Isnin, 16 April 2018

Kini PAS Umumkan Bertanding Di Langkawi, Lawan Mahathir.

PAS hari ini mengesahkan akan meletakkan calon di kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pihaknya menerusi PAS dan Gagasan Sejahtera akan meletakkan calon lebih muda dan bertenaga untuk melawan calon pakatan pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad.




"Kita sebenarnya kasihan dengan Dr Mahathir. Beliau sudah berumur, sepatutnya sebagai doktor perubatan, beliau boleh berkhidmat dan berbuat kebajikan di Klinik 1Malaysia.

"Tapi beliau mahu bertanding, jadi kita kena lawanlah. Calon kita lebih bertenaga, tak kira daripada PAS atau Gagasan Sejahtera, kita tetap ada calon untuk lawan," katanya berucap pada Majlis Perasmian Titi Jeti Juru di sini, hari ini.

Keputusan PAS bertanding di Parlimen Langkawi adalah kali pertama dibuat parti Islam di kawasan tradisi UMNO berkenaan.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Dr Mahathir akan menjadi calon mewakili blok pembangkang bagi kerusi Parlimen Langkawi.

Kali terakhir Dr Mahathir bertanding pada pilihan raya ialah pada PRU-10 tahun 1999.

Pada PRU-13, kerusi Parlimen Langkawi dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Nawawi Ahmad.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi menewaskan calon PKR, Ahmad Abdullah dan calon Bebas, Marina Hussein, dengan majoriti 11,861 undi.


Sumber : Berita Harian

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...