Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 29 Jun 2019

Korek Kubur Bina LRT, Ini Penjelasan Kerajaan Penang.

KENYATAAN MEDIA | KENYATAAN MEDIA DARIPADA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG.

Daripada : YB Dato’ Ir Hj Ahmad Zakiyuddin Bin Abd Rahman

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.
Hal Ehwal agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
Tarikh : 28 Jun 2019 (Juma’at)

Adalah dimaklumkan bahawa Saya selaku Timbalan Ketua Menteri I merangkap Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah bermesyuarat pada pagi tadi di bangunan JKP bagi membincangkan isu Jajaran LRT Bayan Lepas Di Kawasan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.


1. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa komited dan menghormati setiap garis panduan hukum hakam Islam yang telah diputuskan oleh Jawatan Kuasa Fatwa sebelum membuat sebarang keputusan rasmi bagi cadangan Jajaran Light Rail Transit (LRT) Bayan Lepas di kawasan Masjid Jamek Sungai nibong Besar

2. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang telah bermesyuarat pagi tadi, telah bersetuju dengan cadangan Jajaran LRT berhampiran tapak kubur dan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar diletakkan bersebelahan dan selari dengan jejambat Jalan Sultan Azlan Shah. Persetujuan ini mengambil kira bahawa Jejambat LRT yang dicadangkan tidak memasuki “walau seinci” pun kawasan kubur dan Masjid Sungai Nibong Besar baik yang berada di atas tanah mahupun ruang udara keduanya.

3. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) juga mengambil maklum bahawa sebenarnya pagar kubur sedia ada telah berada 6 kaki di luar kawasan sebenar tanah wakaf dan berada di dalam tanah simpanan jalan. MAINPP akan mengambil tindakan dan langkah sewajarnya berkenaan perkara ini.

4. JKR sebagai agensi pelaksana projek pembinaan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar diminta untuk menyediakan susun atur baru untuk dilaksanakan tanpa menjejaskan penjadualan asal pelaksanaan pembinaan masjid. Adalah difahamkan bahawa mengikut jadual asal kerja kerja menanam cerucuk akan bermula pada pertengahan bulan Ogos 2019. Pihak JRK telah memberikan pengesahan bahawa perubahan ini tidak akan menjejaskan kemajuan pelaksanaan projek pembinaan ini.

5. Pejabat TKM I bersama-sama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Pejabat SUK akan menyelaras hal-hal berkaitan dengan isu tanah membabitkan Tanah Kerajaan, Tanah Simpanan Jalan dan Tanah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang akan diserahkan kepada MAINPP bagi menampung keperluan kawasan apabila anjakan tapak masjid dibuat. Semua keperluan teknikal pembangunan akan sentiasa dipatuhi oleh semua agensi yang terlibat.

6. Kerajaan Negeri Pulau Pinang KESAL dengan apa yang berlaku sekarang merujuk semua jenis penyebaran maklumat, kenyataan media dan sebarang bentuk sebaran melalui apa juga saluran media oleh sesiapa pun yang berniat jahat, bersifat fitnah dan tohmahan tidak berasas tanpa merujuk dan mendapatkan maklumat terkini yang sahih dan tepat dari pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

YB Dato’ Ir Ahmad Zakiyuddin
Timbalan Ketua Menteri (1)

Kulasegaran, Ramasamy Dan WaythaMoorty Berperanan Buat Rakyat Benci Pada Pakatan Harapan..

Gino Marvela | Dah lama kami perhatikan individu seperti Kula, Rama & Wayta. Setiap kali kerajaan buat penyusunan, puak-puak nih kerap berikan lontaran idea yang boleh di katakan tidak seberapa nak bijak.
 

 
Dan setiap kali isu ambil pekerja asing si Kula ini buat, pasti dilihat ada syarikat yang duduk di sebelahnya. Umpamanya dalam 2-3 bulan lepaih, orang yang sama cuba beri idea kepada kerajaan ambil pekerja tambahan dari Bangladesh & India. Rupanya sebelahnya ada syarikat yang buat business gunting rambut. Lebih malang, syarikat itu sendiri beritahu perniagaannya merosot kerana tak cukup kakitangan?

Rugi atuk dia... sebenarnya mencari peluang besarkan rangkaian dengan buka lebih banyak projek rangkaian kedai gunting rambut. Yang duduk ataih meja ramai-ramai siap dipanggil PC itulah player dia.

Soalan GM, apakah berlaku "conflict of interest" dengan apa yang si Kula itu umumkan terkait kepada perniagaan & kroni di belakangnya?

Ini PH, bukan zaman BN! GM tidak bersetuju Malaysia tambahkan beban dengan angkut warga Afrika pula.

Yang seharusnya berlaku ialah saudara Kula perlu syorkan agar pendatang warga asing yang berpermit & haram ada di negara kita ini di buat pemutihan & jika perlu kemahiran atau keperluan sektor pekerjaan, mereka warga pendatang haram ini guna semula.

Bukannya lepaskan tanggungjawab dari kerja lebih dengan angkut warga Afrika ini sebagai senang kerja. Dah dapat jawatan tu buatlah kerja dengan baik. Bukan buat kerja untuk agensi yang berdiri di belakangnya. Ni bukan zaman Zahid Hamidi dan tekniknya.

Kalian warga India Malaysia ini di ambil oleh pentadbiran PH buat kerja sebagai membuktikan PH mengangkat martabat bagi mewakili setiap kaum yang ada. Melayu, Cina, India & Bumiputera yang lain ada dalam pentadbiran.

Jika tidak mampu si Kula, Rama & Wayta ni buat kerja...sila STEP DOWN!

Usah buat kerja hanya untuk mudahkan diri ja, hat yang warga PATI ini dibiarkan datang kesan ekonomi & kemasyarakatan. 


Kerajaan Malaysia perlu menolak cadangan ambil pekerja Afrika ini. Afrika pula tidak sesuai bekerja di ladang hanya dek kerna mereka berkulit hitam di negara mereka yg panas. Jika mereka mampu ke ladang, ekonomi mereka di Afrika sana sudah tentu meningkat. Ini saja pun buleh kita nampak sebagai indikator mudah apakah perlu atau tidak. - 29 Jun 2019.

Betul Ke Kerana Ditegur Isu Baju Salahuddin Merajuk, Enggan Hadir Pembukaan Dun Johor?

PENYOKONG SALAHUDDIN | Pada 27 Jun 2019, portal JohorPress melaporkan Menteri Pertanian, Datuk Salahuddin Ayub dan Adun Puteri Wangsa, Mazlan Bujang tidak menghadiri sesi pembukaan penggal kedua persidangan DUN Johor.

Portal itu membayangkan seolah-seolahnya ketidakhadiran kedua-dua wakil Pakatan Harapan dari parti Amanah itu adalah disebabkan sentimen kebencian dan tidak menghormati Sultan Johor.

Apatah lagi baru-baru ini Salahuddin juga dikecam atas isu pakaian - kononnya tidak menghormati adat istiadat dan tradisi pemakaian Istana Johor. Menteri itu juga turut menerima surat dari Istana Johor berhubung perkara tersebut.

Perkara itu pertama kalinya ditimbulkan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengongsikan gambar Salahuddin berbaju melayu Teluk Belanga bersama seluar hitam di Instagram pada 5 Jun dengan kapsyen berbunyi; "Yang ini pula tradisi nak jadi perdana menteri dan Sultan Johor pada masa yang sama," kata baginda. 



Tunku Mahkota Johor turut menjelaskan, baju melayu dan berseluar hitam hanya layak dipakai oleh kerabat diraja.
"Identiti ini melambangkan keluarga Sultan Ibrahim dan kerabat damping. Keluarga yang memerintah. Darah keturunan sultan.

"Itu fasal kita boleh lihat tiada orang dalam kerajaan pakai seluar hitam. Kerana hanya keluarga di raja dan atau kerabat damping yang boleh pakai atau layak pakai seluar hitam,"
jelas baginda.

