Sabtu, 14 Februari 2015

Kereta Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Hatta Ramli Pula Dibakar..

Sebelum neh kes Hanifa kena tepuk belakang. Tapi katanya fitnah. Insiden tak berlaku. Kali neh isu kereta nak kena bakar pula. Nasib baik dapat diselamatkan. Dapat bakar kat depan je. Perkara ini dah pun menjadi kes polis. Kita tunggu apa kata hasil siasatan.

Baca ;


Kereta Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dibakar di luar rumahnya dekat Hulu Klang, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, sebuah kereta lalu dan individu tidak dikenali cuba membakar kereta itu, namun ia disedari pengawal bertugas yang membunyikan hon motosikalnya.

Anak Dr Hatta yang bernama Khalil dikatakan berjaya memadamkan api itu.

Pihak bomba dan polis tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian, bagaimanapun, Dr Hatta tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu. Sahabat rapat Dr Hatta, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan kejadian itu.

"Dr Hatta memaklumkan kepada kami kejadian ini pagi tadi," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau bagaimanapun yakin kejadian tersebut angkara orang luar dan berniat jahat bagi menimbulkan konflik dalaman PAS ekoran tuduhan yang dibuat ke atas Dr Hatta dalam satu demonstrasi di ibu pejabat parti PAS Ahad lepas.

"Saya yakin bukan ahli PAS terlibat, dan ia dibuat oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan dari apa yang berlaku," kata Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat itu.

Ahad lepas, sekumpulan ahli PAS yang dipimpin Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim dan disertai Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik mengadakan demonstrasi di perkarangan pejabat itu.

Mereka mendakwa Dr Hatta mendalangi satu konspirasi menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menafikan kewujudan konspirasi itu, namun berjanji akan membuat siasatan mengenainya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...