Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 21 April 2018

Menjawab Kritikan Terhadap PSM.

Oleh : Arul

Menjawab Kritikan terhadap PSM

1. PSM pecahkan undi Pembangkang?


i. PSM hanya tanding 3% kerusi dan di tempat lain meminta penyokong dan ahli parti sokong PH jika meletakkan calon yang baik. Dengan cara ini, 97% sokongan kita bersama PH untuk tumbangkan BN. Harap penyokong PH fokus lawan BN dan bukan PSM.



ii. Tiga penjuru wujud setelah DAP dan PAS berpecah dalam Pakatan Rakyat(PR). Jika pembangkang tidak berpecah seperti semasa PRU 13,maka anda boleh tuduh PSM yang wujudkan 3 penjuru tetapi 3 penjuru kali ini jelas diwujudkan oleh DAP dan PAS. Adakah ini bererti mereka dalam DAP dan PAS tidak faham Big picture? Maka apabila nak tuduh isu big picture, semak dulu siapa yang bagi bola tanggung kepada BN.

iii. Jika PSM nak pecahkan undi Pembangkang, PSM akan bertanding di kerusi-kerusi yang pembangkang menang atau kalah majority tipis tetapi banyak kerusi yang PSM tanding di Perak umpamanya adalah kerusi dimana DAP menang majoriti sangat besar dan susah untuk BN menang walaupun tiga penjuru. Pemimpin DAP di kawasan itu juga memang tidak gentar dengan kehadiran PSM dimana mereka telah ramalkan PSM akan kalah teruk. PSM pula bertanding sekadar untuk melihat sejauh mana penerimaaan rakyat setelah bekerja di tempat-tempat itu dan juga ingin menggunakan masa PRU untuk mengutarakan masalah pengusiran yang dihadapi oleh puluhan kampung petani. Maka memang tidak wujud isu BN akan menang kerana tiga penjuru di kawasan-kawasan ini

iv. PH memaklumkan bahawa mereka hanya risau dua kerusi Parlimen yang PSM tanding iaitu di Sungai Siput dan Cameron Highland. Semasa perbincangan ulung rasmi wakil PKR sehari sebelum pembubaran Parlimen, PKR minta PSM memakai logo PKR di Sungai Siput dan jika kita berbuat demikian, maka di tempat lain kita tidak boleh menentang logo yang sama. Maka ini amat tidak adil sekali. Maka penyelesaian terbaik yang dicadangkan PSM di dua kawasan ini adalah PH tidak meletakkan calon di dua kawasan itu (2/222) dan PSM berjanji secara hitamputih akan membantu PH bentuk Kerajaan dan tidak sekali-kali membantu BN. Untuk PH pula, menggunakan logo bersama bukan satu kreteria mutlak dimana di Sabah dan Sarawak, parti disana dibenarkan menggunakan logo mereka masing-masing dan PH tidak bertanding. Maka formula yang sama boleh digunakan di dua kawasan parlimen ini. Andaikata keputusan PH adalah mereka akan meletakkan calon jika PSM guna logo sendiri, maka ini bererti PH sedia memberikan kemenangan kepada BN dan tidak mahu PSM hidup dalam politik Negara. Maka agenda PH untuk tumbangkan BN nampak seperti tidak ikhlas kerana tidak mahu PSM guna logo sendiri, maka mereka lebih rela memberikan kerusi kepada BN. Ingat ia hanya melibatkan 2/222 kerusi.

2. PSM tidak mahu guna logo bersama PKR- angkuh?
PSM adalah antara parti pertama yang usulkan penggunakan logo bersama tetapi pada masa yang sama, PR dan kemudian PH, langsung tidak mahu berunding dengan PSM, menepikan PSM dan seperti yang kami jangka, pada saat akhir mereka akan hulurkan satu penyelesaian berat sebelah iaitu “nak satu kerusi, guna logo kami”. Rakyat Malaysia harus faham bahawa tindakan PR/PH tidak membawa masuk PSM sebelum ini telah dikritik kuat oleh mendiang Karpal Singh, Ambiga, Toh Kin Voon dan lain-lain pemimpin dan aktivis kanan.

3. PSM akan dihancurkan jika tanding dan akan hilang deposit semua kerusi yang PSM tanding?

JIka ini adalah scenario dan juga mengikut Rafizi dan Stategist PH lain = Tsunami Melayu pasti berlaku. Ini bermaksud PH akan menang dengan majoriti yang jauh lebih tinggi kerana persempadan semula yang dibuat mengambil kira orang Melayu bersama UMNO-BN. Maka parti-parti seperti PAS, PRM dan juga PSM akan terkubur kerana sentimen pengundi yang mahu habiskan BN. Maka saranan kami adalah mereka seharusnya tidak membuang masa mengkritik PSM kerana kami tidak signifikan. Mereka harus fokus bagaimana bentuk kerjaan dan Kabinet baru.

4. Jika andaikata BN menang?


JIka BN menang kerana penipuan pilihanraya, PSM sudah pasti akan bersama PH dan gerakan rakyat menentang penipuan ini sehingga PH berkuasa. Jika BN menang kerana tiada Tsunami Melayu, maka satu gerakan pembangkang baru kena dibentuk dengan isu-isu sebenar mengambilkira isu majoriti yang melanda rakyat,

5. Jika PH menang 


Jika PH menang, maka PSM masih mempunyai agenda membentuk penukaran sistem, program pro rakyat, pro alam sekitar dan sebagainya. Contohnya kami kena pastikan pilihanraya kerjaaan tempatan akan dipulihkan, kami kena pastikan polisi-polisi perkauman dikuburkan oleh PH, kami kena pastikan isu pendidikan, kesihatan, perumahan dan jaminan kerja kena diselamatkan. Maka peranan yang PSM boleh main adalah sebagai check and balance setelah BN kalah.

Tun, Belilah PAN, Saya Tak Fikir Harganya Mahal, 'Penyelenggaraan' Pun Jimat.. - Nik Abduh

Nik Abduh sekali lagi menyindir Parti Amanah Negara (Amanah) di media sosial apabila bercakap tentang Tun Mahathir di Facebooknya pada semalam.


Menulis tentang fitnah yang dilemparkan terhadap PAS, Nik Abduh berkata Mahathir sebenarnya berdendam kerana gagal membeli PAS sepertimana mudahnya membeli Amanah.



Berikut dibawah adalah kenyataan penuh dari Nik Abduh;

Oleh : Nik Abduh

Fitnah Terhadap Parti Miskin

PAS parti miskin. Itulah PAS sejak berpuluh tahun dahulu lagi. Siapa pun cukup sedar itu. Kewangannya bergantung penuh kepada sifat budiman dan jihadiyah ahli dan penyokongnya yang hampir tiada yang bertaraf jutawan.

Tetapi, oleh kerana kemiskinan itu tidak menyebabkan PAS tunduk kepada penguasa dan orang-orang kaya, itu telah amat menyakitkan hati mereka. PH menyangka mereka boleh membeli PAS sebagaimana mudahnya mereka membeli PAN.

Siapa boleh menafikan bahawa Tun Mahathir adalah pendendam nombor 1 PAS?

Semasa beliau adalah PM dulu, beliau gagal membeli almarhum TG Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sehinggalah kini, ketika PH di ambang keletihan menuju kekalahan, beliau terus gagal membeli TG presiden PAS. Dendam terus membiak daripada hitamnya kesombongan.

PAS miskin tetapi cekal. Kemuliaan diri adalah junjungan perjuangannya.

Kemiskinan sentiasa menjadi mangsa kehidupan. Parti-parti dan Pakatan parti politik yang kaya raya tidak mungkin sanggup kalah dan tewas kepada parti PAS yang miskin dalam PRU14 ini, apatah mereka telah pun kalah awal dalam usaha membeli PAS.

Jika anda bertanya, bagaimana PAS kaya dalam kemiskinan? Jawabannya, baca ayat ini..

"Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan diri dan harta mereka (dengan bayaran) bahawa untuk mereka adalah SYURGA. Mereka berperang di jalan ALLAH... " al Quran.

