Ahad, 15 April 2018

Ini Sebabnya Kenapa Saya Sokong GST - Abdul Rahman Kamis.

Oleh : Abdul Rahman Kamis
 
Musim PRU dah start. SPR mengumumkan 9 Mei 2018 (rabu) sebagai tarikh turun mengundi. Tempoh kempen pun dah bermula. Jadi, isu-isu lapuk akan muncul balik. Isu GST tak terkecuali. Selain isu harga petrol, isu GST pun aku berkenan nak ulaskan.

Aku tak halang pun Pakatan Harapan nak mansuhkan GST, yang menjadi isu apabila penyokongnya sebarkan maklumat yang salah. Jadi pasnih, kalau ada sesiapa yang bagi maklumat salah pasal GST, korang boleh guna Akta Antiberita Palsu.


Isu GST nih aku mula-mula dengar daripada pensyarah ekonomi UUM yang legend dan disegani iaitu Encik Muszafarshah Mustafa sewaktu kelas Ekonomi Percukaian pada tahun 2012. Dari situ aku dah start buat pembacaan. Rajin buat bacaan sebab tajuk assignment pasal GST, hahahaha.

Sebenarnya GST nih bukan isu baharu. GST pernah dibawa ke dewan rakyat pada tahun 1985 oleh Tun Daim Zainuddin, tapi ditolak Tun Mahathir. Kemudian pada tahun 1993 ia diketengahkan kembali oleh DS Anwar Ibrahim, tapi senyap macam tu je. Kenapa dulu taknak laksana GST? Aku takde jawapan.

Jadi korang boleh nampak kan? Ia dah tertangguh selama 30 tahun sehinggalah perlaksaannya pada tahun 2015. Cukai nih ada banyak jenis, GST nih jenis cukai penggunaan, maksudnya, lagi banyak kau beli lagi banyak kau bayar, kalau taknak bayar banyak? Takyah la beli banyak barang. Itu logik dalam GST.

Yang bagus sistem GST nih ia dapat mengatasi banyak lompang dalam sistem percukaian yang lama iaitu sistem SST. Contohnya isu gandaan kos, dimana dulu cukai SST diambil kira sebagai kos pengeluaran, tapi sekarang dah tak boleh sebab pihak pengeluar dah boleh tuntut cukai input GST. Jadi jangan memandai pi tambah kadar GST bagi setiap tingkat pengeluaran.

Berdasarkan jadual pengiraan GST nih korang boleh nampak jumlah kutipan GST pihak Kastam adalah bersamaan dengan GST yang dibayar oleh pengguna. Ramai kata GST nih membebankan. Kelakar. Aku sarankan korang bukak laman web Kastam kemudian tengok barang-barang yang dikecualikan cukai GST.

Jumlah ubat-ubatan yang dikecualikan GST je dah lebih 4000 jenis ubat, itu baru ubat belum kira lagi jenis-jenis barang keperluan asas yang lain. Malaysia je yang buat perangai camnih, negara-negara lain ada gak kecualikan barang daripada GST tetapi tidaklah sebanyak Malaysia.

Apa yang dirancang dalam sistem GST nih memang cantik. In reality, macam biasa la nobody is perfect. Selepas perlaksanaan GST pada April 2015, terdapat beberapa lompang dari segi pengurusan dan penguatkuasaan sistem GST. Contohnya isu tuntutan cukai input, tak sampai 50% syarikat yang berdaftar GST dapat tuntut balik cukai input dalam tempoh 14 hari, jadi disini terdapat banyak syarikat mengalami masalah cash flow, isu nih berpunca daripada kesilapan pihak syarikat sendiri yang tak bagi dokumen yang lengkap. Dah masuk tahun ketiga, so aku assume banyak syarikat dah improve dari segi documentation nih.

Tadi aku ada sebut pasal isu gandaan kos kan? Dulu pihak Kastam susah nak trace syarikat yang manipulate kos yang membolehkan syarikat tersebut naikkan harga sesuka hati. Sekarang dalam sistem GST makin senang pihak Kastam nak trace syarikat yang buat perangai nih. Berdasarkan penyata GST setiap syarikat, pihak Kastam boleh tahu berapa margin keuntungan dan kos pengeluaran. Kalau syarikat A ialah pembekal kepada syarikat B, maka daripada penyata GST syarikat A dan B ini lah pihak Kastam boleh tahu berapa margin keuntungan dan kos pengeluaran syarikat B. Jika didapati wujudnya manipulasi kos pengeluaran, maka Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan boleh dikenakan kepada syarikat B.

Menarik isu GST nih sebenarnya. Sebagai individu yang ada ilmu ekonomi, aku suka tekankan kepada kecekapan dan ketelusan dalam sesuatu sistem. Bayangkan lah, dulu dalam sistem SST, kerajaan tak pernah dapat kutip hasil sampai RM20 billion, bila kerajaan laksana je sistem GST, hasil terus melonjak sehingga RM40 billion. Jurang antara hasil dah boleh buktikan yang sistem SST memang ada banyak lompang sehinggakan banyak syarikat boleh kurangkan bayaran cukai SST.

Semoga penerangan berdasarkan ilmu yang aku ada nih dapat memberi kefahaman kat korang semua. Kalau nak tahu lebih mendalam aku sarankan korang teros pi ke pejabat Kastam. Adios. Salam.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...