Sabtu, 14 Februari 2015

Doktor Lapor Polis Selepas Dikecam Penyokong PAS Kerana Sindir Kematian TGNA.

Abdul Rahman Abdul Kadir ialah seorang doktor yang juga seseorang yang berkecenderungan dan beridelogikan UMNO sebagai kiblat politiknya. Baru-baru ini, TGNA telah meninggalkan dunia ini pada tepat jam 9.40 malam jumaat, 12 februari yang lepas.

Dan berikut adalah respon doktor berkenaan ke atas perkara tersebut.


Respon berkenaan kemudiannya menimbulkan polemik di posting berkenaan. Baca sedikit sedutan komen yang dipaparkan ;



Ada sesuatu yang celaru berkenaan doktor ini. Dia mahu satu-padukan umat Islam. Tapi dalam waktu yang sama dia cucuk pula sentimen kemarahan orang Islam. Lalu macam mana nak mencapai persefahaman kalau kita sendiri gunakan cara provokasi? Kalau dia doakan saja kematian TGNA mungkin orang akan jadi sejuk ahti. Orang sejuk ahti, orang akan sangka baik pada kita, bila orang sangka baik pada kita maka pujukan kita untuk satu padukan ummah, orang akan lebih mudah terima sebab perasaan sangka baik tadinya tue.

Itu contoh la.

Personally, aku memang takde minat nak satukan umat Islam. 

Bagi aku umat Islam dan umat bukan Islam mereka akan sentiasa berpecah. Ada orang mahu jadi jahat dan ada orang mahu jadi baik dan kerana ini mereka akan berpecah. 

Tapi contradiks niat dengan tindakan, bagi aku sikap doktor ini memang pelik.

Menggunakan hujah link blog tertentu bagi memberikan gambaran atau persepsi bahawa TGNA ialah tokoh kesesatan. Itu, ikut pandangan siapa dan bagaimana ia dinilaikan?

Kenapa bukan semasa dia hidup, gunakan apa sahaja ruang undang-undang yang diperuntukan oleh kerajaan Malaysia, bagi membuktikan bahawa individu itu ialah tokoh kesesatan?

Dia ialah penyokong Barisan Nasional.
Sudah tentu dia tahu apa cara yang sesuai bagi membuktikan TGNA ialah tokoh kesesatan.

Kalau sekadar bercakap, menuduh, melabel dan sebagainya, itu bukan pembuktian. Belajar lama untuk jadi doktor, tapi setakat ini ke cara kita berhujah?

Sekurang2nya buktikan kita berbeza dari rakyat marhaen. Rakyat marhaen macam aku neh memang la sekadar berhujah pongpangpongpang sembang kencang huhahuha sebab takde apa. Aku bukan anak orang kaya or orang kaya itu itself. Aku bukan anak menteri jauh sekali anak raja. Jadi keyboard warriorr pun orang tak heran. P mampos la lue.

Tapi diri kita neh doktor. Kita ada link dengan UMNO yang 'bukan sikit', yang 'bukan ringan'.

Lakukanla sesuatu untuk membuktikan TGNA itu tokoh kesesatan melalui pembuktian dan hujah yang kukuh sehingga dakwaan dan pertuduhan itu tidak boleh dan tidak layak disangkal-sangkal lagi.

Itu satu. Yang kedua, sedangkan dirinya pun gagal satu-padukan manusia yang berkomen di wall dia sendiri. Lain orang lain cara mereka berfikir. Sedangkan dirinya sendiri pun mendorong kepada perpecahan dengan mengupdate status yang menyebabkan muslim bercakaran dan kita bercakap tentang satu padukan ummah?

Itu yang aku sebut contradiks. 

Dan bila dikecam oleh penyokong2 PAS, doktor ini membuat laporan polis.


KAH KAH KAH

Dan, kita bercakap tentang satu padukan umat Islam? Laporan polis tersebut sebenarnya membuatkan kita semakin membina blok-blok pemisahan dan dendam antara satu sama lain kerana saling sakit menyakiti antara satu sama lain.

Kan, lebih senang jadi jujur dan sedar diri macam aku?

Tak pernah nak jadi pejuang Islam dan jauh sekali nak satu padukan umat Islam.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...