Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 11 Februari 2015

Tarif Elektrik Turun Bermula 1 Mac 2015 - TNB Masih Memperbodohkan Pengguna Walaupun Tunduk Atas Tekanan Rakyat.

Apa yang terkini?

1. Kabinet telah memutuskan untuk menurunkan tarif elektrik semasa namun penurunan tarif hanya melibatkan kawasan semenanjung Malaysia sahaja.

2. Tarif baru elektrik bermula pada kadar ICPT 2.25 sen /kwj.

3. Dan tarif baru akan dilaksanakan bermula pada March 2015 hingga Jun pada tahun yang sama.

Kenapa TNB menurunkan tarif elektrik?

1. Kerana tunduk pada tekanan rakyat Malaysia yang menuntut tarif elektrik turun. Seperti yang kita semua tahu, pengguna media sosial pro rakyat rata2nya bersatu dalam menyebarkan kempen turunkan tarif elektrik. Penyokong2 BN pula sebaliknya. Di perlinya kita lagi ada. Tapi bila tarif elektrik turun walaupun ber-had masa, mereka tetap terima faedah. Tapi yang buat kerja kita. Kita ada kawan2 yang buat poster. Kita ada kawan2 yang kumpul point untuk penghujahan. Kita ada kawan2 yang sebarkan kempen. Kita juga ada kawan2 yang kena maki hamun. Tapi bila tarif turun, yang tak buat kerja, yang tak sebarkan kempen, yang memaki kita, yang mengutuk kita, yang perli dan sindir kita turut sama mendapat manfaatnya. Nampak tak?

2. Meskipun TNB beri alasan bahawa elektrik banyak dijanakan menggunakan gas asli tetapi dalam masa yang sama TNB sorok fakta kes bahawa elektrik yang dijanakan menggunakan gas asli itu ialah rata2nya dari syarikat tenaga hasil perjanjian IPP yang memaksa TNB patuh pada perjanjian berat sebelah itu. Agak2 la nak perbodohkan orang kot. Macam la kita tak boleh godek info apa semua.

3. Satu lagi, tarif elektrik yang diturunkan ini hanya melibatkan semenanjung sahaja. Apa pula yang orang Sabah dan Sarawak akan fikir? Tidak kah ini mencetuskan elemen diskriminasi? Sedangkan kita semua orang Malaysia. Syarikat tenaga di Sabah dan Sarawak berbeza dan mereka punya perjanjian pun tak sama macam di semenanjung namun kerajaan juga perlu memastikan tarif elektrik di Sabah dan Sarawak perlu diturunkan sejajar dengan penurunan harga minyak global.

4. Penurunan tarif ini hanya melibatkan tempoh yang singkat semata-mata.

5. Dan kerajaan juga cuba perbodohkan rakyat bila dia ingat kita tatau yang dua tarif berbeza di kenakan ke atas bil elektrik kita. 200 yang pertama, tarif 2.25 sen/kwj manakala selepas 200 yang pertama, kita akan dicaj lain, dan selepas penggunaan yang ke 300 dan ke atas, kita dicaj GST pula. 

Nampak tak permainan kerajaan kat sini?

Sedangkan kerajaan kena peka. Yang guna kurang 300 mungkin dia bujang. Mungkin dia jarang duduk rumah. Yang guna lebih 300 mungkin ada banyak anak. Ada banyak ahli keluarga. 1 rumah dok ramai2 sebab tak mampu beli rumah. So, ada fikir tak?

Rakyat Malaysia tuntut dua perkara.

Pertama. Kita tuntut turunkan tarif elektrik. Sejajar dengan penurunan harga minyak. Perjanjian IPP ka apa ka go to hell sebab benda tue takde kaitan dengan kita dan bukan kita yang memandai2 setuju atau sign perjanjian berat sebelah tue.

Kedua. Kita tidak mahu ada GST pada elektrik. Samada bagi penggunaan domestik atau industri. Elektrik adalah keperluan asas dan keperluan asas tidak patut dikenakan cukai.

Turunkan tarif dalam masa yang singkat dan bertempoh untuk candukan pemikiran rakyat konon. Hanya yang bodoh nak mampos sahaja akan terpercaya dengan propaganda kerajaan. Nextttt.. kasi benda lagi power bleh tak.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...