Isnin, 21 November 2016

Wartawan BERNAMA Luah Perasan Penyokong #BERSIH5 Curi Gambarnya Untuk Fitnah Pendemo #Merah.

Media sosial sekarang tengah kecoh isu curi gambar. Ada netizens yang curi gambar tetapi tak bagi kredit. Ada portal/akhbar yang curi gambar juga tak bagi kredit. Kalau orang awam faham juga kita. Kurang jelas tentang etika kewartawanan. Lebih teruk letak watermark akhbar sendiri. 

Dan ada netizens yang bukan setakat sebarkan gambar yang dia curi bahkan menyelitkan propaganda yang langsung takde kena mengena dengan gambar.

19 Nov yang lepas ada perhimpunan BERSIH5 dan MERAH. Ada banyak gambar-gambar yang disebarkan bagi memberikan maklumat tentang kedua-dua perhimpunan tersebut.



Ali Imran ialah wartawan BERNAMA. Dia ialah pemilik gambar yang viral di atas.

Apa yang berlaku ialah ;


Ya, gambarnya telah dicuri. Itu satu. Yang lebih teruk, menyebarkan fitnah di atas gambar tersebut.

Aku pun ada sebarkan gambar ini. Tetapi aku punya caption ialah ;



Caption Ali Imran ialah : Cara paling terbaik untuk menyatukan rakyat - Apa sahaja yang ada kaitan dengan makan & minum.

Namun ianya telah disalahguna oleh penyokong BERSIH5 dengan menyebarkan caption yang bukan-bukan. Bagi mengekang maklumat palsu, wartawan itu kemudiannya mendekati Paparock.



Post itu kemudiannya lenyap, namun Ali Imran tidak membiarkan ia berhenti disitu.

Ini adalah apa yang dia luahkan tentang kejadian ini ;


Hit and Run - ini taktik celaka si cybertrooper.

Paparock Bersatu adalah satu contoh untuk kita semua. Dia buka page, dia tembak, lepas itu dia blah. Pada yang tak pasti benda apa aku cakap ini, dipendekkan cerita - masa Bersih 5.0 tempoh hari dia ini guna gambar yang aku rakam, kemudian spin cerita lalu jadi viral. 

This is exactly how they, the cybertroopers play the game. Mereka hanya ada satu KPI - to stir the hatred. Bila orang marah, orang akan luahkan kemarahan mereka. Kebanyakan orang akan gunakan kata-kata kesat kerana mereka rasa itulah 'hak' mereka untuk bersuara. 

Jaga-jaga kawan, ia tak semudah itu. Kalau kau ingat, masa Thaipusam 2 tahun lepas kalau tak silap ada orang kena tangkap sebab dia maki berhala kuning di Batu Caves. Kau tahu apa yang berlaku sebenarnya? Dia terpengaruh dengan satu post di Facebook mengatakan orang Hindu halang laluan sampai dia nak sembahyang Jumaat pun susah. Jadi dia keluarkan kata maki hingga hina agama Hindu. 

Akhirnya dia yang ditangkap polis dan dihukum. Ingat. Dia hanya memberi RESPON kepada dakyah yang 'dijual' masuk ke kotak fikirannya. Dia bukan pemula post itu. Post itu viral satu negara. Aku yakin kalau kau orang ingat-ingat kembali, kau pun pernah dapat orang forward post itu. Kau tahu, sampai sekarang pembuat post itu tak dapat dicari.

Sebab apa? 

Sebab taktik yang aku sebut di awal tadi dia HIT. Bila nampak orang dah mula termakan umpan, dia RUN sebelum sempat orang buat laporan atau dia dapat dikesan. As time goes on, post benci itu akan terus merebak dan dia hanya perhati dari luar. Gelak-gelak aja tengok kau kena bodoh dengan dia. Orang yang termakan umpan pula akan terus mengeluarkan komen yang makin dan semakin teruk. 

Teruk dari segi gaya bahasa mahupun teruk dari segi menghina, dan banyak kali hingga - mengeluatkan fitnah. Bila ada orang adu tentang 'hate speech' pada polis, SKMM akan buat kerja, akan tangkap EMPUNYA POST. 

By the time this happen, PEMULA POST (Baca: Cybertrooper) sudah pun off radar. Mereka dah tutup akaun tempat mereka mula 'tembak' post sial tadi. Maka tinggallah anak-anak ikan (iaitu - kau orang) aja jadi mangsa. Taktik ini amat berkesan. Ia diulang-ulang sebab orang mudah termakan, dan mereka akan sentiasa off the hook. Hal sama jadi pada gambar aku yang diputar belit Paparock Bersatu. 

Lepas aku hantar personal message kepadanya, tak sampai dua jam selepas itu akaun itu terus hapus. Tapi sampai saat ini, post kebencian yang beliau tanam masih tersebar dan orang percaya apa yang beliau tulis. Ini bukan kes dia 'takut'. Dia keluar sebab umpan dia dah ada orang makan. Ramai pula tu. 

Dia punya 'grand master' (which I now know who) pasti akan bagi dia ganjaran berlipat kali ganda. Kau jangan nak sebut 'nanti Allah balas' atau 'di akhirat masuk neraka' pada orang begini. This kind of warning just don't work on them. And it will never be. My contacts bagitahu siapa Paparock ini. Turned up ini memang 'makanan' dia. Aku yakin dia sendiri baca post ini. 

Aku tak ada masa nak seru dia kembali ke jalan benar. Aku cuma boleh pesan pada orang ramai, janganlah mudah diperkuda oleh mereka-mereka ini. At the end of the day, kau juga akan dipertanggung jawabkan atas apa yang kau post di media sosial ini. 

Kau boleh marah di media sosial, cuma elak tiga perkara: 

a. Kata maki 
b. Fitnah (benda yang mungkin kau 'tahu' tapi kalau kau tak ada bukti kukuh - itu masih kira fitnah) 
c. Forward benda yang cerita belakangnya kau tak pasti (99% daripada benda sensasi, terutamanya political or racial related termasuk dalam golongan ini) 

Fikirkan. Ambil tindakan bijak. 

Tolong SHARE post ini jangan masyarakat dibodoh lagi.

Ali Imran 

Wartawan Awam ditubuhkan untuk didik masyarakat jangan jadi cyber bully.

---------------------- 

Selain dari Paparock, gambar yang dimomenkan oleh Ali Imran juga disalahguna oleh akhbar-akhar lain.



Bahkan, Ali Imran bukan satu-satunya mangsa.

Bekas pengarang TMI pun menjadi mangsa.


Meletakkan watermark. Membayangkan itu gambar hak-milik mereka. Itulah yang Utusan buat selepas mencuri gambar orang lain. 

Kalau dah sokong pemimpin penyamun. Perangai tu memang berpisah tiada dengan ciri2 kepenyamunan.

KAH KAH KAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...