Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 26 November 2016

Zunar Ditahan Polis - Kartun Lawannya Kartun, Bukan Halang Hak Berkarya!

Kartunis kontroversi, Zulkiflee SM Anwarul Haque, lebih dikenali sebagai Zunar, 54, ditahan di balai polis Timur Laut di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata polis akan menahannya selama 24 jam untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, jika perlu polis akan memohon mahkamah untuk reman.


(Bernama)



Pelik bin ajaib.

1. Yang kena kacau Zunar.

2. Yang kena tumbuk 4 kali pun Zunar.

3. Yang kena cekak kolarnya pun Zunar.

4. Yang hasil seni dirosakkan pun milik Zunar.

5. Alih-alih Zunar pula ditahan polis?

Hmmmmmmmmm..

Jumaat, 25 November 2016

Tidak Benar Pasangan Suami Isteri Yang Mengasari Penguatkuasa MBSA Dibebaskan DAP.. - Tak Pasal-Pasal DAP Dipersalahkan..

Apa kena mengena kan?

Kalau ada orang Islam pergi membunuh, Islam ke kita salahkan?

Kalau ada orang melayu pergi merompak, melayu ke kita salahkan?

Nampaknya bebudak bloggers UMNO dah mula spin dalam isu neh. Dorang sebarkan benda yang bukan-bukan sampai ada orang yang percaya pula tu. Malas la cakap la sapa. Budak-budak yang anti DAP suka la percaya benda macam neh laju-laju. Aku rasa korang pun faham sapa.

Dengan poster bagai.



Bloggers UMNO sebar benda karut dan ada yang percaya tau.



Betul ke MBSA arah tarik balik laporan polis tu?

Jawapannya, tidak.

Perkara ini disahkan sendiri oleh big boss kepada pegawai polis tau!


Ini antara yang dorang sebarkan ;


(sumber)

Ini pula laporan media arus perdana ;


Tidak betul pasangan itu dibebaskan. Malahan mereka telah mengakui bersalah pun atas pertuduhan. 


Dua individu yang mengasari anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika menjalankan tugas di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, semalam, dihukum penjara 14 hari. 

Hukuman dijatuhkan Majistret P Sarulatha selepas pasangan suami isteri itu, Lor Ka Hoo, 35, dan Tan Sit Fun, 30, mengaku salah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang. 

Sarulatha turut memerintahkan tertuduh membayar denda RM3,000 seorang dan jika gagal, tertuduh diarahkan penjara tujuh hari. 
Bagaimanapun, Sarulatha membenarkan penangguhan hukuman sehingga selesai rayuan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang.

(Sumber)

Mereka dah pun mengaku bersalah dan terima hukuman. Mereka dalam proses rayuan dan sementara menunggu keputusan proses rayuan mereka dibenarkan untuk ikat jamin.

Ini cerita dia. 

Bukannya dah dibebaskan.

Nak bebaskan macam mana juga bila masing2 dah mengaku salah. Suka ahti je sebarkan benda karut-marut. Yang aku pelik ramai pula melayu yang gile p percaya.



Dah banyak portal laporan berita tu. Yang pergi percaya sebaran karut buat apa. Tak ke bodoh namanya tu?

Aku baca kat video tersebut. Ya Tuhan. Yang cina melayu masing-masing bergaduh sesama sendiri. Penuh komen-komen racist sakit menyakiti antara satu sama lain.

Puncanya sebab apa?

Sebab melayu masih fikir dia melayu.
Cina masih fikir dia cina.
India masih fikir dia india.

Kalau la semua kaum di Malaysia boleh fikir dia malaysians, aku tak rasa kita akan bergaduh macam neh.

Video yang dimaksudkan. Masing-masing berbalah di ruangan komen. Yang racist dah buka topeng masing2. Inila masanya nak tunjuk hero la katakan.

Btw, walaupun aku tak menyokong tindakan menghalang penjawat awam menjalankan tugas, tetapi pasangan suami isteri itu mesti diberikan ruang juga untuk menjelaskan kenapa dorang buat kerja gila macam tu. Bukan nak halalkan tindakan dorang ke apa, tetapi at least kita tahu sebabnya. Daripada kita berspekulasi sesama sendiri dan buat andaian bukan-bukan kan bagus juga kita diberitahu kenapa mereka berdua kacau tugas penjawat awam, betul tak?


Hadi Tangguh Bahas #RUU355 Sebab Draf Asal Telah Dipinda Kata Nasruddin - Tetapi Kenapa Hadi Tak Sebut Dalam Parlimen?

Aku perhati je perangai penyokong2 dan ahli2 PAS dalam isu #RUU355.

