Rabu, 18 April 2018

Kutuk Akhbar Cina Kaw-Kaw, Jurugambar Persoalkan Sikap 'Superman Hew' Ketika Berceramah.

Penceramah DAP yang penuh dengan kontroversi, Hew Kuan Yaw telah mencetuskan kemarahan seorang jurugambar apabila dia mengeluarkan kata-kata kesat terhadap sebuah akhbar berbahasa Cina lapor portal pro UMNO, Suara TV hari ini.
 

Laporan itu menyebut kira-kira jam 9.30 malam itu, Hew, yang digelar sebagai `Superman DAP’ sedang mengadakan ceramah di hadapan 500 penyokong parti berkenaan di L&L Food Court Bercham ketika jurugambar itu secara tiba-tiba datang ke hadapan dan mencelah ceramah Hew itu.
Ketika itu, Hew dilaporkan mengkritik Sin Chew yang didakwanya ditulis oleh orang bodoh.
 

Hew turut mendakwa Sin Chew adalah kerja yang dilakukan oleh MCA. 

“Saya tengok akhbar tu pun dah meluat. Berbelas tahun dah menipu. Apa dia cakap…haiya korang DAP memang jahat, selalu paksa orang Cina, kami susah nak buat keputusan,” Hew dipetik sebagai berkata.

Kemudiannya seorang jurugambar yang tidak berpuashati kemudiannya menghampiri pentas dan mempersoalkan kenyataan Hew.


“Kenapa cakap ini? Tidak boleh kata begitu,’’ kata jurugambar itu dalam bahasa mandarin.

Beberapa petugas DAP kemudiannya menghalang jurugambar berkenaan daripada terus menghampiri pentas.

Rakaman kejadian juga kini tular di laman sosial. - 18 April 2018.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...