Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 19 April 2018

Isu Derma RM2.6b, Ini Jawapan Kepada Rafidah - Eric Se To.

Oleh : Eric Se To
 

RAFIDAH AZIZ LAKU KESILAPAN BESAR DALAM PENGIRAAN ISU DERMA RM2.6 BILION

1. Kami merujuk kepada tuduhan terkini Rafidah Azizi mengenai isu RM2.6 bilion, yang kami dapati kenyataannya menunjukkan terdapat banyak kesilapan tidak berasas.

2. Rafidah adalah benar menyatakan ia sebenarnya RM2.077 bilion (US$681 juta) yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri antara 22 Mac 2013, dan 4 April 2013 berdasarkan kepada tukaran matawang asing pada masa itu, iaitu US$1 kepada RM3.05, dan bukannya RM2.6 bilion sebagaimana kerap dilaporkan kerana ia adalah bersandarkan kepada nilai tukaran pada masa itu iaitu pada Julai 2015, ketika ia dilaporkan dalam media.



3. Rafidah juga betul untuk menyatakan bahawa US$620 juta telah dipindahkan ke dalam akaun PM dan dipulangkan pada Ogos 2013, yang turut dilaporkan oleh media asing dan disahkan oleh Peguam Negara.

4. Bagaimanapun, Rafidah membuat kesilapan yang sangat ketara apabila mengandaikan nilai tukaran matawang kekal tidak berubah dari Mac 2013 hingga Ogos 2013. Rafidah juga membuat tuduhan palsu kononnya US$61 juta kekal dalam akaun PM maka ia tertakluk kepada cukai pendapatan.

5. Pada Ogos 2013, nilai tukaran matawang Ringgit adalah RM3.30 kepada US$1. Ini bermakna US$620 juta yang dipulangkan adalah bernilai kira-kira RM2.046 bilion.

6. Untuk itu, dianggarkan RM2.077 bilion yang dimasukkan, manakala RM2.046 bilion dipulangkan. Ditolak dengan bayaran matawang asing dan khidmat perbankan, ini bermakna jumlah majority, jika bukan semua, sudahpun dikembalikan.

7. Rafidah juga silap untuk mengandaikan yang US$61 juta (atau RM236.65 juta sebagaimana didakwanya), di mana ia mungkin benar jika nilai tukaran matang kekal static dari Mac 2013 hingga Ogos 2012 dan sebenarnya menyusut 10 peratus.

8. Kami berterima kasih kepada Rafidah kerana mengutarakan fakta bahawa RM2.6 bilion dikembalikan dan ia sekaligus menafikan propaganda lazim pembangkang mengenai dana dimasukkan ke dalam akaun PM namun langsung tidak menyebut kepada siapakah wang itu dipulangkan.

9. Bagaimanapun, kami juga terkejut apabila mendapati Rafidah sebagai seorang bekas menteri boleh meletakkan tarafnya seperti seperti tentera siber dengan menuduh berulang kali serta turut membuat banyak kesilapan paling asas.

10. Kami juga menggesa Rafidah untuk bertanya kepada Tan Sri Muhyiddin mengenai pendedahan satu rakaman audionya pada 9 September 2015 ketika mesyuarat Majlis Tertinggi selepas beliau digantikan bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri. - satu video yang Muhyiddin membisu mengenainya selama lebih dua setengah tahun.

11. Tanya juga kepada Tan Sri Muhyiddin apa yang dimaksudkannya ketika beliau berkata yang beliau sedar akan konspirasi dalaman untuk menggulingkan PM pada ketika itu dan mengapa beliau berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah mengenai dana khas Presiden Umno kerana ia adalah satu amalan biasa sejak dari dulu lagi.

Kami yakin Tan Sri Muhyiddin akan mengesahkan apa yang Rafidah ketahui, iaitu adalah amalan biasa bagi Presiden Umno untuk memegang dana bagi pihak parti.

12. Bagi persoalan mengenai adakah dana itu perlu dikenakan cukai, Rafidah perlu tahu, ketua Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengesahkan dana politik tidak dikenakan cukai.

Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC).
14 April 2018

Sumber 1: video Tun Muhyiddin mengaku dana khas presiden UMNO dikendali oleh presiden dari dulu lagi: https://youtu.be/ZxM-Vri8acM

Sumber 2: Ketua LHDN menjelaskan bahawa derma politik dikecualikan cukai.
https://www.thestar.com.my/…/political-donations-not-subje…/

Sumber 3: Kadar FOREX Ringgit pada Aug 2013: https://tinyurl.com/y849kxus

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...