Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 6 Julai 2013

Rais Yatim Dilantik Jadi Penasihat Najib.

Demmit.

Mereka neh memang tatau berhenti atau apa? Apa BN ingat rakyat Malaysia neh bodoh2 belaka? Sekali pandang pun kita tahu sangat yang tindakan memberikan jawatan khusus kepada Rais Yatim ialah tindakan untuk menghalalkan agihan wang pembayar cukai kepada Rais Yatim.

Maka kita buat la satu jawatan. Reka2 bagi dia. Janji tiap2 bulan duit gaji masuk untuk dia. Dia kekal ada jawatan dan kedudukan dalam kerajaan walaupun kita memang nak dia duduk berehat dalam rumah.

Menurut laporan akhbar kat bawah neh, Rais Yatim bukan sahaja jadi penasihat kepada kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan bahkan jawatan dia dibayangkan seolah2 bertaraf menteri. Jelas. Jawatan neh sengaja diwujudkan. Nampaknya Rais Yatim tak pernah hilang dari barisan kabinet Najib.

Dan dia juga dilantik sebagai Presiden UIAM yang ke enam.

Punah.

Kita sudah ada kementerian yang khusus pasal kebudayaan dan kita perlukan lagi penasihat tambahan?

Untuk satu kerja yang sama kita kena lantik dekat2 3,4 orang yang berlainan untuk buat kerja semata2 taknak bagi orang lama hilang pengaruh dan kuasa? Atau takut dia merajuk dan kempen tolak kita?

Ini sebabnya aku cakap BN harus diberamboskan. Mereka sebenarnya tak pernah peduli bagaimana mahu mentadbir negara neh dengan cekap. Mereka hanya ambil kisah bagaimana nak habiskan wang pembayar cukai dengan cekap. Orang2 macam neh penyokong bn sanggup kerja siang malam bayar pelbagai cukai untuk senangkan kehidupan dorang? Something wrong dengan otak dorang. Something is wrong.

Bai.

Kenyataan Khairy Memalukan Najib Razak.


Berita sebelah2 jek. 

Adakah ini sabotaj untuk jatuhkan pentadbiran Najib Razak? Ataupun pihak editor Sinar Harian nak perli Najib Razak? Samada sengaja atau tidak sengaja, laporan akhbar ini sebenarnya memalukan intergriti Najib Razak dan menaikkan imej Khairy Jamaluddin.

Mungkin KJ nak jadi juara di mata rakyat.

Pedulikan. Bagi aku bila satu2 ahli politik tue sudi berlakon tunjuk baik depan rakyat itu bermaksud dorang mengambil peduli akan sentimen rakyat. Risau nak bertindak sebaliknya. Kena balon dan hentam.

Ikut isu juga la. Dalam isu Mesir, pendekatan KJ yang bersama2 dengan sentimen majoriti muslim Malaysia diraikan.

KJ dengan lantang mengkritik dan mengutuk tindakan tentera merampas kuasa dari pentadbiran Mursi. Ujar KJ ;

1. Mursi ialah pemimpin yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi / pilihanraya.

2. Mursi tidak sepatutnya digulingkan.

Dan mahu tahu apa pula kenyataan Najib? Rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/isu-mesir-kenyataan-najib-diperlihatkan.html

Apa pun untuk Sinar Harian, jika ini perli dan sindiran ke atas Najib, maka aku katakan ia sememangnya berkesan. 

KAH KAH KAH

Tentera Mesir Kejam, Musnahkan Terowong Gaza [BACA DAN SEBARKAN]


Perangai macam sial.

Sejurus merampas kuasa, tanpa berfikir dua atau tiga kali mereka terus tutup laluan Mesir ke Gaza, Gaza ke Mesir. Adakah anti Morsi menyukai akan hal tersebut? Adakah rakyat2 yang menjerit dan melaungkan slogan MORSI HARUS BERUNDUR menyukai akan hal tersebut?

Aku tak faham dengan rakyat Mesir.

Ko boleh bersabar dengan kekejaman Hosni selama 30 tahun. Tapi ko kecoh nak mampos pada pemerintahan Mursi selama setahun? Apa neh?

Adakah rakyat Mesir yang sekular + liberal = anti Palestine juga? Pro Israel juga? Kekejaman tak kenal bangsa dan agama, kan? Macam tak percaya pula aku wujudnya rakyat2 Mesir sendiri yang sanggup berkerjasama dengan pemerintahan tentera bagi menutup laluan/terowong yang menghubungkan antara GAZA dengan Mesir yang memudahkan rakyat Palestine mendapatkan bantuan selepas Hosni jatuh.

Allahuakhbar.

Berita ini sangat sangat sangat sangat menyedihkan. Apa yang tentera Mesir lakukan sangat sangat sangat sangat sangat menyakitkan ahti. Tak tergambar dek kata2. Yang aku tahu ia memang menyakitkan ahti. Rasa macam nak bunuh dan bom tentera2 di Mesir tue sekarang juga. Macam tue la rasanya sakit ahti aku.

