Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 6 Julai 2013

Rais Yatim Dilantik Jadi Penasihat Najib.

Demmit.

Mereka neh memang tatau berhenti atau apa? Apa BN ingat rakyat Malaysia neh bodoh2 belaka? Sekali pandang pun kita tahu sangat yang tindakan memberikan jawatan khusus kepada Rais Yatim ialah tindakan untuk menghalalkan agihan wang pembayar cukai kepada Rais Yatim.

Maka kita buat la satu jawatan. Reka2 bagi dia. Janji tiap2 bulan duit gaji masuk untuk dia. Dia kekal ada jawatan dan kedudukan dalam kerajaan walaupun kita memang nak dia duduk berehat dalam rumah.

Menurut laporan akhbar kat bawah neh, Rais Yatim bukan sahaja jadi penasihat kepada kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan bahkan jawatan dia dibayangkan seolah2 bertaraf menteri. Jelas. Jawatan neh sengaja diwujudkan. Nampaknya Rais Yatim tak pernah hilang dari barisan kabinet Najib.

Dan dia juga dilantik sebagai Presiden UIAM yang ke enam.

Punah.

Kita sudah ada kementerian yang khusus pasal kebudayaan dan kita perlukan lagi penasihat tambahan?

Untuk satu kerja yang sama kita kena lantik dekat2 3,4 orang yang berlainan untuk buat kerja semata2 taknak bagi orang lama hilang pengaruh dan kuasa? Atau takut dia merajuk dan kempen tolak kita?

Ini sebabnya aku cakap BN harus diberamboskan. Mereka sebenarnya tak pernah peduli bagaimana mahu mentadbir negara neh dengan cekap. Mereka hanya ambil kisah bagaimana nak habiskan wang pembayar cukai dengan cekap. Orang2 macam neh penyokong bn sanggup kerja siang malam bayar pelbagai cukai untuk senangkan kehidupan dorang? Something wrong dengan otak dorang. Something is wrong.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...