Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 Julai 2013

BN Dedah Wang Anwar Ibrahim Berjuta2 Di Luar Negara.


Baguslah dedahkan benda neh kat parlimen. Aku tunggu gak mana2 wakil rakyat BN yang berani mendedahkan isu seperti neh di parlimen. Alang2 dah berani dedah kena la berani tunjuk bukti dan kena berani desak SPRM untuk siasat Anwar Ibrahim.

Sampai bila la kan Anwar Ibrahim nak nafi dan terus nafi tapi orang2 BN tetap memilih untuk TIDAK PERCAYAKAN dia kan. Sebenarnya bila kita cakap sekali, bila orang dah memilih untuk TIDAK PERCAYAKAN kita, ia adalah BUANG MASA untuk explain berkali2 kepada dia. Buang masa. Dia dah memilih untuk tidak mahu menerima penjelasan kita maka buat apa kita beria2 cakap benda yang sama berulang2 kali? Penat dapat. Buang masa lagi.

Elokla tiru pendekatan Khalid Ibrahim dan TGNA. Ko nak siasat, ko siasat. Lepas dah terbukti aku tiada kaitan dengan apa2 perkara tersebut, sila umumkan hasil siasatan dengan JELAS supaya nama masing2 boleh clear.

Ini masa terbaik untuk Anwar Ibrahim malukan penyokong2 BN yang tak habis2 gunakan hujah tersebut konon nya Anwar Ibrahim miliki banyak wang dan aset di luar negara. Ini juga masa terbaik untuk Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan2 liar seperti neh. Membersihkan nama diri sendiri. Jangan di bawa ke beratus2 tahun sampai jadi fitnah yang berpanjangan pula.

Secara umumnya, memang aku tak percaya langsung dengan benda2 merepek gini. Tapi kerana ada orang yang percaya, maka kita turutkan la kehendak dia. Siasat saja ANWAR IBRAHIM. Dan jangan lepas ko siasat habis2an, ko diam2 pula dengan takmo umumkan hasil siasatan sebab nak biarkan masyarakat terus terusan berspekulasi dan ber-persepsi.

Dan ingat, andai terbukti Anwar Ibrahim bebas dari semua perkara2 tersebut, jangan buat muka tak malu dengan mendiamkan diri pula. Pandai2 la minta maaf oke.

Baca laporan oleh Yahoo Malaysia kat bawah neh ;

Seorang penyokong kerajaan mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.
Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.
Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.
"Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Liang berkata setiap akaun itu mempunyai maklumat terperinci seperti nama pemegang, jawatan, nombor pasport, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menyiasat perkara itu kerana ia amat bahaya memandangkan ada akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.
Dakwaan itu mengundang tindak balas Tian Chua (PKR-Batu) yang bangun mencelah dan mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat tuduhan melulu sambil menggesa mengemukakan bukti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.
"...Kita sudah berjuang lebih 15 tahun, satu sen pun tidak dapat...jadi kalau pemimpin kita kaya macam ini, kita juga ingin tahu," katanya.
Ini diikuti Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) yang turut mendesak Liang mengemukakan bukti dan sekiranya gagal berbuat demikian perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Desakan oleh wakil pembangkang itu mendorong Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah dan dengan lantang mencabar pembangkang mengambil tindakan undang-undang ke atas WikiLeaks sekiranya maklumat itu adalah palsu.
Liang mengakhiri perbahasannya dengan berkata tindakan Anwar memiliki akaun di negara Israel seakan memungkiri janji dan komitmen ketika bersama mengutuk kekejaman tentera Israel ke atas penduduk Gaza tahun lepas.
"Tahun lepas, di dewan ini ketika perdana menteri membentangkan usul khas mengutuk serangan Israel ke atas Gaza, Permatang Pauh bersama PAS dan DAP turut mengutuk sama tetapi sebaliknya di belakang mempunyai akaun simpanan di negara berkenaan," katanya.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...