Menurut laporan oleh Sinar Harian yang aku baca tadi ;

1. Selepas Mursi dijatuhkan, tentera tanpa berlengah lagi terus mengarahkan kerja2 menutup dan memusnahkan satu2 terowong utama yang menghubungkan laluan antara Mesir dan Genting Gaza.

2. Media RNN melaporkan kerja2 pemusnahan itu dikawal ketat oleh tentera. Siap ada senapang apa bagai bagi memastikan kerja2 jahat dan haram mereka terlaksana tanpa ganguan. Memang celaka.

3. Jentolak untuk memusnahkan terowong tue dah berada dalam disitu, sebelum hari Mursi jatuh lagi. Tapi kerja2 pemusnahan berlaku pada hari Mursi di jatuhkan. Boleh jadi tentera tak berani melakukan apa2 selagi Mursi berkuasa sebab Mursi memang berjuang bersama2 rakyat Palestine. Selama neh Mursi mempertahankan Palestine. Mempertahankan GAZA. Kelantangan dan keberanian Mursi dan IK sangat2 menakutkan orang sekular + liberal di negara mereka bahkan negara2 arab yang menjadi jiran mereka. Sebab itulah Arab Saudi tepuk tangan Mursi jatuh. Arab Saudi memang B******. <-- Isi sendiri tempat kosong.

Ini jek dah membuktikan yang kejatuhan Mursi sebenarnya dipengaruhi beberapa sentimen. Contohnya sentimen tak sukakan pembaharuan yang Mursi dan IK ingin buat. IK pro Islam so tak aneh kalau perubahan2 yang mereka nak buat lebih selari dengan SISTEM ISLAM itu sendiri. Tapi rakyat Mesir yang muslim pun tolak IK sedangkan IK bukan nya gerakan Islam yang jumud dan keras. Mereka bersederhana. Sesuai dengan konsep Islam itu sendiri.

Pembaharuan2 dan perubahan2 tue sebenarnya akan menyebabkan beberapa pihak di Mesir terkesan dan terjejas. Itu tak masuk lagi ganguan2 yang Mursi dan IK alami sepanjang masa untuk membentuk dan membersihkan sistem pentadbiran Mesir luar dalam.

Dan sudah tentu hubungan Mursi dengan Palestine, hubungan Mursi dengan beberapa gerakan yang pro pejuang2 rakyat dan juga sikap Mursi yang LANTANG mengutuk kekejaman ISRAEL menakutkan pihak2 yang bersekutu dengan Israel selama neh, contohnya ARAB SAUDI.

So tak aneh la kenapa ada orang Islam yang bersorak dan siap ucapkan tahniah bila Mursi jatuh. Bagi yang tidak tahu, King Abdullah individu pertama = muslim yang mengucapkan tahniah kepada Mesir sejurus kejatuhan Mursi. Tiada mana2 pemimpin, raja, sultan, atau pemerintah NON MUSLIM yang ucapkan tahniah kepada Mesir atas perlantikkan Adly Mansour sebagai presiden sementara Mesir pada hari pertama Mursi digulingkan. So sendiri mao fikirlah apa itu ARAB SAUDI.

Oke bai.

Jumaat, 5 Julai 2013

Isu TV3 - Ustaz Don Tampil Tepis Kenyataan Fitnah.

Aku dah agak dah.

Pasal sebelum neh aku dah tahu yang Ustaz Don takde facebook2 yang aktif citer pasal politik. Yang ada citer pasal diri dia secara peribadi dan citer2 pasal dakwah.

Aduhai.

Rujuk bawah neh ;


Printscreen di atas telah tersebar secara meluas. Orang yang printscreen neh sebenarnya aku yakin dia tidak tahu bahawa pemilik page di atas bukan di kendalikan oleh Ustaz Don. Pendek kata ramai yang terkena sebenarnya.

Penafian Ustaz Don.



 

Pertama, sampai sekarang aku belum lagi menemukan hujah sahih bahawa tv3 mengelar Morsi = diktator. Ada rakan aku bagitau. Alah tv3 tue ko nak heran apa der. Confirm dia sebut punya.

Sebenarnya aku bukan nak bekap tv3 ke apa sangat ke. Jangan salah faham. Cuma aku suka kalau kita nak bercakap sesuatu kita kena ada hujah konkrit. At least kita boleh tunjukkan bukti sekian2, hah neh la tv3 yang pandai2 gelar MORSI = DIKTATOR.

Ini berhujah berdasarkan hearsay. Aku sangat2 keliru. Apa yang boleh dihadapkan pada UMNO jika mereka minta bukti kelak?

Aku faham. Apabila seseorang biasa melakukan fitnah maka tak heran untuk mereka fitnah dan fitnah dan fitnah berulang kali. Itu betul. Tetapi jika kita menuduh tv3 lakukan sesuautu tanpa bukti, maka kita dan tv3 sudah tiada beza nya lagi. In order nak menunjukkan tv3 jahat, kita tak perlu menjadi jahat sekali. Cukuplah tv3 jahat, kita jangan ikut ma.

