Rabu, 18 April 2018

Anak Saudara Batalkan Hasrat Lawan Hadi Di Marang.

Ketua Amanah Marang yang juga anak saudara kepada isteri Presiden PAS, Ustaz Miqdad Zakaria hari ini mengumumkan menarik diri daripada menentang Hadi di Parlimen Marang. 

Bukan itu sahaja, beliau juga mengumumkan tidak akan bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihanraya ke 14 kali ini.


Berikut adalah kenyataan media yang disiarkan menerusi Facebooknya pagi tadi. 

Oleh : Miqdad Zakaria


Kepada semua Sahabat² terutama AJK AMANAH Kawasan Marang..

Ana ingin memohon maaf jika keputusan ana kali ini banyak akan mengguriskan hati kalian semua..

Untuk meredakan keadaan yang tegang diantara kita, dengan ini ana dengan rela hati menarik diri dari bertanding di PRU 14 kali ini..

Ana sangat menghargai usaha dan pengorbanan kalian semua, akan tetapi untuk kebaikan kita bersama, agenda untuk bertanding ini perlu dibatalkan..

Cuba kita ingat balik apa matlamat kita masa penubuhan AMANAH Kawasan dulu, isu bertanding ini kita semua tahu yang mana ana tidak berminat, sehingga ramai Pimpinan menghantar orang supaya pujuk agar sanggup bertanding. Tapi ana tetap dengan keputusan ana ketika itu untuk tidak bertanding..

Kalian semua sangat mengetahui alasan kuat kenapa ana menolak, tidak lain tidak bukan kerana matlamat kita wujudkan AMANAH Marang semata² untuk pecahkan "minda ta'assub" yang ada.. Nah sekarang kita dah dapat yang kita impikan, dulu ramai membenci, lani Alhamdulillah dah beransur baik, dulu tidak bertegur sapa, lani Alhamdulillah dah boleh senyum balik. Itulah kemenangan yang Allah kurniakan kepada kita. Kita sudah dapat kemenangan itu.

Jadi, wahai Sahabat² sekelian.. Batalkanlah niat untuk adakan sidang akhbar.. Selepas PRU kita akan sama² bekerja macam biasa in syaa Allah. Sekarang ini tumpu agenda kalahkan BN dan Dot Dot.. Agenda ini lebih utama berbanding agenda kita semua..

Akhirnya, ana memohon maaf sekali lagi kepada semua Sahabat² kerana telah menarik diri dari bertanding di PRU kali ini.. Moga Allah kurniakan pahala yang berlipat kali ganda kepada kita semua..

Salam sayang dari ana sekeluarga..

"Maju AMANAH Demi Islam"

Sekian.
Miqdad Zakaria.
Ketua AMANAH Marang.
Rabu.
18.4.18
Rusila, Marang.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...