Dalam respon kepada wakil media, Salahuddin mengakui menerima teguran dari Istana Johor itu dengan jiwa terbuka dan beranggapan ia hanyalah satu peringatan yang biasa.

“Saya terima surat itu dan saya telah baca dan saya rasa tidak ada masalah untuk saya bagi penghormatan dan kesetian kepada Tunku Ismail, tidak akan terkesan sama sekali.


“Jadi saya anggap satu peringatan biasa kepada saya,”
katanya.


Oleh itu sudah tentulah tidak timbul sentimen benci dan tidak menghormati Istana Johor apabila Menteri Pertanian tidak dapat menghadiri sesi pembukaan Dun Johor bagi penggal kedua.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah;

👉 Pada 21 Jun hingga 28 Jun 2019, UN menganjurkan forum (persidangan) Food & Agriculture Organisation.

👉 Menteri Asas Tani, Datuk Salahuddin mewakili Malaysia untuk menghadiri persidangan tersebut.

👉 Lawatan kerja rasmi itu mengambil tempat di Rom.

👉 Dalam ertikata lain, Salahuddin terikat dengan kerja rasmi dimana memerlukan menteri itu berada di luar negara selama 9 hari lamanya.

👉 Salahuddin hanya tiba di Malaysia pada 28 Jun 2019 jam 5.30 petang, hari jumaat. Itupun dengan sesegeranya pulang ke Malaysia selepas selesaikan lawatan kerja rasmi.

👉 Pembukaan Dewan Dun Johor pula pada 27 Jun 2019. Jadi ini memustahilkan Salahuddin untuk berada di persidangan Dun.

👉 Atur jadual? Untuk pengetahuan semua, Malaysia tak mempunyai keupayaan untuk mengawalatur tarikh penganjuran program/forum/persidangan yang berlaku di luar negara. Tarikh 21 Jun 2019 adalah tarikh yang diatur dan ianya diluar kawalan menteri. Keberadaan Menteri Asas Tani disitu adalah atas urusan kerja yang membabitkan kepentingan pertanian di negara kita.


Apakah antara intipati kerja-kerja tersebut?

📌 Perkongsian dan pertukaran maklumat mengenai teknologi yang membabitkan industri pertanian, perternakanan dan penghasilan makanan.

📌 Memahami pasaran luar dan produk makanan/pertanian yang boleh membawakan keuntungan kepada petani/peternak/peladang.

📌 Mempromosikan buah-buahan tempatan dan produk makanan berasaskan tani Malaysia ke pasaran antarabangsa.

📌 Menyatakan komitmen Malaysia akan bersama-sama dalam menghapuskan kebuluran di seluruh dunia.

📌 Memberikan pandangan dan pengalaman Malaysia dalam bidang berkaitan pertanian.

📌 Membina jaringan perhubungan dengan orang kuat yang ada kaitan dengan pasaran pertanian di negara-negara yang berbeza - bagi memudahkan urusan perbincangan berkaitan memasarkan barangan pertanian Malaysia ke luar negara dan sebaliknya.

Jadi, adakah 'ponteng' Salahuddin ini boleh dianggap biadap, membalas dendam, ataupun terasa kerana ditegur isu pakaian dan tidak memahami adat tradisi Istana Johor?

Sudah tentulah tidak. Bahkan persoalan itu sama sekali tidak berbangkit.


Ia disebarkan oleh pihak tertentu kerana mahu mewujudkan rangkaian kronologi kononnya Pakatan Harapan dan Amanah Johor mempunyai agenda menghapuskan institusi beraja.

Hakikatnya apa yang sebenarnya berlaku ialah Salahuddin tidak dapat hadir disebabkan urusan kerja luar. - 29 Jun 2019.

Rupanya Pemakaian Bar Perkhidmatan Di Baju Seragam Latheefa Koya Adalah Perintah Tetap..

KENYATAAN MEDIA | KENYATAAN MEDIA KETUA PESURUHJAYA SPRM

Sebuah parti politik telah menimbulkan beberapa persoalan berkenaan butiran pada pakaian seragam saya selaku Ketua Pesuruhjaya, yang kini saya akan perjelaskan seperti di bawah.

Troll sebaran pro pembangkang
Pertamanya, bar ribbon yang dikepilkan ke atas saya adalah berdasarkan Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM Bab A (Dasar), Bil 1 Tahun 2012, yang telah mengarahkan bahawa seseorang Ketua Pesuruhjaya berdasarkan jawatannya dikehendaki memakai bar ribbon seperti yang disenaraikan. Walaupun pada asasnya ianya adalah betul dan boleh diterima, namun terdapat sedikit kekhilafan dalam bar ribbon yang kini telah pun diperbetulkan.

Keduanya, saya tidak memakai pingat sebagaimana yang diperkatakan oleh beberapa pihak. Bar Ribbon ini tidak harus dikelirukan dengan pingat atau darjah kebesaran yang dikurniakan dari pihak Istana, samada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat Negeri.

Butiran lain di atas baju seragam saya adalah lencana-lencana pangkat yang saya dikehendaki memakai sebagai Ketua Pesuruhjaya dan adalah berdasarkan perintah tetap.

Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap pakaian seragam saya.

Secara telus saya mengaku, saya baru sahaja mempelajari berkenaan lencana pangkat, bar ribbon dan pemakaian seragam. 

Prioriti segera saya sejak mengambil alih tugas adalah melibatkan beberapa kes rasuah yang serius dan bukanlah butiran pemakaian seragam saya.

LATHEEFA KOYA
KETUA PESURUHJAYA
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA
29 JUN 2019

Khamis, 27 Jun 2019

Najib Perjelaskan Dakwaan Terhadap JAKEL, NAZA QUEST & Tuntutan Wang Pada MP Yang Dah Meninggal...

NAJIB RAZAK | i) MACC mengumumkan mereka telah failkan permohonan untuk lucut hak ke atas 41 individu, kumpulan, dan entiti untuk mendapat balik wang yang didakwa dari 1MDB berjumlah RM270 juta yang diberi sebelum PRU13.

Perlu ingat bahawa semasa perbicaraan kes SRC saya, pegawai bank telah mengesahkan kepada mahkamah bahawa dana dari putera Arab termasuk sekurang-kurangnya RM304 juta (iaitu lebih dari RM270 juta yang dituntut oleh SPRM) yang didepositkan dalam akaun saya pada 2011 oleh Kementerian Kewangan Arab Saudi.
https://www.malaysiakini.com/news/474209

(Pegawai bank juga mengesahkan bahawa dana yang disebut sebagai RM2.6 bilion yang diterima pada bulan April 2013 sebelum PRU14 itu telah dihantar balik kepada penghantar beberapa bulan kemudian)

Saya diberi kebebasan penuh oleh Raja Saudi untuk mengendali dana ini.

Dan saya memilih menggunakannya untuk projek kebajikan rakyat secara terus, melalui NGO dan melalui parti politik yang menganjurkan program-program kebajikan mereka.

Dana itu bukan digunakan untuk peribadi atau keluarga saya.

Kalau kita semak senarai yang diberi oleh SPRM hari ini, dua dari 41 nama itu ialah syarikat Jakel Trading dan Jakel Trading Sdn Bhd.

Selama ini, media barat dan PH pernah tuduh bahawa syarikat Jakel adalah gedung pakaian mewah.

Mereka juga memfitnah bahawa saya dan isteri saya telah belanja sebanyak RM55 juta untuk membeli pakaian mewah dan kain mahal dari syarikat ini.

Tetapi kebenarannya ialah ini adalah bayaran kepada Jakel untuk membekal kain pelikat, jubah serta bekalan lain melalui NGO dan parti kepada lebih dari 7,000 masjid diseluruh negara sempena Ramadhan untuk beberapa tahun berturut-turut.

