Selasa, 17 April 2018

Mahathir Diserang Pro BN Selepas Salahkan Kerajaan Kerana Gagal Jual The Loaf..

Pro BN nampaknya tidak berpuas hati dengan kenyataan Tun Mahathir Mohammad dalam isu kegagalan The Loaf, syarikat milik Tun Mahathir yang ditutup baru-baru ini.

The Loaf pada jumaat dilaporkan telah menutup kesemua cawangan kedai roti mereka berikutan gagal menampung kos operasi yang kian meningkat.

Penutupan itu disiarkan menerusi satu notis yang dimuatnaik dalam media sosial bertarikh 9 April lalu yang ditujukan khusus untuk pelanggan mereka. 


Harian Metro turut melaporkan, The Loaf diuruskan oleh M&M Consolidated Sdn Bhd, usaha sama di antara Dr Mahathir dan Motoko Resources Sdn Bhd. 

Dr Mahathir memiliki 51 peratus kepentingan dalam syarikat itu. 

Mahathir bagaimanapun menafikan memiliki kepentingan dalam syarikat roti dan pastri premium itu ketika penutupan The Loaf dilaporkan secara berleluasa dan dikaitkan dengannya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata dia hanya memiliki 200 unit saham di syarikat Malaysian Tobacco dan Permodalan Nasional Bhd (PNB), lapor portal New Straits Times pada sabtu.

“Saya hanya ada 200 unit saham dengan syarikat tembakau dan PNB yang diberi kepada saya semasa saya melancarkan produk PNB,” Mahathir dipetik sebagai berkata kepada portal itu.

Namun dalam berita berasingan, The Sun melaporkan Mahathir mengakui telah menjual kesemua saham-saham beliau di dalam syarikat The Loaf.

Pro BN kemudiannya menunjukkan beberapa bukti SSM bagi menafikan Mahathir telah menjual kesemua saham-sahamnya di dalam The Loaf.


Tidak hanya itu, pro BN turut mendedahkan Mahathir juga memiliki saham dalam syarikat Eurola, Evektor dan Palace Of The Golden Horses.

Dakwaan itu tidak diulas oleh Mahathir setakat ini.

Bagaimanapun pada ahad, Mahathir kemudiannya mengakui cuba menjual The Loaf bagi tujuan mendapatkan dana PRU namun gagal kerana pembelinya diganggu oleh pegawai LHDN, salah satu cara kerajaan untuk menekan dirinya dakwa Mahathir.

Kenyataan Mahathir itu disiarkan menerusi portal Malaysiakini.

“Beginilah caranya kerajaan menekan rakyat supaya tidak menyokong pembangkang,” kata Mahathir seperti laporan portal itu.

“Saya tidak mendapat pembeli… dan saya juga tidak mampu menampung kerugian, jadi saya terpaksa menutupnya,” kata Dr Mahathir lagi.

Pro BN kemudiannya membuat poster bagi tujuan menyindir Pengerusi Pakatan Harapan kerana membuat beberapa kenyataan flip flop dalam isu pemilikan The Loaf dan menyalahkan kerajaan disebalik kegagalan operasi syarikat tersebut. 

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pekerja kedai roti premium itu berkongsi perkembangan bagaimana The Loaf ditutup secara mendadak di laman Twitter. 

Beliau yang menggunakan nama profil little bald head@imannwu berkata, semua pekerja tidak mengetahui mengenai penutupan operasi kedai itu dan tiada notis diberikan, sebaliknya hanya dimaklumkan pada hari kejadian. 

Katanya, pihak pengurusan juga memaklumkan yang semua pekerja mungkin akan diberikan pampasan berikutan penutupan perniagaan itu.

Rujukan;

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/tun-m-saya-tiada-saham-dalam-the-loaf

https://www.malaysiakini.com/news/419961

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/04/13/the-loaf-tutup/

http://www.utusan.com.my/berita/politik/hamzah-dedah-mahathir-miliki-saham-rm10-juta-dalam-the-loaf-1.649164

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...