Jadi kepada pihak yang berkenaan, minta tolong berikan bukti supaya senang kita berhujah pasal tv3 menuduh MORSI = diktator oke. Aku tak sabar2 nak tunjuk kat orang yang dok kata PR fitnah tv3 tue beb.

Kedua. Pasal Ustaz Don. Printscreen tersebar meluas membabitkan nama Ustaz Don. Kalau tak ori, cakap tak ori. Takde masalah. Kami semua terbuka menerima, asalkan yang update tue berterus terang. Kalau tak ori tapi berlakon ori, patut ke? 

Ini tak patut ma.

Kalau orang printscreen dan terjebak menyebarkan ia tanpa mengetahui itu adalah page KLON, kan tak pasal2 dah mengheret nama USTAZ DON?

Mungkin juga orang yang baca tak pasal2 depa anggap USTAZ DON yang memulakan isu pasal tv3 cakap MORSI = DIKTATOR.

Kan tak elok tue.

Apa pun harap kita sama2 membetulkan apa2 yang tak betul. Harap2 lepas neh kepada pihak yang jadi admin page Ustaz Don Original tue bertanggungjawab sikit ma. Bagi aku kalau mengaku admin takde sesiapa nak marah oke. Time nak update tue tulis admin. So orang tahu la ooo ini admin yang update. Bukan Ustaz Don sendiri. Simple ma..

Oke bai.

Isu Mesir - Kenyataan Najib Diperlihatkan Seperti Pro Israel.

Maaf Najib. 

Aku tak sukakan cara ko gambarkan suasana di Mesir seperti itu. Aku sangat terkilan dan sangat tak sangka rupa-rupanya ko adalah pemimpin seperti itu. Pandangan ko tersangatlah teruk dan ia tak sepatutnya disiarkan di berita. Apakah ko telah disabotaj untuk mengeluarkan kata2 seperti itu?

Rujuk bawah neh ;

Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.
Ini merujuk kepada kejatuhan Hosni Mubarak. Rakyat Malaysia patut jadikan iktibar walaupun Hosni jatuh, Morsi naik tak semestinya perubahan yang rakyat harapkan akan berlaku. So patut biarkanlah jek si Hosni berkuasa ek Najib?

Perdana menteri berkata perubahan yang tidak diurus dengan baik boleh membawa kepada penderitaan rakyat seperti kenaikan harga barangan, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.
Merujuk kepada pemerintahan Morsi di Mesir.

"Akhirnya, ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut kepada perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan oleh kita," katanya kepada wartawan Malaysia di akhir lawatan kerja empat harinya ke London pada Khamis.
Merujuk kepada Morsi yang Najib anggap, gagal membawa tuntutan rakyat.
Najib berkata demikian bagi mengulas mengenai konflik terbaru di Mesir yang menyaksikan penggulingan Presiden Mohamed Morsi, pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Mesir pada 30 Jun 2012 bagi menggantikan Hosni Mubarak.

Perdana menteri berkata apa yang penting bagi Mesir adalah untuk mencari penyelesaian secara aman selain memastikan proses pilihan raya diadakan di masa terdekat, dengan dijalankan secara adil dan inklusif.
  
Namun begitu, beliau menegaskan peristiwa yang berlaku itu adalah soal dalaman Mesir, "walaupun kita tidak sokong tindakan ketenteraan, tetapi ia sudah terjadi."
  
"Diharap kerajaan baharu dapat diwujudkan, yang mencerminkan hasrat dan aspirasi rakyat Mesir, yang dapat menjaminkan kestabilan jangka panjang negara itu," katanya.

So Najib kita harapkan kerajaan baru ditubuhkan dengan segera. Bukan nya menyokong Morsi mahupun IK. 


Oke.
Najib. Najib. Ko jangan cakap kita orang salah sangka plak ek.  Sepatutnya ko membantah tindakan tentera ke atas Morsi dan IK dengan sekeras-kerasnya. Bukan nya bagi ayat seolah2 ko menyokong pula tindakan mereka yang mahu membentuk kerajaan baru. Morsi naik dengan cara pilihanraya. Bukan dengan cara gulingkan kerajaan diktator Hosni Mubarak.

Pemerintahan Morsi banyak campurtangan dari orang2 Hosni Mubarak. Sebab tue kacau bilau. Dalam masa setahun banyak benda Morsi nak kena buat dan plan? Apa ko ingat Morsi tue SUPERMAN? Ada kuasa ajaib? Makan masa la. Rakyat di Mesir telah dihasut untuk membantah pemerintahan Morsi. Ia hasutan dari geng2 liberal dan sekular yang terasa pemerintahan Islam akan meranapkan mereka dalam pelbagai segi.

