Rabu, 18 April 2018

Blog Pro BN Dedah Identiti Pemimpin PPBM Yang Ditangkap Kerana Positif Syabu.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Ketua Pemuda sebuah parti politik ditahan AADK dalam satu operasi yang dijalankan pada sabtu.

Suspek yang berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.15 petang di rumahnya di Batang Kali.

Selepas ditahan, suspek dikatakan dibawa ke Pejabat AADK Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu untuk saringan awal air kencing sebelum disahkan positif dadah jenis metamfetamin (syabu).

Pegawai AADK Hulu Selangor, Mohd Ghazali Abdul Rahman dipetik sebagai berkata, tangkapan dibuat setelah menerima aduan.

Jelas Mohd Ghazali, suspek di reman di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu selama 14 hari bermula tarikh dia ditangkap.

"Tiada sebarang rampasan barang dan suspek tiada rekod lampau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,"
katanya kepada wakil media itu.


Sementara itu, terdapat satu blog pro UMNO yang mendedahkan identiti suspek yang ditahan.

Blog yang beralamat : http://jawaber6.blogspot.my/2018/04/ketua-armada-ppbm-ditahan-positif-syabu.html

Mendedahkan nama dan wajah Ketua Pemuda yang dimaksudkan.


"Mendapat perkhabaran terbaru namun agak sedikit lewat berita ini. Ketua Armada PPBM bagi Bahagian Hulu Selangor, Selangor yang kuat mengkritik kepimpinan PM DS Najib Tun Razak telah ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabtu lalu. 

Hafizul Hassan, ditahan oleh AADK kerana positif dadah jenis syabu dan menjadi penjual air ketum kepada penduduk setempat malah turut melebarkan perniagaan air ketumnya hingga ke Kuala Lumpur. 

Beliau yang diura-urakan akan bertanding bagi kerusi DUN Batang Kali nampaknya suram apabila sehingga sekarang masih lagi berada di dalam lokap. Patut mengkritik cukup mahu. 

Rupanya Mat Gian!," kata blogger itu dalam satu artikel yang ditulis pada 16 April 2018. 

Setakat ini belum ada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh PPBM bagi menafikan atau mengesahkan penyebaran dakwaan berkenaan. - 18 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...