Hudud Selepas Kematiannya..

Aku yakin Ibrahim Ali tidak banyak membaca dan mengkaji tentang pelaksanaan hudud dari segi konteks perlembagaan di negara ini.

Dulu. Semasa era pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz. Tak pernah sekalipun, orang mempersoalkan hudud dari segi pelaksanaan. Kerana orang sangat menyakini. Sifat keadilan yang ada pada tuan guru akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Apa yang berlaku hanyala perlawanan demi perlawanan, penentangan demi penentangan UMNO kepada hudud yang PAS mahu laksanakan di Kelantan.

TGNA juga orangnya sangat rajin. Forum hudud dianjurkan setiap tahun atas nama perbahasan, perbincangan, perdebatan dan penerangan terbuka. Tak perlu kita terhegeh-hegeh bagi idea, tuan punya badan sendiri sudah tahu bagaimana nak mempromosikan hudud supaya lebih ramai orang 'terpujuk' untuk menerima hudud sebagai sebuah undang-undang yang mampu menghukum semua lapisan penjenayah dengan adil dan saksama.

Itu adalah PAS dan Kelantan di bawah era pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz. Usaha dan tindakan bagi melaksanakan hudud di Kelantan sekurang-kurangnya bukan retorik dan bukan pula mainan bibir pemimpin.

Dan memang pelik jika Ibrahim Ali langsung tak nampak tekad dan usaha tuan guru dalam percubaannya untuk melaksanakan hudud di negeri tersebut. Cuba banding pula dengan apa yang dilakukan oleh UMNO sekurang-kurangnya. Sejauh mana mereka bergerak dan berusaha untuk memahami hukum hudud dari segi konteks perundangan yang sebenarnya?

Ini respon Ibrahim Ali sejurus selepas TGNA diumumkan telah meninggal dunia pada jam 9.45 malam di Pulau Melaka selepas dibawa pulang ke rumah pada 8.40 malam tadi.


Kenyataan yang begitu bangang ini pun ada ramai juga yang like meskipun lebih ramai yang mengkritik dan mengecam tindakan Ibrahim Ali yang dianggap tidak peka dengan emosi dan kesedihan yang sedang dihadapi oleh PAS, rakyat Kelantan dan khususnya bagi mereka yang begitu menghormati sosok tubuh Nik Aziz kerana dirinya yang zuhud dan sangat down to earth. Tidak hanya pada muslim bahkan pada non muslim juga menyayangi tuan guru.

Dan ini pula respon-respon yang diterima ;




Lebih ramai komen-komen yang masuk ketika ini sudah hampir 1,300 komen. Yang SHARE dengan tujuan nak mengkritik pun sudah 388. Aku rasa Ibrahim Ali neh lupa satu perkara sekurang2nya satu jasa TGNA kepadanya yang membuatkan dia kembali semula ke persada politik sebagai wakil rakyat suatu ketika dahulu. Kalau bukan kerana tuan guru sudi beri 1 kerusinya untuk bertanding di Pasir Mas, maka namanya akan terus tenggelam. Bertanding atas kerusi PAS, menang pun kerana orang fikir dia mewakili PAS, alih-alih selepas menang, PAS ke mana, perjuangan ke mana, terus isytihar jadi calon lompat selepas mempermainkan kepercayaan tuan guru kepadanya. Kalau bukan tuan guru takde sangkaan baik pada Ibrahim Ali, sejak dari awal lagi Ibrahim Ali tidak akan berpeluang untuk bertanding di mana-mana kerusi PAS. Dan kini selepas tuan guru tiada, patutnya Ibrahim Ali membalas semula sangkaan baik itu dengan bersangka baik pada perjuangan tuk guru dalam pelaksanaan hudud semasa hayatnya. Sebaliknya apa pula yang berlaku. Ini la orang kata bagai melepaskan anjing yang tersepit. Kita tolong dia, kita pula yang kena gigit.