Dikhabarkan ketika ini pintu rafah jalan menuju ke GAZA dan terowong2 kecil yang digunakan untuk hantar bantuan kepada penduduk Palestine telah pun ditutup oleh tentera2 Mesir. Ini ko suka ke apa Najib? Sebagai rakyat, amatlah aku berharap ko mengecam dan mengeji tindakan biadap Abdul Raffah Al-Sisi tue, bukan nya mengiyakan tindakan dia dengan menyeru ke arah penubuhan kerajaan baru.

Tapi nampaknya tak gunala aku berharap lebih2 dari ko. Dari dulu lagi kalau bab isu2 gini memang ko akan memperlihatkan diri ko condong ke arah USA dan Israel. Silap besar la aku kalau harap lebih2 dari ko. Kita tunggu pula respon Anwar Ibrahim dan pembangkang. Adakah mereka sependapat dengan Najib ataupun lebih berani menyatakan pendirian?

Kita tunggu.

Blogger BN Mengamok Pada The Star Pasal Isu Gambar Agong.

Kat atas neh laporan The Star.

Sekali pandang memang la biasa2 saja bagi kita semua. Tetapi perkara yang biasa2 pada kita neh tidak la diperlihatkan biasa2 pada blogger bn. Sekarang neh dorang sedang marah gile sebab ;

1. The Star letak berita pasal LGE kat atas.

2. The Star letak berita pasal Agong kat bawah.

Bagi dorang ini satu perbuatan yang amat biadap dan melampaui batas. Perlu di kecam THE STAR dan MCA harus bertindak segera terhadap THE STAR yang makin lama makin kurang ajar terhadap institusi kesultanan di negara ini.

Itulah kesimpulan yang dorang ingin zahirkan.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Kelakar nak mampos.

Isu macam neh pun boleh buat dorang mengamok? Aku rasa la kan kalau Agung atau mana2 Sultan yang baca paper neh pun dorang takan terdetik nak komplen apa bagai. Bahkan mungkin tak heran atau tak terfikir langsung.

Hebat betul dorang neh.

Tak sangka aku dorang boleh focus benda2 gini. Ini kita panggil pembaziran akal dan minda. Kita patut gunakan akal kita untuk fikirkan sesuatu yang lebih berfaedah. Takan ko gunakan akal ko untuk fikirkan patut gambar LGE kat bawah, patut gambar dia kecil sikit pixel dari gambar Agung. Ini satu penghinaan neh. Kena sound The Star. Lepas tue suka letak gambar muka bengis pemimpin2 BN. Kalau LGE letak gambar senyum apa bagai. Patut ke patut ke? Memang tak patut ma.

Melihatkan kepada penulisan dorang maka nya aku semakin yakin. Dulu aku selalu tertanya2 why Utusan suka letak wajah Nurul Izzah dan DSAI yang agak kasar dan bengis di paper mereka. Rupanya UTUSAN gunakan taktik tersebut, so blogger2 dorang tahu la, sebab tue bila depa lihat jek THE STAR siarkan wajah bengis pemimpin2 UMNO maka dorang automatik kaitkan dengan stail dorang selama neh.

Thanks.

Mendedahkan taktik Utusan selama neh.

KAH KAH KAH

Apa pun korang boleh rujuk pendapat dan pandangan dorang berhubung perkara di atas kat sini ==> http://helenang.wordpress.com/2013/07/04/the-star-placed-agong-beneath-guan-eng/ 

Ingatkan isu besar la sangat. Rupanya2 isu asam pedas, isu gambar siapa di atas gambar siapa di bawah itu lebih penting untuk difikirkan..

KAH KAH KAH

Kelakar betul dorang neh. 

Psttt.. ada tak sesiapa boleh dapatkan gambar keratan akhbar utusan ataupun berita harian atau mana2 berkaitan yang memaparkan berita pemimpin bn kat atas gambar Agong atau Sultan? Mampos tergolek depa karang kalau kita ada gambar macam tue beb.

KAH KAH KAH

Khamis, 4 Julai 2013

Jusuf Kalla Nak Saman Berita Harian.


Itulah yang dilaporkan oleh KeadilanDaily. Namun sayangnya ia disampaikan oleh Anwar Ibrahim. Kalau la si Jusuf itu sendiri hantar kenyataan bertulis kepada KeadilanDaily lebih baik. At least lebih keras dan tegas sikit tindakan Jusuf terhadap Berita Harian. Takut2 jek si Jusuf tue kenakan Anwar Ibrahim sepertimana Anwar Ibrahim terkena baru2 neh.

Yela.

Dia la individu pertama yang sebut Anwar ada buat perjanjian sulit dengan Najib bagi menghormati apa jua keputusan PRU ke 13 baru2 neh. Then bila Anwar mengaku ada buat perjanjian persefahaman dengan hanya Anwar jek sign, Najib tak sign [sebab takut kena kecam], dia buat satu lagi statement bahawa Anwar la yang cadangkan hal tersebut dan dia cuma jadi pihak ketiga jek. Padahal sebelum tue DSAI sebut yang Jusuf yang tawarkan diri untuk bentuk persefahaman tersebut, bukan datang dari mulut DSAI. 