Tahun 2012 : https://cms-th.s3.amazonaws.com/20+Julai+2012+Najib+Hadiah+…

Ini termasuk pemberian kepada 14,254 imam dan 138,746 ahli jawatankuasa 7,261 masjid di seluruh negara.
Tahun 2013: http://www.themalaysiantimes.com.my/pm-sumbang-air-zamzam-…/

Tahun 2014: https://www.mstar.com.my/…/s…/2014/06/22/sokongan-padu-najib

Ianya amat janggal bahawa syarikat Jakel pun didakwa menerima dana haram kerana mereka cuma membekal kepada parti UMNO dan NGO untuk program kebajikan.

Dana tidak disumbang kepada Jakel tetapi ianya adalah bayaran kepada mereka untuk pembelian.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa langkah MACC terbaru ini adalah bermotifkan politik untuk melemahkan parti pembangkang.

Setelah MACC siasat selama satu tahun, mereka tidak dapat mendakwa sebarang penerima dengan kes jenayah.

Oleh itu, kerajaan PH terpaksa menggunakan saman sivil.

ii) Media barat dan PH pernah berkali-kali menuduh saya gunakan wang 1MDB untuk membeli kereta-kereta mewah.

Ini tidak betul.

 

 
Perlu ingat bahawa semasa perbicaraan kes SRC saya, pegawai bank telah mengesahkan kepada mahkamah bahawa dana dari putera Arab termasuk sekurang-kurangnya RM304 juta (iaitu lebih dari jumlah RM270 juta yang dituntut oleh SPRM) yang didepositkan dalam akaun saya pada 2011 oleh kementerian kewangan Arab Saudi.
https://www.malaysiakini.com/news/474209

Selain syarikat Jakel, satu lagi nama dari senarai 41 entiti yang SPRM mahu lucut hak adalah syarikat Naza Quest Auto.

Seperti yang Naza Quest jelaskan, wang yang mereka terima adalah bayaran RM270,000 untuk 4 buah kendaraan ataupun purata harga RM67,500 sebuah kereta.

Ya, kereta "mewah" yang PH sering tuduh saya beli adalah kereta jenama Chevrolet berharga RM67,500.

Itupun bukan dibeli untuk saya tetapi digunakan oleh NGO tertentu untuk kerja kebajikan mereka.

Kerajaan PH amat pelik.

Naza dibayar kerana menjual kereta.

Tapi dituduh melakukan pengubahan wang haram pula.

iii) PH nak gunakan alasan bahawa UMNO didakwa menerima dana RM212 juta dari saya yang mereka tuduh ialah dana 1MDB untuk mendesak Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan UMNO.

Ini berikutan langkah kerajaan PH untuk memfailkan saman sivil (bukan jenayah) pelucutan hak ke atas UMNO beberapa hari dahulu.

Tetapi dua bulan yang lalu, pegawai bank telah mengesahkan kepada mahkamah di dalam perbicaraan kes SRC saya bahawa saya telah menerima dana dari putera Arab dan dari kerajaan Arab Saudi.

Ini termasuk sekurang-kurangnya RM304 juta yang dipindahkan terus ke akaun saya dari akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi pada tahun 2011.
https://www.malaysiakini.com/news/474209

Pegawai bank juga memberi tahu bahawa semua bayaran ini ialah dengan pengetahuan penuh Bank Negara Malaysia.

Saya turut memuat-naik semula beberapa dokumen bank yang mengesahkan bayaran ke akaun saya dari Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Setahu saya, RM304 juta adalah lebih besar dari RM212 juta yang dibayar kepada UMNO.

RM304 juta juga lebih besar dari jumlah RM270 juta yang SPRM mahu menuntut dari 41 entiti (termasuk UMNO) itu.

Betul atau tidak?

iv) Allahyarham Dato' Sri Abdul Manan bin Ismail adalah satu dari 41 entiti yang SPRM failkan saman sivil untuk lucut hak kerana didakwa menerima wang dari saya.

Allahyarham adalah bekas Ahli Parlimen Paya Besar dan telah kembali ke Rahmatullah pada bulan Februari 2018.

Setahu saya, wang yang saya beri yang berjumlah RM280,000 itu telah digunakan untuk program-program Rakyat di kawasan parlimen beliau.

Setelah sedar bahawa Allahyarham telah meninggal dunia, kerajaan PH memohon kepada mahkamah untuk menukar nama beliau kepada harta wasiatnya.

Sekarang, kerajaan PH mahu lucut hak harta balu Allahyarham.

Mahkamah pun dah buktikan bahawa saya telah menerima dana dari putera Arab dan dari kerajaan Arab Saudi termasuk sekurang-kurangnya RM304 juta yang dipindahkan terus ke akaun saya dari akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi pada tahun 2011 : https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156160741090952

Ini jauh lebih besar dari jumlah RM270 juta yang kerajaan PH nak tuntut dari 41 entiti tersebut termasuk dari Allahyarham Dato' Sri Abdul Manan.

Tulisan Cina Di Ruang Tetamu MoF, Ini Penjelasan Lim Guan Eng.

POLITIK | Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberikan sebab-sebab kenapa wujudnya tulisan kaligrafi cina di ruang tetamu di Kementerian Kewangan sepertimana yang tular baru-baru ini dan menerima kecaman bertubi-tubi dari netizens.


👉 Hiasan itu dipasang ketika menyambut Tahun Baru Cina awal tahun ini.

👉 Sudah beberapa bulan berada di situ.

👉 Pejabat ada 4 dinding. Jangan tengok satu dinding dan membuat andaian sebarangan.

👉 Kenapa tak pertikaikan ayat Alquran yang berada di dalam pejabatnya? Kenapa tak tunjukkan?

👉 Ayat Alquran juga berada di pejabat yang sama - jadi tak timbul isu.

👉 Lim Guan Eng juga menasihati wartawan agar tidak terjerumus dalam permainan rasis dan ektremis, pihak-pihak yang sokong parti pembangkang.

👉 Lim Guan Eng juga berkata Pakatan Harapan menghormati semua pihak, kita tak sepatutnya terlibat dengan mereka yang hilang akal atau tak masuk akal, biarlah menjadi orang yang berakal dengan menumpukan perhatian kepada masalah berkaitan ekonomi dan pentadbiran negara. 

Dalam perkembangan berkaitan, di sosial media, pentadbir halaman Lim Guan Eng didapati memadamkan satu persatu komen negatif yang terpapar di atas gambar yang memaparkan tulisan cina itu.

Tidak dapat dipastikan apakah tujuannya pentadbir halaman itu mengambil tindakan demikian sedangkan sebelum ini halaman rasmi Lim Guan Eng amat meraikan kepelbagaian pandangan meskipun sesetengah pandangan itu keterlaluan dan biadap. - 27 Jun 2019.
 

Kenapa Caj Kesesakan Diteruskan Meskipun Tol Hapus..

SHAHRIL HAMDAN | Ambil alih lebuhraya – Menteri Kewangan hina intelektual rakyat

1) Siaran media terbaru Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam menerangkan tentang hasrat kerajaan untuk mengambil alih empat buah lebuhraya dalam Lembah Klang bukan sahaja lebih menimbulkan kekeliruan sebaliknya dilihat cuba menghina intelektual rakyat.

2) Sebelum ini, Lim Guan Eng telah menyatakan kerajaan menawarkan sejumlah RM6.2 bilion kepada syarikat konsesi lebuhraya LDP, SPRINT, KESAS dan SMART yang mana selepas pengambilalihan ini, bayaran tol akan digantikan dengan bayaran caj kesesakan.

3) Walaubagaimanapun, timbul persoalan selepas siaran media Lim Guan Eng hari ini apabila dengan jelas menyatakan apabila bayaran RM6.2 bilion ini dibuat, tempoh konsesi lebuhraya yang terlibat tidak akan dilanjutkan tetapi akan tamat seperti perjanjian konsesi sedia ada.

 


4) Dengan kata lain, bayaran RM6.2 bilion bukanlah untuk mengambil alih lebuhraya ini sebaliknya hanyalah bersifat pampasan kepada syarikat konsesi bagi membolehkan bayaran tol dikurangkan pada waktu luar puncak dan percuma pada waktu bukan puncak.

