Isnin, 16 April 2018

Menjawab Sindiran Netizens Terhadap Calon PSM Sungai Buloh Yang Tawarkan Khidmat Gim Percuma.

Mari kita gelakkan calon PSM Sungai Buloh.
Tajuk berita Malaysiakini tadi begitu sensasi, dalam banyak perkara dia cakap ketika sidang media pengumuman calon tadi yang diperbesarkan adalah janji keahlian gym beliau percuma jika dia menang.
Laporan Malaysiakini
Saya tak salahkan Malaysiakini kerana tajuknya itu mengundang kutukan yang dahsyat buat Zack. Penulisan dan Kewartawanan adalah subjek elektif saya tak berapa dulu. Maka saya faham kenapa itu yang menjadi bahan utama ditekankan sebab disitulah nilai berita yang menjadi kelainan.
Berikut respon saya kepada semua penggelak Zack;
_______________________________________
Hahahahahahahahahaha calon PSM Sungai Buloh tawarkan keahlian gym percuma? Hahahahahahahahaha
Ini calon paling lawak abad ini, mungkin paling bodoh!
Calon lain sibuk belanja makan, minggu lalu ada calon viral sebab belanja penduduk makan shellout, ada calon jual barang makanan serendah RM1, ada calon asyik buat kenduri menjamu orang makan. Tapi calon ni nak ajak bersenam?? Kahkahkahkah
Calon ni patut tahu, ini Malaysia, orang suka makan. Pengundi tak suka berfikir! Orang tak peduli walaupun 38.5% rakyat kita berada dalam kategori obesiti. Maksudnya kalau kita berjalan dengan 10 kawan, kemungkinan 4 darinya adalah obesiti, 10 tahun lagi mungkin 4 orang tu tak dapat jalan bersama sebab tengah mengulang rawatan di hospital.
Ya orang kita bukan kisah, 10 - 19% dari peruntukan perbelanjaan kesihatan negara kita terpaksa dibelanjakan kerana masalah obesiti. Ini bersamaan RM3.26 billion hingga ke RM8.53 billion. Banyak ke? Taklah mana banyak. Orang kita suka kecohkan isu kecurian 2.6 billion oleh 1MDB. Orang kita mana peduli seorang calon Wakil Rakyat anak tempatan Kg Melayu Subang mahu melihat masyarakatnya berubah kearah lebih sihat. Beliau tak mampu bagi bulan bintang, beliau gunakan segala keupayaan sehabis daya untuk Sungai Buloh lebih baik hari esok.
Beliau merupakan cancer survivor, beliau tahu perit dan jerih derita seorang yang bernama pesakit. Dengan penuh cinta beliau berhasrat supaya masyarakat Sungai Buloh jadi lebih sihat. Jauh di sudut hati beliau tidak rela sanak saudara yang membesar bersama terpaksa hidup bergantung ubat berulang hospital.
Salahkah si naif ini mempromosikan bersenam dalam keadaan data menunjukkan hanya 1 dari 3 orang dewasa yang bersenam di negara ini? Mestilah salah, bahkan tak popular langsung. Maka jom kita gelakkan beliau beramai-ramai. Kahkahkahkahkahkahkahkah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...