Ini kenyataan rasmi dari Ketua Penerangan PAS Pusat - Nasrrudin Hasan yang menjelaskan kenapa Tuan Guru Hadi Awang memohon menangguhkan perbahasan dalam usul #RUU355.


Baca kenyataan dia terlebih dahulu ;

Al Bayanul Mubin. Siri 38 
24 November 2016 : 24 Safar 1438H 

*Langkah "Pindaan Akta 355"* 
*Maju Setapak Ke Hadapan.* 
Oleh: Nasrudin bin Hassan 
Ketua Penerangan PAS Malaysia 

(Mohon maaf, artikel ini agak panjang kerana bermaksud memberi pencerahan atas isu yang berlaku. Harap baca dengan dengan tenang) 

1. Hampir genap 6 bulan selepas 26 Mei 2016 yang lalu, Usul Pindaan Akta 355 sekali lagi dibentang sebagai Rang Undang Undang Ahli Persendirian (Private Members Bill) oleh YB Marang Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. 

2. Alhamdulillah, pembentangan kali ini menunjukkan kemajuan setapak ke hadapan apabila YB DS Tuan Guru diberi kebenaran oleh Dewan Rakyat menurut Peraturan Mesyuarat 49(1) yang dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 28, mengemukakan pindaan kepada usul asal beliau yang lebih memperincikan bidang kuasa Mahkamah Syariah iaitu: ~ 3 tahun penjara kepada 30 tahun ~ 5 ribu ringgit denda kepada 100 ribu ringgit ~ 6 kali sebatan kepada 100 kali sebatan mengikut tatacara syariah. 

3. YB DS Tuan Guru melalui Peraturan Mesyuarat 15(5), telah memilih untuk menangguhkan perbahasan ke peringkat bacaan kali pertama pada persidangan akan datang. Alasan yang dikemukakan oleh YB DS Tuan Guru ialah : "Memandangkan pindaan ini memerlukan kefahaman yang jelas, walaupun sudah ada secara bertulis yang diedarkan, namun masih ada lagi kekeliruan dan berbagai-bagai polemik di luar dewan ini melibatkan semua pihak. Walaupun undang-undang ini khusus bagi penganut islam sahaja berkait dengan kuasa raja-raja namun masih ada pertikaian dan perbahasan yang hangat, maka saya pohon untuk membuat huraian pada sesi akan datang selaras dengan peraturan mesyuarat 15 (5)." 

4. Saya melihat langkah ini sangat berhikmah dan tenang dari YB DS Tuan Guru Ahli Parlimen Marang selaku pembawa usul. Berhati-hati, tidak gopoh dan lebih bersikap terbuka untuk pindaan usul ini diberi masa kepada semua muslim dan non muslim termasuk ahli-ahli parlimen agar memahami dengan baik subjek pindaan usul yang telah dibuat. 

5. Subjek pindaan terhadap usul yang telah dikemukakan itu adalah hasil respon balas pelbagai pihak selepas 6 bulan ruang perbahasan dan penelitian dibuka kepada umum sejak 26 Mei 2016 yang menyaksikan pembentangan kali pertama oleh YB DS Tuan Guru dan kemudiannya menangguhkan perbahasan. 

6. Selayaknya hari ini pada tanggal 24 November 2016, ahli - ahli parlimen telah mula boleh membahaskan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bagi maksud meminda Akta 355 tersebut. Tetapi oleh kerana terdapat pindaan yang terpaksa dilakukan pada draf usul yang asal maka YB DS Tuan Guru sebagaimana yang saya nyatakan tadi, memilih untuk menangguhkan perbahasan supaya subjek pindaan itu dapat diamati dan diteliti oleh semua termasuk ahli-ahli parlimen serta mengharapkan perbahasan yang masak dan matang pada persidangan akan datang yang dijangkakan berlangsung pada bulan Mac tahun hadapan. 

7. Pelbagai tohmahan dan nista dilemparkan kepada YB DS Tuan Guru khasnya dan PAS amnya atas sikap dan langkah yang diambil. Meskipun begitu, PAS tetap dengan sikap dan keputusan yang diambil malah optimis dengan keputusan yang dibuat seraya mengharapkan doa dari semua pihak agar usaha murni ini berjaya dilunaskan dengan baik. 

8. Pada 26 Mei 2016 yang lalu, mereka menuduh PAS bersekongkol dengan UMNO BN apabila PAS mendapat ruang membentangkan usul Pindaan Akta 355 di Parlimen. Mereka menolak dan membantah, kenapa YB DS Tuan Guru dibenarkan membawa Private Members Bill ke Parlimen dengan pelbagai alasan. (Boleh rujuk hansard parlimen dan juga video perbahasannya di youtube.) 