Selepas tue statement demi statement dia keluarkan untuk balon DSAI. So aku berharap sangat DSAI tak terkesan dengan kenyataan2 dia melainkan dia buat penegasan bahawa sememangnya kenyataan dia telah diputarbelitkan oleh pihak2 tertentu.

Baca bawah ;


KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Bekas Naib Presiden Indonesia, Yusoff Kalla membantah tindakan media arus perdana Malaysia yang memutar belit kenyataannya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Anwar memberitahu, beliau dihubungi Yusoff pagi ini melalui telefon bahawa rakannya di Indonesia itu tidak menyangka kenyataannya diputar belit sedemikian.



“Tulisan itu tak benar. Saya akan bantah,” kata Anwar, membacakan pesanan teks yang dihantar Yusoff Kalla kepadanya.



“Dari awal saya tidak yakin beliau akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu,” kata Anwar memaklumkan rasa tidak puas hati Yusoff pada sidang media di lobi parlimen hari ini.



Menurut Anwar, artikel itu adalah terbitan sebuah laman blog tajaan Umno.



Tambahnya, Yusoff telah menghantar empat surat bantahan kepada Ketua Pengarang Berita Harian, Eksekutif Berita Harian dan Ketua-ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian dan New Straits Times.



“Teman di Jakarta tidak senang. Dia kata ini bukan Pak Yusuff. Bukan caranya dia buat begitu. (Namun) setakat hari ini dan kelmarin belum ada pembetulan,” kata Anwar



Justeru Anwar memberitahu, peguamnya dan Yusoff Kalla akan menyelaras tindakan undang-undang terhadap media yang memfitnah kedua mereka.



“Mana-mana ahli Parlimen yang ulang akan kita rujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan Dewan,” katanya.



Berita Harian pada 29 Jun lalu melaporkan berita kononnya Anwar mendapat dana besar pihak asing dari Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk aktiviti perhimpunan Blackout 505.



Laporan tersebut memetik satu wawancara khas Yusoff Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia. ~keadilandaily

TV3 Kena Kecam Angkara Label Morsi Diktator.

Page tv3 kena serang. Angkara laporan pemberitaan tv3 mengenai Morsi. TV3 dilaporkan berkata telah mengelar Morsi sebagai diktator. Setakat neh bukti sahih atau konkrit yang menunjukkan bahawa tv3 mengelar Morsi sebagai diktator belum ada lagi.

Hasil semakan aku di laman web tv3 pun takde. Tak pasti ia berita terkini ataupun berita jam 1.30 petang. Tapi tak kira la berita jenis apa pun, yang pasti semakan dan siasatan aku tidak menemukan langsung bahawa tv3 telah mengelar Morsi sebagai diktator.

Sebab tue aku tunggu berita jam 8 malam tadi. Aku nak tengok ada atau tidak, tv3 mengulangi kembali tuduhan mereka terhadap Morsi, nampaknya berita Buletin Utama tak pula melaporkan Morsi seperti itu.

Apa yang TV3 laporkan malam tadi ;

1. Suasana di Mesir di mana anti Morsi berpesta meraikan kejatuhan Morsi.

2. Keadaan Morsi yang menjadi tahanan rumah bersama 13 pemimpin kanan nya.

3. Kemaskini mengenai presiden sementara Mesir, Adly Mansour.

4. Laporan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Mesir ketika ini.

5. Larangan kepada pelajar2 Mesir untuk tidak terlibat dalam sebarang protes dan demo di Mesir.

6. Respon segera kedutaan Malaysia di Mesir mengenai krisis terkini di Mesir.

7. Respon dari penganalisis politik akan rampasan kuasa oleh tentera di Mesir.

8. Antara respon yang tv3 siarkan ialah bahawa tentera dan pembangkang cuba mengambil kesempatan akan sentimen rakyat Mesir [anti Morsi] bagi mengulingkan Ikhwanul Muslimin disebabkan mereka memang tidak sehaluan sejak dari dulu lagi.. 

Ini je yang TV3 laporkan. Takde satu patah perkataan pun mereka menyebut Morsi = diktator. Jangan salah faham. Apa yang aku harapkan ialah rujukan dan bukti. Pasal aku percaya, orang tetap nak tengok  bukti punya. Oke. Kalau aku hujah2 begini kan, nanti orang umno minta bukti aku nak bagi apa? Air liur?

So aku cadangkan sesiapa yang saksikan berita yang mana tv3 gelar Morsi = diktator = bagi bukti. Aku percaya kat TONTON mesti ada kalau benar la ia keluar berita. Melainkan tv3 dah sunting disebabkan kena kecam. Kalau tidak, masih ada harapan lagi nak cekau2 bukti untuk sebaran umum. So siapa yang saksi pergi cari dan telek. Ada atau takde. Untuk rekod, aku takley access TONTON. Tah kenapa register failed jek. 

