Rabu, 18 April 2018

Hadi Rasmi Titi, Coklat 'Undilah PAS' Jadi Bahan Sindiran Di Laman Sosial.

Perasmian titi baru oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang nampaknya dijadikan modal bagi netizens pro Pakatan Harapan untuk menyindir penyokong parti PAS di laman sosial.


"Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS berkesempatan merasmikan Titi Kuala Juru yang diusahakan sendiri oleh PAS Kawasan Batu Kawan atas permintaan penduduk setempat setelah kerajaan negeri gagal menunaikannya," kata admin page Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS pada isnin.

Respon balas yang diterima pula agak lucu apabila beberapa netizens tampil menyindir dan mempersoalkan perkara itu.

Mamat Nazira : "Macam Lebai Kartun ampa ni. Lawak, lawak. Titi je pun beria nak rasmi. Har har har. Tiada tokoh PM".

Azwan Azmi : "Ini pesen kalau perintah Malaysia, lampu isyarat pun buat upacara potong reben".

Ahmad : "PAS Batu Kawan nak perlekeh Tok Guru ke? Tergamak suruh pergi rasmi titi. Malu dekat rakyat. Bukan taraf dia setakat rasmi titi. Orang pakat gelak. Lain kali duduk di Batu Sendiri".

Gambar-gambar perasmian titi oleh Presiden PAS itu juga diulangsiar oleh page-page lain bagi tujuan memperlekehkan dan mentertawakan perkara tersebut.

Sementara itu, media sosial juga tular dengan cerita coklat 'undilah PAS'.

Post yang ditulis oleh Abdul Majid Hasan itu tular dalam hanya masa beberapa jam sahaja selepas ia dikongsikan di laman sosial dan menerima pelbagai respon terutamanya yang menyindir dan mengkritik tindakan pihak yang menjual coklat berkenaan.

"Salam semua. Coklat undilah PAS telah diruqyah bagi rawatan dan kebaikan kepada pengundi. Perlu dihadiahkan kepada anak-anak pengundi," kata Abdul Majid Hasan dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun post itu tidak lagi dapat diakses ketika ini atas alasan yang tidak diperjelaskan oleh pemilik akaun berkenaan.

Berdasarkan semakan, Abdul Majid Hasan adalah penyokong PAS. - 18 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...