KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
Kelakar nak mampos. Padan muka kena perli. Dari dulu lagi pemimpin2 BN kita ada masalah attitude. Macam2 attitude yang dorang ada. Sampai tak terjangkau dek akal fikiran normal kita. Biasalah. Benda2 tue orang tak normal je buat. So orang normal macam kita memang tak terfikir la kan.
KAH KAH KAH
PASIR GUDANG: Rancangan Melaka untuk mempatenkan asam pedas nampaknya seakan membawa kepada 'peperangan' yang panas dengan negeri jiran Johor.Exco Belia, Sukan, Warisan dan Kebudayaan Johor Datuk Zulkurnain Kamisan mendakwa bahawa hidangan yang panas dan pedas itu bukan milik eksklusif negeri Melaka tetapi adalah makanan biasa di seluruh negara.
"Johor mempunyai asam pedas versi tersendiri, begitu juga dengan negeri-negeri lain," katanya selepas menghadiri majlis tamat pengajian GiatMARA Johor di sini semalam.
Zulkurnain berkata walaupun mungkin terdapat sedikit perbezaan antara asam pedas Melaka dan Johor ini, namun ramai orang yang tahu bahan-bahan utama untuk hidangan ini.
Beliau berkata, masyarakat di kedua-dua negeri mempunyai versi kuah mereka sendiri dan ia adalah sesuatu yang "tidak masuk akal" bagi Melaka untuk menuntut bahawa hidangan itu adalah milik mereka sahaja.
"Bila Melaka mempatenkan asam pedas, sesiapa yang ingin memasak hidangan tersebut, termasuk chef, mungkin terpaksa membayar royalti," katanya.
Zulkurnain berkata ini akan menjadi amalan tidak sihat bagi negara ini jika setiap negeri menuntut atau mempaten hidangan tradisional.
Jika Melaka mahu mempatenkan asam pedas, Johor juga boleh melakukan perkara yang sama pada nasi beriani, nasi ambeng, mee bandung, botok-botok, lontong dan sambal goreng.
"Tetapi kita tidak mungkin berbuat demikian kerana kita mahu orang ramai dari luar Johor untuk menikmati hidangan ini," katanya.
Aku senada dengan Johor dalam isu neh. Memang betul pun apa yang Melaka nak buat neh ialah tindakan yang BODOH lagi membodohkan. Macam la orang MELAKA je ada asam pedas. Kalau ko pergi rata2 kedai makan melayu kat mana2 negeri sekalipun, tak sah weh dorang tak letak asam pedas dalam menu dorang.
Ini terbukti asam pedas memang sinonim dengan orang melayu. Bukan sinonim dengan orang Melaka jek. Lainla rendang tok. Kita tahu ia sinonim dengan PERAK. Rendang yang guna buat cili api, itu sinonim dengan orang Negeri Sembilan. Laksam, dengan orang Kelantan. Lotong, dengan orang JOHOR. Dan macam2 lain lagi la yang aku malas nak fikir satu persatu kat sini.
Nasihat aku kepada Melaka. Berhenti buat kerja bodoh. Pergi selesaikan isu Jonker Walk tue. Jangan nak balas dendam hanya kerana CINA tak undi korang time PRU.
Oke?
KAH KAH KAH
Memang kelakar nak mampos la dorang neh.