Fikir2kanla wahai Ibrahim Ali sementara ada masa neh.. sekurang2 kita tahu betapa ramai yang hadir ketika hari kematian tuan guru tiba.. bagaimana pula dengan kematian kita, kematian aku, kematian kamu? Apakah akan ada satu barisan sekalipun yang memenuhkan saf untuk solat jenazah kita kelak?

Renung2kan dan selamat bermuhasabah.

Khamis, 12 Februari 2015

Pengerusi Akar Umbi PKR Cadang Mahathir Masuk PKR, Ganti Jawatan Ketua Umum. (Video Inside)

Cadangan paling bahlol sekali setakat hari neh. 

Bodoh plus bebal plus bangang plus bongek plus tolol plus sewel.

Siapakah geng-geng akar umbi yang bangang itu? Meh tengok gambar. Kot-kot ada yang kenal p la luku kepala dorang. Sebab bebal sangat.

KAH KAH KAH



Johari Musa? Sapa neh? Macam pernah ku dengar nama ini.

KAH KAH KAH



PKR perlukan Tun Mahathir dan geng untuk tumbangkan BARISAN NASIONAL? 

KAH KAH KAH

Bangang ooo bangang. Kalau bangang perlu ka tunjuk kat orang. Aku tatau la. Anwar baru masuk 3 hari kat penjara. Dah ada puak2 yang meroyan bagi cadangan2 bodoh. Antara yang dicadangkan oleh kumpulan gila di atas neh ialah ;

1. Cadang Mahathir masuk PKR.

2. Lantik Mahathir sebagai ketua umum PKR.

3. Maknanya ganti DSAI kepada Mahathir la sebab jawatan ketua umum ketika ini disandang oleh DSAI.

4. Mahu Azmin Ali dan Mahathir bekerjasama.

5. Dan yakin kerjasama itu akan memudahkan BN tumbang dengan faktor kekuatan dan ketokohan yang dimiliki oleh Mahathir Mohammed.

Pertama. Mahathir akan kekal setia dengan BN dan UMNO dan takan ikut cadangan bodoh kau semua neh.

Kedua. Ko cadang Mahathir masuk PKR. Tapi kau semua ramai2 pergi himpun dan buat banner cantik2 untuk ditayangkan depan HQ PKR dah kenapa?

Apa kaitan PKR dengan cadangan2 gila korang?

Ko yang cadangkan Mahathir masuk PKR kan? So pergi la berhimpun dan berdemo kat tempat Mahathir berada. Kot2 dia nak dengar ke cadangan gila tue. Nampak sangat membohong dan berpropaganda lebih. Entah dapat apa tah la. Tak faham aku. Yang aku tahu puak2 neh memang bangang. Dan tindakan seperti ini akan dijadikan kesempatan untuk mengaitkan hubungan Azmin dengan Mahathir. Aku taknak ulas secara general. Bagi aku, aku jenis tengok satu-satu perkara dengan tidak mahu mencampur-adukan perkara lain. Walaupun aku akui aku sedikit menyirap dengan Azmin Ali sejak Anwar masuk penjara tapi aku taknak la tuduh Azmin bukan2. 

Dan ini antara sedutan press release kumpulan gila tue.. 


Tak salah kita tawarkan Mahathir jawatan ketua umum sementara Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjaranya..

Dah tue, bila DSAI dah keluar, Mahathir kena tendang ka?
Ko ingat Mahathir bangang nak mampos untuk terima cadangan gila neh?
Satu lagi. 

Secara tak langsung gambarkan yang PKR dan Mahathir bermain wayang untuk jatuhkan pimpinan tertentu dalam BN. 

Secara tak langsung burukkan dan calarkan imej parti sendiri. Secara tak langsung bagi orang fikir bahawa kemungkinan besar pihak2 tertentu dalam PKR ada yang bersama Mahathir untuk jatuhkan Najib, dan ada pihak2 tertentu dalam PKR yang bersama Najib untuk bertahan dari serangan Mahathir. 