9. Hari ini 24 November 2016, mereka sekali lagi melontarkan tohmahan dan mendakwa bahawa PAS ditipu dan dipermainkan oleh UMNO BN kerana menangguhkan perbahasan. Kononnya mereka mahu membahas dan menyokong usul pindaan Akta 355 tersebut pada hari ini juga. Sedang sebelum ini mereka tidak pernah menyatakan sikap yang jelas untuk menyokong usul pindaan Akta 355 ini. 

10. Inilah harga yang terpaksa dibayar oleh PAS bagi memastikan hak undang-undang syariat Islam dapat ditempatkan pada ruang yang ada dalam undang-undang negara kita. Saya menyeru supaya semua pihak dapat bersabar dan tidak membuat spekulasi yang negatif apatah lagi menghamburkan 1001 tohmahan dan fitnah kepada YB DS Tuan Guru juga kepada PAS atas usaha murni ini. 

11. Akta 355 ini dibuat pada tahun 1965 oleh Parlimen dengan bidang kuasa denda tidak lebih 1000 ringgit dan penjara tidak lebih 6 bulan. Selepas 19 tahun kemudian, ia dipinda pada tahun 1984 dengan bidang kuasa baru iaitu penjara tidak lebih 3 tahun, denda tidak lebih 5000 ringgit dan sebat sebanyak 6 kali. 

12. Selepas 32 tahun, barulah Akta 355 ini dapat peluang untuk dipinda lagi. Pindaan kali ini diusulkan oleh YB DS Tuan Guru Ahli Parlimen Marang melalui Rang Undang-Undang Ahli Persendirian. Bidang kuasa yang dicadangkan pindaannya adalah ke arah menepati undang-undang syariat sebagaimana yang saya nyatakan pada point ke 2 di atas. 

13. Menariknya, sewaktu Akta 355 ini dibuat pada 1965 dan pindaannya pada 1984 serta 1989 tidak pula mencetus pertikaian. Malang apabila pindaan cuba dilakukan lagi pada tahun 2016 ini ke arah memperkasa dan memberi hak Mahkamah Syariah berhukum dengan undang-undang Syariat, maka ia dijadikan polemik dan pertikaian. 

14. Sebagaimana kita boleh bersabar menanti detik bersejarah ini, sejak 1965 kemudian 1984 dan kini 2016 iaitu lebih 50 tahun , kenapa kita tidak boleh bersabar hanya untuk beberapa bulan sahaja lagi, bagi menyempurnakan proses pindaan 2016 ini. Kenapa perlu tohmah PAS ditipu oleh UMNO, dibayar oleh UMNO dan sebagainya. Tohmahan itu salah dan fitnah yang tidak bertanggungjawab. 

15. YB DS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang dan juga Presiden PAS telah mengambil langkah yang penuh hikmah, tenang dan tidak gopoh. Tangani provokasi pelbagai pihak termasuk non muslim dengan memberi masa dan ruang berfikir, berbincang, berdialog. Insyaallah, ia akan berjaya. Masih panjang perjalanan dan masih banyak ranjau. Kita kena berhati-hati bila berjalan dipermukaan licin. Jangan hanya mahu cepat sampai tanpa memikirkan risiko bakal menanti. 

16. Persidangan Parlimen pada Mac akan datang Insyaallah, akan menyaksikan perbahasan dan keputusan peringkat bacaan pertama dibuat. Jika lulus dengan simple majoriti, maka selesailah peringkat bacaan kali pertama dan ia akan dibawa ke bacaan kali kedua selepas itu. Pada peringkat bacaan kali kedua itulah, ia akan diambil alih oleh pihak kerajaan untuk menjadikan ia sebagai Bill Kerajaan. 

Sekian.

---------

Dah?

Lihat pada kenyataan yang aku highlightkan warna merah tu. Tang mana satu kalau korang menonton video kat bawah neh menyebut yang Tuan Guru Hadi Awang menangguhkan perbahasan kerana nak bagi fahamkan Ahli Parlimen tentang pindaan yang dilakukan pada draf asal?

Jika sekalipun alasan itu benar, maka kenapa tak menyebutkan ia sebagai alasan utama ketika memohon penangguhan?

Banyak sangat ke pindaan dilakukan pada draf asal sampaikan Ahli Parlimen perlu berbulan-bulan lamanya untuk bahas?

