Ahad, 15 April 2018

Hidangan Arak Di Majlis Penamaan Calon PKR Kuantan, Ini Jawapan Admin Fuziah Salleh.

PKR hari ini diserang teruk oleh kumpulan netizens pro Barisan Nasional dan PAS berikutan tersebarnya beberapa gambar majlis penamaan calon PKR bersama hidangan arak.

"Penamaan calon PKR ada hidangan ARAK 11 calon yang diumumkan, 7 daripada mereka beragama Islam. Inilah yang DAP suka. Walaupun ada 2 bahagian berasingan untuk halal dan non-halal, tapi kenapa perlu hidang ARAK dalam majlis memperkenalkan calon?





Tetamu yang hadir pada majlis pengumuman calon gabungan pembangkang PKR bagi Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar turut disajikan dengan minuman keras sepanjang majlis tersebut di Restoran Golden Empire Palace, Tanjung Lumpur malam tadi. 

Pada majlis yang turut dihadiri oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli itu seramai 11 calon dipekenalkan termasuk 7 orang calon yang beragama Islam. Penganjur seakan tidak menghormati 7 orang calon beragama Islam dan sebahagian penyokong mereka yang terdiri daripada orang Islam yang hadir dimana kelihatan setiap meja disajikan dengan minuman keras," kata Friends Of Barisan Nasional (FOBN).

Selain isu arak, kumpulan netizens pro PAS pula mempersoalkan kewajaran mengapa non muslims diberikan tempat makan dalam dewan yang selesa manakala muslims disuruh duduk luar dewan dalam keadaan tidak selesa.


Admin yang mewakili page Fuziah Salleh kemudiannya tampil menjawab berhubung isu itu dalam satu kenyataan di Facebook.

"[admin] kedengaran dari suara sumbang mengatakan majlis dana pru yang diadakan semalam mengundang lebih ramai non malay dari malay & majlis berkenan turut dihidang dengan makanan non halal. Admin cuba terang semana mampu 

1. Ada dua meja yang dijual ;

a. Halal 
b. Non halal 

2. Kawasan non halal diletak didalam dewan memandangkan tuan punya restaurant yang akan sediakan makanan non halal. Memudahkan acara dan penyediaan makanan! 

3. Kawasan halal terletak diluar dewan. Di bawah kanopi. Penganjur telah melantik catering melayu untuk menyediakan makanan. Caterer jugak telah setup both diluar. Ini juga untuk memudahkan penyediaan makanan. 

4. Meja non halal mahal berbanding dengan meja halal. Dalam menu sudah termasuk makanan non halal. 

5. Arak dijual bukan dihidang atau pun termasuk dalam menu. Arak disediakan hanya untuk non muslim. Muslim kami tak bagi minum pada majlis tersebut hatta diluar majlis pun admin ceramah kalau nampak muslim yang minum. 

6. Nama dah majlis kutipan dana. Sesiapa yang hendak menyumbang dialu-alukan. Bukan tetamu yang datang minum kopi je. Semua berbayar! 

p/s : Kalau iman ko setinggi gunung rinjani, tak kan lah air arak segelas ko goyang? Kita tak minum tapi kita hormat non muslim," jelasnya.

Jawapan itu bagaimanapun menghadirkan pelbagai reaksi berbeza dikalangan netizens. Ada yang menyokong namun ada juga yang tidak bersetuju.

Reaksi netizens;




Perkara itu bagaimanapun tidak berhenti disitu apabila netizens pro PH pula menyebarkan gambar majlis PAS bersama hidangan arak suatu ketika dahulu.


Penyokong PAS dan Pakatan Harapan dilihat berbalas-balas serangan diantara satu sama lain mengenai isu arak dan mengenepikan serangan terhadap Barisan Nasional.


Penyokong PAS dan penyokong Pakatan Harapan bergaduh, penyokong Barisan Nasional tepuk tangan? 😆😆😆 - 15 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...