Maka kat sini mana2 pimpinan PR yang beria2 mahu Najib dijatuhkan akan dicop sebagai proksi Mahathir dan telah dijanjikan sesuatu manfaat sepertimana pimpinan2 PR yang menyerang Mahathir pula akan dianggap sebagai proksi Najib bagi mempertahankan diri dari serangan Mahathir dan ditawarkan juga sesuatu kepentingan sebagai balasan.

Kenapa perlu bagi orang fikir begini? Nak tolong parti ka perjatuhkan parti ka apa ka neh?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Lihat video. Klik sini jika video gagal load.


Azmin, Di Mana Kamu Campak Janji Kamu Kepada Penyokong Anwar Ibrahim?

Apabila berjanji, dia memungkiri.

Aku belajar satu perkara. Bahawa ciri-ciri pemimpin yang baik walau dia tidak sempurna ialah pemimpin yang tidak menjanjikan bulan dan bintang, tidak bermanis mulut dan tidak mendabik dada serta bercakap besar apabila berkata.

Satu ketika dulu. Aku pernah fikir bahawa pemimpin perlu sempurna. Tetapi seiring dengan pengalaman hidup. Aku belajar. Manusia tidak sempurna. Aku tidak sempurna. Pemimpin manusia adalah manusia. Maka pemimpin juga tidak akan sempurna. Maka aku belajar. Pemikiran aku salah.

Bagi aku. Pemimpin aku hanya perlu baik walaupun dia tidak sempurna. Apabila dia tersalah, dia minta maaf. Apabila dia buat keputusan yang silap, dia betulkan keadaan dan bertanggungjawab. Aku tidak mahu pemimpin yang menunjukkan atau memaparkan bahawa betapa sempurnanya dia perlu terlihat seolah-olah sebagai manusia, dia tidak pernah melakukan kesilapan.

Aku rasa Azmin Ali pasti faham apa yang aku mahu sampaikan.

Suatu ketika dahulu, Azmin Ali pernah berkata ;

"Sekali lagi malam ini saya nak ikrarkan, saya akan bekerja, saya akan lawan pastikan satu hari pun anwar tidak akan merengkok dalam penjara".

Pastikan satu hari pun Anwar tidak merengkok dalam penjara katanya. Konon. Sekarang dah hari ketiga Anwar dalam penjara. Azmin di mana sebenarnya?

Apa yang Azmin telah, sedang atau akan pastikan sebenarnya pada masa kini?

Antara transkrip ucapan Azmin Ali ;

"Sedara tak perlu kita adakan pilihanraya, kita kena turun ke jalan raya, apakah rakyat akan duduk diam dengan keputusan ( mahkamah) sebegini? 

Apa tindakan kita? Nak diam lagi? Nak berpeluk tubuh lagi? Nak sokong umno lagi? Saya sudah menyarankan kepada rakyat malaysia sebentar tadi. Apa patut kita buat? Lawan tetap lawan? Nak lawan di pilihanraya sahaja? Nak turun jalanraya? 


Orang yang zalim, rasuah, perompak, penjenayah tidak boleh dijatuhkan melalui pilihanraya, ianya hanya boleh dijatuhkan dalam, demonstrasi jalanraya...


Sekali lagi malam ini saya nak ikrarkan, saya akan bekerja, saya akan lawan pastikan satu hari pun anwar tidak akan merengkok dalam penjara"


-------------------

Dan ini videonya ; 


Klik sini jika video gagal load.

Anwar dah tiga hari di dalam. Korang semua lancarkan reformasi two point zero. Tapi apa hasilnya? 

Aku tak tuju pada rakyat Malaysia. Aku tuju pada pihak yang cakap berapi2 dalam video di atas.

Berapi2 konon nak pertahankan Anwar dari terpenjara atas isu fitnah. Berapi2 berucap konon macam power dan berani sangat. Berapi2 nak berjuang siap lancar reformasi 2.0. Tapi habuk pun tarak.

Dah sama macam aku jek gayanya. Jenis play safe. Macam mana aku nak jatuhkan BN tapi aku tak cederakan diri aku sendiri. Dah kalau korang pun fikir macam aku buat apa korang semua lancar itu lancar ini bila tiba pada saatnya satu hapa pun takde.

