Isnin, 16 April 2018

Kini Anina Kata Mahathir Fitnah Najib Isu 1MDB & Derma RM2.6b!

Anina Saadudin, pengasas bersama PPBM yang membuat pusingan U sebelum ini telah membuat satu lagi pengakuan baru pada semalam.
Menurut Anina, Mahathir sebenarnya telah menfitnah Najib dalam isu derma rm2.6b dan juga isu 1MDB. Walaupun agak pelik kerana tidak mempunyai pendirian tetap dan konsisten, pengakuan Anina itu nampaknya tular dan dipercayai oleh rata-rata penyokongnya menerusi ruangan komen.
Namun bukan semua bersetuju dengan tindakan Anina yang mengkritik Mahathir itu.
Seorang Facebooker yang dikenali dengan nama Fareeda Kasim yang mendakwa saudara kepada Anina telah membuat pengakuan yang mengejutkan di post itu.

Kata Fareeda, Anina ialah pelacur politik. Malahan Anina dikatakan pernah mengakui memegang (menguasai Langkawi) menerusi PPBM dan andaikata parti itu menang kelak, Anina dan PPBM akan menguasai projek di Langkawi.
Setakat ini tiada kenyataan balas dari Anina terhadap respon dari Fareeda itu.
Dan berikut dibawah ialah luahan Anina itu;
SAYA MENYAYANGI DAN IKHLAS MEMBANTU MAHATHIR KERANA SAYA FIKIR TIDAK MUNGKIN SEORANG NEGARAWAN YANG MEMBANGUNKAN PULAU SAYA, YANG SAYA ANGGAP SEBAGAI SEORANG BAPA AKAN MENIPU SAYA.
SAYA JUGA FIKIR TIDAK MUNGKIN SEORANG MUSLIM BERUSIA 93 TAHUN AKAN BERBOHONG SEBELUM DIA BERTEMU ALLAH AZZAWAJALLA.
RUPA-RUPANYA INSAN YANG SAYA KORBANKAN KERJAYA, ANAK-ANAK DAN HARTA BENDA HINGGA SAYA BERGOLOK BERGADAI DAN TIDAK TIDUR HINGGA SUBUH UNTUK MENYEDIAKAN BAJU KURUNG KEDAH UNTUK SAYA JUAL ESOK HARI NYA INI TELAH MEMFITNAH NAJIB RAZAK MENCURI RM 2.6 BILLION DI ACCOUNT PERIBADI DAN MEROMPAK DARI 1MDB.
SAYA TIDAK SANGKA PADA TAHUN 2000, MAHATHIR JUGA MELETAKKAN SYARIKAT REALMILD MILIK UMNO YANG MEMEGANG SAHAM NST, MRCB DAN TV3 DI ATAS NAMA PERIBADINYA. MALAH KRONINYA, A. KADIR JASIN JUGA TELAH MEMBELI 30% SAHAM REALMILD DAN MENJUALNYA KEPADA PIHAK LAIN, TETAPI GAGAL UNTUK BUKTIKAN WANG TERSEBUT TELAH DISERAHKAN KEPADA UMNO SEMULA. SEHINGGA KINI MAHATHIR DAN A. KADIR JASIN GAGAL MENJAWAB SOALAN SAYA TERHADAP SYARIKAT BERNILAI BERBILLION RINGGIT ITU.
SAYA TIDAK SANGKA MAHATHIR MENUBUHKAN LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LADA) PADA KETIKA ITU UNTUK MEMBELI TANAH ORANG KAMPUNG DENGAN HARGA UANG MURAH, KEMUDIAN MEMAKSA LADA MENJUAL TANAH-TANAH INI KEPADA KRONI-KRONINYA UNTUK MEMBINA HOTEL-HOTEL 5 BINTANG DI SEKELILING PULAU HINGGA KAMI ANAK LAMGKAWI TIDAK LAGI BOLEH BERMAIN, MANDI DAN BERKELAH DI TEPI PANTAI SEPERTI KEHIDUPAN BIASA KAMI SEJAK RATUSAN TAHUN LALU. KINI LANGKAWI HANYA ADA KAWASAN PANTAI PASIR TENGKORAK SEPANJANG 1KM SAHAJA UNTUK ORANG KAMPUNG BERIADAH.
LADA TIDAK BERSALAH DULU HINGGA KINI, TETAPI MAHATHIR MENGGUNAKAN KUASANYA SEBAGAI PERDANA MENTERI KETIKA ITU UNTUK MEROMPAK DARI ANAK PULAU INI. IANYA TERLALU JAUH HINA DARI 1MDB YANG TELAH DISAHKAN OLEH MAJLIS KIRA-KITA WANG NEGARA (PAC), BAHAWA NAJIB RAZAK TIDAK BERSALAH DALAM ISU 1MDB.
SAYA TELAH KEHILANGAN SEGALA-SEGALANYA DENGAN SEKELIP MATA DAN HARI INI MAHATHIR MASIH ADA HATI DAN BERANI DATANG KE PULAU KAMI IBARAT SEORANG LANUN YANG TIADA BERPEJABAT DI LANGKAWI TETAPI BERNAFSU BESAR UNTUK MENJADI AHLI PARLIMEN.
LANGKAH MAYAT SAYA. TELANJANGKAN SAYA ATAU SULA LAH SAYA DI TENGAH PADANG SEKALI PUN, BUAT LAH APA SAHAJA SAMADA MEMFITNAH ATAU MENGAIBKAN SAYA, ANAK LANGKAWI INI TIDAK AKAN BERGANJAK WALAU SEINCI DARI PULAU INI UNTUK MENUNJUKKAN KEKUASAAN ALLAH KEPADA MAHATHIR BAHAWA HUTANG DUSTA AKAN BERBAYAR DENGAN KEKALAHAN SEORANG LANUN DI TANGAN ANAK-ANAK PULAU YANG TIDAK KENAL ERTI MENGALAH.
PANTANG AJAL SEBELUM MATI BERJUANG. SAYA AKAN BERSAMA KETIGA-TIGA CALON BARISAN NASIONAL P.004 PARLIMEN LANGKAWI, N.01 DUN AYER HANGAT DAN DUN.02 KUAH MENENTANG PENJAJAHAN MAHATHIR KE ATAS TANAH KAMI.
USIA 93 TAHUN ADALAH MASA YANG SESUAI UNTUK MAHATHIR BEREHAT DI RUMAH DAN BERHENTI DARI GILA KUASA DAN HARTA KEKAYAAN.
ALLAH HU AKHBAR!
Anina Saadudin
ANAK PULAU LANGKAWI

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...