Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 21 April 2018

Tun, Belilah PAN, Saya Tak Fikir Harganya Mahal, 'Penyelenggaraan' Pun Jimat.. - Nik Abduh

Nik Abduh sekali lagi menyindir Parti Amanah Negara (Amanah) di media sosial apabila bercakap tentang Tun Mahathir di Facebooknya pada semalam.


Menulis tentang fitnah yang dilemparkan terhadap PAS, Nik Abduh berkata Mahathir sebenarnya berdendam kerana gagal membeli PAS sepertimana mudahnya membeli Amanah.



Berikut dibawah adalah kenyataan penuh dari Nik Abduh;

Oleh : Nik Abduh

Fitnah Terhadap Parti Miskin

PAS parti miskin. Itulah PAS sejak berpuluh tahun dahulu lagi. Siapa pun cukup sedar itu. Kewangannya bergantung penuh kepada sifat budiman dan jihadiyah ahli dan penyokongnya yang hampir tiada yang bertaraf jutawan.

Tetapi, oleh kerana kemiskinan itu tidak menyebabkan PAS tunduk kepada penguasa dan orang-orang kaya, itu telah amat menyakitkan hati mereka. PH menyangka mereka boleh membeli PAS sebagaimana mudahnya mereka membeli PAN.

Siapa boleh menafikan bahawa Tun Mahathir adalah pendendam nombor 1 PAS?

Semasa beliau adalah PM dulu, beliau gagal membeli almarhum TG Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sehinggalah kini, ketika PH di ambang keletihan menuju kekalahan, beliau terus gagal membeli TG presiden PAS. Dendam terus membiak daripada hitamnya kesombongan.

PAS miskin tetapi cekal. Kemuliaan diri adalah junjungan perjuangannya.

Kemiskinan sentiasa menjadi mangsa kehidupan. Parti-parti dan Pakatan parti politik yang kaya raya tidak mungkin sanggup kalah dan tewas kepada parti PAS yang miskin dalam PRU14 ini, apatah mereka telah pun kalah awal dalam usaha membeli PAS.

Jika anda bertanya, bagaimana PAS kaya dalam kemiskinan? Jawabannya, baca ayat ini..

"Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan diri dan harta mereka (dengan bayaran) bahawa untuk mereka adalah SYURGA. Mereka berperang di jalan ALLAH... " al Quran.

Tetapi PH, sebagaimana dulunya UMNO, gagal memahami iman ahli PAS terhadap ayat ini dan al Quran seluruhnya. Maka PAS dituduh kaya dengan 90 juta wang belian UMNO. Bagi mereka, kaya hanyalah kaya harta, bukan kaya jiwa dan kaya iman.

Tun, beli-lah PAN. Saya tak fikir harganya mahal. Mereka pun minta dibeli. 'Maintenance' pun jimat.


Dana haram



Sementara itu, dalam satu status yang berbeza Nik Abduh menjelaskan ahli PAS boleh berbangga kerana PAS tidak pernah menerima dana daripada mana-mana pihak kongsi gelap, aktiviti haram disisi negara apatah lagi agama.

Nik Abduh juga berkata sesuatu pihak yang diikat dengan kumpulan haram tidak akan berkeupayaan untuk menjadi model pemerintah terbaik.

"Ahli PAS boleh berbangga, PAS tidak pernah menerima dana daripada kumpulan kongsi gelap atau apa-apa aktiviti yang haram di sisi negara, apatah di sisi agama. 

Bagaimana nak jadi model pemerintahan terbaik, kalau awal-awal lagi diikat kumpulan haram?," katanya dalam kenyataan itu.

Tidak dapat dipastikan kepada siapakah kenyataan itu ditujukan namun ramai percaya ia ditujukan kepada Pakatan Harapan. - 20 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...