Sembang.

Yang paling power sembang dok cakap takan biar Anwar berada di penjara walau satu hari pun. Sembang. Anwar dah 3 hari. Terpenjara. Sendirian dan merenung nasib. Pemimpin PR terus bercakaran kat luar. Anwar konon nak mengubah Malaysia. Tapi yang mendekati dia semua jenis amek peluang dan kesempatan. Dia punya matlamat pun jadi liku-liku disebabkan orang2 sebegini. Tidak kah Anwar nampak sejauh mana dia dipergunakan oleh pihak tertentu yang mendorong dia mempergunakan rakyat pula?

Aku harap. Dan aku rasa aku mahu. Bahkan aku menyeru. Mari kita menulis surat kepada Anwar Ibrahim yang berada di dalam penjara. Disamping kita menghiasi waktu sunyinya dengan surat2 dari kita, kita juga cakap la sesuatu yang boleh membentuk dan mengasah bakat kepimpinan yang dia ada untuk menjadi pemimpin yang kita dambakan di negara ini. Aku nampak Anwar boleh dibentuk dan diasah. Namun aku juga nampak Anwar tertekan kerana secara tidak langsung diugut oleh pihak yang berkepentingan. Bukan dalam BN. Tetapi dalam PR. Aku harap Anwar lepaskan semua beban itu. Sekurang2nya belajar melepaskan semua beban-beban itu. Jika ada salah dan silap kita pada masa silam, kita lepaskan dengan pengakuan. Kita mohon keampunan dan kefahaman penyokong. Dan kita kembali bangkit dan bersatu. Pemimpin tidak perlu jadi sempurna pun. Jangan takut dengan kekhilafan dan kelemahan kita. Kerana kita manusia dan kita semua memiliki kelemahan masing-masing. Tujuannya. Untuk kita saling melengkapi. Sebab itu pemimpin tidak boleh tertegak sendiri. Dia perlu penyokong untuk membetulkan langkahnya.

Manakala, ini satu gambar ini viral di kalangan penyokong BN.



Tujuan mereka adalah untuk menyindir. Gambar ini diambil selepas beberapa jam Anwar dipenjarakan. Riak senyum jadi sindiran bagi kalangan penyokong BN. Sungguh pun aku tak nafi bahawa hidup tetap perlu diteruskan walau apa pun terjadi. Makan tetap perlu makan. Mandi tetap perlu mandi. Kerja tetap perlu bekerja. Tapi aku tetap terasa semacam juga bila membaca sindiran dari kalangan penyokong BN kepada PR melalui penyebaran gambar di atas. Aku rasa tidak selesa dan kurang enak. 

Dan apa agaknya, orang2 yang berapi2 berjanji tidak akan akan membiarkan Anwar Ibrahim meringkuk dalam penjara walau satu hari pun sekalipun akan rasa bila membaca sindiran penyokong BN terhadap korang semua? Baca sendiri disini, dan tentukan sendiri perasan masing2. Suka ataupun duka. 

Bai.

Ketua Polis Negara, Rakyat Sindir Kamu Di Media Sosial.

Mereka berkata.

Twitter adalah tempat paling selamat kerana ketua polis negara selalu meronda dan meronda setiap masa sehingga ada sahaja 'penjenayah' yang berjaya diberkas dan didakwa di bawah akta hasutan.

Selepas Zunar ditahan reman selama 3 hari, yang terkini setiausaha PSM parti sosialis Malaysia turut menerima tempias yang sama kesan dari mengkritik tindakan PDRM ke atas Zunar, Rafizi dan Nga Kor Ming.

Berikut adalah respon PSM Kelantan kesan daripada pendakwaan Arul di bawah akta hasutan.