Tetapi PH, sebagaimana dulunya UMNO, gagal memahami iman ahli PAS terhadap ayat ini dan al Quran seluruhnya. Maka PAS dituduh kaya dengan 90 juta wang belian UMNO. Bagi mereka, kaya hanyalah kaya harta, bukan kaya jiwa dan kaya iman.

Tun, beli-lah PAN. Saya tak fikir harganya mahal. Mereka pun minta dibeli. 'Maintenance' pun jimat.


Dana haram



Sementara itu, dalam satu status yang berbeza Nik Abduh menjelaskan ahli PAS boleh berbangga kerana PAS tidak pernah menerima dana daripada mana-mana pihak kongsi gelap, aktiviti haram disisi negara apatah lagi agama.

Nik Abduh juga berkata sesuatu pihak yang diikat dengan kumpulan haram tidak akan berkeupayaan untuk menjadi model pemerintah terbaik.

"Ahli PAS boleh berbangga, PAS tidak pernah menerima dana daripada kumpulan kongsi gelap atau apa-apa aktiviti yang haram di sisi negara, apatah di sisi agama. 

Bagaimana nak jadi model pemerintahan terbaik, kalau awal-awal lagi diikat kumpulan haram?," katanya dalam kenyataan itu.

Tidak dapat dipastikan kepada siapakah kenyataan itu ditujukan namun ramai percaya ia ditujukan kepada Pakatan Harapan. - 20 April 2018.

Tiada Wang Berkotak-Kotak Milik Pemimpin UMNO Ditemui Dalam Kemalangan Maut Di Sabah.

Portal Sebenarnya.my dan Lim Sian See menafikan mesej tular di Whatsapp dan Facebook kononnya seorang ahli politik Barisan Nasional Sabah telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. 

Antara yang menyebarkan..
Turut disebarkan adalah gambar sekotak wang yang kononmya ditemui bersamanya ketika terjadinya kemalangan tersebut.

Memetik laporan dari portal China Press, kemalangan terbabit bukan membabitkan Datuk Ajan, pemimpin UMNO Semporna, tetapi melibatkan pemandunya dan dua individu lain yang dipercayai ahli keluarga beliau.Penemuan kotak berisi wang seperti yang ditularkan di laman-laman media sosial itu juga sebenarnya tidak benar sama sekali.


Gambar wang di dalam kotak yang dikepilkan bersama mesej berkenaan yang kononnya ditemui bersama mangsa itu sebenarnya adalah gambar dari kes yang berbeza iaitu kes wang palsu yang berlaku pada Februari 2018 lalu, ianya juga telah disahkan oleh pihak PDRM. PDRM juga menafikan mesej tular kononnya wang ditemui dalam kemalangan tersebut. - 20 April 2018.

Jumaat, 20 April 2018

Lautan Manusia Banjiri Ceramah Di Pagoh, BN Patut Rasa Takut - Bekas Editor NSTP.

Oleh : Mustapha Kamil / Bekas editor The News Straits Times

Jika saya pemimpin parti memerintah, saya akan berasa sedikit takut melihat keadaan di Pagoh malam tadi. Mengapa? Begini lah:

1. Lebih 10,000 rakyat berbilang kaum yang hadir. Saya sendiri yang sudah berkali-kali menyaksikan kempen pilihanraya sebagai wartawan akhbar, terperanjat dengan sambutan terhadap Pakatan Harapan ini.

 

2. Mereka bukan datang untuk mendengar sahaja ucapan-ucapan politik. Mereka mahukan sesuatu. Mereka mahukan perubahan dan mahu mereka yang di atas pentas melaksanakannya.

3. Adalah silap bagi penganalisa politik menyangkakan rakyat jelata tidak faham mengenai 1MDB. Mereka mungkin tidak faham teknikalnya, tetapi kepimpinan PH ini menggunakan bahasa mudah seperti 'pencuri' dan 'penyangak'. Itu semua orang faham dan marah.

4. Cukai GST adalah satu isu yang dibenci rakyat. Setiap kali pemimpin PH melaungkan akan memansuhkan cukai ini, ia disambut dengan sorakan.

5. Media pro-kerajaan masih takut menyatakan sambutan orang ramai terhadap PH ini. Diberitakan ada yang laporkan cuma 800 yang hadir. Laporan begini cuma mendalamkan lagi lubang kubur media pro-kerajaan ini.

6. Najib adalah liabiliti pada partinya. Individu-individu yang saya temui semuanya ada satu persamaan. Mereka cukup membenci Najib.

7. Keputusan parti-parti pembangkang menggunakan satu lambang ia itu lambang PKR sudah diterima sepenuhnya. Penyokong-penyokong DAP yang saya temui sebaliknya berkata mereka rasa lebih yakin kerana semua parti pembangkang kini mempunyai satu tujuan dan bergerak dibawah satu lambang.

8. Jika sambutan begini berterusan terhadap PH, pakatan memerintah Barisan Nasional patut berasa takut.


Gambar-gambar ceramah di Pagoh malam tadi;




Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa BN mensabotaj sebatang jalan di Johor bagi menghalang orang ramai hadir ke program ceramah yang menampilkan Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.


Presiden BERSATU itu mendakwa Jabatan Kerja Raya telah "menggali" jalan dari Panchor ke Gerisik - jalan yang perlu dilalui untuk hadir ke program itu - untuk mengganggu trafik.

"Malam ini (semalam) kita ada jelajah Pakatan Harapan (HARAPAN) dan tiba-tiba jalan yang elok dirosakkan.

"JKR menggali jalan dari Pancor ke Gerisik, yang menuju ke tempat ceramah, untuk menyekat perjalanan trafik,"
katanya pada sidang media di Pagoh pada khamis.

UMNO nafi

Pemangku ketua bahagian Umno Pagoh, Ismail Mohamed menolak dakwaan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN mensabotaj sebuah jalan menghala ke tapak ceramah yang akan menampilkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ismail, yang pernah menjadi timbalan Muhyiddin di bahagian Umno Pagoh berkata, kerja-kerja membetulkan jalan raya tiada hubungan dengan majlis ceramah itu dan BN Pagoh tidak pernah mengganggu kegiatan Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Rasanya pembangkang nak buat provokasi. Kalau penyokong dia orang nak datang.. apa juga halangan tentu datang. Kalau mereka dah tak nak datang, jangan salahkan pihak lain.

"Kami pun tak pernah kacau pembangkang di Pagoh hendak buat program. Yang penting kita berkempen secara harmoni dan saling menghormati fahaman politik masing-masing,"
kata Ismail seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.



Jalan memang rosak


Berdasarkan tinjauan dan semakan yang dilakukan oleh wartawan portal Malaysiakini terhadap penduduk tempatan, mereka menjelaskan jalan yang dimaksudkan selama ini sememangnya rosak. Bahkan telah lama rosak dan merosakkan kenderaan yang menggunakan laluan itu. - 20 April 2018.

Wardina Diserang Netizens Melayu Selepas Seru Hentikan Politik Yang Menyalahkan DAP, Non Muslims Atas Semua Perkara..

Personaliti popular, Wardina Safiyyah hari ini dikecam bertubi-tubi oleh penyokong Barisan Nasional di halaman Facebooknya.

Ini gara-gara kenyataannya yang menyeru semua pihak untuk menghentikan cacian dan hinaan ke atas kumpulan minoriti di negara ini.

Wardina juga berkata sesetengah ahli politik dengan sengaja menggunakan isu (perkauman, keagamaan) bagi mendapatkan populariti dan perbuatan itu jelasnya sangat tidak bertanggungjawab.

Tambah Wardina lagi, beliau tidak percaya DAP mahu mengambilalih negara dengan tujuan untuk mahu memusnahkan Islam seperti dakwaan sesetengah pihak.

Berikut adalah kenyataan penuh Wardina seperti yang dipetik dari halaman Facebooknya;

"Di Australia - Muslim pigs.

Di Malaysia - DAP/CINA BABI(btw kesian babi).

Di Australia - Muslims want to take over the country.
Di Malaysia - DAP want to take over the country.