5) Lebih menghairankan, Lim Guan Eng turut menyatakan ‘caj kesesakan’ yang kononnya akan menggantikan bayaran tol ini akan diteruskan selepas konsesi lebuhraya ini tamat mengikut perjanjian sedia ada kelak.

6) Kita tidak menafikan kemungkinan bayaran yang akan ditanggung oleh rakyat akan berkurangan selepas ini. Tetapi yang mengejutkan, mengapa ‘caj kesesakan’ ini akan diteruskan selepas walaupun selepas perjanjian konsesi tamat? Bukankah sepatutnya tiada apa-apa lagi bayaran yang akan dikenakan kepada rakyat selepas tempoh tersebut? - 27 Jun 2019.

Kenapa Sebar Bahan Propaganda Parti Di Kursus Haji Soal Asyraf Wajdi.

POLITIK | Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempertikaikan tindakan Tabung Haji menyebarkan
bahan-bahan propaganda Kerajaan Pakatan Harapan ketika menganjurkan kursus Perdana Haji baru-baru ini.





Menurutnya, kursus Haji Perdana tidak harus dijadikan medan untuk propaganda politik.

Andai Pakatan Harapan bertegas mendakwa wujudnya unsur-unsur penyelewengan ketika Barisan Nasional memerintah, perkara itu patut disiasat dengan telus dan adil menerusi RCI.

"Sekali lagi Pergerakan Pemuda UMNO ingin mengulangi tuntutan agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai hal ehwal pengurusan kewangan dan pelaburan Tabung Haji sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan agar kedudukan sebenar isu Tabung Haji dapat dirungkaikan dan dijernihkan kepada rakyat," katanya dalam kenyataan itu.

Dr. Asyraf turut menulis surat terbuka untuk Mujahid Rawa.

WARKAH TERBUKA BUAT KEKANDA YB MUJAHID

Buat Kekandaku YB Dr Mujahid Yusof Rawa Kursus Perdana Haji bukan medan propaganda politik untuk menghasut bakal-bakal jemaah supaya marah dengan Kerajaan terdahulu dan pengurusan Tabung Haji yang lalu. Jika YB berada pada kedudukan yang benar dan tiada apa yang hendak disorokkan, saya sekali lagi mencabar untuk YB Menteri menggesa kerajaan menubuhkan segera SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA MENGENAI HAL EHWAL KEWANGAN DAN PELABURAN TABUNG HAJI.

Biar rakyat mengetahui cerita sebenar. Daripada awal penubuhan sehinggalah hari ini tak pernah dilaporkan Tabung Haji rugi, bahkan bermula 2009, keuntungan bersih setelah ditolak cukai dan zakat, keuntungan TH mulai melangkaui angka lebih RM1 Billion. Tiba-tiba naik YB Menteri, TH dikatakan rugi, akaun ditipu dan macam-macam tuduhan dan dakwaan. Jika benar akaun dimanipulasi, Jabatan Audit Negara adalah badan pertama perlu keluarkan kenyataan kerana selama ini merekalah yang mengaudit akaun dan laporan kewangan TH. Parlimen juga harus bertanggungjawab kerana dibentangkan dan diluluskan setiap tahun di Parlimen. Sebab itulah yang terbaik tubuhkan segera RCI sebagaimana janji Pakatan Harapan juga dalam manifesto mereka.

Hentikanlah mempolitikkan Kursus Perdana Haji. Biarkan bakal-bakal jemaah memfokuskan kepada hal-hal berkaitan penyempurnaan ibadah Haji dan bukannya dipaksa mendengar ceramah politik Kekanda mengapi-apikan perbalahan dan prejudis. Kadang-kadang terdetik, siapa sebenarnya Pembangkang atau Kerajaan ini? - 27 Jun 2019.

Sarawak Bankrap 2021 - Ini Jawapan Dan Bukti Berfakta Untuk Menteri Kewangan Malaysia.

SYAHIR | SARAWAK BANKRAP 2021?

Baru-baru ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng membuat kenyataan bahawa Sarawak akan bankrap dalam masa 3 tahun jika Gabungan Parti Sarawak dibenarkan untuk terus memerintah selepas Pilihanraya Sarawak yang akan datang.

 

 
Dalam fundraising dinner di hadapan penyokong-penyokong DAP di Kuching, Lim Guan Eng menuduh bahawa rizab tunai Kerajaan Sarawak berjumlah RM30 bilion akan habis digunakan sekiranya Kerajaan Sarawak pimpinan Ketua Menteri Abang Jo terus berbelanja RM11 bilion seperti diumumkan dalam Bajet 2019 tahun lepas.

Lim Guan Eng yang sememangnya terkenal dengan tabiat memetik dan memanipulasi angka berbilion-billion ringgit bagi tujuan meraih sokongan politik nampaknya tidak serik membohongi rakyat seperti sebelum-sebelum ini.




Persoalannya adakah Sarawak bakal bankrap sekiranya GPS terus dipilih oleh rakyat Sarawak untuk pilihanraya yang akan datang?

Daripada mendengar ceramah propaganda Lim Guan Eng, mari sama-sama kita semak fakta dan angka yang diterbitkan oleh Jabatan Audit Negara setiap tahun bagi Kerajaan Sarawak.

Kedudukan kewangan Kerajaan Sarawak sememangnya kukuh dengan rizab tunai Kerajaan atau Kumpulan Wang Disatukan meningkat setiap tahun.

Sejak 2013, rizab tunai Kerajaan Sarawak meningkat daripada RM23.3 bilion kepada RM30.0 bilion pada tahun 2017.






Kedudukan rizab tunai Kerajaan Sarawak pasti juga meningkat pada tahun 2018 berdasarkan rekod pengurusan kewangan Kerajaan Sarawak yang cemerlang setiap tahun.

Sepanjang tahun 2013 - 2017, Kerajaan Sarawak mencatatkan lebihan belanjawan (surplus) setiap tahun kecuali pada tahun 2016 di mana Kerajaan Sarawak mencatatkan defisit RM272 juta kerana hasil royalti petroleum yang berkurang kesan daripada kejatuhan harga minyak dunia yang mendadak pada tahun tersebut.

Tuduhan oleh Lim Guan Eng bahawa Kerajaan Sarawak akan bankrap selepas tiga tahun tidak mengambil kira hasil atau pendapatan yang dikutip Kerajaan Sarawak setiap tahun.

 


Kerajaan Sarawak menjana berbilion Ringgit setiap tahun daripada hasil cukai dan hasil bukan cukai seperti hasil cukai jualan minyak sawit mentah, minyak isi sawit, pampasan gantian hak ke atas hasil minyak dan gas, dividen daripada pelaburan Kerajaan Sarawak dan lain-lain.

Bermula tahun 2019, Kerajaan Sarawak mula mengenakan cukai jualan ke atas produk petroleum yang dianggarkan akan menjana RM3.897 bilion tahun ini.

 


Dengan hasil tambahan inilah Kerajaan Sarawak mengumumkan belanjawan terbesar dalam sejarah Sarawak iaitu RM11.9 bilion.

Jadi tidak timbul isu Kerajaan Sarawak akan menggunakan rizab tunai RM30 bilion untuk menampung perbelanjaan yang diumumkan jauh sekali Kerajaan Sarawak akan bankrap atau muflis.

Sepatutnya Lim Guan Eng dan DAP berusaha menunaikan janji mereka untuk meningkatkan kadar royalti minyak dan gas untuk Sabah dan Sarawak daripada 5% kepada 20%.

Janji ini termaktub di dalam muka surat 114 Buku Harapan iaitu Janji 41: Memastikan ekonomi Sabah dan Sarawak berkembang dengan lebih pesat demi kemakmuran hidup rakyat seluruhnya.