Kenyataan Media PSM Kelantan
22 Rabiul Akhir 1436 / 12 Februari 2015
KECAM SALAH GUNA AKTA HASUTAN KERANA KRITIK KEADILAN DAN KEBEBASAN MAHKAMAH MALAYSIA.
1. 19 Nobember 1985, pembunuhan 14 orang, puluh cedera dan ratus ditahan telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional di Memali. Sejak itu, tiada langsung pendakwaan berlaku di mahkamah Malaysia untuk keadilan.
2. Pada tahun 1988, berlaku krisis perlembagaan. Barisan Nasional telah memecat Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dimana di dalam perlembagaan Malaysia, jawatan dan tugas Ketua Hakim Negara TIDAK boleh dipecat.
3. Sejak itu, mahkamah Malaysia merakam sejarah memalukan. Pelbagai kes profile tinggi yang menyaksikan perbicaraan songsang. Dari kecederaan fizikal (contoh kes pergaduhan VIP), pembunuhan nyawa (contoh Altantuya) sehingga kehilangan berbillion duit rakyat (contoh PKFZ), semuanya berakhir dan berakam dalam keadaan yang amat hina.
4. 10 Febuari 2015, mahkamah Malaysia sekali lagi memilih untuk berada dalam sisi gelap. Perbicaraan yang meragukan sama ada bagi pihak Saiful Bukhari mahupun bagi pihak Anwar Ibrahim.
5. Begitu juga dengan kes tuntutan royalti petroliam oleh Kelantan. Belum berlaku perbicaraan lagi, mahkamah telah melarang Kelantan membawa saksi-saksi masih hidup. Antaranya :
i. YM Tengku Razaleigh Hamzah. Bekas Pengerusi Petronas yang terlibat menandatangani perjanjian bersama kerajaan negeri Kelantan. Perjanjian Akta Pembangunan Petroliam 1974 itu ditandatangani bersama MB Kelantan pada 9 Mei 1975.
ii. Tun Salleh Abas. Bekas Ketua Hakim Negara. Beliau sendiri yang merangka Akta Pembangunan Petroliam 1974.
iii. Mahkamah turut melarang ROYALTI mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan yang berada dalam simpanan Petronas.
iv. Terbaru, CEO Petronas telah ditukar sekali lagi selepas Tan Sri Mohd Hasan Merican dan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas; dipercayai kerana mengeluarkan kenyataan mengenai keadilan dalam amanah petroliam negara.
5. Sejak itu, ramai rakyat Malaysia, mengkritik sistem keadilan Malaysia demi kecintaan mereka kepada tanah air. Kesemua ini (sebahagian yang dicatatkan di sini) sangat menakutkan kita. Jika profile tinggi boleh dilakukan sesuka hati mengikut kehendak parti yang memerintah, bagaimana dengan orang-orang kecil yang lainnya. Ekonomi, agensi kerajaan, pendidikan, tanah, elektrik, makanan dan segalanya.
6. Terbaru, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S. Arutchelvan telah ditahan polis, di bawah Akta Hasutan, kerana mengkritik sistem. PSM Kelantan mengecam perkara ini dan menyifatkan ianya satu salah guna, dwi ketetapan dan memalukan. PSM Kelantan akan menyeru seluruh rakyat terus bangkit, kuatkan semangat dan istiqamah berjuang untuk kebebasan dan keadilan sistem di Malaysia.
Khairul Nizam Bin Abd Ghani
Ahli Perwakilan Negeri Kelantan
Parti Sosialis Malaysia

Dan jika KPN mahu tahu. Ketika ini ada beberapa sindiran terhadap PDRM tersebar di laman sosial. Namun tiada watermark mungkin kerana yang menyindir itu rasa bimbang jika sindiran2 itu akhirnya membuatkan mereka pula di dakwa di bawah akta hasutan.

Antaranya ;





Semenjak Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan di bawa ke Sungai Buloh bagi menjalani hukuman tersebut atas kesalahan bersabit pertuduhan meliwat Saiful Bukhari, PDRM nampak gayanya sangat sensitif dengan apa-apa kritikan yang ditujukan kepada badan kehakiman yang dibuat bagi menyatakan simpati dan solidariti ke atas apa yang tertimpa terhadap Anwar Ibrahim.

Soalnya, kenapa polis perlu beremosi?