Di Australia - Muslims want sharia law and don't respect Christians and our way of life. 


Di Malaysia - DAP tidak mahu Islam. Orang Kristian tidak hormati agama Islam bla..bla..bla.

Di Australia - Muslims are all evil, bloodthirsty, violent, liars practicing taqqiya - they cannot be trusted.


Di Malaysia - DAP penipu, tak boleh dipercayai - ada agenda tersembunyi.

Di Australia - Why do we need to give special treatment to Muslims? Why are they forcing us to follow their ways? (bagi pakai tudung, bagi bilik solat, bagi makanan halal, UISH.. dia anti halal... katanya duit halal bagi pada terrorist)
 

Di Malaysia - Kenapa kita terhina di bumi sendiri - jangan bagi muka kepada mereka. They should follow us, not the other way round.

Aduhai. Bila saya tengok...sama. Sama kan? Sakit nya hati bila membaca berbagai berita dan hinaan terhadap orang Islam. Sedih. Susahnya menjadi minoriti. Jadi kepada kita yang menjadi majoriti adalah amanah kita menjaga minoriti kerana itulah Islam.

Digunakan pula oleh ahli politik demi populariti. Sangat tidak bertanggungjawab.

Jadi saya tanya anda - kalau orang Cina membaca makian dan tuduhan anda terhadap mereka, apa agaknya perasaan mereka?

KEPADA PEMIMPIN - JANGAN gunakan AGAMA, JANGAN GUNAKAN AGENDA PERKAUMAN - tunjukkanlah contoh yang baik.

Tak heran kenapa pengikut caci maki sana sini, tengok cara pemimpin menjatuhkan pihak lawan. Suka bermain emosi. Suka gunakan agama. Suka MENAKUTKAN.

Saya berdiri solidariti bersama rakan-rakan berbangsa Cina. Not all Malays think like that. MALAYSIA belong to ALL of us.

Dan buat saudara seIslam semua. Tunjuk lah akhlak yang baik. Jangan caci maki sesama sendiri.

Sedih tengok - Madey (have some respect to an elderly - what more someone who you use to respect), peliwat, Jibby - Macam ni akhlak kita? I ask for our LEADERS to start, to RESPECT their opponents.

Salaam sayang buat semua. Semua penykong BN, PAS, DAP dan PH. NO I don't believe DAP want to take OVER and disrespect Islam. I believe many respect Muslims and they KNOW this is an Islamic country. Kalau mereka tak faham kita yang kena ajarkan. I don't believe they are evil like how I hope poeple won't think Muslims are evil. So sekarang boleh stop guna DAP sebagai modal nak takutkan orang Islam?

SUDAH-SUDAHLAH main sentimen AGAMA - Orang sekarang DAH BIJAK banyak.

So, are you racist? Do you trust others? Do you have biasses and prejudice?

WS

"Persepsi adalah SENJATA". Perception matters,"
katanya dalam kenyataan itu. 


Akui tak sokong BN

Terdahulu, Wardina mengisytiharkan secara terbuka yang beliau tidak menyokong Barisan Nasional dalam satu kenyataan di Facebook pada 6 April sambil berkongsikan pautan ceramah Pakatan Harapan dari halaman (page) Anwar Ibrahim.



“Tidak, saya tidak takut untuk menyatakan sokongan saya bukan kepada BN. Saya tidak perlu menjilat sesiapa untuk kerjaya atau berada di televisyen lagi. 

BN tidak memiliki negara ini dan mereka sudah berkuasa terlalu lama.

Saya mengakui terdapat orang yang baik dan jahat dalam parti. Terdapat juga orang yang begitu hebat dalam BN walaupun cuma sedikit…. 

Saya juga mengagumi beberapa individu daripada BN dan terdapat beberapa karakter yang saya sangsi dalam Pakatan (Harapan).

Malaysia, kita memerlukan pemimpin jujur. Mereka yang benar-benar mengambil berat...mereka yang mempunyai kelayakan. 

Saya sudah penat dengan pemimpin bodoh. Dan cukup...cukuplah dengan korupsi dan menjadikan diri kamu kaya-raya. Menyampah,” kata bekas pengacara TV3 itu.

Diserang bertubi-tubi

Hanya kerana menyeru semua pihak untuk berhenti melakukan politik tuduhan, cacian dan hinaan melampau, Wardina kini diserang penyokong pro BN.

Ini kerana Wardina menggunakan DAP sebagai contoh parti politik yang diserang dengan tuduhan yang tak masuk akal seperti mahu memusnahkan Islam dan menakut-nakutkan orang melayu dengan sentimen keagamaan dan kaum.

Tinjauan di ruangan komen juga, rata-rata netizens melayu mempertikaikan kenyataan Wardina dan meminta beliau untuk melakukan kajian semula.

Tulisan berat sebelah..



Minoriti tetapi siapa yang kuasai ekonomi..



Bacalah komen di Malaysiakini..




Bagaimanapun tidak berputus asa dengan kritikan-kritikan itu, Wardina dilihat tenang dalam menjawab persoalan demi persoalan yang diajukan oleh netizens.

Namun Wardina juga memutuskan untuk tidak membalas apa-apa komen selanjutnya apabila semakin ramai netizens melayu yang dilihat tidak berpuas hati dengan kenyataan Wardina itu lalu meletakkan komen berbaur rasis, kecaman, cacian di post berkenaan. - 20 April 2018.

Khamis, 19 April 2018

Isu Derma RM2.6b, Ini Jawapan Kepada Rafidah - Eric Se To.

Oleh : Eric Se To
 

RAFIDAH AZIZ LAKU KESILAPAN BESAR DALAM PENGIRAAN ISU DERMA RM2.6 BILION

1. Kami merujuk kepada tuduhan terkini Rafidah Azizi mengenai isu RM2.6 bilion, yang kami dapati kenyataannya menunjukkan terdapat banyak kesilapan tidak berasas.

2. Rafidah adalah benar menyatakan ia sebenarnya RM2.077 bilion (US$681 juta) yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri antara 22 Mac 2013, dan 4 April 2013 berdasarkan kepada tukaran matawang asing pada masa itu, iaitu US$1 kepada RM3.05, dan bukannya RM2.6 bilion sebagaimana kerap dilaporkan kerana ia adalah bersandarkan kepada nilai tukaran pada masa itu iaitu pada Julai 2015, ketika ia dilaporkan dalam media.



3. Rafidah juga betul untuk menyatakan bahawa US$620 juta telah dipindahkan ke dalam akaun PM dan dipulangkan pada Ogos 2013, yang turut dilaporkan oleh media asing dan disahkan oleh Peguam Negara.

4. Bagaimanapun, Rafidah membuat kesilapan yang sangat ketara apabila mengandaikan nilai tukaran matawang kekal tidak berubah dari Mac 2013 hingga Ogos 2013. Rafidah juga membuat tuduhan palsu kononnya US$61 juta kekal dalam akaun PM maka ia tertakluk kepada cukai pendapatan.

5. Pada Ogos 2013, nilai tukaran matawang Ringgit adalah RM3.30 kepada US$1. Ini bermakna US$620 juta yang dipulangkan adalah bernilai kira-kira RM2.046 bilion.

6. Untuk itu, dianggarkan RM2.077 bilion yang dimasukkan, manakala RM2.046 bilion dipulangkan. Ditolak dengan bayaran matawang asing dan khidmat perbankan, ini bermakna jumlah majority, jika bukan semua, sudahpun dikembalikan.

7. Rafidah juga silap untuk mengandaikan yang US$61 juta (atau RM236.65 juta sebagaimana didakwanya), di mana ia mungkin benar jika nilai tukaran matang kekal static dari Mac 2013 hingga Ogos 2012 dan sebenarnya menyusut 10 peratus.

8. Kami berterima kasih kepada Rafidah kerana mengutarakan fakta bahawa RM2.6 bilion dikembalikan dan ia sekaligus menafikan propaganda lazim pembangkang mengenai dana dimasukkan ke dalam akaun PM namun langsung tidak menyebut kepada siapakah wang itu dipulangkan.