Pendirian aku senang je. Elok TGHH bahas je. Untuk tunggu semua orang faham dan terima, aku fikir mustahil sebab ada wakil rakyat dari MIC, GERAKAN dan MCA yang awal-awal lagi dah nyatakan tidak akan bersetuju sama sekali dengan usul yang Hadi bawakan. Bukan itu sahaja, Ahli2 Parlimen dari Sarawak pun tak bersetuju. So, bahas aje. Semakin lama ia ditangguhkan semakin orang fikir ia akan menjadi talian hayat untuk millage politik bagi kempen PRU ke 14. 

Satu lagi aku nak sebut. Semalam di Buletin 1.30 oleh TV3, dorang pun beria-ria lapor yang TGHH minta tangguh bahas. Nampak? Pointnya? Aku rasa dorang nak salahkan PAS dalam cerita neh. Entahla. Korang fikirlah sendiri macam mana. Malas nak cakap. Cakap pun bukan ahli2 PAS nak dengar. Di kalangan kenalan aku sendiri pun, mereka mengakui nak bekerjasama dengan UMNO. Aku tak generalisekan ya. Aku cakap di kalangan kenalan aku sendiri. 

Nah, video. Dengar sendiri point Nasruddin tu tally ke tak dengan alasan TGHH ;


Kita Mesti Halau Myammar Dari Malaysia Kata Jamal Sewel - Buat Pertama Kalinya Aku Bersetuju Dengan Si Pondan Jamal..

Untuk itu aku berharap Jamal tidaklah membawa masuk mana-mana warga Myammar ke Malaysia. Dengar kata Jamal ada perniagaan yang membabitkan kemasukan pekerja warga asing ke Malaysia.





Jamal hari neh jadi hero acah-acah kejap. Siap mandi hujan lagi.


Tak kisah la bab tu.

Yang penting aku suka point Jamal sewel bahawanya kita patut halau semua warga Myammar yang ada di Malaysia neh.

Kenapa?

1. Bila kita halau semua warga Myammar di Malaysia = maksudnya kita beri tekanan ke atas kerajaan Aung San Suu Kyi.

2. Mengikut dakwaan pelbagai jenis pihak dalam dan luar Myammar, kerajaan Aung San Suu Kyi adalah dalang di sebalik kekejaman Sami Wirathu. 

Baca : Kenali Wirathu, Sami Yang Paling Racist Di Dunia.

Sebab tu la apa yang terjadi di Rakhie dan muslim Myammar tak dapat diselesaikan cara baik. Sememangnya mereka ada niat mahu menyingkirkan muslim dari negara tersebut. Ini dibuat untuk mengekang agama Islam dari berkembang yang seterusnya pada hemat sami-sami Buddha, akan menyebabkan agama Buddha terpinggir.

Aku bukan cakap kosong.

Klik link di atas pasal Wirathu.

Dengarkan sendiri ucapan dia.
Mereka takut dengan kegiatan Islam akan menyebabkan agama kepercayaan dorang terhalang.

3. Dan apabila dihalangnya warga Myammar masuk ke Malaysia, sedikit sebanyak warga Myammar akan rasa tertekan dan ini akan memberikan tekanan kepada Aung San Suu Kyi.

4. Dan apabila tertekan, ada kemungkinan, Myammar akan mengambil tindakan proaktif bagi menyelesaikan masalah yang sekian lama membabitka etnik Rohingya.

5. Kalau nak tahu, masalah di Rohingya neh menyusahkan Malaysia dan Indonesia secara tak langsung.

6. Kita terjebak bukan sahaja sebagai saudara seagama dan jiran bahkan ekonomi kita pun turut sama terjejas.

7. Nak tanggung pelarian-pelarian Rohingya, nak tanggung makan minum yang datang secara haram dalam sel tahanan, nak tangkap mereka-mereka yang minta sedekah sebab tak boleh kerja secara legal, nak selesaikan semua neh perlukan duit dan tenaga kerja. Kang tak cukup duit, potong peruntukan sana potong peruntukan sini, rakyat bising. Kang bantu ala kadar, pun kena tiaw dengan rakyat juga. Bagi makan sekali salah, bagi makan 3 kali pun salah. Ingat benda neh senang ke nak cerita?

8. Yang buat masalah siapa? Si Aung San Suu Kyi dan si sami Buddha tu.

9. Yang kena selesaikan sapa pula?

10. Inila yang orang kata. Hidup menyusahkan orang. Pandai buat masalah tak pandai selesaikan masalah. So cadangan Jamal, buat pertama kalinya aku sokong sebulat suara. Halau je warga-warga Myammar yang ada di Malaysia. Biar si Aung San Suu Kyi tu tahu betapa benci dan meluatnya kita ke dia yang tutup mata terhadap penindasan yang dilakukan ke atas muslim Myammar dan Rohingya.