Kerana janji ini masih gagal dipenuhi oleh DAP dan Pakatan Harapan, Kerajaan Sarawak mengambil inisiatif sendiri untuk menjana hasil yang lebih tinggi untuk menampung belanjawan tahunan.

Bukan sahaja Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan gagal memastikan kadar royalti minyak dan gas dinaikkan, malah beliau memaksa Petronas membayar special dividend berjumlah RM30 bilion kepada Kerajaan PH kononnya untuk menggantikan wang tuntutan refund GST kepada peniaga-peniaga.

Rakyat Sarawak perlu menolak Pakatan Harapan terutamanya DAP dalam pilihanraya Sarawak yang akan datang.

Niat mereka hanya mahu berkuasa at all cost.

Di peringkat persekutuan mereka gagal menunaikan janji-janji manis dan palsu dan yakinlah bahawa mereka juga akan gagal di peringkat Sarawak.

GPS di bawah pimpinan Ketua Menteri Abang Jo telah membuktikan bahawa mereka berkebolehan dalam menguruskan Kerajaan Sarawak baik dari segi kewangan kerajaan mahupun kebajikan dan pembangunan rakyat.

Belajarlah daripada kesilapan pengundi di Semenanjung Malaysia.

http://syahir521.blogspot.com/…/…/sarawak-bankrap-2021.html…

Rujukan:

1. Penyata Kewangan Kerajaan Sarawak 2017: https://www.audit.gov.my/…/K…/11%20PK%20SARAWAK%20OFFSET.pdf

2. Penyata Kewangan Kerajaan Sarawak 2016: https://www.audit.gov.my/…/11.%20Penyata%20Sarawak%20LKAN%2…

3. Penyata Kewangan Kerajaan Sarawak 2015: https://www.audit.gov.my/…/sarawak%20-%20laporan%20ketua%20…

4. Penyata Kewangan Kerajaan Sarawak 2014: https://www.audit.gov.my/…/sarawak%20-%20laporan%20ketua%20…

5. Penyata Kewangan Kerajaan Sarawak 2013: https://www.audit.gov.my/…/SARAWAK%20-%20Laporan%20Ketua%20…

6. Ucapan Belanjawan 2019 Sarawak Bagi Tahun 2019: https://cm.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php…

7. Buku Harapan: https://kempen.s3.amazonaws.com/pdf/Buku_Harapan.pdf

Najib Cabar Buktikan Bila Masa Dia Nafi Tak Kenal Jho Low & RM2.6B Tak Masuk Akaun Sendiri..

NAJIB RAZAK | Saya tengok sahabat yang tuduh saya banyak menipu ini sudah parah terkena propaganda penipuan PH.
 

 
Biar saya jawab setiap dakwaan dia:

𝟭. 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝗮𝗿 𝟭𝗠𝗗𝗕 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝘀𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶𝗸 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂𝗮𝗻.

Sahabat-sahabat boleh menilai sendiri:

- 1MDB telah memainkan peranan penting untuk selesaikan isu perjanjian legasi Penjanaan Tenaga Bebas (IPP) berat sebelah pada 2012 yang akan menjimat RM400 bilion untuk kerajaan dan PETRONAS:
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155694076510952/

- 1MDB telah membina atau menaikkan taraf 8 pangkalan pertahanan di Malaysia termasuk Pangkalan Udara Sendayan:
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155757879140952/

- Projek Bandar Malaysia 1MDB bernilai RM140 bilion kini digelar oleh kerajaan PH sebagai projek yang "akan memberi kesan besar kepada ekonomi Malaysia dan berfungsi sebagai hab global bagi menarik lebih banyak firma kewangan, teknologi dan keusahawan global yang berimpak tinggi."
https://www.bharian.com.my/…/projek-bandar-malaysia-disambu…

- Projek TRX 1MDB bernilai RM40 bilion kini digelar sebagai antara aset terbaik Malaysia oleh Guan Eng.
https://www.nst.com.my/…/lge-describes-rm40b-trx-one-malays…

Strategik atau tidak?

𝟮. 𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 𝗝𝗵𝗼 𝗟𝗼𝘄.

Ini adalah satu propaganda pembohongan PH sekian lama kerana saya tak pernah berkata demikian.

Kalau tak percaya, cuba cari link sumber berita sahih bahawa saya pernah berkata demikian.

Jika dapat cari, letak dalam ruang komen di bawah.

Saya juga pernah menjawab dalam parlimen pada tahun 2015 mengenai peranan Jho Low masa itu yang mewakili syarikat PetroSaudi milik putera ke-7 Raja Saudi Arabia:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155730470920952

Tambahan pula ialah sebelum saya menjadi PM dan Terengganu Investment Authority (TIA) diambil alih oleh kerajaan perseketuan dan dijenamakan semula sebagai 1MDB, Jho Low sudahpun dilantik sebagai penasihat TIA oleh pihak lain.
https://www.malaymail.com/…/in-jho-low-magazine-sees…/514425

𝟯. 𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗥𝗠𝟮.𝟲 𝗯𝗶𝗹𝗶𝗼𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮.

Ini juga satu lagi propaganda pembohongan PH sekian lama kerana saya tak pernah berkata demikian.

Kalau tak percaya, cuba cari link sumber berita sahih bahawa saya pernah berkata demikian.

Apa yang saya pernah kata ialah jika mahu mencuri pun takkan nak letak dalam akaun atas nama sendiri.

𝟰. 𝗦𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗷𝘂𝘁 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗥𝗠𝟰𝟮 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮.

Seperti didedahkan dalam mahkamah oleh seorang saksi yang pernah bertemu saya pada akhir tahun 2015 selepas beliau dilepaskan dari reman SPRM, saya terkejut apabila diberitahu ada kemungkinan bahawa sumber dana yang dimasukkan dalam akaun saya oleh pihak lain boleh dikesan akhirnya datang dari SRC.

Dana tersebut yang kini dalam perbicaraan ini juga didakwa dipindah kepada sebuah anak syarikat SRC dan disalurkan kepada sebuah syarikat swasta lain yang menjalankan projek-projek kebajikan (CSR) sebelum didakwa membayar kepada akaun saya.

Perlu ingat bahawa SRC tidak pernah memindah dana kepada saya secara terus dan bukan saya yang mengendali dan menguruskan akaun bank ini walaupun di atas nama saya.

𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘵𝘪𝘱𝘶 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘱𝘰𝘴𝘵𝘦𝘳-𝘱𝘰𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘥𝘢𝘯 𝘨𝘢𝘮𝘣𝘢𝘳-𝘨𝘢𝘮𝘣𝘢𝘳 𝘱𝘳𝘰𝘱𝘢𝘨𝘢𝘯𝘥𝘢 𝘗𝘏.

𝘔𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘣𝘶𝘬𝘵𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘰𝘩𝘰𝘯𝘨.

Satu Ketika Dulu Mark Koding Juga Pernah Bahaskan Di Parlimen Sekolah Vernakular Perlu Ditutup..

Kamarul Yusoff | ISU PENUTUPAN SEKOLAH VERNAKULAR: NGA KOR MING JAHIL UNDANG-UNDANG

Saya terkejut membaca kenyataan media Ahli Parlimen Teluk Intan yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming, yang meminta DAPSY membuat laporan polis ke atas perwakilan PAS, Salamiah Mohd Nor II, yang mendesak supaya sekolah vernakular dihapuskan.




 
Kata Nga Kor Ming, gesaan demikian adalah bersifat menghasut kerana sekolah vernakular didakwa dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Untuk makluman Nga Kor Ming, seorang Ahli Parlimen dari Sabah, Mark Koding, telah membuat desakan sama dengan desakan yang dibuat oleh Salamiah ini pada 11 Oktober 1978.

Ekoran ucapan beliau itu, Mark Koding telah dihadapkan ke mahkamah yang berakhir dengan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa “the accused is not guilty of sedition when he advocates for the closure of Tamil or Chinese schools” (“Mark Koding adalah tidak bersalah kerana menghasut apabila beliau menganjurkan penutupan sekolah-sekolah Cina dan Tamil”).