9. Bagaimanapun, kami juga terkejut apabila mendapati Rafidah sebagai seorang bekas menteri boleh meletakkan tarafnya seperti seperti tentera siber dengan menuduh berulang kali serta turut membuat banyak kesilapan paling asas.

10. Kami juga menggesa Rafidah untuk bertanya kepada Tan Sri Muhyiddin mengenai pendedahan satu rakaman audionya pada 9 September 2015 ketika mesyuarat Majlis Tertinggi selepas beliau digantikan bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri. - satu video yang Muhyiddin membisu mengenainya selama lebih dua setengah tahun.

11. Tanya juga kepada Tan Sri Muhyiddin apa yang dimaksudkannya ketika beliau berkata yang beliau sedar akan konspirasi dalaman untuk menggulingkan PM pada ketika itu dan mengapa beliau berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah mengenai dana khas Presiden Umno kerana ia adalah satu amalan biasa sejak dari dulu lagi.

Kami yakin Tan Sri Muhyiddin akan mengesahkan apa yang Rafidah ketahui, iaitu adalah amalan biasa bagi Presiden Umno untuk memegang dana bagi pihak parti.

12. Bagi persoalan mengenai adakah dana itu perlu dikenakan cukai, Rafidah perlu tahu, ketua Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengesahkan dana politik tidak dikenakan cukai.

Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC).
14 April 2018

Sumber 1: video Tun Muhyiddin mengaku dana khas presiden UMNO dikendali oleh presiden dari dulu lagi: https://youtu.be/ZxM-Vri8acM

Sumber 2: Ketua LHDN menjelaskan bahawa derma politik dikecualikan cukai.
https://www.thestar.com.my/…/political-donations-not-subje…/

Sumber 3: Kadar FOREX Ringgit pada Aug 2013: https://tinyurl.com/y849kxus

12 Soal-Jawab Untuk Haters PAS Yang Anda Mesti Baca.

Oleh : Herman Samsudeen
 
I2 JAWAPAN KEPADA 12 FITNAH KE ATAS PAS



Fitnah 1 : PAS bergabung dengan Umno dimainkan sejak 2008.

Jawapan : Fitnah ini diulang-ulang bagi menghilangkan kepercayaan ahli dan penyokong PAS kepada pimpinan. Namun hingga ke hari ini sudah 10 tahun fitnah dimainkan, PAS dan Umno masih tidak bergabung.

Fitnah 2 : PAS Tongkat Umno dimainkan sejak 2017.

Jawapan : Menjelang PRU14, PAS umumkan akan berlawan dengan Umno di 130 kerusi Parlimen. PAS telah berlawan dengan Umno sebelum sebelum DAP ditubuhkan pada 1966, sebelum PKR ditubuhkan pada 1999, PAN 2015 dan PPBM 2016. Jadi adalah normal jika PAS bertanding melawan Umno walaupun sudah tidak bersama Pakatan kerana itu memang tradisi PAS. Isu PAS tongkat Umno hanya propaganda politik Pakatan selepas PAS menolak untuk bersama mereka.

Fitnah 3 : PAS terima 90 juta dari Umno (versi Sarawak Report 2016).
Jawapan : Fitnah mula disebarkan oleh editor Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown pada 2016. Pas beri amaran untuk saman. Sebelum disaman, Claire memadam semua artikel fitnah dan membuat kenyataan bahawa semua artikel itu hanya berdasarkan andaian. Pada 2017, PAS mengheret Claire ke Mahkamah di London dimana lokasi sebenar akhbar itu beroperasi. Mahkamah London kemudian arah Claire membayar RM84,000 sebagai kos prosiding pendakwaan kerana gagal menyerahkan bukti. Pada 2018, Claire meminta Mahkamah membatalkan saman PAS kerana beliau gagal menyediakan bukti atas fitnah yang disebarkan.

Fitnah 4 : PAS terima 90 juta dari Umno (versi Husam 2017).

Jawapan : Sehingga ke hari ini Husam masih enggan membuat laporan SPRM dan Polis ke atas PAS. Husam juga masih gagal menamakan individu yang menerima wang tersebut. Husam yang sebelum ini mengatakan wang tersebut masuk dalam akaun Affin Bank individu tertentu masih gagal tunjukkan bukti transaksi. Selepas di desak, Husam cabar PAS tunjuk bukti salinan akaun bank yang menyatakan transaksi berkenaan. Anehnya orang yang dituduh pula yang perlu tunjuk bukti untuk mengesahkan fitnah yang dia buat. Sepatutnya Husam la yang tunjuk bukti itu.

Fitnah 5 : PAS terima Dana 1MDB.
Jawapan : Pada 2017, Orang yang menyebarkan fitnah ini iaitu Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) akhirnya akui bahawa yang terima dana dari 1MDB bukannya PAS tetapi, Nasharuddin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden PAS yang dipecat pada 2013.

Fitnah 6 : Klip audio suara Nik Abduh berhubung PAS terima 90 juta dari Umno.
Jawapan : Husam pun tak pasti itu suara Nik Abduh atau tidak. April 2017, barulah Klip audio dihantar ke London untuk disemak oleh pakar selepas beberapa minggu ia disebarkan terlebih dahulu. Hingga kini tiada sebarang pengesahan dari mana-mana pakar audio bahawa klip video itu adalah suara Nik Abduh. Dan sangat lucu, sekali lagi Husam minta PAS sahkan yang suara itu adalah suara Nik Abduh. Sepatutnya Husam la yang tunjuk bukti itu untuk sahkan yang suara itu milik Nik Abduh.

Fitnah 7 : Anak Lelaki Sulung Almarhum TG Nik Aziz, Nik Omar sertai PAN dan bakal MB Kelantan.

Jawapan : 15 April 2018, Nik Omar Nik Abdul Aziz mengesahkan tidak menyertai PAN dan tidak akan bertanding dimana-mana kerusi. Wan Rahim akhirnya terdiam selepas bertahun memainkan fitnah yang Anak Lelaki Sulung TGNA itu bersama PAN.

Fitnah 8 : Ahli PAS Putrajaya ambil Pil Kuda ketika kempen PRU13.

Jawapan : Tengku Adnan Mansor hanya membuat andaian selepas membaca berita Anak Husam Musa ditangkap kerana disyaki menjual pil kuda pada Disember 2017. Husam Bertanding atas tiket PAS di Putrajaya pada 2013. Walaubagaimana pun beliau di pecat PAS pada 2016. Isu Pil Kuda hanya muncul pada 2017 dan hanya melibatkan anak Husam, bukannya petugas PAS seperti di dakwa oleh Setiausaha Agung Umno itu. Laporan polis telah dibuat dibawah Akta Berita Palsu 2018.

Fitnah 9 : Presiden PAS Sokong GST.

Jawapan : Hanipa Maidin (PAN) menemplak Fitnah RTM dan TV3 yang memanipulasi Ucapan TG Abdul Hadi Awang di Parlimen sebagai menyokong GST. Beliau mengesahkan bahawa Presiden PAS tolak GST. Ini sekaligus mematikan fitnah Muhyiddin Yasin, Presiden PPBM yang turut mendakwa Presiden PAS Sokong GST kerana beliau juga salah tafsir kenyataan Presiden PAS. Dalam Manifesto PRU14 PAS jelas menetapkan akan menghapuskan GST dan SST jika diberi mandat oleh rakyat.

Fitnah 10 : PAS tidak serius bentang pindaan RUU 355 (Akta Mahkamah Syariah).
Jawapan : Pindaan RUU355 adalah usul persendirian ahli parlimen bukannya dari Kerajaan BN. Jadual mesyuarat dan Pengerusi mesyuarat adalah dari BN. Merekalah yang tetapkan bila usul persendirian dari PAS ini boleh dibentang atau tidak kerana PAS adalah parti pembangkang. BN tidak memberikan laluan mudah, manakala ahli Parlimen PH pula memperlekeh Presiden PAS sebagai gagal. Sepatutnya jika mereka jujur BN Dan PH beri kerjasama menyokong dan memaksa Speaker Parlimen beri laluan usul ini dibentangkan.

