Selasa, 10 Februari 2015

Penyokong PR Larang Penyokong PR Yang Lain Provoke Polis - Tindakan Bijak & Matang.

Bagus. Ini bukan pentas kita. Pentas tak sama rata, padang senget, perlawanan ini berat sebelah, kalau kita ikut emosi kita yang kena balik. Balik rumah, susun strategi perlawanan dan lawan mereka gunakan kebijaksanaan akal. Biar mereka yang jatuh. Sampai bila kita harus biarkan diri kita menjadi mangsa dan dimangsakan dan sentiasa kalah, kalah, kalah dan kalah. Betul tak?

Pentas tidak adil ini bukan favor pada kita pun. Perlu kita teliti juga kesan dan risiko setiap tindakan ke atas diri kita.

Baik kita fikir taktik lain. Taktik yang mana dorang punya undang2 dorang sendiri yang kena balik.

Kita cool, bertenang dan bersabar.

Apa pun aku ucapkan tahniah kepada penyokong2 PR yang berjaya mengawal emosi sendiri dan emosi orang lain dengan tidak melakukan sebarang provokasi dan keganasan ke arah pihak berkuasa.

Anda bijak jauhi kebodohan.

---------------------

Sekumpulan 500 orang dipercayai penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan bersurai dan menghalang laluan keluar kompleks Istana Kehakiman di sini hampir ditembak dengan meriam air oleh anggota polis Unit Simpanan Persekutuan, FRU.

Sejak berita keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar atas kesalahan meliwat, kumpulan penyokong berkenaan telah beralih ke bahagian belakang kompleks mahkamah untuk berhimpun.

Mereka mula berkumpul di situ sejak jam 12.45 tengah hari dan mula melakukan beberapa provokasi awal seperti mencerca anggota keselamatan dan percubaan mengacah dan menolak pagar penghalang selain beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) cuba memasuki kawasan mahkamah.

Setelah provokasi berlangsung sehingga jam 3 petang tadi dan beberapa loceng amaran dibunyikan, pasukan anggota FRU berbaris keluar untuk menyuraikan halangan manusia.

Beberapa objek seperti botol air, kon plastik dan batu turut dilihat dilontarkan kepada pihak berkuasa namun individu yang bertindak sedemikian telah diberi amaran oleh penyokong-penyokong PR yang lain.


Setelah kenderaan yang dipercayai membawa pesalah keluar meninggalkan Istana Kehakiman, barulah para penyokong Anwar mula meninggalkan lokasi. -  Foto Astro AWANI / Hamzah Hamid.

Setelah kenderaan yang dipercayai membawa pesalah keluar meninggalkan Istana Kehakiman, barulah para penyokong Anwar mula meninggalkan lokasi.

Seorang pemimpin perhimpunan PR kemudiannya dilihat telah mengeluarkan arahan kepada para penyokong untuk berkumpul pula di Ibu Pejabat Parti Keadilan di Tropicana, Petaling Jaya. -Awani-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...