Begitupun, Mark Koding tetap didapati bersalah di bawah Akta Hasutan oleh Mahkamah Persekutuan kerana anjuran beliau bahawa “sekiranya tindakan-tindakan ini (menutup sekolah-sekolah jenis tersebut dan menyekat sama sekali penulisan papan-papan tanda dalam bahasa-bahasa itu) kelak bertentangan dengan Artikel 152 Perlembagaan maka kita harus merombak Perlembagaan tersebut demi kepentingan rakyat dan negara” kerana “the ban on questioning the existence of Articles 152, 153 or 181 of the Federal Constitution is made absolute by paragraph (c) of section 3(2) of the Sedition Act” (“pengharaman ke atas mempersoalkan kewujudan Perkara-Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan dijadikan mutlak oleh perenggan (c) seksyen 3(2) Akta Hasutan”).

Keputusan Mahkamah Persekutuan ini diperkukuhkan lagi oleh kenyataan seorang pakar perundangan perlembagaan negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, antaranya ialah di dalam wawancara beliau dengan Shahanaaz Habib yang disiarkan oleh akhbar The Star milik MCA pada 5 Mei 2013 (bertajuk “GE13: No Need For Two-Thirds To Govern”) bahawa sekolah vernakular adalah tidak dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan penuh beliau adalah berbunyi: “The fact that you have in this country Chinese and Tamil schools too is remarkable. The Chinese and Tamil schools are actually not protected under the constitution... I've heard Chinese say that Chinese education is non-negotiable. I am fascinated by that. It's not in the constitution” (“Hakikat bahawa terdapat sekolah-sekolah Cina dan Tamil di negara ini juga adalah luar biasa. Sekolah-sekolah Cina dan Tamil sebenarnya adalah tidak dilindungi di bawah perlembagaan... Saya pernah mendengar orang-orang Cina menyebut bahawa pendidikan Cina adalah tidak boleh dirundingkan. Saya terpesona dengannya. Ia tiada di dalam perlembagaan”).

Sebab itulah ramai tokoh politik dan tokoh pendidikan negara, termasuklah Tan Sri Abdul Rahman Arshad, bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, telah turut pernah membuat desakan sama tanpa dikenakan sebarang tindakan pun.

Adalah memalukan untuk seorang pemimpin tinggi DAP yang juga memegang jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat untuk tidak mengetahui perkara asas dalam perlembagaan negara seperti ini.

UCAPAN MARK KODING SEWAKTU MENJUNJUNG TITAH UCAPAN DIRAJA DI DALAM SIDANG DEWAN RAKYAT PADA 11 OKTOBER 1978

“Tuan Yang di-Pertua, masanya sudah tiba bagi Dewan yang mulia ini untuk memutuskan sama ada kita akan terus membenarkan sekolah-sekolah China dan Tamil dan bahasa-bahasa tersebut di papan-papan tanda di jalan-jalan raya di negeri itu. Saya seratus peratus berpendapat bahawa kita harus menutup sekolah-sekolah jenis tersebut dan menyekat sama sekali penulisan papan-papan tanda dalam bahasa-bahasa itu. Sekiranya tindakan-tindakan ini kelak bertentangan dengan Artikel 152 Perlembagaan maka kita harus merombak Perlembagaan tersebut demi kepentingan rakyat dan negara. Kalau kita gagal melakukan hakikat ini bermakna kita menghampakan amanah yang diamanatkan oleh rakyat dan juga melenyapkan harapan dan aspirasi generasi baru kita yang tidak mahu melihat negara mereka dicap oleh identiti orang asing. Adakah kita mahu mewujudkan identiti kita atas asas kemelayuan, kechinaan atau keindiaan? Saya rasa sudah pasti kemelayuan atau kebumiputeraan kerana tidak ada alternatif yang lain demi survival negara kita. Kalau langkah-langkah ini juga ditentang dengan bertopengkan demokrasi kita haruslah menginsafi bahawa penyakit yang kita alami sekarang ini adalah berpunca daripada demokrasi. Rakyat telah jemu dengan patriotism yang berpura-pura. The democratic government is government by public opinion—the majority public opinion. Pendapat majoriti daripada rakyat hari ini ialah untuk menutup sekolah-sekolah aliran China dan Tamil dan juga penggunaan bahasa-bahasa itu di papan-papan tanda.”

PAS Desak Minta Maaf, SPRM Dedahkan Bukan 41 Jer Yang Terima Duit 1MDB..

THE MALAYSIAN INSIGHT | BUKAN hanya 41 pihak saja tetapi ada banyak lagi penerima duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) agensi anti rasuah, Azam Baki.
 

 
“Ya, banyak lagi,” katanya ringkas kepada wartawan di luar mahkamah di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan apakah ada lagi pihak lain, selain 41 individu, syarikat, pertubuhan dan parti politik yang sedang berdepan tindakan pelucutan hak di mahkamah sekarang.

Jelas beliau, mereka yang di luar senarai 41 pihak yang didedahkan sebelum ini boleh dipanggil untuk siasatan oleh SPRM.

Pada 21 Jun lalu, SPRM mengemukakan permohonan di mahkamah menuntut wang yang diterima oleh 41 pihak daripada bekas Perdana Menteri Najib Razak yang didakwa diseleweng dari dana 1MDB.

Sehari selepas itu, Ketua Pemuda PAS yang baharu Khairil Nizam Khirudin mendesak Pakatan Harapan meminta maaf kerana memfitnah parti Islam itu menerima duit dari Umno yang dikaitkan dengan 1MDB, yang kesnya sedang disiasat oleh SPRM.

Tindakan sivil oleh SPRM dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Amla) bagi mendapatkan wang berjumlah RM270 juta.

Antara yang terlibat ialah ibu pejabat Umno dan enam pejabat Umno negeri iaitu Kelantan, Selangor, Kedah, Pahang, Johor dan Sabah, serta dua Umno bahagian iaitu Pekan dan Johor Bahru.

SPRM turut menyenaraikan beberapa syarikat antaranya agensi pengurusan majlis Binsabi Sdn Bhd, syarikat pelancongan termasuk umrah dan haji Rayhar Travels Sdn Bhd, serta syarikat tekstil Jakel Trading dan Jakel Trading Sdn Bhd. - 26 Jun 2019.

Apa Dah Jadi Dengan Wang RM51j Yang Dirampas Dari Rumah Penjawat Awam? - Shahrir Samad.

SHAHRIR SAMAD | Pada 3hb Julai 2018, iaitu setahun dulu, Dato Shukri selaku Ketua SPRM telah minta 408 pemegang akaun yang telah dibeku olih SPRM untuk secara sukarela menyerahkan wang dalam akaun-akaun itu kepada SPRM.
 

 
Ianya diikuti dengan ugutan tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak ikut arahannya. Ketika itu, saya sedang ditemubual olih SPRM mengenai akaun saya yang telah menerima sumbangan dari Presiden UMNO ketika itu, Dato Seri Najib. Sumbangan itu adalah untuk tujuan politik di JB, termasuklah menyiapkan rumah-rumah pangsa Sri Anugerah yang telah tergendala pembinaannya.

Reaksi saya, apabila ditanya olih pemberita, ialah haruslah penyiasatan yang telah baru dimulakan itu diteruskan sahaja kerana proses undang-undang patut dilalui sepenuhnya. Ini menepati "Rule of Law" yang menjadi antara tonggak utama negara kita.

Apabila saya dipanggil pula olih PDRM untuk ditemubual tentang perkara yang sama 4 bulan kemudian, saya bertanya kepaad pihak Polis, apa jadi kepada wang RM51 juta yang dijumpai dalam rumah seorang penjawat awam Sabah. Mengapa, saya tanya, kita tidak dengar pun perkembangan kes itu. Ianya jatuh senyap begitu sahaja. Saya diberitahu, betul atau tak, yang wang itu telah dirampas olih SPRM dan kes itu, agaknya, selesai.