Fitnah 11 : Undang-undang Hudud menindas hak asasi bukan Islam.

Jawapan : Undang-undang Hudud adalah untuk orang Islam sahaja, bukan Islam bebas mengunakan undang-undang sivil sedia ada. Tindakan DAP menakut-nakutkan bukan Islam dengan menolak hudud secara terbuka adalah menghina hak demokrasi umat Islam. Hudud adalah undang-undang jenayah yang sepatutnya menjadi sebahagian dari senarai undang-undang Syariah.

Fitnah 12 : PAS diresapi oleh kumpulan pengganas ISIS.
Jawapan : Dakwaan Mat Sabu ini dijawab oleh Ust Norazli Musa selepas gambar lawatan kemanusian beliau pada 2015 diviralkan dengan andaian kononnya PAS beri bantuan pada ISIS. Siasatan mengesahkan bahawa individu yang memegang senjata dalam gambar yang diviralkan adalah Pengawal Lapangan Terbang yang diarah mengawal keselamatan beliau sepanjang misi bantuan kemanusiaan ke Syria, bukannya pejuang ISIS.

Sesungguhnya musuh-musuh PAS tidak pernah berhenti menyebarkan fitnah bagi menghalang kebangkitan PAS sebagai parti yang terbaik dalam memperjuangkan hak rakyat berlandaskan Islam.

Kepada pemimpin kaki fitnah, bertaubatlah dan akuilah kesilapan kamu. Hidup ini hanya sementara, jangan tunggu sudah mati baru nak bertaubat.

Kepada kaki penyebar fitnah ingat, Allah telah berfirman dalam Surah Al-Hujuraat ayat 6:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan"

Kepada pemimpin dan ahli PAS yang difitnah bersabarlah dan semoga Allah bongkarkan segala fitnah yang dilemparkan dengan kebenaran dan rahmatNya.

"Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah karena kurniaan dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu)." - Surah An-Nisa' ayat 83.

Rabu, 18 April 2018

Kutuk Akhbar Cina Kaw-Kaw, Jurugambar Persoalkan Sikap 'Superman Hew' Ketika Berceramah.

Penceramah DAP yang penuh dengan kontroversi, Hew Kuan Yaw telah mencetuskan kemarahan seorang jurugambar apabila dia mengeluarkan kata-kata kesat terhadap sebuah akhbar berbahasa Cina lapor portal pro UMNO, Suara TV hari ini.
 

Laporan itu menyebut kira-kira jam 9.30 malam itu, Hew, yang digelar sebagai `Superman DAP’ sedang mengadakan ceramah di hadapan 500 penyokong parti berkenaan di L&L Food Court Bercham ketika jurugambar itu secara tiba-tiba datang ke hadapan dan mencelah ceramah Hew itu.
Ketika itu, Hew dilaporkan mengkritik Sin Chew yang didakwanya ditulis oleh orang bodoh.
 

Hew turut mendakwa Sin Chew adalah kerja yang dilakukan oleh MCA. 

“Saya tengok akhbar tu pun dah meluat. Berbelas tahun dah menipu. Apa dia cakap…haiya korang DAP memang jahat, selalu paksa orang Cina, kami susah nak buat keputusan,” Hew dipetik sebagai berkata.

Kemudiannya seorang jurugambar yang tidak berpuashati kemudiannya menghampiri pentas dan mempersoalkan kenyataan Hew.


“Kenapa cakap ini? Tidak boleh kata begitu,’’ kata jurugambar itu dalam bahasa mandarin.

Beberapa petugas DAP kemudiannya menghalang jurugambar berkenaan daripada terus menghampiri pentas.

Rakaman kejadian juga kini tular di laman sosial. - 18 April 2018.

 

Hadi Rasmi Titi, Coklat 'Undilah PAS' Jadi Bahan Sindiran Di Laman Sosial.

Perasmian titi baru oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang nampaknya dijadikan modal bagi netizens pro Pakatan Harapan untuk menyindir penyokong parti PAS di laman sosial.


"Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS berkesempatan merasmikan Titi Kuala Juru yang diusahakan sendiri oleh PAS Kawasan Batu Kawan atas permintaan penduduk setempat setelah kerajaan negeri gagal menunaikannya," kata admin page Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS pada isnin.

Respon balas yang diterima pula agak lucu apabila beberapa netizens tampil menyindir dan mempersoalkan perkara itu.

Mamat Nazira : "Macam Lebai Kartun ampa ni. Lawak, lawak. Titi je pun beria nak rasmi. Har har har. Tiada tokoh PM".

Azwan Azmi : "Ini pesen kalau perintah Malaysia, lampu isyarat pun buat upacara potong reben".

Ahmad : "PAS Batu Kawan nak perlekeh Tok Guru ke? Tergamak suruh pergi rasmi titi. Malu dekat rakyat. Bukan taraf dia setakat rasmi titi. Orang pakat gelak. Lain kali duduk di Batu Sendiri".

Gambar-gambar perasmian titi oleh Presiden PAS itu juga diulangsiar oleh page-page lain bagi tujuan memperlekehkan dan mentertawakan perkara tersebut.

Sementara itu, media sosial juga tular dengan cerita coklat 'undilah PAS'.

Post yang ditulis oleh Abdul Majid Hasan itu tular dalam hanya masa beberapa jam sahaja selepas ia dikongsikan di laman sosial dan menerima pelbagai respon terutamanya yang menyindir dan mengkritik tindakan pihak yang menjual coklat berkenaan.

"Salam semua. Coklat undilah PAS telah diruqyah bagi rawatan dan kebaikan kepada pengundi. Perlu dihadiahkan kepada anak-anak pengundi," kata Abdul Majid Hasan dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun post itu tidak lagi dapat diakses ketika ini atas alasan yang tidak diperjelaskan oleh pemilik akaun berkenaan.

Berdasarkan semakan, Abdul Majid Hasan adalah penyokong PAS. - 18 April 2018.

Anak Saudara Batalkan Hasrat Lawan Hadi Di Marang.

Ketua Amanah Marang yang juga anak saudara kepada isteri Presiden PAS, Ustaz Miqdad Zakaria hari ini mengumumkan menarik diri daripada menentang Hadi di Parlimen Marang. 

Bukan itu sahaja, beliau juga mengumumkan tidak akan bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihanraya ke 14 kali ini.


Berikut adalah kenyataan media yang disiarkan menerusi Facebooknya pagi tadi. 

Oleh : Miqdad Zakaria


Kepada semua Sahabat² terutama AJK AMANAH Kawasan Marang..

Ana ingin memohon maaf jika keputusan ana kali ini banyak akan mengguriskan hati kalian semua..

Untuk meredakan keadaan yang tegang diantara kita, dengan ini ana dengan rela hati menarik diri dari bertanding di PRU 14 kali ini..

Ana sangat menghargai usaha dan pengorbanan kalian semua, akan tetapi untuk kebaikan kita bersama, agenda untuk bertanding ini perlu dibatalkan..

Cuba kita ingat balik apa matlamat kita masa penubuhan AMANAH Kawasan dulu, isu bertanding ini kita semua tahu yang mana ana tidak berminat, sehingga ramai Pimpinan menghantar orang supaya pujuk agar sanggup bertanding. Tapi ana tetap dengan keputusan ana ketika itu untuk tidak bertanding..

Kalian semua sangat mengetahui alasan kuat kenapa ana menolak, tidak lain tidak bukan kerana matlamat kita wujudkan AMANAH Marang semata² untuk pecahkan "minda ta'assub" yang ada.. Nah sekarang kita dah dapat yang kita impikan, dulu ramai membenci, lani Alhamdulillah dah beransur baik, dulu tidak bertegur sapa, lani Alhamdulillah dah boleh senyum balik. Itulah kemenangan yang Allah kurniakan kepada kita. Kita sudah dapat kemenangan itu.