Apa pun, benda2 gini yang paling penting

BUKTI
BUKTI
BUKTI

Ingat kes tv3 lapor mengenai translation ucapan Morsi? Yang tue member kita ada bagi bukti. So kes yang neh pun kita kena bagi bukti.

Kalau korang nak tahu, page tv3 sekarang neh kena serang.

Rujuk sini ==>  https://www.facebook.com/TV3MALAYSIA

Boleh lihat di ruangan komen apa bagai semua. Dorang paste komen2 yang tv3 gelar Morsi = diktator. Walaupun begitu aku aneh juga. Najib tak beri respon ke berikutan perkembangan terkini di Mesir? Ke Najib take time untuk fikir2kan apa yang sesuai? Nak ucap tahniah macam King Abdullah juga ke apa?

Aku syak Najib fikirkan sentimen rakyat dulu. Mungkin akan beri respon diplomasi macam stail USA yang seolah2 macam tak pro Anti Morsi namun juga tak pro Morsi. Kita kata berlakon ataupun taktik ataupun strategi politik.

Padahal hakikatnya apa yang berlaku ke atas Morsi memang merupakan saat2 gembira bagi mereka. Setakat neh dorang dok sebar berita yang pintu Rafah dan terowong2 kecil yang menuju ke Gaza dah ditutup, tapi aku tak jumpa sumber sahih. So aku masih lagi menanti2kan laporan berita berkaitan dengan nya, adakah ia betul? Atau ia hanya spekulasi untuk hangatkan suasana? Sama2 tunggu dan lihat.

Sambung balik isu tadi. Kalau nak tahu siap ada poster lagi untuk mengecam tindakan TV3 ke atas MORSI. Aku bab syria tue aku tahu memang betul sebab dah terbukti banyak kali tv3 gelar FSA pemberontak. Padahal terang2an mereka ialah pejuang bukan pemberontak. Kerajaan kita pro Bashyar, sesuatu yang menghairankan pada aku. Kat Malaysia dok beria2 kutuk syiah sana sini. Konon syiah ada kaitan dengan PAS apa bagai. Tapi bila syiah sana buat hal, ko sokong plak?

Tak pelik ka? 

Hehe. 

Apa pun geng, jika terbuktilah benar tv3 mengelar Morsi = diktator, ia memang perlu dikecam. Cubaan tv3 untuk memburuk2kan reputasi Morsi jangan sesekali kita kompromi. Dan buat tv3, sudah2la tue. Adakah fitnah ahli politik pembangkang di Malaysia tidak cukup bagi kamu?

Fikir2kan la ek. 


LIDAH RASMI MUSUH

Apabila mengulas berkenaan presiden Mesir, Dr Morsy yang merupakan seorang pemimpin Islam yang banyak membantu dunia Islam khususnya di Syria, TV3 menggelar beliau sebagai diktator.

Apabila melaporkan berkenaan Basyar pula, TV3 mengatakan bahawa Basyar merupakan pemimpin pilihan rakyat. Walaupun sudah jelas bahawa Basyar merupakan pemimpin yang telah membunuh ribuan rakyat Syria.

'Tahniah' TV3 kerana menjadi lidah rasmi musuh Islam!

Rujukan :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=561534603887885&set=a.439267916114555.91463.439243252783688&type=1&relevant_count=1

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=643194815710416&set=a.351792408183993.96357.100000597104304&type=1 

 

Kenyataan Media PAS Isu Mesir.


KENYATAAN MEDIA

PAS mengecam tindakan rampas kuasa Mesir, minta elak perang saudara.

PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Mesir merampas kuasa Presiden Mohamed Morsi, yang dipilih rakyat melalui jalan demokrasi yang sah iaitu pilihanraya yang adil dan bersih.

Kemenangan Mohamed Morsi telah dirampas melalui cara yang paling tidak demokratik dan penuh kezaliman. PAS juga mengutuk tindakan media massa di Malaysia yang melabel Morsi sebagai regim diktator.

PAS berharap semua pihak di Mesir mengelak melakukan provokasi yang boleh mencetuskan perang saudara.

PAS menyeru umat Islam di Malaysia untuk melakukan solat dan munajat selepas sembahyang Jumaat besok memohon bantuan Allah pada mereka yang dizalimi di Mesir.

Buat Presiden Morsi dan Gerakan Islam Ikhwan Muslimin Mesir supaya bertahan, tabah dan tidak tunduk kepada tekanan perusuh.



Tuan Ibrahim Tuan Man


Ketua Penerangan PAS Pusat


4 Julai 2013

Kenyataan Terkini Nik Aziz Mengenai Isu Di Mesir.


Mesir : Detik Hitam Sedang Berulang

Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir. 

Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.

Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka. 

Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya. Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir. Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.

Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!