Khamis, 24 November 2016

Kronologi Pergaduhan Peribadi Khalid - Tajudin Membabitkan Isu 'Kok' - Khalid, Tajuddin Memalukan Islam, Teresa Kok Kafir Yang Bagus.

Isu neh kelakar. 

Saja aku nak share kat korang kronologi pergaduhan dalam insiden neh. Supaya korang tahu dalam cerita neh, baik Tajuddin baik Khalid, dedua gila, bangang, bengap dan bengong. Juga untuk kenang-kenangan generasi akan datang. Lihatla anak-anak. Ini la perangai MP-MP kamo!

Tajuddin sebenarnya memang gila sikit time berbahas di Parlimen. Bukan saja dia tak berapa faham peraturan bahkan kerap tersasul, terlupa dan malas menjawab soalan. 

Siapa yang rajin tengok sidang Parlimen macam aku akan sahkan point-point di atas neh.

Kisah neh bermula apabila ;

1. 


2. Ya, inila ceritanya. Tajuddin tersasul merepek yang bukan-bukan. Teresa mungkin dah faham sikap Tajuddin suka bergurau tak kena tempat lepas tu bila bergurau tak lawak pula tu.

3. Dan dengan nada lembut, Teresa cakap "ini menteri takde tamadun punya". 

4. Memang la dia tak puas ahti. Tetiba Tajuddin pi sentuh nama dia dengan mengaitkan sesuatu maksud yang lain.

5. Apabila ditegur, baca betul-betul ya, apabila ditegur, Tajuddin bukan sahaja enggan tunduk pada desakan bahkan menambahkan lagi kesasulan dia tu dengan buka cerita merapu-merapu.

6. Dia suruh MP Ipoh Barat cari tali lembu dan tarik.

7. Faham tak point aku? Tengah orang tegur dan marah-marah dia sebab merepek, tetiba dia merepek ke part tali lembu bagai. Apa kena mengena, kan?

8. Tapi dia memang macam tu! Dia kalau korang tengok dia berbahas, memang merapu. Aku beratus-ratus kali menyumpah dalam ahti. Betul ke malaon neh menteri aku?

9. So aku simpulkan, sesiapa yang waras pun akan jadi gila kalau berbahas dengan Tajuddin sebab dia suka lari topic.


10. Agaknya Teresa dah faham kot perangai Tajuddin. So dia malas nak panjang-panjangkan cerita.

11. Batu Kawan pun tegur lembut-lembut tau. Batu Kawan dan Seputeh neh bukan sahaja ahli parlimen wanita bahkan bukan beragama Islam juga. Walaupun kena sindir dengan Tajuddin, Teresa tetap bersikap tenang.

12. Sehingga la Khalid Samad bangkit. Mula-mula dia mendesak kemudiannya ntah apa angin dia tiba-tiba jadi marah dan meroyan memaki-maki Tajuddin dalam dewan.

13. "Ini menteri sial. Ini menteri sial". Live pula orang tengok. 

14. Bagi aku perkataan tu takde salahnya. Tetapi ia perlu digunakan pada keadaan yang betul. Dalam keadaan Teresa Kok pun tenang menerima sindiran, yang Khalid Samad nak melebih-lebih dah kenapa? Aku tak faham langsung.

15. Kemudiannya, pada semalam, si Lim Guan Eng dan Gobind Deo Singh pun bangkitkan hujah yang sama. Nampak tak? Seputeh takde apa. Orang lain pula over-reacted. Aku pelik gile.

16. Seputeh sejak insiden 'KOK' tu berlaku (even pada hari tu juga), dia move on.

17. Dia bahas isu rakyat. Dia memang datang kerap dan bahas isu rakyat. Pagi ada petang ada malam pun ada. Kadang-kadang aku perasan dia senyap. Kalau macam tu aku tahu la dia tak ada.

18. Point yang aku nak tunjukkan kat korang ialah, Seputeh yang kena sindir tu sendiri dah melupakan kejadian. Lantak ko la Tajuddin. Baik aku focus permasalahan rakyat. Dah la tempoh bersidang singkat 58 hari setahun. Nak buang masa untuk bergaduh-gaduh buat apa. Atau mungkin Seputeh ada cara lain nak menyelesaikan masalah. Aku taktau. Yang aku tahu, dia memang cool. Dia tak melebih-lebih layan lawak kasar Tajuddin.

19. Manakala, isu neh akhirnya membawa ke plot baru. Daripada kes awal Tajuddin sindir Teresa, membawa kepada Tajuddin VS Khalid.