Jadi, wahai Sahabat² sekelian.. Batalkanlah niat untuk adakan sidang akhbar.. Selepas PRU kita akan sama² bekerja macam biasa in syaa Allah. Sekarang ini tumpu agenda kalahkan BN dan Dot Dot.. Agenda ini lebih utama berbanding agenda kita semua..

Akhirnya, ana memohon maaf sekali lagi kepada semua Sahabat² kerana telah menarik diri dari bertanding di PRU kali ini.. Moga Allah kurniakan pahala yang berlipat kali ganda kepada kita semua..

Salam sayang dari ana sekeluarga..

"Maju AMANAH Demi Islam"

Sekian.
Miqdad Zakaria.
Ketua AMANAH Marang.
Rabu.
18.4.18
Rusila, Marang.

Beli Rumah PR1MA Mahal-Mahal Tapi Time Hujan Jadi 'Kolam Renang..'

Seorang pembeli rumah PR1MA yang dikenali dengan nama Fadzlie telah berkongsikan beberapa gambar dan video yang memaparkan keadaan rumahnya yang 'banjir' sewaktu hujan.

Menulis di akaun Facebooknya, Fadzlie meluahkan kekecewaan kerana kualiti rumah PR1MA yang dibelinya setara dengan PPR ataupun mungkin rumah PPR lebih berkualiti lagi katanya.


"Inilah rupa Perumahan Rakyat 1Malaysia PR1MA, Lamanview Cyberjaya.

Dengan harga rumah RM300k+, terasa kualiti setara dengan PPR atau PPR lebih berkualiti. Terdapat pelbagai masalah dihadapi oleh pemilik selain video/gambar : 

1) Faedah lewat bayar walhal kelewatan berlaku di antara developer + lawyer 

2) VP telah dikeluarkan tetapi bekalan air masih tiada 

3) Yuran Selenggara Bulanan yang tinggi dikenakan 

4) Masalah infrastruktur reka bentuk sekitar kawasan apartment.

So, renung-renungkan, ikhlas dari hati seorang pembeli," kata Fadzlie dalam kenyataan itu.



Menurut Fadzlie lagi, beliau tidak mempunyai apa-apa niat negatif ketika berkongsikan isu berkenaan di Facebook sebaliknya berharap agar permasalahannya itu dapat diselesaikan dengan segera.

Fadzlie juga berkata yuran penyelenggaraan yang dikenakan ialah sebanyak rm258 secara bulanan dan ianya agak tinggi.

Meskipun aduan telah dibuat berhubung masalahnya itu namun tiada respon diterima dari pihak yang berkenaan setakat ini, kata Fadzlie lagi. - 18 April 2018.
 

Dulu Kami Kalah Muktamar Sebab Ada Yang Guna Sistem Cai, Bukannya Kalah Beretika.. - Hanipa Maidin.

Oleh : Hanipa Maidin

Jika anda saman, nasihat jugalah rakan anda itu saman sekali!


1. Saya sempat menonton dan mendengar rakaman video sidang akhbar tiga orang pemimpin parti suci negeri Terengganu bersama-sama peguam mereka berkenaan isu terima wang dari parti sarkas yang didedahkan oleh mantan Yb Pokok Sena.

2. Antara lain jurucakap sidang media itu menyatakan bahawa dakwaan mantan Yb Pokok Sena adalah fitnah dan mereka bersedia nak saman fitnah. Cuma yang saya faham dari kenyataan beliau dan peguam mereka, saman itu mungkin akan difailkan selepas PRU 14. 




3. Beberapa kali jurucakap sidang media itu menyatakan kekesalan beliau kerana tiada laporan polis dibuat oleh mantan YB Pokok Sena itu. Dia juga ada menyatakan tentang kesalahan di bawah BAFIA kerana mendedahkan akaun.

4. Pertamanya, saya ucap tahniahlah pada tiga individu tersebut sekiranya mereka benar-benar serius nak failkan saman fitnah ke atas orang yang dikatakan fitnah mereka itu. Saya rasa tak perlu tunggu PRU 14 jika nak saman. Bila saman hari ini bukan bicara esok . Bila saman esok bukan bicara lusa. Bila saman lusa bukan bicara tulat. Jadi, sepatutnya tidak ada masalah nak saman sebelum PRU 14.

5. Keduanya, saya harap mereka bertiga ini juga dapat nasihat sekali, atas semangat ukhuwah islamiyyah, orang yang suaranya ada dalam rakaman audio tentang pengakuan parti suci terima duit parti sarkas untuk saman fitnah juga jika audio itu fitnah ke atasnya dan fitnah ke atas parti suci termasuk presidennya. Nasihatlah sekali presiden parti suci untuk saman fitnah ke atas "pemilik suara" yang sahkan presiden dia sendiri terima wang Umno. Baru lejen- presiden parti suci saman sekali pemimpin parti dia sendiri !!! Bila anda saman, mereka pula tak saman anda letakkan mereka dalam, orang putih kata, "precarious position". Sebab tu kena tabik spring kat anda bertiga!

6. Ketiganya tentang laporan polis. Saya rasa jika tiga individu yang adakan sidang akhbar itu rasa dakwaan orang yang tuduh mereka adalah fitnah, mereka juga boleh buat laporan polis. Malahan merekalah yang lebih patut dan aula buat laporan polis sebab mereka yang kena lindungi harga diri dan maruah mereka dan maruah parti suci Terengganu. Saya tolong sikitlah. Jika dakwaan fitnah, anda boleh buat laporan polis di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan. Jika langgar BAFIA pun boleh buat laporan polis. Biar polis siasat.

7. Keempat, saya agak musykil juga bila peguam yang ada sekali dalam sidang akhbar tu berkata "sekarang fokus kita ialah pilihanraya. Kita tak mahu membuang masa melayan isu isu yang pada saya remeh-temeh, menyusahkan dan membuang masa.".

8. Bagi saya, kenyataan peguam itu secara munasabahnya akan ditafsir seolah-olah isu terima wang dari parti sarkas itu bukan suatu isu yang besar dan serius. Apabila isu parti yang akui ia parti Islam terima wang dari parti sarkas yang jurucakap sidang media acap kali kata mereka nak lawan dan tumbangkan, maka bagaimana pula boleh dikatakan ianya isu remeh-temeh, menyusahkan dan buang masa ? Sedap dan lazat berkrim ni jika dapat soal balas andaikata saya jadi peguam Defendanlah.

9. Kelima, sikitlah nak komen fasal isu dia sentuh kekalahan kami dalam muktamar parti suci. Dia kata dia juga pernah bertanding AJK Pusat dan kalah. Dia juga kata Timbalan Presiden parti suci yang sekarang pun pernah kalah dalam pertandingan muktamar.

10. Cuma dia lupa sebut macam mana mereka dulu kalah dan macam mana pula cara kami semua kalah atau lebih tepat lagi dikalahkan dalam muktamar? Awat tak mahu sebut kempen beristiqamah melabelkan kami dengan begitu dahsyat sebelum muktamar? Awat skip dan tak cakap isu penggunaan sistem cai itu? Ya, kamu pernah kalah. Kami pun juga pernah kalah. Tapi bila kami kalah dengan cara yang betul dan beretika, kami tak ada masalah. So, jujurlah sikit buat komen tu!!!

Tuhan lebih tahu.

Kenapa Anda Tak Patut Undi Barisan Nasional Dalam #GE14 - Part II

Oleh : Abdul Hakim Abd Rahim

Tempoh hari saya berkongsi pendapat saya tentang bottom line (sebab paling bawah, paling tidak) kenapa kita tidak boleh pilih BN PRU kali ini demi masa depan demokrasi negara. Politik yang dinamik akan lebih menguntungkan rakyat terbanyak sekiranya ahli politik dan rakyat sama2 sedar bahawa boleh sebenarnya tukar parti yang memerintah melalui PRU.