Doa dan solidariti untuk Mesir.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013M

Rabu, 3 Julai 2013

BN Dedah Wang Anwar Ibrahim Berjuta2 Di Luar Negara.


Baguslah dedahkan benda neh kat parlimen. Aku tunggu gak mana2 wakil rakyat BN yang berani mendedahkan isu seperti neh di parlimen. Alang2 dah berani dedah kena la berani tunjuk bukti dan kena berani desak SPRM untuk siasat Anwar Ibrahim.

Sampai bila la kan Anwar Ibrahim nak nafi dan terus nafi tapi orang2 BN tetap memilih untuk TIDAK PERCAYAKAN dia kan. Sebenarnya bila kita cakap sekali, bila orang dah memilih untuk TIDAK PERCAYAKAN kita, ia adalah BUANG MASA untuk explain berkali2 kepada dia. Buang masa. Dia dah memilih untuk tidak mahu menerima penjelasan kita maka buat apa kita beria2 cakap benda yang sama berulang2 kali? Penat dapat. Buang masa lagi.

Elokla tiru pendekatan Khalid Ibrahim dan TGNA. Ko nak siasat, ko siasat. Lepas dah terbukti aku tiada kaitan dengan apa2 perkara tersebut, sila umumkan hasil siasatan dengan JELAS supaya nama masing2 boleh clear.

Ini masa terbaik untuk Anwar Ibrahim malukan penyokong2 BN yang tak habis2 gunakan hujah tersebut konon nya Anwar Ibrahim miliki banyak wang dan aset di luar negara. Ini juga masa terbaik untuk Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan2 liar seperti neh. Membersihkan nama diri sendiri. Jangan di bawa ke beratus2 tahun sampai jadi fitnah yang berpanjangan pula.

Secara umumnya, memang aku tak percaya langsung dengan benda2 merepek gini. Tapi kerana ada orang yang percaya, maka kita turutkan la kehendak dia. Siasat saja ANWAR IBRAHIM. Dan jangan lepas ko siasat habis2an, ko diam2 pula dengan takmo umumkan hasil siasatan sebab nak biarkan masyarakat terus terusan berspekulasi dan ber-persepsi.

Dan ingat, andai terbukti Anwar Ibrahim bebas dari semua perkara2 tersebut, jangan buat muka tak malu dengan mendiamkan diri pula. Pandai2 la minta maaf oke.

Baca laporan oleh Yahoo Malaysia kat bawah neh ;

Seorang penyokong kerajaan mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.
Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.
Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.
"Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Liang berkata setiap akaun itu mempunyai maklumat terperinci seperti nama pemegang, jawatan, nombor pasport, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menyiasat perkara itu kerana ia amat bahaya memandangkan ada akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.
Dakwaan itu mengundang tindak balas Tian Chua (PKR-Batu) yang bangun mencelah dan mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat tuduhan melulu sambil menggesa mengemukakan bukti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.
"...Kita sudah berjuang lebih 15 tahun, satu sen pun tidak dapat...jadi kalau pemimpin kita kaya macam ini, kita juga ingin tahu," katanya.
Ini diikuti Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) yang turut mendesak Liang mengemukakan bukti dan sekiranya gagal berbuat demikian perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Desakan oleh wakil pembangkang itu mendorong Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah dan dengan lantang mencabar pembangkang mengambil tindakan undang-undang ke atas WikiLeaks sekiranya maklumat itu adalah palsu.
Liang mengakhiri perbahasannya dengan berkata tindakan Anwar memiliki akaun di negara Israel seakan memungkiri janji dan komitmen ketika bersama mengutuk kekejaman tentera Israel ke atas penduduk Gaza tahun lepas.
"Tahun lepas, di dewan ini ketika perdana menteri membentangkan usul khas mengutuk serangan Israel ke atas Gaza, Permatang Pauh bersama PAS dan DAP turut mengutuk sama tetapi sebaliknya di belakang mempunyai akaun simpanan di negara berkenaan," katanya.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA

Anak-Anak Yatim Ini Mencari Kita..

Tadi terbaca satu komen yang sangat menyakitkan ahti di wall facebook. Setakat bayar zakat fitrah jek dan lepas tue nak kondem pusat zakat macam2 baik tak payah. Lebih kurang begitulah maksud komen dia. Komen dia tak sebijik2 seperti yang aku tulis. Tapi gambaran yang dia cuba lahirkan, seperti itula.

Dia komen begitu sebab membalas komen seseorang yang kondem pusat zakat. Kalau la aku jadi individu yang kena sound tue aku akan sound dia balik.

Usah kata bayar zakat fitrah, hatta yang tak bayar pun memang layak kondem pusat zakat tue. Apa dia ingat keadilan dan kebenaran berpihak kepada mereka2 yang BAYAR ZAKAT ka?

Apa dia ingat orang2 yang tak bayar zakat tak boleh kritik dan kondem pusat zakat ka?

Ini la satu contoh pembodohan yang cuba diterapkan kepada kita masyarakat yang sentiasa berfikir non stop. 