20. Pagi tadi Khalid diserang oleh anak dan kumpulan penyokong Tajuddin di hadapan bangunan Parlimen. 

21. Penyokong memaki-hamun, tarik baju Khalid, rentap badan dia dan sebagainya. Lepas tu masa nak bersurai  AllahuAkhbar! 

22. Mula-mula mereka maki bagai nak rak. Babi. Pukimak. Babi. Anak haram. Lepas tu dah habis memaki. AllahuAkhbar. Tak faham betul aku dengan dorang neh.

23. Laporan polis juga telah dibuat terhadap Khalid Samad. Dan kononnya beberapa laporan polis yang lain akan turut menyusul bagi mendesak Khalid Samad. Ntah hapa-hapa aku rasa. 

24. Tajudin sindir Teresa > Khalid maki Tajuddin > Khalid dimaki balik. Tamat cerita dah la. Buat apa nak lapor polis dan sekarang sampai libatkan kes notis nak saman dan tuntutan maaf.

25. Betul la dua orang neh meroyan macam budak-budak bergaduh ejek nama bapa.

26. Tajuddin juga hantar surat tuntutan permohonan maaf kepada Khalid, desak dia minta maaf secara terbuka. Dalam masa 7 hari. Dan Khalid tidak akan minta maaf selagi mana Tajuddin tak minta maaf pada Teresa (Seputeh) dan Khasturiraani (Batu Kawan). Menurut Tajuddin, dia hanya mengambil tindakan ke atas kenyataan Khalid di luar dewan manakala di dalam dewan dia akan abaikan. Konon-konon nak tunjukkan diri berlapang dada la tu. Padahal jika dia amek peduli tindakan dalam dewan, dengan dia-dia terbabit sama sebab dia yang mulakan ejek nama orang dulu!

27. Sepatutnya memandangkan orang macam Tajuddin dan Khalid gemar mempromosikan Islam seperti itu Islam seperti ini mengambil pendekatan Islam menyelesaikan masalah. Bagi contoh yang baik kepada Teresa. Sikap buruk korang berdua ni la yang buat orang bukan Islam fikir bahawanya melayu muslim di Malaysia neh pandai cakap je. Amalnya tidak.

28. Ketika mengucapkan KOK, Tajuddin tengah pakai songkok. Khalid sindir. Khalid yang berjanggut pula memaki Tajuddin. Cerdik ke kelakuan dorang tu?

29. Masing-masing dah tua. Tinggal nak melawat ke kubur bila-bila masa. Boleh pula buang masa bergaduh isu remeh temeh.

30. Khalid tak seharusnya emosi terlebih. Jika dia tak memaki, dia tegur elok-elok macam YB-YB non muslim yang lain, apa ada hal? Nak juga memaki dalam dewan. Lepas tu potpetpotpet pasal Islam. Akhlak sendiri ke laut bhai. Nak maki pun tak la aku cakap salah. Cuma macam aku sebut tadi la. Keadaan tu kena betul. Kalau dia maki isu rakyat, aku laju2 sokong.

So, fikir-fikirkanlah ya.

Dalam cerita neh. Kita beri 1 kemenangan kepada umat kafir laknat masuk neraka laju-laju kononnya seperti Teresa Kok. Dan 0 kepada umat Islam seperti Tajuddin dan Khalid. Anda berdua 'pengKALAH'.

Sekian! 
 

Tangguh Bahas #RUU355 : Ini Kenyataan Rafizi Ramli - PAS Terus Dipermainkan UMNO Berkali-Kali.

Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan pindaan kepada usul asal untuk meminda Akta 355. 

Saya difahamkan ini hasil dari beberapa perbincangan ekoran perjumpaan yang dipanggil oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu. Pindaan kepada usul asal bermakna hukuman kini ditetapkan mengikut kaedah undang-undang biasa kecuali yang melibatkan sebat (jika diluluskan had dinaikkan kepada maksimum 100 sebatan). 


Prosesnya selepas ini adalah seperti berikut: 

1) kami sedang menunggu keputusan Tan Sri Speaker sama ada membenarkan pindaan usul ini dibentangkan, dibahaskan dan diundi di Parlimen sekarang (sedang bersidang). LINTAS LANGSUNG (Tan Sri Speaker baru sahaja menjemput Ahli Parlimen Marang membaca pindaan kepada usul). 

2) Jika diundi dan diluluskan, ia dikira sebagai bacaan pertama dan dipulangkan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan. Perkara ini mati di situ sahaja sekiranya menteri tidak kembali ke Dewan Rakyat untuk membentangkan rang undang-undang ini bagi bacaan kali kedua. 