Boleh rujuk: https://www.facebook.com/abdulhakim.abrahim/posts/10156634891789341

Saya tahu dan rasai sama sebenarnya rakyat pada hari ini kurang gemar bercakap dan terlibat dalam politik disebabkan bahasa yang kasar, label melabel, maklumat yang tidak tahu benar atau tipu, fanatik yang cepat melenting dan lain-lain. Kalau sahabat-sahabat yang masih atas pagar perasan, saya tidak menyebut sebarang kelebihan atau kelemahan BN untuk membuangnya dari senarai ini dan meninggalkan baki beberapa option yang lain.

Seterusnya, saya akan bantu anda membuat pilihan dari empat sudut S: strategi, sejarah, statistik dan sentimen. saya banyak merujuk buku PRU untuk Noob dan saya sarankan anda juga mendapatkannya dari pengarangnya Ikmal Nordin atau Abdullah Zubayr.

Maaf pos kali ni agak panjang tapi insyaAllah worth it untuk sampai kepada satu kesimpulan. Saya belum berjiwa tabah nak buat banyak-banyak pos tentang politik, seperti mana anda juga di atas pagar ni 😅. So please share it supaya you can come back and read it kalau bored half way.

Proses penubuhan kerajaan pusat memerlukan sekurang-sekurangnya majoriti mudah (menang 112 kerusi dari 222 yang ada atau 50.4%) dan bermaksud sehingga kini 13 kali PRU, BN melalui pakatan beberapa komponen parti UMNO, MCA, MIC dan beberapa yg lain bergabung menjadikan sekurang-kurangnya 112 kerusi cukup untuk menjadi blok kerajaan. Baki kerusi yang tidak dimenang oleh ‘kerajaan’ ini secara automatik menjadi satu blok lain dikenali sebagai pembangkang. Calon bebas pada saat ini hampir pasti tidak akan boleh menubuhkan kerajaan melainkan mereka juga menubuhkan blok lain. So, BEBAS is out of the equation.

STRATEGI untuk mula ‘mengalirkan’ sungai demokrasi yang sudah lama bertakung statik ini tidak lain adalah untuk membina satu blok yang kuat untuk memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi parlimen yang ada. Mudah. Mudah atas kertas tapi sukar pada realiti.

Ini kerana menurut SEJARAH, paling banyak blok bukan BN pernah memenangi kerusi parlimen adalah pada PRU 13 iaitu sebanyak 89 dari 222 atau 40.1% hasil dari gabungan komponen Pas, Pkr dan Dap dalam Pakatan Rakyat.

Untuk PRU 14, dengar-dengarnya akan ada 3 blok, BN, Pakatan Harapan (PH) dan Gagasan Sejahtera (GS). Sayang sekali momentum blok selain BN akhirnya berpecah dua. Kalau sebelum berpecah pun paling tinggi boleh dapat 40%, agak-agak lepas berpecah boleh dapat 50.4% tak? Jujur saya kata, susah. Tapi tidak mustahil.

Kita tengok STATISTIK pula. BN akan bertanding di semua 222 kerusi. PH juga akan bertanding di semua 222. GS sebelum ini tidak menyatakan dengan jelas, tetapi setakat yang paling tinggi saya dengar 130 kerusi.

Ini bermaksud akan ada 92 kerusi yang pasti dimenangi oleh salah satu BN atau PH. Katakanlah masing-masing menang 46, sudah siap 20.7% dari 50.4% yang perlu dimenangi. Baki 130 kerusi adalah 3 penjuru antara BN, PH dan GS. Part ini yang rumit. Boleh kah assume masing2 dapat 43 kerusi? Kita lihat..

Pertembungan 3 penjuru dalam sesi yang lepas saya petik 3 tempat sahaja sebagai bukti mudah.

1. PRU 13 di Dun Kota Damansara
BN: 16,387 - PKR: 14,860 - Pas: 7,312

2. PRK Kuala Kangsar 2016
BN: 12,653 - Pas: 5,684 - PH: 4,883

3. PRK Sungai Besar 2016
BN: 16,800 - PH: 7,609 - Pas: 6,902


Tanpa menunding kepada mana-mana pihak, 3 penjuru pasti memberi peluang yang amat cerah kepada BN. Dan ini akan merencatkan azam kita untuk melihat kerajaan selain BN. Ini kesimpulan 1, BN menang, yang lain kalah.

Tp katakanlah dapat juga 43 kerusi setiap blok BN dan PH, 44 untuk GS. Menjadikan keadaan semasa BN 40% dan PH 40% dan GS 20%. Tiada blok yang boleh membentuk kerajaan melainkan GS bergabung dengan salah satu BN atau PH. Kalau GS bergabung dengan BN, tetap BN yang mendasari kerajaan gabungan. Kalau GS bergabung dengan PH, barulah tercapai hasrat asal kita tadi. Inilah yang GS sebut keinginan mereka untuk menjadi King Maker dalam menubuhkan kerajaan nanti. Ini kesimpulan ke 2: Mungkin BN masih menang atau mungkin BN akan kalah.

Persoalannya? Kepada siapakah GS akan cenderung bekerjasama? Adakah PH yang baru sahaja di’cerai’kannya? Atau BN?

Statistik ke3 berdasarkan 9 PRU yang lalu dari 1978 hingga 2013, Pas hanya menang paling tinggi 5 kerusi bila bertanding sendiri, 7 kerusi bila menjadi blok ke3, dan 27 kerusi bila menjadi blok ke2 bersama PR. Nak capai 43 kerusi untuk menjadi King Maker pada PRU ke14 pada saya tidak munasabah. Kesimpulan ke3 : kembali kepada 2 pilihan BN atau PH juga akhirnya.

Maaf tiada data untuk PKR + DAP sebab PKR sentiasa bersama Pas sebelum ini, dan tahun 2004 bila Barisan Alternatif tinggal Pas+PKR, Pas 7 PKR 1, manakala DAP 12. Tetap BN yang menang 198 kerusi pada PRU itu.

Bagi mereka yang sudah ada kecenderungan ke mana-mana parti, mereka akan ada banyak jawapan itu dan ini. Tapi bagi anda pengundi atas pagar, adakah anda sanggup berteka-teki lagi tentang pilihan GS atau anda nekad nak tumbangkan BN terus tanpa gagal?

Sekiranya anda jawab TAKNAK BN kot mana sekalipun dan ingin melihat empangan BN ini pecah lalu perubahan boleh mengalir, jawapan yang logik dan mudah ialah hanya fokus terus kepada PH. Maaf saya tiada masalah apa dengan GS. This is purely logic pada pendapat saya. Ingat, saya tidak menyebut manifesto sesiapa, sebarang speculation atau tidak menyebut kekurangan dan kelebihan sesiapa pon dalam pos di atas.

Now come the SENTIMEN.

1. Ya saya seorang muslim dan you are not less of a muslim jika anda tidak mengundi parti yang ada perkataan islam didalamnya. Ini adalah satu falasi yg terbina dalam minda kita bahawa kita as a muslim kena vote parti yang ada title islam. Niat untuk membantu rakyat melalui sistem demokrasi yang sihat, politik warga, negara berkebajikan juga adalah perjuangan islami. Ia tidak merosakkan aqidah islam anda. Jika ya, pasti para mufti akan memfatwakan hukum haram mengundi sekian sekian parti. Boleh rujuk 3 orang mufti yang mesra rakyat dalam fb iaitu mufti KL, Penang dan Perlis. Saya tak sebut mufti negeri lain jujur hanya kerana tidak mengenali mereka, tiada agenda lain.

2. Tapi PH ada DAP yang sangat anti islam dan melayu? Sebarang usaha DAP untuk mengancam kedaulatan islam/melayu pasti bercanggah dengan perlembagaan Malaysia, dan kita ada Raja yang menjadi ketua agama islam. Orang yang menakut-nakutkan dengan sentimen ini sebenarnya telah memperlekeh institusi Raja kita. Contoh: https://www.facebook.com/en.arham/posts/1790695460951309

3. Undi PH segala masalah akan selesai? Tidak..ia baru langkah pertama dalam usaha ini. Bahkan sekiranya berjaya, peluang untuk GS pula memerintah dalam sesi yang akan datang lebih cerah kerana sistem sudah menjadi lebih dinamik. Sekiranya PH / GS tidak perform, pasti rakyat akan fobia dengan usaha perubahan ini. Tapi setakat ni, kerjasama PH dan GS di Selangor sangat menguntungkan rakyat. Sayang sekali mereka bercerai. Saya tak sebut sebab apa tapi yang pasti rakyat yang rugi.

