Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 23 November 2016

Mengenali Siapa Maria Chin Sebenarnya Oleh Tan Sri Annuar Musa.

Perkara kat bawah neh disebarkan oleh Ketua Penerangan UMNO iaitu Tan Sri Annuar Musa.

Baca sat ;

MENGENALI SIAPA MARIA CHIN SEBENARNYA 

Maria Chin Abdullah (Mary Chin Cheen Lian) Maria Chin berkenalan dengan Yunus Lebai Ali di London pada tahun 1979 dan berkahwin. Yunus Lebai Ali dan Hishamuddin Rais adalah aktivis berfahaman sosialis Universiti Malaya pada tahun 1970-an yang sama-sama melarikan diri ke luar negara kerana takut ditangkap polis. 

Maria Chin dan Yunus pulang ke Malaysia sekitar akhir tahun 1980-an dan terlibat dengan NGO dinamakan NIEI (National Institute for Electoral Integrity). NIEI dan MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) ditaja oleh Asia Foundation merupakan jaringan NAMFREL (The National Citizens' Movement for Free Elections) dan ANFREL (Asian Network for Free and Fair Elections). 

Bekas pegawai CIA, Philip Agee mendedahkan NAMFREL dan ANFREL adalah 'tool CIA' bertopeng di sebalik slogan 'kuasa rakyat'. Modus Operandi CIA kini telah diambil alih oleh badan baharu yang dinamakan NED (National Endowment For Democracy). 

Maria Chin juga terlibat dalam NGO-NGO hak asasi manusia dan feminisme yang pro LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender). Antaranya; WDC (Women Development Collective), EMPOWER (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) dan SIS (Sister In Islam). 

Antara aktivis SIS adalah MARINA MAHATHIR... 

Ternyata beliau bukan orang biasa tapi merupakan seorang yang punyai Latar Belakang yg perlu di teliti lebih lanjut. 

--------------------------


Pandangan aku.

1. Apa la susah payah dok timbulkan kekalutan siapa sebenarnya Maria Chin sedangkan UMNO boleh je bekerjasama dengan perisikan negara dan PDRM bagi menyemak latar belakang Maria Chin. UMNO dah lupa ke bagaimana mereka menyatukan UMNO itu kerajaan, kerajaan itu UMNO? Jangan lagak suci la.

2. Persoalan di atas relevan jika ditimbulkan rakyat biasa takde pangkat, kuasa, pengaruh bagai macam aku neh hah. Bila bekas menteri timbulkan itu namanya nak wujudkan persepsi doe..

3. Ia juga sebagai taktik nak melemahkan sokongan terhadap Maria Chin yang kini ditahan dan disiasat di bawah SOSMA.

4. Suka tak suka, ya kita memang akui NGO BERSIH pro kepada pembangkang dan arus politiknya.

5. So, Maria Chin boleh dibaca sebagai TAHANAN POLITIK.

6. Sebab itulah penahanan ke atas MARIA berhak dipertikaikan.

7. Maria bukannya pengganas atau ada kaitan dengan ancaman keselamatan negara.

8. Pertubuhan BERSIH dah menjadi undang-undang friendly. Maksudnya dorang takan pro kepada rusuhan, rebel mahupun revolusi.

9. Sebab itulah sedaya upaya AJK BERSIH dan para penyokongnya menterjemahkan demo BERSIH ialah demo AMAN. 

10. Sebab itulah Teresa Kok dalam parlimen menyambut baik seruan Nazri Aziz untuk menjadikan demo BERSIH sebagai salah satu produk pelancongan tahunan bagi mempromosikan Malaysia. Tiap2 tahun buat karnival BERSIH. Masukkan dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia dan promote event BERSIH sama-sama.

11. Biol dan tolol sungguh la kalau ada pihak2 yang beranggapan Maria mahu mewujudkan elemen rusuhan dalam DEMO BERSIH sehingga memenjarakan dan menyiasat dia di bawah akta SOSMA.

12. Betapa bagus dan amannya BERSIH ini, pihak2 yang pro ganas atau acah-acah rebel macam anarkisma dilarang menyertai demo BERSIH tau!

13. So, nak mewujudkan rusuhan apekemenda? Revolusi atau nak menjatuhkan kerajaan tang mana? BERSIH sendiri pro kepada PILIHANRAYA dan memegang prinsip menukar kerajaan dengan cara demokrasi (pengundian). Tu sebabnya dorang menuntut SPR dibersihkan. Jika dorang pro kepada REVOLUSI buat apa nak bersihkan SPR? Terus serang bangunan persekutuan la. Habis cerita.

14. Membersihkan SPR ini penting bagi perjuangan BERSIH supaya pihak-pihak yang bertanding memiliki peluang yang sama adil untuk menang. Jika menang, kita menang cara betul. Jika kalah, kalah pun cara bermaruah.

15. Ini tidak, tak habis-habis SPR neh dibawah pengaruh BN. Neutral konon padahal berpihak. Bila yang menyediakan tapak untuk pertandingan pun dah senget, dah tentula orang fikir pertandingan tu takan adil, ianya berat sebelah! Dah la orang meluat di bawah BN dan Najib. Kalau berat sebelah ke arah kebaikan takpa juga. Boleh juga kita tutup mata. Ini berat sebelah ke arah menindas. Mahunya orang tak merungut.

16. Ini je pun isunya. Tak payah pongpang sangat la. Kalau nak tahu sapa Maria Chin. Suruh je perisik2 korang siasat bagai. Jangan sebar propaganda murahan korang. Meluat!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...