TERKINI Tan Sri Speaker memanggil Ahli Parlimen Marang untuk membaca usul. Ahli Parlimen Marang membaca dan meminta untuk menghuraikan cadangan beliau itu dalam sessi yang akan datang. Maka usaha untuk membentangkan RUU355 mati begitu sahaja hari ini. 

Tetapi polemiknya akan bersambung lagi hingga ke sessi akan datang. Ahli-ahli PAS akan terus diberi harapan bahawa Umno mahu bersama-sama mendaulatkan Islam melalui pindaan akta ini. Kalaulah Umno terus bermain begini sehingga ke belanjawan akan datang, adakah ahli parlimen PAS akan terus berkecuali dalam undian belanjawan akan datang? 

Kali pertama saya menulis mengenai perkara ini lebih sebulan lalu, saya nyatakan secara terbuka jika usul dibentangkan dan diundi, saya tidak ada masalah menyokong kerana memang kita mahu dengar pandangan Umno dalam perkara ini. 

Tetapi apabila berulang kembali perkara ini pada hari ini, jelaslah permainan Umno dalam perkara ini dan saya khuatir PAS akan terus dimain-mainkan. 

Akhirnya PAS akan terus dilihat berkawan dengan Umno dan memanjangkan tempoh berkuasanya Najib Razak Saya bersedia mengundi dan menyokong usul asal. 

Selepas dirunding dengan Umno Selasa lalu, usul dipinda pada saat-saat akhir hingga kaedahnya sudah menjadi takzir (kecuali sebatan) dan bukannya hudud seperti yang diwar-warkan. 

Hari ini, Ahli Parlimen Marang sekali lagi menunda dari membentang dan menghuraikan usul beliau. Permainan Umno itu jelas dan saya ambil pendirian sebegini bermula dari hari ini.

Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan

Sekali Lagi Hadi Mohon Tunda Bentang RUU355 - Kenapa?

Mohon penangguhan kerana ia perlu memberikan pemahaman yang jelas kepada pihak-pihak tertentu. Kerana ia mewujudkan pertikaian yang mendorong kepada salah faham dan akhirnya mengundang kepada perbahasan di luar topik.

Lebih kurang inila pointnya kenapa ahli parlimen Marang minta tangguh dari membahaskan usul persendirian RUU355 di Parlimen pagi tadi.

Aku dengar penjelasan speaker Pandikar Amin Mulia tadi. Dia menjelaskan usul yang dibawa oleh Hadi belum pun masuk ke peringkat bacaan pertama.

Gambar : Google
  Proses dia secara ringkasnya begini.

1. Bacaan pertama - bahas, bantah atau setuju. Bawa ke kabinet, bincang, perincian dan kajian.

2. Bacaan kedua - bahas, bantah atau setuju. Perlu wujud jawatankuasa ke untuk bincang, perinci, kaji, tambah baik, usul berkenaan.

3. Bacaan ketiga - bahas, bantah atau setuju.

Menurut ahli parlimen Setiu pula. Usul Hadi neh tak lepas frasa penting lagi. Aku lupa la nama dia. Tapi selagi usul Hadi tak masuk ke peringkat yang dia sebutkan tu, usul Hadi takan lepas bacaan 1.

Maksudnya kat sini apa?

Hah, tu tanya la BN.

Bila tonton perbahasan Parlimen tadi aku rasa jangan aku, ramai sebenarnya tak faham proses bagaimana satu2 usul tu boleh dibahaskan di Parlimen.

Dan proses ini akan makan masa jikalau, pihak kerajaan main propaganda dengan kau.

Dan bagi pendapat aku, Hadi apabila dia dah bersedia bawa usul tersebut ke Parlimen dengan bantuan Azalina, kena la bersedia dengan segala macam hujah, kritikan dan jawapan.

Asyik minta tangguh sebab nak berikan pemahaman jelas.. untuk apa? Hadi sendiri tak faham ke macam mana? Dah lama tertangguh neh beb.

Bahas la dulu.

Baru orang boleh faham ke tak faham ke macam mana. Tapi, jap. Kata Setiu tak boleh bahas (bacaan 1) jika tak diluluskan kat peringkat apakemendantah namanya tadi tu dia sebut.

So, takan Hadi tak faham atau tidak mengetahui tentang hal tersebut?

Aku nampak permainan kat sini. Tak pasti mereka bekerjasama nak memainkan penyokong ke ataupun memang PAS yang kena main dengan BN. Susah nak cakap. Kena tengok balik perbahasan tu buat kali kedua. Ada sapa2 upload la versi cut? Aku tengok live tadi. Takde rakaman bhai.

Hahaha.