Seminggu lepas, Ketua Persuruhjaya SPRM yang baru pula mengumumkan nama-nama 41 individu, syarikat, yayasan, pertubuhan bukan-kerajaan dan politik yang akan dikenakan "civil forfeiture" atau lucuthak terhadap wang dalam akaun-akaun berkenaan. Maka dari 408 dah tinggal 41 akaun yang akan dikenakan tindakan undang-undang yang memberi kuasa kepada SPRM diatas syak yang munasabah.

Apa yang menarik minat saya kali ini ialah kenyataan Lateefah Koyah disambut segera olih ketua-ketua sayap pemuda PKR dan PPBM. Kalau masa Shukri umumkan, tidaklah adanya reaksi ghairah dan segera olih parti-parti politik pemerintah. Mungkin kerana Shukri seorang penjawat awam dan Lateefah seorang bekas pemimpin PKR dan fakta ini mungkin yang membawa reaksi yang berbeza ini.

Seharusnya Akmal Nasir selaku Ketua AMK PKR berhati-hati sedikit dalam menyambut pengumuman Lateefah kerana umum mengetahui adanya hubungan politik diantaranya dengan Lateefah dalam PKR satu masa dulu.

Tetapi saya faham.

Dalam keadaan timbalan presiden PKR berdepan dengan kontroversi video di bilik hotel Sandakan dan adanya seorang ketua AMK bahagian mengaku bahawa dia bersama Azmin Ali dalam video itu, tidak menghairankanlah apabila Ketua AMK PKR menyarankan sebagai keutumaan supaya pilihan sukarela (seperti dilakukan DiCaprio dan Miranda Kerr di Amerika Syarikat) juga menjadi pilihan UMNO.

Timbalan presiden PKR juga tidak mahu memilih proses undang-undang untuk menyelesaikan kontroversi video itu. Walaupun dicabar olih Haziq yang sudah mengaku penglibatannya dan mendakwa Azmin sbg pasangannya.

Ketua AMK PKR seperti bossnya juga tidak terlalu gemar kepada proses undang-undang yang menjadi pilihan UMNO apabila berdepan dengan tindakan SPRM. Betullah timbalan presidennya pun berhak kalau tak mahu kepada proses undang-undang untuk membersihkan namanya dari tuduhan Haziq. Lagi pun PM PH dan PKR sendiri mampu membersihkan namanya secara politik.

Bagi yg 41 ini, terutamanya UMNO, mereka lebih rela berserah kepada pengadilan olih mahkamah, iaitu secara telus dan terbuka. Ia tentunya lebih bermaruah dari pembersihan secara politik kerana pemulihan imej UMNO mengharuskan pemimpin-pemimpin parti itu menghormati proses undang-undang. Apatah lagi, sistem perundangan negara telah dibina semasa pemerintahan UMNO dan BN semenjak Merdeka lagi.

PKR bolih memilih cara politik dan di luar undang-undang kerana ia parti pemerintah.

Terserahlah kepada prinsip perjuangan masing-masing.

Rabu, 26 Jun 2019

Menteri Pengangkutan Nafi Buang Memo Pemandu Teksi Dalam Tong Sampah.

BERNAMA | SETIAUSAHA Politik Menteri Pengangkutan Mohamad Dahlan Maamor hari ini membuat laporan polis bagi menafikan dua tuduhan dilemparkan Gabungan Teksi Se-Malaysia (GTSM) yang disifatkan sebagai fitnah dan tidak berasas.
 

 
Beliau yang ditemui pemberita selepas membuat laporan di IPD Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berkata ia berkaitan tuduhan enggan bertemu dengan wakil GTSM yang datang ke Kementerian Pengangkutan pada 19 Jun lepas dan tuduhan membuang memo yang diterima daripada GTSM dalam bakul sampah.

“Jadi hari ini saya tampil untuk buat laporan dan beri keterangan berdasarkan fakta mengenai apa sebenarnya yang berlaku pada 19 Jun,”
katanya.

Menurut Mohamad Dahlan, beliau difahamkan pihak GTSM juga membuat laporan polis terhadapnya kononnya beliau melabel pemandu teksi yang berhimpun di Kementerian Pengangkutan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri kementerian itu sebagai membuat kecoh. - 26 Jun 2019.

Kerana Azmin, Khairuddin Dan Ummi Hafilda Berbalas Kata-Kata Kesat Dan Maki Hamun..

SOSMED | Tindakan Ummi Hafilda Ali, adik kandung kepada Menteri Ekonomi, Azmin Ali yang berterusan mengkritik menteri itu sebagai 'bermain jubo' mengundang reaksi balas dari Datuk Khairuddin Abu Hassan.

Menurut Khairuddin, Ummi tak sepatutnya memanjangkan permusuhannya dengan Azmin Ali kerana itu tidak melambangkan ajaran Islam yang tulen. Apatah lagi Ummi juga bukanlah suci dan bersih sepertimana yang digambarkan.

Khairuddin turut menempelak Ummi sebagai sengaja mencari publisiti murahan bagi kekal relevan di persada politik tempatan.

Untuk rekod, sejak video skandal seks yang membabitkan Azmin dan Haziq didedahkan, Ummi berterusan mengkritik abangnya itu sebagai peliwat. Malahan mendakwa pernah membawa abangnya ke hospital bagi menerima rawatan kerana diliwat.

Meskipun tuduhan Ummi itu mendapat serangan balas dan dikritik penyokong PH dan Azmin Ali, Ummi tetap mempertahankan dakwaannya dan melakukan tuduhan bertubi-tubi tanpa henti.

Berikut teguran tersebut;

KHAIRUDDIN ABU HASSAN | UMMI HAFILDA ALI INGAT DIA ITU SUCI DAN BERSIH SANGAT?! CERMINKAN DIRINYA TERLEBIH DAHULU!!

Apa ummi hafilda ali ingat dia itu terlalu suci, bersih dan warak sangat?! Permusuhan dia secara berpanjangan dengan abang kandung sendiri sudah melambangkan dia sendiri tak ikuti ajaran agama islam secara tulen berteraskan kepada al-quran serta as-sunnah!!

Saya hormati saudara azwan ali yang sekurang-kurangnya sedar dan insaf memohon maaf dengan darah daging sendiri dan tak mahu bermusuh secara berpanjangan dengan dato seri azmin ali!!

Saya tak faham manusia jenis apa ummi hafilda ini yang tekad bermusuh secara begitu berpanjangan dengan abang sendiri!!

21 tahun yang lepas saya pun pernah bermusuh dengan dato seri azmin ali tetapi sebagai seorang mukmin akhirnya kita kena insaf dan berbalik kepada ajaran agama islam!! Kita berpegang erat pada ajaran agama islam yang melarang permusuhan secara berpanjangan!!

Kami bermaaf-maafan secara bersama di atas segala kelemahan di masa lampau dan terus ‘buang yang keruh ambil yang jernih!!’

Walaupun dato seri azmin ali pada waktu itu seorang berjawatan menteri besar; beliau amat berjiwa besar!!

Sesungguhnya, dato seri azmin ali senantiasa menghulur tangannya kepada sesiapapun yang ikhlas ingin bermaafan dengan beliau.

Itulah keperibadian dato seri azmin ali yang senantiasa pandang kehadapan secara berjiwa besar!!

Tiada alasan langsung khususnya buat ummi hafilda untuk hendak bermusuh secara berpanjangan mahupun berlarutan dengan abang dia sendiri!!

Tambahan pula permusuhan itu di antara dan sesama darah daging sendiri!!

Ummi hafilda harus cerminkan mukanya terlebih dahulu!! Gunalah cermin yang sebesar mungkin bagi melihat sendiri wajahnya itu!! Apakah dia itu terlalu sempurna?!

Namun, kita tak perlu risau serta gusar kerana semua orang tahu keperibadian ummi hafilda yang senantiasa mahu mencari publisiti murahan saja!!