Dan kenapa pula perlu menggunakan akta hasutan?

Dan paling penting, kenapa berat sebelah?

Aku bagi contoh kes terbaru yang membabitkan menteri pertanian, Ismail Sabri. Aku dah tunjuk satu persatu butiran status facebook dia berserta terangkan elok elok apa yang menteri itu maksudkan. Aku kata dia tipu. Dan dia spin. Sesiapa yang membaca paparan facebook itu akan tahu apa yang aku maksudkan.

Aku juga dah bagitau bagaimana menteri tersebut mengambarkan JAKIM adalah satu badan yang boleh diragui dan dipersoalkan sijil halal keluaran mereka apabila seorang menteri mempertikaikan sijil halal yang dimiliki oleh OTWC dengan mengatakan ia adalah sebuah 'kopitiam' yang was-was.

Dan polis kita di mana dan bagaimana?

Ini juga pernah berlaku ;


Dan polis kita di mana dan bagaimana?

Balik2 Fazel pula yang dicari. Kemudian pembangkang. Kemudian orang miskin yang tertindas. Kemudian Anwar Ibrahim. Itu aje benda yang polis nampak sebagai jenayah dan musuh negara.

Adil ke?

Apabila kita menghukum, kita mesti menghukum dengan adil. Jika kita salah kepada pembangkang yang menyemai atau semarakkan kebencian antara kaum di Malaysia, dan mahu menghukum mereka, maka buat perkara yang sama kepada mana-mana pihak yang pro dari kerajaan juga.

Apabila kita kata salah bila ada pihak pembangkang dan rakyat biasa yang sebarkan fitnah, buat super impose dan manipulasi fakta, dan mahu mendakwa mereka yang terlibat maka buat tindakan yang sama juga apabila perkara itu dilakukan oleh mereka yang pro kepada kerajaan dan parti Barisan Nasional.

Maka baru la tindakan kita tidak dipersoalkan. Bila tak dipersoal maka takde la sindiran, kartun atau kritikan.

Berbalik la kepada menilai diri kita sendiri, agensi kita sendiri dan kelemahan kita sendiri sebelum menghukum kesalahan rakyat biasa. Hanya kerana rakyat biasa macam kami takde duit, miskin, takde pangkat, takde harta, takde kedudukan, takde gelaran, bukan anak datuk, bukan anak menteri, bukan pula dari kerabat diraja, itu tak menjadikan maruah kami lebih rendah dari maruah orang yang berkuasa sehingga melayakkan kami dibuli dan mendapat layanan yang berat sebelah wahai KPN.

Petisyen Bebas Anwar VS Petisyen Anti Anwar Di Website White House - Apa Pilihan Rakyat Malaysia?


Ketika ini ada dua petition yang dibuat oleh rakyat Malaysia berhubung dengan insiden Anwar Ibrahim yang dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun selepas didapati bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008.

Kedua-dua petisyen itu dibuat melalui website rasmi White House yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Petition yang pertama ialah rayuan dan sokongan tandatangan bagi mendesak campurtangan pihak luar untuk menekan Malaysia agar membebaskan Anwar Ibrahim yang dipenjarakan atas pertuduhan liwat. Campurtangan pihak luar ini ialah merujuk kepada peranan Amerika Syarikat.

Petition ini sudah tentu dibuat oleh penyokong Anwar Ibrahim. Bahkan pengendali account media sosial Anwar Ibrahim juga mempromosikan petition tersebut di laman rasmi facebook milik Anwar Ibrahim tanpa memikirkan risiko dan tanggapan yang bakal dihadapi oleh tuan punya badan yang meringkuk dalam penjara pada masa kini.

Petition yang kedua ialah rayuan dan sokongan bagi mendesak Amerika Syarikat untuk tidak campur tangan dalam masalah dan sistem kehakiman di Malaysia bagi pertuduhan jenayah yang dikenakan ke Anwar Ibrahim sekaligus menyebabkan dia terpenjara selama 5 tahun. Petition ini menyeru sokongan dari Amerika untuk Amerika tidak campurtangan dalam masalah yang berlaku di Malaysia.