Semua orang tak kira la ko miskin atau kaya, bayar zakat sikit atau banyak, tak bayar zakat langsung atau bayar sekali setahun ko tetap layak bercakap pasal pusat zakat di Malaysia sebab apa?

Sebab jika benda yang ko sebut tue benda betul, ko tak perlu takut. Allah tak sebut hanya bayar zakat jek boleh kondem mana2 benda yang tak betul di dunia neh. Antara manusia dengan Allah siapa yang ko pilih?

Sambung balik isu anak2 yatim. Sebenarnya semua neh bermula bila ada seseorang update di facebook dia pasal anak2 yatim yang memerlukan kita..

Lihat gambar kat bawah neh ;


Korang makan mewah....Anak anak ini hanya itulah makanan mereka sehari hari...Lauk Ikan Kering Nasi Putih.....

Hati mana yg tidak sebak.....


Roti dan Milo Nugget yg Den beli sekejap aje ditelan...Insyaallah atas kelapangan masa Den akan berkunjung lagi.....

Orang tue update status seperti di atas. Dan percaya tak, ada sesetengah dari kita kondem pasal dia tulis MILO,

Ya MILO.

Milo kan kena boikot sebab product Nestle. 

Instead melihat kepada masalah anak2 neh, dia pergi KRITIK pasal MILO. Aduhai.

Tak boleh ke? Tak boleh ke kita jangan berkira bab2 gini? 

Aku tak faham sesetengah orang. Pasal update kesusahan anak yatim pun depa anggap menunjuk2 kebaikan. Padahal kita nak cakap hello kat sini ada anak yatim yang memerlukan kita, mari la kita berbuat sesuatu untuk menolong mereka. Itu jek point yang perlu kita faham dan nampak. Yang lain2 tue benda2 kecik jangan ko berkira sangat la.

Apa pun berbalik kepada rumah anak2 yatim neh ;



1. Lokasi rumah anak yatim neh ialah seperti di dalam gambar di atas.

2. Gambar neh gambar lama tahun 2011 dan 2012. Aku petik dari internet.

3. Ikut pengalaman orang yang dah melawat rumah anak2 yatim neh sememangnya mereka memerlukan bantuan dalam pelbagai bentuk.

4. Ia dikendalikan oleh sepasangan suami isteri yang sudah berusia.

5. Aku takmo mengharap pada pusat zakat. Namun jika ada sesiapa yang ada link dengan pusat zakat dan rasa ia berbaloi untuk usahakan sesuatu, maka usahakanla.

6. Banting bawah Selangor. Sudah sepatutnya kerajaan negeri fikirkan pelan yang sesuai untuk membantu anak2 yatim neh.

7. Apa pun yang penting sekarang ialah usaha dan alternatif dari kita sendiri terlebih dahulu.

8. Sebab tue aku sebarkan neh supaya sesiapa yang berdekatan dan mahu lakukan sesuatu boleh la kita ramai2 ke sana.. bantu setakat yang mampu. Mari geng, kita lakukan sesuatu untuk anak2 neh. Rekod, aku pernah duduk di rumah anak yatim selama 2 tahun. Begitu la susahnya mak aku membesarkan aku suatu ketika dulu. So aku faham apa perasan anak2 yatim neh. Bukan kita orang suka sangat orang anggap kita orang macam peminta sedekah. Siyes.

Tapi keadaan memaksa untuk kita mencari bantuan. Nak taknak terpaksa la telan dan hadap dengan semua pandangan dan persepsi umum.

Aku dah melepasi frasa itu. Bahkan pelbagai frasa penghinaan dan kesusahan dah aku lepasi. Persepsi umum yang miskin akan cenderung dituduh mencuri tak pernah berubah walaupun aku dah dewasa.

Baru2 neh ada seseorang budak umur 8 tahun citer kat aku orang tuduh dia mencuri sebab dia miskin. Aku citer kat dia benda yang ko kena aku pun selalu kena dulu dah. Selagi ko miskin + bodoh + merempat masyarakat takan respect dan dongak kepala untuk hormat ko.

JANGAN KO PERNAH MIMPI.

Aku hasut dia sepertimana aku hasut diri aku dulu.

Jadi, ko kena majukan diri ko. Pandaikan diri ko. Cari ilmu banyak2. Cari duit banyak2.  Bukan nak sangat jadi kaya. Tetapi lebih kepada nak ubah persepsi masyarakat yang memandang hina pada anak2 miskin. Gunakan duit kita sebaik2nya. Supaya kanak2 miskin lain kita boleh bantu.  Dan jangan sesekali jadi sebahagian dari masyarakat yang memandang serong pada anak2 miskin, anak2 yang takde bapa atau anak2 yang duduk dengan ibu tunggal.

Oke bai.

Baca sini juga :  http://www.kisahkatakpink.my/2012/08/rumah-anak-yatim-dan-asnaf-as-solihin.html?m=1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...