Untuk pengetahuan korang juga, Hadi minta tangguh ke sesi mesyuarat yang seterusnya maksudnya ke sesi mesyuarat parlimen pada tahun 2017 tau. Penggal pertama. Dia taknak baca/bahas pada penggal ini.

Nah, video kat bawah. Ehsan Malaysiakini.  


Kerana Perkataan 'Sial' Di Parlimen, Khalid Samad Diserang Di Luar Parlimen. - Lainkali Jaga Mulut Sendiri Sama, Khalid!

Tajuddin Abdul Rahman dan Khalid Samad masing-masing tak pandai jaga mulut. Dan insiden pagi ini terjadi disebabkan kedua-duanya tak pandai berbahas elok-elokla.

Pagi tadi di luar bangunan Parlimen, penyokong Tajudin, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani telah melakukan serangan mulut dan fizikal terhadap ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Sangat tak patut. Tingkahlaku siapa la yang dorang tiru kan.


Sebelum ini di Parlimen, dalam satu sesi perbahasan, Tajuddin tujukan perkataan "kok" kepada Teresa "kok". Yang mana membawa maksud yang tak senonoh dan dicakapkan pula kepada seorang ahli parlimen wanita. Makanya, Khalid tampil berdiri bagi mempertahankan Teresa.

Namun aksi Khalid terlalu beremosi tak tentu pasal. Dia berlebih-lebihan sampai menggunakan perkataan sial kepada Tajuddin. Teresa Kok pun relax aje.

Semalam sewaktu menonton perbahasan parlimen, sekali lagi MP Lim Guan Eng (dah la kaki ponteng parlimen, datang jarang2, datang sekali sekala sibuk bahas isu KOK pula..) pun mempersoalkan isu sama dalam dewan dan dibantu oleh Gobind Singh.

Yang mana aku perhatikan, Teresa Kok relax aje.

Dia dah pertahankan diri dia sekali, lepas tu Tajuddin berdegil mempertahankan dirinya then Teresa Kok move on.

Bahas isu-isu penting yang babitkan kepentingan marhaen.

Khalid Samad neh berulang kali sebut menteri sial.. menteri sial.. menteri siall dengan begitu emosi sekali.

Dia nak memperbetulkan tindakan Tajuddin yang menggunakan perkataan tak senonoh. Dengan cara dia menggunakan perkataan kurang ajar.

Apa beza dia dengan Tajuddin?

Dua kali lima sahaja. Bahkan mungkin lebih teruk lagi. Sebab dia terlalu beremosi dari tuan punya badan sendiri.

Dan hari ini penyokong-penyokong Tajuddin telah melakukan kekasaran dengan menyerang Khalid Samad di luar bangunan Parlimen. Tindakan penyokong Tajuddin yang emosi adalah respon dari tindakan Khalid yang emosi.

Mendapat la kau. 

Geng-geng kau juga kalau diperhatikan dari segi persamaan sikap dan ciri.

Tu sebab aku kata. Tak perlu emosi keterlaluan dalam isu neh sebab tuan punya badan pun RELAX gila melayani karenah Tajuddin bengong tu!

Kena tengok sesi parlimen hari-hari. Bukan tengok seminit dua je nak buat kesimpulan. Aku tengok hari-hari. Dan selepas diKOKkan, Teresa masih menten cool! 

Btw, aku masih sedang tengok ketika update benda neh. Dorang tengah bahas isu ni la. Speaker suruh Khalid buat laporan bertulis agar parlimen boleh mengambil tindakan terhadap penyokong Tajuddin yang mengacam keselamatan Khalid di luar dewan. Mampos la korang. Serang la lagi.

Haha.

Dan aku mesti cakap. Mereka yang berlebih-lebihan dalam isu neh annoyying. Aku hanya akan faham jika Teresa yang berlebih-lebihan mempertahankan dirinya selain dari itu seriyus bangang aku rasa. Sebab buang masa perbahasan. Parlimen bersidang hanya 58 hari setahun. Jangan la buang masa!

Aku rasa nak amek Tajuddin, Khalid dan penyokong Tajuddin kemudiannya nak hempukkan kepala dorang sesama dorang. Puas ahti aku. Bodoh tak boleh diajar. Bangang tak boleh disekat. 

Kalau bergaduh demi kebaikan rakyat takpe juga. Ini disebabkan satu dua istilah yang boleh settle baik-baik di luar dewan kalau gunakan akal yang waras. Masing-masing sibuk jaga kepentingan sendiri je sampaikan sanggup buang masa berbahas dalam dewan untuk bertekak benda-benda bangang. Haram betul perangai malaon-malaon neh. 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...