Petition yang kedua ini sudah tentu la dibuat oleh rakyat Malaysia yang anti Anwar Ibrahim. Petition ini dibuat kononnya atas alasan mahu melawan sokongan yang diterima oleh petition yang pertama. 

Sebenarnya, pada aku, petition yang pertama sudah cukup untuk membuatkan aku geleng kepala dan malas nak berkata-kata apa-apa. Lepas tue baca pula petition kedua. Aku terus cari dinding laju-laju dan hantuk kan kepala aku kat situ berulang kali sambil berkata why.. why.. why.. whyyy ini berlaku di Malaysia negara ku yang tercinta. Oke fine, ini kelentong. Sekadar nak menyedapkan cerita. Harap maklum.

Kewujudan kedua2 petition itu sebenarnya sudah cukup membuktikan terdapat rakyat Malaysia yang masih lagi tidak mahir berfikir apabila berhadapan dengan landskap politik semasa.

Kesalahan petition pertama bermula ;

1. Kita mengharapkan pihak luar menekan dan mengecam tindakan politik yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim.

2. Dalam waktu yang sama kita sendiri melakukan jemputan atau mengumpul sokongan dari orang luar untuk masuk campur

3. Dengan membayangkan seolah-olah rakyat Malaysia ini bangang tak pandai selesaikan masalah sendiri sehingga menuntut campurtangan dari pihak luar 

Jika sekalipun kecaman dan kritikan itu berlaku, biarla atas kesedaran politik bagi negara itu sendiri tanpa kita mendorong ke arah tindakan tersebut.

Biar mereka memerhatikan keadaan negara kita dan mereka beri respon atas apa yang mereka rasa.

Jangan kita mendorong untuk mereka masuk campur kerana secara tak langsung kita gambarkan diri kita neh bodoh. Sampai beria2 merayu pihak luar untuk menyibuk masuk campur urusan negara kita. Bagi yang jarang membaca karya sejarah, meh la aku bagitau. Antara salah satu bentuk yang membolehkan negara terjajah pada waktu dahulu apabila satu2 negara meminta bantuan, perlindungan ataupun campurtangan pihak luar bagi menyelesaikan urusan pentadbiran negara itu sendiri sehinggala terjajah.

Berbalik kepada petition kedua pula.

Kesilapan petition kedua itu bermula apabila ;

1. Buat petition yang lebih kurang sama di website yang sama walaupun atas cause yang berbeza tetapi menuntut perkara yang sama.

2. Jika pihak A menuntut pihak luar untuk campurtangan, maka pihak B menuntut pihak luar untuk campurtangan agar tidak campurtangan atas urusan negara kita.

3. Sebenarnya tak perlu pun petition tersebut.

4. Amerika atau mana-mana negara sejak dari mula tidak pernah berhak untuk masuk campur dalam urusan pentadbiran negara kita.

5. Petition kedua mengambarkan seolah2 Amerika ada kuasa untuk campurtangan sampai kita buat petition untuk mereka tidak campurtangan sedang kita tahu sangat mereka tak pernah layak untuk campurtangan.

Maka. Itu sebab aku kata. Jika petition pertama sudah cukup membuatkan aku terdiam tak terkata, maka petition kedua mampu mendorong aku laju2 hantuk kepala kat dinding. Hanya itu aje yang mampu menzahirkan emosi aku dari segi tindakan.

Berhentila menampakkan kita neh bodoh sangat. Sekurang2nya berhenti tunjuk begitu kepada orang luar.

Dan jadi la manusia yang cerdik. Jangan kita sokong mana-mana petisyen. Masalah kita, kita sendiri selesaikan. Bagi kita semua masa untuk jadi matang dan rangka strategi perlawanan bagi membebaskan diri dari kezaliman dan penindasan di negara ini. Kita semua neh masih lagi anak-anak mentah yang tercari-cari arah kebenaran...

Bai..