4. Kenapa GS ramai ustaz dan ulamak bersama mereka? Ini satu lagi falasi kerana ramai juga ustaz dan ulamak yang tidak bersama GS tapi tidak kelihatan dalam arena politik kerana fokus mereka bukan politik. Bahkan kerana menggunakan tagline islam membuatkan ramai yang terjebak di falasi (1).

5. Golongan liberal banyak bersama PH? PH pula asas perjuangan rentas agama dan kaum, lebih terbuka untuk mereka yang berkongsi matlamat yang sama iaitu menumbangkan BN. Tidak bermaksud anda terpaksa bersama dalam pilihan-pilihan yang liberal itu. Sama-sama setuju rendang tidak crispy tidak bermaksud anda menyokong agenda liberal mereka.

6. Taknak Tun M jadi PM lagi sekali. For what ever reason, ia akan tetap membantu demokrasi sihat kerana parti lain pula yang memerintah. Bahkan, boleh rupanya jadi PM dua kali 😂.

7. Tak mahu undi atau undi rosak jelah. Mufti KL dah keluarkan fatwa against this two. Hak mengundi hak anda. Senyap-senyap, dan undi PH. Tiada siapa boleh label anda sebab undi kita rahsia.

Banyak lagi sentimen yang menjadi persoalan ramai tapi tak mampu saya kupas semuanya.

Kalau anda ingin melihat PAS suatu hari nanti memerintah negara dengan membawa islam, saya juga mempunyai impian hampir sama iaitu ingin melihat keadilan islam dibawa dengan harmoni lalu Malaysia menjadi contoh negara islam terbaik walau apa jua parti yang membawanya. Tapi jangan kita tergopoh kerana ia perjuangan yang panjang. Kita selesaikan kuasa rakyat dalam demokrasi di Malaysia dulu. Bila sudah pernah berubah, insyaAllah mudah untuk perubahan lain pula.

Seperti biasa, kita boleh berbeza pendapat, tapi tidak boleh tidak berakhlak. Ingat, pengundi #ataspagar melihat juga bahasa anda. Jika ada sebarang pertanyaan atau pandangan yang anda mahu saya kupas, boleh nyatakan di komen. Tapi kalau saya taktau saya jawab taktau je ye. Maaf siap-siap 😅

Wasalaam.


PRU4Noob : https://www.facebook.com/PustakaAKSI/posts/787861984746159

Mufti KL : https://www.facebook.com/drzulmuftiwp/posts/1128204793986165

Politik warga:
https://www.facebook.com/AhmedKamarulzaman/posts/10156158504582416

Perihal DAP :
https://www.facebook.com/en.arham/posts/1789192361101619

https://www.facebook.com/en.arham/posts/1790695460951309

Blog Pro BN Dedah Identiti Pemimpin PPBM Yang Ditangkap Kerana Positif Syabu.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Ketua Pemuda sebuah parti politik ditahan AADK dalam satu operasi yang dijalankan pada sabtu.

Suspek yang berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.15 petang di rumahnya di Batang Kali.

Selepas ditahan, suspek dikatakan dibawa ke Pejabat AADK Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu untuk saringan awal air kencing sebelum disahkan positif dadah jenis metamfetamin (syabu).

Pegawai AADK Hulu Selangor, Mohd Ghazali Abdul Rahman dipetik sebagai berkata, tangkapan dibuat setelah menerima aduan.

Jelas Mohd Ghazali, suspek di reman di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu selama 14 hari bermula tarikh dia ditangkap.

"Tiada sebarang rampasan barang dan suspek tiada rekod lampau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,"
katanya kepada wakil media itu.


Sementara itu, terdapat satu blog pro UMNO yang mendedahkan identiti suspek yang ditahan.

Blog yang beralamat : http://jawaber6.blogspot.my/2018/04/ketua-armada-ppbm-ditahan-positif-syabu.html

Mendedahkan nama dan wajah Ketua Pemuda yang dimaksudkan.


"Mendapat perkhabaran terbaru namun agak sedikit lewat berita ini. Ketua Armada PPBM bagi Bahagian Hulu Selangor, Selangor yang kuat mengkritik kepimpinan PM DS Najib Tun Razak telah ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabtu lalu. 

Hafizul Hassan, ditahan oleh AADK kerana positif dadah jenis syabu dan menjadi penjual air ketum kepada penduduk setempat malah turut melebarkan perniagaan air ketumnya hingga ke Kuala Lumpur. 

Beliau yang diura-urakan akan bertanding bagi kerusi DUN Batang Kali nampaknya suram apabila sehingga sekarang masih lagi berada di dalam lokap. Patut mengkritik cukup mahu. 

Rupanya Mat Gian!," kata blogger itu dalam satu artikel yang ditulis pada 16 April 2018. 

Setakat ini belum ada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh PPBM bagi menafikan atau mengesahkan penyebaran dakwaan berkenaan. - 18 April 2018.

Bekas SU Presiden PAS Sahkan Audio Tersebar Adalah Suara Milik Nik Abduh..

Oleh : Malaysian Dateline

Bekas Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Syed Azman Syed Nawawi secara terang-terangan mengesahkan bahawa audio yang dikatakan suara Nik Abduh Nik Aziz adalah benar 100 peratus. 


Rakaman ucapan Dr Syed Azman itu dibuat ketika berceramah di Kedah yang dimuat naik oleh pengguna laman sosial menerusi klip video di laman Youtube berdurasi 2 minit 25 saat.

Syed Azman mengesahkan dakwaan Ahli Parlimen Pokok Sena dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu mengenai audio suara Nik Abduh itu adalah benar.

“Saya nak buat pengesahan bagi apa yang disebut Mahfuz. Sumber kewangan Umno yang disalurkana kepada Pas.

“Saya pada malam ini mengesahkan 100% Umno sedang membantu Pas untuk menghancurkan Pakatan Harapan.

“Saya nak sahkan audio yang telah tersebar luas seluruh negara yang bernama Nik Abduh adalah audio yang 100 sah takda takwil lagi.

“Jika Nik Abduh tak berani untuk mengesahkan, saya ‘bagi pihak’ Nik Abduh suaranya, 100 peratus daripada Nik Abduh.

“Sebagaimana disebut Presiden AMANAH hubungannya dengan Umno dan CIA…tak terbayang boleh berkawan dengan CIA dan FBI.

“Zaman kami dulu tidak sampai tahap itu. Pada malam ini saya sahkan itu ucapan Nik Abduh yang tersebar luas yang telah memecah-belahkan pimpinan Pas.

“Yang telah meletakkan kawan-kawan menjadi mangsa apa yang dilakukan konspirasi jahat oleh mereka yang mana dalang dibelakannya adalah pemimpin-pemimpin Umno dan BN,”
ujarnya.

Beliau turut menggesa rakya negeri Kedah bersama PH memberi sokongan dan dokongan kepada Pakatan Harapan.

Pada Februari lalu, klip audio di media sosial yang didakwa sebagai ‘bukti’ penyaluran wang oleh Umno kepada Pas tular di media sosial

Rakaman selama seminit 18 saat itu mendakwa Pas meminta RM2 juta daripada Umno dan ia dibuat dengan pengetahuan seorang pemimpin kanan Pas.

Antara lain, wang berkenaan didakwa bertujuan untuk kegunaan pada pilihan raya negeri Sarawak dan untuk menjatuhkan DAP.

Sementara itu, versi penuh audio tersebut disebar di media sosial kemudiannya antara lain mendedahkan beberapa pimpinan PAS mengambil wang daripada Umno selain suara yang dikatakan mirip Nik Abduh itu mendakwa mempunyai hubungan dengan pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Bagaimanapun Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu menafikannya dan menyifatkannya sebagai “karut, mengarut dan fitnah” terhadap dirinya serta Pas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...