Aku ada menerima satu email dan ini apa yang diluahkan.
Salam,
Apabila saya terbaca keputusan kes DSAI, hati saya berasa
sedih dan geram. Geram kerana kes saya dianiayai sehingga mengakibatkan saya
diistyiharkan muflis oleh Bank Simpanan Nasional(BSN) bank milik kerajaan oleh
pinjaman yang saya TIDAK ambil walaupun beberapa laporan polis di buat namun
tiada tindakan dari pihak Polis sehingga ke hari ini.
Berikut adalah kronologi berkenaan kes saya ;
1.
Pada Tahun 2011, saya mendapati nama saya telah
disenarai hitamkan oleh bank2 tempatan akibat satu pinjaman yang tidak berbayar
sejak Tahun 2009.
2.
Hasil siasatan mendapati ia adalah pinjaman
perumahan dari Bank Simpanan Nasional(BSN) yang saya tidak pernah ambil. Saya
membuat laporan polis pada Tahun 2011 di IPD Dang Wangi namun tiada tindakan
dari pihak PDRM.
3.
Pada Tahun 2012, BSN memulakan tindakan saman
kebankrapan terhadap saya. Saya mempunyai bukti kukuh bahawa saya tidak ambil
pinjaman tersebut termasuk dokumen perjanjian di mana tandatangan daya
dipalsukan. Namun BSN enggan menerima bukti tersebut dan mahkamah hanya akan
menerima bukti dri Jabatan Forensik PDRM.
4.
Saya kemudian membuat aduan ke Bank Negara
Malaysia (BNM) namun dimaklumkan bahawa BNM tidak dapat campur tangan berikutan
kes ini telah sampai ke peringkat kebankrapan.
5.
Pada awal Tahun 2014, saya membuat laporan polis
yang kedua di IPD Dang Wangi namun tiada tindakan/penyelesaian dari PDRM
sehingga hari ini.
6.
Pada Jun 2014, saya telah diistyiharkan muflis.
Saya telah kehilangan dua buah rumah milik saya dan kini tinggal sehelai
sepinggang akibat kegagalan pihak PDRM melengkapkan siasatan walaupun bukti
telah diberikan.
7.
Saya telah membuat aduan bertulis sebanyak DUA BELAS (12) KALI kepada Ketua Polis
Negara, Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis IPD Dang Wangi dan Biro Pengaduan
Awam namun tiada sebarang maklumbalas. Malah saya telah menghantar pesanan
melalui Tweeter kepada KPN namun tidak dijawab.
8.
Kehidupan saya kini amat tertekan akibat
diistyiharkan muflis dari pinjaman yang saya tidak ambil dari BSN(bank milik
kerajaan) dan pihak PDRM tidak menjalankan siasatan. Saya pula terpaksa menyara keluarga seramai 5
orang.
Memandangkan saya ini hanya rakyat biasa dan tiada
kepentingan politik, maka aduan saya tidak dipedulikan dan laporan polis saya
tidak diendahkan. Kerajaan UMNO sanggup membuat apa saja termasuk mengambil
peguam luar bagi membantu pendakwaan DSAI tapi bagi kes saya,saya hanya minta
PDRM menghantar dokumen perjanjian untuk ujian Forensik pun tidak diendahkan.
Saya tidak tahu siapa lagi yang saya boleh minta bantuan kecuali Allah swt.
Inilah sistem “keadilan” di Malaysia.
---------------------------
Dengar khabarnya polis kita begitu mahir menjaga keselamatan di twitter dan media sosial. Mungkin aduan di atas boleh ditanggani dengan polis kita dengan berhemah. Si pengadu pun telah memberitahu dia tulis surat sebanyak 12 kali. So tak susah nak cari butiran pengadu untuk semak ceritanya samada benar atau fitnah, kan?
Boleh tak bantu rakyat yang teraniaya macam layanan yang Saiful terima kononnya kerana teraniaya (la sangat)?