Rabu, 11 Februari 2015

Polis, Bagaimana Dengan Masalah Saya? Kenapa Tak Siasat Macam Siasat Kes Liwat Saiful?


Aku ada menerima satu email dan ini apa yang diluahkan.



Salam,

Apabila saya terbaca keputusan kes DSAI, hati saya berasa sedih dan geram. Geram kerana kes saya dianiayai sehingga mengakibatkan saya diistyiharkan muflis oleh Bank Simpanan Nasional(BSN) bank milik kerajaan oleh pinjaman yang saya TIDAK ambil walaupun beberapa laporan polis di buat namun tiada tindakan dari pihak Polis sehingga ke hari ini.

Berikut adalah kronologi berkenaan kes saya ;

1.       Pada Tahun 2011, saya mendapati nama saya telah disenarai hitamkan oleh bank2 tempatan akibat satu pinjaman yang tidak berbayar sejak Tahun 2009.

2.       Hasil siasatan mendapati ia adalah pinjaman perumahan dari Bank Simpanan Nasional(BSN) yang saya tidak pernah ambil. Saya membuat laporan polis pada Tahun 2011 di IPD Dang Wangi namun tiada tindakan dari pihak PDRM.

3.       Pada Tahun 2012, BSN memulakan tindakan saman kebankrapan terhadap saya. Saya mempunyai bukti kukuh bahawa saya tidak ambil pinjaman tersebut termasuk dokumen perjanjian di mana tandatangan daya dipalsukan. Namun BSN enggan menerima bukti tersebut dan mahkamah hanya akan menerima bukti dri Jabatan Forensik PDRM.

4.       Saya kemudian membuat aduan ke Bank Negara Malaysia (BNM) namun dimaklumkan bahawa BNM tidak dapat campur tangan berikutan kes ini telah sampai ke peringkat kebankrapan.

5.       Pada awal Tahun 2014, saya membuat laporan polis yang kedua di IPD Dang Wangi namun tiada tindakan/penyelesaian dari PDRM sehingga hari ini.

6.       Pada Jun 2014, saya telah diistyiharkan muflis. Saya telah kehilangan dua buah rumah milik saya dan kini tinggal sehelai sepinggang akibat kegagalan pihak PDRM melengkapkan siasatan walaupun bukti telah diberikan.

7.       Saya telah membuat aduan bertulis sebanyak DUA BELAS (12) KALI kepada Ketua Polis Negara, Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis IPD Dang Wangi dan Biro Pengaduan Awam namun tiada sebarang maklumbalas. Malah saya telah menghantar pesanan melalui Tweeter kepada KPN namun tidak dijawab.

8.       Kehidupan saya kini amat tertekan akibat diistyiharkan muflis dari pinjaman yang saya tidak ambil dari BSN(bank milik kerajaan) dan pihak PDRM tidak menjalankan siasatan.  Saya pula terpaksa menyara keluarga seramai 5 orang.

Memandangkan saya ini hanya rakyat biasa dan tiada kepentingan politik, maka aduan saya tidak dipedulikan dan laporan polis saya tidak diendahkan. Kerajaan UMNO sanggup membuat apa saja termasuk mengambil peguam luar bagi membantu pendakwaan DSAI tapi bagi kes saya,saya hanya minta PDRM menghantar dokumen perjanjian untuk ujian Forensik pun tidak diendahkan. Saya tidak tahu siapa lagi yang saya boleh minta bantuan kecuali Allah swt. Inilah sistem “keadilan” di Malaysia. 

---------------------------

Dengar khabarnya polis kita begitu mahir menjaga keselamatan di twitter dan media sosial. Mungkin aduan di atas boleh ditanggani dengan polis kita dengan berhemah. Si pengadu pun telah memberitahu dia tulis surat sebanyak 12 kali. So tak susah nak cari butiran pengadu untuk semak ceritanya samada benar atau fitnah, kan?

Dan kalau terbukti benar maka apa tindakan polis pula?

Boleh tak bantu rakyat yang teraniaya macam layanan yang Saiful terima kononnya kerana teraniaya (la sangat)?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...