Dia hanya mahu terus relevan dalam berita-berita mutakhir di tanahair kita semata-mata!! Bagi saya ummi hafilda ini hanyalah seorang ‘attention seeker’ yang tiada kredibiliti!!

Seandainya ummi hafilda sendiri tak boleh nak taat pada ajaran agama islam yang melarang permusuhan khususnya dengan darah daging sendiri secara berlarutan puluhan tahun; saya ingin sarankan kepada beliau agar kunci mulut dan duduk diam-diam cukuplah!!

Sudah sampai masanya ummi hafilda muhasabah diri dan saya pun amat mengenali keperibadian beliau!!
Bagaimanapun teguran itu tidak mendapat reaksi yang baik dari Ummi. Disebabkan geram, Ummi akhirnya mendakwa telah mendedahkan beberapa rahsia hidup Datuk Khairuddin.

Berikut kenyataan penuh Ummi Hafilda Ali;

UMMI HAFILDA ALI | Bila bapok tua bercakap ini lah level nya.. bapak segala barua dan penjilat.. puii.... apa kau kata aku attention seeker tiada kredibiliti.. itu balik pada kau..dalam kes melawan anwar ibrahim tahun 97/98.. kau sapa bangsat. Takde kena mengena tapi terhegeh hegeh kau ikut aku adik beradik gi court semata mata nak tumpang publisiti.. aku tak perlu cari publisiti murahan lah..sebab tun m sendiri mintak aku jadi saksi utama dalam kes salahlaku anwar kerana sayalah penulis surat keramat salahlaku tpm setebal 22 muka surat.. kau sapa bangsat.. nama pun takde dalam senarai sapina.. kecuali 2 kakak aku.. azwan dan myself yang perlu hadir di mahkamah selama 100 hari.. kau sapa bangsat masa tu sepak kertas kan dok tipu sana sana.. berapa banyak tauke tauke cina yang kau tipu dok jual nama tun n nama pak lah al konon pak lah sedara kau.. anwar sedara kau.. macam macam kau punya gebang..

Dato KK Presiden Brand Laurette Malaysia sampai mengadu pada aku yang kau tipu dia punya banyak sampai tergadai rumah maknya.


Itu. Belum lagi cita kau tipu hamizura osman 100k siap bagi cek tendang yang akaun bank pun dah tutup lama sampai zura buat lapuran polis baru kau kelam kabut call dia dan janji bayar sikit sikit.. itu belum lagi cita dato sam korporat kau tipu kata kau rapat ngan tun m n kalau nak jadi calun kau boleh dapat kan.. dan mintak dato tabur duit kat kau. Siap merayu mintak kereta bagai..by end of the day bila nama dato tak tersenarai dalam pencalunan.. dato call aku cita segalanya.. banyak lagi kes yang keji lah kau buat belakang tabir setan.. aku tak dedah kan.. tapi kau dah melampau nak aibkan aku tanpa alasan kukuh.. maka aku pun ada hak nak bagi tau seluruh msia sapa kau.. heran org senajis kau ni dr m still nak berurusan.. itu belum lagi kes kes skandal kau dengan artis tu sampai bini kau bergaduh dengan dia kan openly baru baru ni.. Itu belum lagi dato kk cerita tolong supply kat kau segala yang meloya kan aku dengar kat lorong bukit bintang.. dato kk ada menyimpan gambar gambar tu dan tunjuk pada aku.. kau cita apa setan.


Tak payah lah tup tup semata mata nak jadi barua jemin dan penjilat.. nak serang aku pulak.. antara aku dan azmin itu hak aku. Dia abang aku yang dah banyak buat arwah mak tom menderita dan seksa.. kau tau apa bapok.. kau yang perlu shut up.. sah sah video tu pakar forensik australia kata sahih. Biar lah haziq seret jemin jubo ke mahkamah.. kalau nanti jemin kalah dalam kesnya dengan haziq.. mana kau nak letak muka hodoh kau yang pecah pintu tu..

Ini bukan soal gaduh adik beradik lagi. Ini soal halatuju negara yang amat kritikal.. kepada sapa negara ini harus di serah kan.. BALA LAH PADA UMMAH DAN SELURUH NEGARA KIRANYA KITA MENGHALALKAN CARA MENBENARKAN ORANG MAIN BELAKANG JADI PM.. gila weii.. tak sanggup..walaupun melibatkan darah daging..


NABI NOH PUN SANGGUP LIHAT ANAKNYA MATI KARAM DI DEPAN MATANYA SENDIRI KERANA KEMUNGKARAN..YANG MENJADI SEJARAH DAN IKTIBAR BERABAD LAMA NYA.. tak kan kepada 2 peliwat tegar ni.. Azmin dari seawal 24 tahun bila ditibai anwar.. kau pun tau kan.. dulu kau pun hentam dia kan.. tup tup bila dia jadi mb selangor..k au terhegeh hegeh lak gi jilat dia apa hal.. so sapa yang tiada kredibiliti.. sapa yang sampah.. sapa yang opportunist.. aku tetap konsisten dari 20 tahun lepas bahawa 2 ekor ni.. azmin dan anwar tetap tak layak untuk menjadi pemimpin apatah lagi untuk menerajui negara ni.

Kalau dorang bukan pemimpin aku pun tak kisah lah lantak lah dosa kamu tu kamu berjawab lah dgn allah...termasuk kau bapok tua.. ada aku kisah selama ni.. sebab kau bukan pemimpin..tak layak apa pun.. kecuali menjadi pengampu..pengipas dan barua dan suka menempek pada perjuangan orang lain.. kau lupa ke kau terhegeh hegeh ucap tahniah kat aku di pwtc kata ummi u are truely fighter.. dan u have done a lot for the nation dan the country.. kau lupa ke barua .. tiba tiba hari ni pulak kau beralih arah serang aku apa hal.. just because jemin menteri ekonomi ..kot kot dapat lah serpihan menyakau nanti..


kau lupa ke setan terhegeh hegeh kau mintak no azmin pada aku lepas dia jadi mb selangor dan kau sendiri ngaku nak mintak duit dan projek.. kau lupa ke.. selama ni ada ke aku dedah kan kat orang..babii.. orang tak kacau kau.. kau patut bersyukur .. sebab kau terlalu najis dan keji walaupun dah tua nak mampus.. 57 tahun dah kau ni.. persiapan masuk kubur... sibuk pulak dia mengaibkan kita tak tentu pasal.. hal aku dan azmin kau tak payah campur lah.. biar takdir allah dan mahkamah menentukan nanti.. patut masing masing dah tua. Buat lah yang lebih baik dari sebelum nya. Buang lah segala kekejian akhlak n sifat kalau ada sebelum nya..ingat lah mati..ini tidak dah 55 still menjubo lagi ke. 

Dengan pangkat anak pulak tu.. Haziq baru 26.. puiii.. patut sebagai abang dia tunjuk kan contoh teladan yang baik pada adik adik ini tidak memalu kan keluarga berpuluh tahun dari kes jual bini.. lacur kan diri.. derhaka dan buang mak macam sampah selama 6 tahun rompak ratusan juta harta negara sampai tak pasal pasal timbalan gabenor dato murad terpaksa merengkok 7 tahun dalam penjara kerana ikut arahan anwar transfer kan 3 billion kepada 20 master account dan salah seorg penerimanya syamsidar taharin 200 juta.. kau lupa ke. Setan. Dulu kau maki kaw kaw bila jemin jatuh takde jawatan. Now bukan main pulak kau menjilat ya

Kau mengaku satu dunia konon kaulah penerbit buku 50 dalil puii.. dasar penipu putar alam.. itu buku terbitan arwah dato khalid jefri.. kau hanya jadi barua tolong jual.. sebab kau sepak kertas masa tu.. takde job kan.. bila arwah meninggal dengan bangganya kau mendabik dada mengaku kau lah penerbit buku 50 dalil.... KAU YANG PATUT CERMIN DIRI KAU.. SAMPAH.. - 26 Jun 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...