Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 8 Februari 2015

Ini Dia Artikel Yang Buat Adik PM Bengang Lalu Nak Saman Blogger.

Nazir Razak dah bengang dan kali ini mahu bertindak untuk menyaman seorang blogger yang dikatakan telah menulis blog untuk menfitnah dirinya. Dia kini telah mengarahkan peguam untuk menyemak kandungan artikel berkenaan bagi mencari 'unsur2 fitnah' untuk meneruskan tindakan selanjutnya.

Korang nak tahu tak blogger tue tulis apa yang membuatkan Nazir tersentap? Sebenarnya penulisan blog tue tak viral. Ia mula viral sejak TMI mempromosikan blog tersebut. Sejak2 itulah artikel penulisan viral. Sedangkan dia bongkar dah lama. The latest artikel yang dia tulis pun pada September 2014. 

Nampak?

Dah beberapa bulan berlalu kan?

Dan satu lagi. Punyalah dia nak orang tahu pembongkaran dia, dia buat dua versi. Bahasa Malaysia yang aku yakin sasaran dia orang Malaysia dan bahasa English yang aku yakin sasaran dia ialah bukan orang Malaysia supaya berita berkenaan boleh dipetik oleh agensi berita luar memandangkan Nazir Razak ialah adik kepada perdana menteri Malaysia, Najib Razak.

Baca ;

The Sunday Times baru-baru ini melaporkan bahawa seorang jutawan Malaysia telah mengambil alih pemilikan Linley, sebuah syarikat perabot premium yang diasaskan oleh anak saudara Ratu England. Penyokongnya ialah tidak lain dan tidak bukan Nazir Razak (Pengerusi CIMB dan adik kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang) dan David Chua yang menerajui perniagaan Genting Hong Kong.
Nazir Razak
Kerjaya Nazir Razak telah dicemari dengan soalan tentang kepantasan dan cara menaiki tempat teratas di CIMB (bank kedua terbesar di Malaysia)
Ia adalah satu fakta yang diketahui umum bahawa rasuah, nepotisme dan berbagai urusan melalui pintu belakang dengan hubungan luas dalam politik membantu kenaikannya dalam koridor kuasa korporat.
CIMB kini merupakan bank kedua terbesar di Malaysia dan kini dalam rundingan penggabungan dengan dua bank kerajaan yang dikaitkan dalam RHB dan MBSB. Satu penggabungan yang berjaya, mungkin disebabkan oleh tekanan politik, akan meletakkan CIMB sebagai bank terbesar di Malaysia.
Hubungan Genting (pengubahan wang haram)
Dari manakah wang untuk mengambil alih pegangan saham 51% itu datang? Kenapa Nazir Razak, seorang ahli bank berkaitan politik tiba-tiba menceburi perniagaan perabot. Laporan audit CIMB 2013 mendedahkan bahawa Nazir Razak membawa pulang RM9.2 juta ringgit pada tahun 2013.
Ia terkenal di kalangan elit pemerintah bahawa cara terbaik untuk mengubah wang haram adalah bekerja rapat dengan kasino. Hong Kong dianggap oleh orang ramai sebagai tempat yang dituju untuk aktiviti pengubahan wang haram di Asia. Inilah yang menerangkan hubungan Genting.
Ia menunjukkan bahawa David Chua dari Genting Hong Kong telah memutuskan bahawa lebih menguntungkan untuknya mengetuai sendiri bahagian pengubahan wang haram Nazir Razak.
Selepas bertahun-tahun pengubahan wang haram melalui Genting, Nazir Razak mungkin telah berubah fikiran dan memutuskan bahawa menggunakan kasino untuk memcuci wang adalah sangat tidak halal. Atau mungkin caj perkhidmatan Genting adalah terlalu tinggi.
Satu perjanjian sama menang telah dicapai, mari kita pecahkan:
  1. David Chua akan mengubah wang untuk Nazir menggunakan Linley sambil membuat wang untuk dirinya sendiri.
  2. Nazir Razak akan mendapat surcaj yang lebih murah berbanding apa yang dia dapat dari Genting Hong Kong untuk keuntungan haramnya.
  3. Azlina Aziz (Isteri Nazir) dapat membeli perabot premium jenama kegemarannya, Linley pada harga kos.
  4. Linley yang berpangkalan di United Kingdom adalah tempat membeli-belah jenama premium untuk Azlina Aziz nikmati. Nazir juga akan berada dekat dengan rumah RM180 juta di Holland Park yang menempatkan koleksi kereta mewahnya.Semua orang balik rumah dengan gembira.
Kenapa Linley?
Ramai orang bertanya mengapa Linley akan bekerjasama dengan Nazir Razak? Lagipun syarikat itu dimiliki oleh anak saudara Ratu England.
Melalui penyelidikan kami, kami mendapat tahu bahawa penyokong asal Linley adalah tidak lain dan tidak bukan Sergei Pugachev, orang berkuasa Rusia yang dikenali sebagai “juruwang kepada Kremlin”. (Pada dasarnya dia seorang kroni Rusia)
Seorang yang kuat beragama, Encik Pugachev adalah lelaki yang mencetuskan kerjaya Putin dengan memperkenalkannya kepada anak perempuan bekas Presiden Rusia Boris Yeltsin.
Walaupun pernah menjaga wang golongan rapat Putin, beliau terkeluar daripada sokongan pada tahun 2010 dan akhirnya dipaksa melarikan diri dari negara tersebut.
Setelah meletakkan jawatan sebagai senator, Encik Pugachev kehilangan imuniti terhadap pendakwaan di mahkamah Putin.
Pendek kata penyokong asal Linley adalah kroni Rusia yang setia kepada Putin dan telah hilang sokongan.
Pihak berkuasa telah membekukan aset Pugachev sejak itu.
mail-online
Pugachev telah memindahkan beratus-ratus juta dolar daripada syarikat ke akaun dalam bank swasta Switzerland. Beliau juga mengambil apa sahaja wang yang telah digubah melalui Linley.
Pemergiannya bermaksud Linley ditinggalkan tanpa penyokong.
Ringkasnya, Linley adalah sebuah syarikat pengubahan wang haram diketahui umum, yang telah bekerja dengan kroni Rusia Sergei Pugachev pada masa lalu.
Selepas hilang sokongan, aset Sergei Pugachev dibekukan menyebabkan Linley tanpa wang haram untuk dicuci.
Nazir Razak yang kecewa dengan kos tinggi untuk bekerja dengan operasi Genting Hong Kong, mengambil keputusan untuk memulakan operasi sendiri sambil memburu David Chua yang mempunyai hubungan perniagaan dengannya sejak lebih dua dekad yang lalu.
Kami menjemput pembaca untuk membuat kesimpulan mereka sendiri mengenai pengaturan masa perletakan jawatan Nazir secara tiba-tiba sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group dan pelaburan besar yang secara kebetulan di luar negara.
Nazir Razak telah merancang langkah ini sejak 2010 apabila beliau berpindah ke Oxford kononnya mengambil cuti setahun untuk belajar Kewangan Islam.
Mengapa CEO yang berjaya menghilang diri selama setahun? Cuti belajar tersebut jelas menunjukkan satu cara untuk menutup persiapan ke arah pemergian penuhnya.
Kami pendekkan suspen sesingkat yang mungkin. Oleh itu, pembaca yang dikasihi, di sini anda mempunyai jawapan anda.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...